PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT PERTAMA
SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan persiapan yang telah dilakukan untuk membuat beberapa pindaan kepada Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) termasuk mengenakan denda bagi ketidakpatuhan seksyen-seksyen tertentu Akta tersebut.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
6
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan

- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan sentiasa komited dalam usaha memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) mendapat kesaksamaan hak dan peluang serta inklusif dalam masyarakat. Bagi memastikan hak dan kepentingan mereka terus terpelihara, Kerajaan telah menetapkan mekanisme yang menyeluruh dari segi dasar dan perundangan di peringkat nasional mahupun antarabangsa termasuk penggubalan Akta OKU 2008 [Akta 685] yang mula berkuat kuasa pada 7 Julai 2008. Akta ini mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU, penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia bertujuan untuk memastikan golongan OKU mempunyai kesaksamaan hak dan peluang seperti anggota masyarakat yang lain, justeru dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Secara amnya, Akta OKU 2008 digubal dengan mengambil kira keperluan-keperluan yang termaktub di bawah Konvensyen Mengenai Hak OKU.
Tuan Yang Dipertua,
Akta OKU 2008 merupakan sebuah akta yang berasaskan hak (right-based law) dan tidak berbentuk punitif. Sehubungan itu, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran hak yang mendiskriminasikan golongan OKU seperti dalam aspek pendidikan, kesihatan, pekerjaan, aksesibiliti dan sebagainya, perkara tersebut akan ditangani di bawah perundangan lain yang sedang berkuat kuasa di negara ini. Sebagai contoh:
• ketidakpatuhan terhadap penyediaan kemudahan akses kepada bangunan dan penalti terhadap kesalahan salah letak kenderaan dinyatakan dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan melalui pemakaian Undang-undang Kecil Bangunan Seragam di setiap negeri; dan
• penganiayaan atau penderaan terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaan orang tersebut, perkara ini telah diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan.
Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini, pihak Kementerian berpandangan bahawa pendekatan persuasive berasaskan hak dan elemen punitif di bawah perundangan semasa masih memadai. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah mengambil inisiatif awal untuk mengkaji semula Akta OKU 2008 selaras dengan persetujuan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya Bil. 1/2016 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beberapa cadangan penambahbaikan kepada Akta OKU 2008 telah dibincangkan termasuk:
(i) cadangan agar elemen penguatkuasaan dan denda dibaca secara bersama di dalam Akta ini seperti Kanun Keseksaan, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;
(ii) kajian semula keahlian Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya untuk memasukkan agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
(iii) menjelaskan secara terperinci berkaitan peranan yang perlu dijalankan oleh kementerian berkenaan di setiap Bab di dalam Akta ini.
Usaha bagi meningkatkan tahap aksesibiliti OKU dan memastikan hak dan kepentingan golongan OKU terus terpelihara akan terus dipergiatkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah kejayaan terkini usaha Kerajaan meningkatkan 30 peratus penyertaan wanita sebagai pembuat dasar dan pengurusan tertinggi dalam sektor awam dan swasta.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
31
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah kejayaan terkini usaha Kerajaan meningkatkan 30 peratus penyertaan wanita sebagai pembuat dasar dan pengurusan tertinggi dalam sektor awam dan swasta.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan dan kepimpinan wanita dalam perkhidmatan awam dan sektor korporat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah dengan pengumuman Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan Sektor Awam pada 24 Ogos 2004 dan diikuti dengan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat pada 27 Jun 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dasar ini diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Susulan pengumuman berkenaan, KPWKM melalui agensinya NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) telah pun melaksanakan Program Pengarah Wanita dan 30 Percent Club.
Sektor Awam
Bagi Sektor Awam, berdasarkan rekod daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, peratus wanita dalam pengurusan tertinggi meningkat daripada 33.0% pada tahun 2014 kepada 35.1% pada tahun 2015.
Sektor Swasta
Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia sehingga 31 Disember 2015, terdapat 702 orang wanita atau 10.7% daripada keseluruhan 6,543 orang ahli lembaga pengarah syarikat di Bursa Malaysia berbanding 7.9% pada tahun 2012.
Bagi tempoh 2013 hingga 2015, terdapat 40 perlantikan (placement) baru wanita yang dilatih oleh NIEW melalui Program Pengarah Wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai (Public Listed Companies, PLCs) di Bursa Malaysia.
Bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Companies (GLC) dan syarikat Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Investment Companies (GLIC), Kementerian ini turut memantau penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan di dalam syarikat-syarikat tersebut. Kementerian ini memantau sebanyak 31 GLC dan 5 GLIC. Daripada jumlah tersebut, 30 buah syarikat mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah syarikat dan hanya tiga buah syarikat sahaja yang telah mencapai sasaran 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah.
Secara keseluruhannya, sasaran 30% dalam sektor awam telah tercapai dan ada yang telah melepasi sasaran yang ditetapkan. Manakala sektor swasta pula masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan tetapi menunjukkan perkembangan positif. KPWKM percaya dan komited Dasar 30% boleh tercapai dan pencapaian ini bukan setakat memberi manfaat kepada kaum wanita tetapi pembangunan negara yang lebih mapan.
Secara perbandingan dengan negara-negara ASEAN, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang meletakkan sasaran dan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus serta mengambil langkah untuk mencapainya sasaran tersebut. Negara-negara ASEAN yang lain, Filipina (10.0%), Thailand (9.7%) dan Singapura (9.5%) turut mengambil kira wanita dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai awam.
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih lagi mempergiatkan aktiviti advokasi dan promosi untuk meningkatkan penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan di dalam sektor korporat bagi membolehkan mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi. Selain itu penubuhan 30% Club di Malaysia yang dilancarkan pada 8 Mei 2015 turut sama berganding bahu mempergiatkan aktiviti promosi dan advokasi ini.
Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukkan bagi kesihatan reproduktif dan pembangunan penduduk di negara ini bagi tempoh 3 tahun terakhir ini.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
78
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukkan bagi kesihatan reproduktif dan pembangunan penduduk di negara ini bagi tempoh 3 tahun terakhir ini.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima peruntukan bagi menjalankan perkhidmatan dan program kesihatan reproduktif dan pembangunan penduduk. Jumlah peruntukan yang telah diterima bagi kesihatan reproduktif dan pembangunan penduduk bagi tempoh 2013 hingga 2015 adalah RM65,404,020.00. Peruntukan ini telah digunakan bagi menjalankan pekhidmatan dan program seperti Mamogram, Vaksinasi HPV, Prostesis dan Mobile@CTC dalam kalangan remaja, dewasa dan ibu bapa.
DATO’ HOH KHAI MUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik golongan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga serta punca-punca kepada pecah belah keluarga.
19 APRIL 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 APRIL 2016 (Selasa)
- No.Soalan
19
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
DATO’ HOH KHAI MUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik golongan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga serta punca-punca kepada pecah belah keluarga.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius akan kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. Sesungguhnya sebarang konflik dan cabaran rumah tangga perlu diselesaikan dengan cara berhemah dan bijak tanpa melibatkan keganasan berbentuk fizikal, psikologi, emosi dan mental sama ada kepada suami, isteri dan anak-anak mahupun anggota keluarga yang lain.
Keganasan yang berlaku dalam keluarga bukanlah hanya perlakuan salah yang berlaku terhadap kaum wanita sahaja sebagaimana yang lazimnya dianggap atau difahami oleh masyarakat. Walaupun peratusan tinggi mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah golongan wanita, namun ianya juga berlaku ke atas golongan lelaki. Dalam hal ini, ahli keluarga yang melakukan keganasan terhadap ahli keluarga yang lain boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 11 kes penderaan golongan lelaki telah dilaporkan pada tahun 2013 manakala bagi tahun 2014 pula, sebanyak 35 kes dan 39 kes bagi tahun 2015.
Antara faktor utama yang menyebabkan keganasan rumah tangga yang dilaporkan mangsa kepada JKM adalah seperti berikut:
1. Perselisihan faham pasangan suami-isteri mengenai sesuatu hal yang menyentuh perasaan atau menyakitkan hati ;
2. Sikap panas baran pasangan yang mudah melepaskan kemarahan dengan kata-kata kasar, ugutan dan tindakan fizikal ;
3. Kes penagihan dadah yang menyebabkan tiada tanggungjawab terhadap keluarga seperti mencari nafkah, perbelajaan harian, pakaian dan persekolahan anak-anak
4. Masalah kewangan dalam keluarga ; dan
5. Perasaan cemburu terhadap tingkah laku pasangan dengan orang lain.
Bagi menangani kes-kes keganasan rumah tangga, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT) memberikan perlindungan bukan hanya kepada seseorang isteri atau suami tetapi juga anggota keluarga yang lain.
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Elaun Pekerja Cacat (EPC) boleh dinaikkan ke RM500 dan Elaun OKU yang tidak mampu bekerja dinaikkan ke RM300 memandangkan kos sara hidup bagi OKU adalah lebih tinggi berbanding yang bukan OKU.ERI
19 APRIL 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 APRIL 2016 (Selasa)
- No.Soalan
17
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Elaun Pekerja Cacat (EPC) boleh dinaikkan ke RM500 dan Elaun OKU yang tidak mampu bekerja dinaikkan ke RM300 memandangkan kos sara hidup bagi OKU adalah lebih tinggi berbanding yang bukan OKU.ERI
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 telah bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada RM300 kepada RM350 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 16.6 peratus. Manakala Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) pula dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 33.3 peratus berkuatkuasa mulai Januari 2015. Kenaikan kadar dua skim ini melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM66 juta dan memberi manfaat kepada 122,938 orang. Buat masa ini, pihak Kementerian akan mengguna pakai kadar tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan kenaikan kadar bantuan berkenaan akan diambil perhatian dan diteliti dari masa ke masa.
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan penjagaan membabitkan penderaan dan pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak bagi tahun 2010 hingga 2015 dan nyatakan kes penderaan fizikal kanak-kanak bagi tempoh yang sama serta adakah pihak Kerajaan bercadang meminda Akta Kanak-Kanak berkenaan bagi memantapkan lagi undang-undang berkenaan seterusnya mengurangkan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta melindungi hak kanak-kanak.
19 APRIL 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 APRIL 2016 (Selasa)
- No.Soalan
73
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan penjagaan membabitkan penderaan dan pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak bagi tahun 2010 hingga 2015 dan nyatakan kes penderaan fizikal kanak-kanak bagi tempoh yang sama serta adakah pihak Kerajaan bercadang meminda Akta Kanak-Kanak berkenaan bagi memantapkan lagi undang-undang berkenaan seterusnya mengurangkan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta melindungi hak kanak-kanak.
- Klasifikasi Isu
PEMERDAGANGAN WANITA / KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius kes penderaan ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara.
Merujuk Akta Kanak-Kanak 2001, penderaan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu penderaan fizikal, seksual dan emosi. Berdasar data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, berlaku peningkatan dan penurunan jumlah kes bagi tempoh enam (6) tahun dari tahun 2010 hingga 2015. Pada tahun 2010 hingga 2013, jumlah kes penderaan yang dilaporkan terus meningkat iaitu 1,854 kes bagi tahun 2010, 1,975 kes bagi tahun 2011, 2,157 kes bagi tahun 2012 dan 2,346 kes bagi tahun 2013. Kes yang dilaporkan pada tahun 2014 pula mencatat penurunan berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 2,303 kes, dan terus menurun kepada 2,270 kes pada tahun 2015.
Bagi data kes penderaan fizikal pula, berlaku peningkatan kes dari tahun 2010 hingga 2014, iaitu 846 kes bagi tahun 2010, 1,062 kes bagi tahun 2011, 1,080 kes bagi tahun 2012, 1,134 kes bagi tahun 2013 dan 1,217 kes bagi tahun 2014. Walau bagaimanapun kes yang dilaporkan pada tahun 2015 mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,167 kes.
Oleh itu, KPWKM telah mengambil tindakan untuk meminda Akta Kanak-Kanak 2001. Pindaan ini meliputi pengenalan kepada dasar-dasar baru yang berkaitan dengan kanak-kanak, menaikkan hukuman bagi kesalahan yang melibatkan kanak-kanak dan penambahbaikan dalam aspek pengurusan kes kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan seperti pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan.
Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (RUUKK) Pindaan 2015 telah dibaca untuk kali pertama pada 2 Disember 2015 di Dewan Rakyat. RUUKK Pindaan 2015 ini telah dibahas untuk kali yang ke dua dan ke tiga di Sesi Persidangan Parlimen Kali Ke 13 di Dewan Rakyat pada 6 April 2016 dan telah diluluskan.
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan persediaan Malaysia yang bakal muncul sebagai negara tua (old nation) menjelang 2030 ekoran peningkatan jumlah warga emas di seluruh negara.
19 APRIL 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 APRIL 2016 (Selasa)
- No.Soalan
82
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan persediaan Malaysia yang bakal muncul sebagai negara tua (old nation) menjelang 2030 ekoran peningkatan jumlah warga emas di seluruh negara.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang diadakan pada tahun 1982. Berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sesebuah negara akan menjadi negara tua apabila penduduknya yang berumur 60 tahun ke atas mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Dalam hal ini, sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Warga Emas Negara, Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030. Bilangan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9% daripada 31 juta orang penduduk Malaysia. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula, negara kita dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15% daripada jumlah penduduk merupakan warga emas. Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.60 juta orang.
Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, KPWKM telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakannya. Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya telah diluluskan oleh Kerajaan pada 5 Januari 2011.
Bagi tujuan memantau pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya dan juga bertindak sebagai badan penasihat, Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara telah ditubuhkan pada 22 Mei 1996. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sementara ahli-ahlinya terdiri daripada kementerian/agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan yang mewakili golongan warga emas. Antara isu utama yang dihadapi oleh warga emas dan dipantau di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara ialah isu kesihatan, persediaan kewangan yang mencukupi untuk menghadapi hari tua dan kemudahan serta infrastruktur yang mesra warga emas
Tuan Yang Dipertua,
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Orang Tua (BOT), penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan serta program pemerkasaan ekonomi warga emas. Selain itu, JKM dengan kerjasama Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) telah melaksanakan program pengangkutan iaitu Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) secara perkongsian bijak mulai Mei 2008. Hingga Disember 2015, seramai 32,535 orang warga emas telah mendaftar di PAWE. Bagi menampung permintaan warga emas yang semakin meningkat, Kerajaan bercadang untuk mewujudkan 222 buah PAWE di setiap kawasan Parlimen secara berperingkat (1 Parlimen, 1 PAWE). Bantuan Orang Tua juga telah diagihkan kepada 141,493 orang warga emas yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM502,171,062 iaitu 29% daripada peruntukan keseluruhan Bantuan Kebajikan bagi tahun 2015.
Tuan Yang Dipertua,
Penyelidikan juga merupakan elemen yang penting sebagai persediaan negara untuk menjadi negara tua. Sehubungan itu, Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia yang merupakan satu-satunya institut penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kajian penuaan dan warga emas sejak tahun 2002 telah dijenamakan semula sebagai Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia. Kajian terkini bertajuk “Kemudahan dan Perkhidmatan Bagi Menepati Keperluan Warga Emas Di Malaysia Menjelang 2030” sedang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia bermula September 2015 hingga September 2016.
KPWKM yakin bahawa Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan satu bentuk rancangan rapi dalam merencana peningkatan kualiti hidup warga emas bukan sahaja daripada aspek kesihatan, sosial dan ekonomi malah ia turut merangkumi semua aspek berkaitan warga emas.
PUAN S. BAGIAM A/P AYEM PERUMAL minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat kaunseling yang ada bagi rakyat kita yang mengalami tekanan jiwa dan mental dan berapakah jumlah klien yang telah mengikuti program kaunseling di seluruh negara mengikut negeri.
20 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
9
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN S. BAGIAM A/P AYEM PERUMAL minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat kaunseling yang ada bagi rakyat kita yang mengalami tekanan jiwa dan mental dan berapakah jumlah klien yang telah mengikuti program kaunseling di seluruh negara mengikut negeri.
- Klasifikasi Isu
KAUNSELOR/KAUNSELING
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi menerusi tiga agensi di bawahnya iaitu Jabatan kebajikan dan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara kepada semua lapisan masyarakat Malaysia dalam bentuk kaunseling keluarga, komuniti dan individu. Kementerian mempunyai sejumlah 201 pegawai dan penolong pegawai psikologi di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan kaunseling dan psikologi.
Pegawai Psikologi di KPWKM memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri di seluruh negara, 15 cawangan pejabat di LPPKN serta di Ibu Pejabat JPW. Selain itu, Kementerian ini juga telah menyediakan Talian Kasih (15999) yang memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi 24 jam setiap hari sepanjang tahun. Pegawai Psikologi, KPWKM memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada klien yang mengalami tekanan emosi yang masih waras tetapi jika didapati mengalami gangguan mental, maka klien tersebut akan dirujuk ke Klinik Psikiatri, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Negeri JUMLAH
Johor 4,546
Kedah 5,764
Kelantan 2,756
Melaka 2,272
Negeri Sembilan 2,893
Pahang 3,493
Perak 9,468
Perlis 2,092
Pulau Pinang 5,071
Sabah 3,089
Sarawak 2,024
Selangor 2,592
Terengganu 1,407
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4,710
Wilayah Persekutuan Labuan 1,971
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Ibu Pejabat) 876
JUMLAH 55,024
Pada tahun 2015, terdapat seramai 19,998 klien telah mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi di JKM, 33,174 klien di LPPKN dan 1,852 klien di JPW. Bilangan klien mengikut negeri adalah seperti berikut:
Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program untuk membantu keluarga meningkatkan keupayaan sosial mereka.
20 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
45
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program untuk membantu keluarga meningkatkan keupayaan sosial mereka.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif mengatur program-program kekeluargaan bagi membantu masyarakat khususnya keluarga melalui program-program LPPKN yang berasaskan Lima (5) Nilai Teras Keluarga Bahagia iaitu KASIH yang bermaksud K=Kasih-Sayang, A= Akhlak, S= Sihat dan Selamat, I= Ilmu dan H= Harmoni. Pengamalan Lima (5) Nilai Teras Keluarga Bahagia adalah bertujuan untuk dihayati dan dijadikan panduan oleh setiap ahli keluarga terutama ketika mendepani cabaran dan rintangan yang wujud dalam kehidupan berkeluarga.
Penerapan nilai teras keluarga ini diperkukuh melalui usaha, tindakan dan perlakuan positif yang perlu diamalkan oleh setiap ahli keluarga melalui pelbagai cara seperti sentuhan, belaian, kata-kata ucapan dan sebagainya. Di dalam mengatur program-program untuk membantu keluarga, LPPKN telah menggunakan pendekatan pembangunan keluarga yang berfokuskan kepada kitaran kehidupan berkeluarga (Family life cycle) yang bermula dengan pembentukan keluarga melalui perkahwinan sehingga kehidupan diusia emas. Di antara program tersebut ialah program Keibubapaan, Pra Perkahwinan dan Pemantapan Perkahwinan serta Pembangunan Remaja.
Program dan Inisiatif Kementerian
KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi kekeluargaan melalui pelbagai program pendidikan, pengetahuan dan kemahiran seperti berikut;
a) Program SmartStart
Program Pra Perkahwinan SMARTSTART, yang diadakan khusus untuk pasangan yang akan berkahwin atau baru berkahwin (kurang 5 tahun). Dari tahun 2006 hingga Disember 2015, sebanyak 616 buah program telah dilaksanakan oleh LPPKN, Badan Agama dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan penyertaan seramai 24,470 peserta.
b) Program Parenting@Work
Program Parenting@Work yang dianjurkan khusus untuk membantu ibu bapa yang bekerja dalam mengimbangi antara tanggungjawab kerja dengan keluarga (work life balance). Dalam tempoh 2007 hingga Disember 2015, sebanyak 748 program telah dilaksanakan oleh LPPKN dengan kerjasama NGO, melibatkan penyertaan seramai 31,422 orang ibu dan bapa.
c) Program Ilmu Keluarga@LPPKN
Program Ilmu Keluarga@LPPKN diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan rumah tangga yang lebih berkesan. Sejak 2006 hingga Disember 2015, sejumlah 12,674 kursus telah diadakan yang berjaya menarik penyertaan seramai 1.4 juta orang.
d) Program Terapi Minda
Program Terapi Minda dilaksanakan bagi membantu peserta mengurus stres demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi. Pada tahun 2015, sejumlah 41 program telah diadakan dengan penyertaan sebanyak 1,435 peserta.
e) Program SMARTbelanja@LPPKN
Program SMARTbelanja@LPPKN dilaksanakan bagi memberi pengetahuan kepada keluarga mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik. Membolehkan keluarga membina pelan perancangan kewangan yang lebih berkesan. Pada tahun 2015, sejumlah 47 program telah diadakan dengan penyertaan sebanyak 2,579 peserta.
f) Program MamaCare
Program MamaCare merupakan satu Perkhidmatan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Pada tahun 2015, seramai 140 pelatih telah mengikuti program ini.
Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif melaksanakan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti iaitu Program PEKERTI fokus kepada remaja dan ibu bapa sebagai langkah untuk menangani isu hamil tanpa nikah dalam kalangan remaja. Program PEKERTI mula dilaksanakan bermula tahun 2011 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO serta pemimpin masyarakat melalui program-program seperti berikut:-
a) PEKERTI@PLKN
LPPKN dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara telah melaksanakan Program PEKERTI@PLKN semenjak tahun 2011. Program ini memberikan kefahaman kepada golongan remaja bahawa tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sejak diperkenalkan pada Jun 2011 sehingga Januari 2015, sejumlah 267,121 orang pelatih PLKN di 81 kem PLKN seluruh negara telah mendapat pendidikan tersebut.
b) PEKERTI@Sekolah
LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid Tahun 6 iaitu selepas UPSR, pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas PT3 (Penilaian Tahap 3) dan pelajar Pendidikan Khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia mulai tahun 2012. Sehingga Oktober 2015 seramai 8,194 orang pelajar telah mengikuti program ini.
c) PEKERTI@IPGM
LPPKN telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada tahun 2014 untuk melatih para pensyarah IPGM seluruh Malaysia bagi melaksanakan program PEKERTI@IPGM kepada bakal guru sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial kepada bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengetahuan dan kemahiran ini akan dapat membantu guru ini kelak di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek kesihatan reproduktif di sekolah. Sehingga Oktober 2015 seramai 2,118 orang pensyarah dan bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan daripada 25 buah IPGM telah mengikuti program PEKERTI@IPGM ini.
d) PEKERTI@KOMUNITI
Program pendidikan kesihatan reproduktif kepada golongan berisiko tinggi turut diperluaskan pada tahun 2014 untuk merangkumi penghuni institusi JKM seperti Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP), Rumah Kanak-kanak (RKK), Asrama Akhlak, pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), pemimpin komuniti seperti Rukun Tetangga. Usaha ini merupakan bagi pencegahan awal kepada golongan berisiko tinggi. Secara keseluruhan sebanyak 55 program telah dijalankan sepanjang tahun 2014 hingga Disember 2015 yang melibatkan seramai 2,257 peserta. Daripada 55 program tersebut, sebanyak 38 program remaja yang melibatkan 1,455 peserta dan 4 program ibu bapa yang melibatkan 256 peserta.
e) Pusat Remaja Kafe@TEEN
LPPKN telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah kesihatan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan remaja dengan mewujudkan Pusat Remaja Kafe@TEEN. Sebanyak 15 pusat remaja kafe@TEEN telah diwujudkan di seluruh Malaysia. Program outreach kafe@TEEN di sekolah-sekolah dan komuniti setempat ini telah berjaya mendekati seramai 1.3 juta orang remaja melalui 13,117 program/ aktiviti dari bulan Januari 2006 hingga bulan Disember 2015.
DATO’ SRI KHAIRUDIN SAMAD minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian dalam mengatasi gejala peminta sedekah yang semakin berleluasa terutamanya melibatkan kanak-kanak, orang tua dan warga asing yang dilihat seperti dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.Tuan
20 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
61
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
DATO’ SRI KHAIRUDIN SAMAD minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian dalam mengatasi gejala peminta sedekah yang semakin berleluasa terutamanya melibatkan kanak-kanak, orang tua dan warga asing yang dilihat seperti dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.Tuan
- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menangani isu pengemisan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendekatan secara menyeluruh (holistic) dengan penglibatan pelbagai agensi (multi-sectoral). KPWKM akan terus memperkemas dan memperkukuhkan lagi tindakan bersepadu pelbagai agensi yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan aktiviti pengemisan dapat dikurangkan terutama melibatkan kanak-kanak, warga emas dan warga asing. Antara usaha berterusan yang diambil adalah:
1. Menjalankan aktiviti pemantauan berkala di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan aktiviti pengemisan seperti pusat membeli-belah, restoran, pasar sehari, pasar malam, kaki lima bank dan bangunan perniagaan.
2. Menjalankan operasi berjadual, ad-hoc dan bersepadu, dengan agens-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran dan RELA untuk menyelamatkan pengemis. Setiap agensi penguatkuasaan akan bertindak mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. Bagi tahun 2016, JKM telah merancang untuk mengadakan 350 operasi bersepadu dan 800 operasi berjadual di seluruh negara. Jumlah dan kekerapan operasi diperbanyakkan bagi negeri-negeri dan bandar-bandar yang dikenalpasti sebagai lokasi aktiviti pengemisan.
3. Melaksanakan program advokasi dan kesedaran awam mendidik masyarakat supaya bijak membantu atau menderma bagi mengelakkan sebarang penipuan dari pengemis atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang tidak berdaftar. Kerajaan berharap masyarakat dapat menyalurkan sumbangan atau derma kepada pihak-pihak bertauliah seperti pertubuhan-pertubuhan kebajikan berdaftar, rumah ibadat dan pusat jagaan yang berdaftar. JKM sedang melancarkan program pendidikan kesedaran dan pencegahan pengemisan dengan slogan ‘Bijak Membantu, Elak Tertipu’ menerusi poster dan flyer. Masyarakat terdiri dari semua kaum, agama dan peringkat umur disarankan untuk membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menghulurkan derma atau sumbangan.
Tuan Yang di-Pertua,
JKM menjalankan operasi menyelamat pengemis berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 3, Akta Orang-Orang Papa 1977. Bagi kes pengemis melibatkan orang dewasa, ia akan dikendalikan mengikut peruntukan di bawah Akta Orang Papa 1977. Bagi kes pengemis melibatkan warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Semasa operasi menyelamatkan pengemis dijalankan, jika didapati kanak-kanak dilibatkan atau dieksploitasi, kanak-kanak tersebut akan diberi perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Bagi tahun 2010 hingga Disember 2015, seramai 365 orang kanak-kanak telah berjaya diselamatkan kerana mengutip dana atau meminta sedekah di tempat awam seluruh negara di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak yang diselamatkan akan di tempatkan di Tempat Selamat atau dikembalikan kepada ibubapa.
Individu atau pihak yang bertanggungjawab mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan meminta sedekah atau mengutip dana boleh disiasat dan didakwa oleh pihak polis mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagi ibu atau bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan, mereka perlu menyempurnakan bon dengan perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah perenggan 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memastikan mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya terhadap anak mereka.
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh JKM untuk mendaftar OKU di seluruh negara, memandangkan kini terdapat hanya lebih kurang 362,000 yang mendaftar dengan JKM sedangkan World Disability Report 2011 menunjukkan bahawa 15% dari jumlah penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari OKU.
20 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
67
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh JKM untuk mendaftar OKU di seluruh negara, memandangkan kini terdapat hanya lebih kurang 362,000 yang mendaftar dengan JKM sedangkan World Disability Report 2011 menunjukkan bahawa 15% dari jumlah penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari OKU.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pendaftaran OKU menurut Seksyen 24, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
Pendaftaran OKU adalah untuk mengumpul data atau statistik untuk perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad OKU dikeluarkan kepada yang berdaftar dengan JKM bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Pendaftaran OKU ini boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Sehingga 5 April 2016, seramai 377,153 telah berdaftar dengan JKM menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). Bilangan ini hanya merangkumi 1.26% daripada jumlah penduduk Malaysia. Setiap tahun JKM mengagihkan peruntukan kepada semua JKM Negeri untuk menganjurkan kempen pendaftaran OKU di peringkat daerah dan negeri. Peruntukan yang disalurkan pada setiap negeri adalah merangkumi program yang akan melibatkan penyebaran maklumat dan kempen kesedaran kepada setiap wakil penduduk iaitu ketua kampung, ketua mukim, wakil penduduk/kawasan perumahan. Dengan harapan setiap wakil penduduk akan menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada ahli penduduk setiap kawasan perumahan dan perkampungan.
Pendaftaran OKU juga dilakukan semasa penganjuran program-program seperti berikut:-
i. Kembara Kebajikan 1 Malaysia (KK1M) oleh JKM
ii. Program kerjasama dengan Badan Pertubuhan Sukarela (NGO);
iii. Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) oleh KPWKM
iv. Program-program NBOS dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
GABUNG SOALAN :
SOALAN : NO.3 (20 APRIL 2016)
Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi pusat transit gelandangan bukan sahaja sebagai tempat untuk memberi kemudahan makan minum dan berlindung, tetapi juga sebagai pusat untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan agar mereka berdikari tanpa perlu mengharapkan ihsan dari orang ramai.
SOALAN : NO.16 (21 APRIL 2016)
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dan DBKL dalam membantu gelandangan di kawasan Kuala Lumpur.
SOALAN : NO.42 (25 APRIL 2016)
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah warga gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah Kerajaan menyediakan penempatan alternatif untuk memberi peluang mereka menikmati kehidupan yang selesa.
SOALAN : NO.24 (26 APRIL 2016)
TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang diambil terhadap gelandangan (homeless) yang didapati bermalam di kawasan-kawasan jejantas seperti di Maju Junction yang memberikan imej dan kesan yang buruk kepada pelancong.
SOALAN : NO.27 (27 APRIL 2016)
Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat mana pemantauan dibuat untuk mengatasi masalah kebajikan orang-orang gelandangan yang semakin bertambah.
SOALAN : NO.10 (3 MEI 2016)
DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pendekatan bagi membantu keluarga yang menjadi gelandangan sama seperti bantuan yang diberikan kepada gelandangan individu.Idris
SOALAN : NO.34 (4 MEI 2016)
DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peraturan tetap operasi yang digunakan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk membezakan gelandangan melibatkan sekeluarga berbanding dengan gelandangan individu.
20 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
3
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
GABUNG SOALAN :
SOALAN : NO.3 (20 APRIL 2016)
Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi pusat transit gelandangan bukan sahaja sebagai tempat untuk memberi kemudahan makan minum dan berlindung, tetapi juga sebagai pusat untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan agar mereka berdikari tanpa perlu mengharapkan ihsan dari orang ramai.
SOALAN : NO.16 (21 APRIL 2016)
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dan DBKL dalam membantu gelandangan di kawasan Kuala Lumpur.
SOALAN : NO.42 (25 APRIL 2016)
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah warga gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah Kerajaan menyediakan penempatan alternatif untuk memberi peluang mereka menikmati kehidupan yang selesa.
SOALAN : NO.24 (26 APRIL 2016)
TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang diambil terhadap gelandangan (homeless) yang didapati bermalam di kawasan-kawasan jejantas seperti di Maju Junction yang memberikan imej dan kesan yang buruk kepada pelancong.
SOALAN : NO.27 (27 APRIL 2016)
Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat mana pemantauan dibuat untuk mengatasi masalah kebajikan orang-orang gelandangan yang semakin bertambah.
SOALAN : NO.10 (3 MEI 2016)
DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pendekatan bagi membantu keluarga yang menjadi gelandangan sama seperti bantuan yang diberikan kepada gelandangan individu.Idris
SOALAN : NO.34 (4 MEI 2016)
DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peraturan tetap operasi yang digunakan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk membezakan gelandangan melibatkan sekeluarga berbanding dengan gelandangan individu.
- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon izin untuk menjawab soalan-soalan daripada YB Senator Datuk Seri Nalla K.S. bersekali dengan pertanyaan oleh YB Senator Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah pada 21 April 2016, YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty pada 25 April 2016, YB Senator Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman pada 26 dan 27 April 2016, serta YB Senator Koh Chin Han pada 3 dan 4 Mei 2016 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Tuan Yang Dipertua,
Di negara kita, golongan gelandangan tertumpu sebilangan besarnya di Lembah Klang dan bandar-bandar besar lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Anjung Singgah di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), manakala di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) terdapat Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan di Lorong Medan Tuanku yang membantu golongan gelandangan.
Menjawab pertanyaan Datuk Seri Nalla K.S. berhubung perluasan skop pusat transit gelandangan, adalah dimaklumkan bahawa bantuan di pusat ini tidak sekadar memberi makan minum serta tempat berlindung sementara kepada golongan gelandangan tetapi dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO, pelbagai perkhidmatan sokongan turut disediakan iaitu aktiviti motivasi, khidmat kaunseling, aktiviti kerohanian dan moral, penjodohan pekerjaan, rujukan untuk rawatan kesihatan, rujukan kepada rawatan pemulihan dadah dan rujukan kepada pelbagai agensi pemberi bantuan yang lain.
Tuan Yang Dipertua,
YB Senator Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah bertanyakan perbelanjaan kerajaan dalam membantu gelandangan. YKN telah membelanjakan sebanyak kira-kira RM3 juta setahun ke atas empat (4) buah Anjung Singgah di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang. Secara purata, kos mengendalikan satu katil ialah RM33 yang terdiri daripada kos makanan dan minuman sebanyak tiga (3) kali sehari dan RM20 daripadanya merupakan kos penginapan termasuk kos program intervensi dan kos pengurusan operasi. Kira-kira RM915 ribu setahun dibelanjakan untuk Anjung Singgah Kuala Lumpur.
Tuan Yang Dipertua,
Maklumat yang diperolehi daripada KWP menyatakan bahawa peralatan dan kelengkapan serta pengendalian operasi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Pusat Khidmat Gelandangan adalah sumbangan oleh syarikat swasta, NGO dan orang ramai, di samping mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi Kerajaan. Peruntukan sedia ada DBKL digunakan bagi beberapa perkara seperti pembinaan bumbung tambahan di Pusat Khidmat Gelandangan bagi menyediakan teduhan untuk penganjuran aktiviti berjumlah RM99,000.
Tuan Yang Dipertua,
YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty bertanyakan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur. Data mengenai golongan gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur dikumpulkan melalui:
(i) Operasi menyelamat dan memulihkan orang papa dan pengemis yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977;
(ii) Pendaftaran golongan gelandangan yang datang secara sukarela di pusat sehenti intervensi Anjung Singgah di Kuala Lumpur di bawah YKN; dan
(iii) Pendaftaran golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di bawah KWP.
Pada tahun 2015, terdapat seramai 215 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur berdasarkan operasi menyelamat di bawah JKM. Daripada jumlah tersebut seramai 146 adalah lelaki dan 69 adalah wanita. Daripada jumlah tersebut juga, didapati seramai 207 yang bergelandangan merupakan warganegara manakala selebihnya bukan warganegara.
Tuan Yang Dipertua,
TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN bertanyakan tindakan yang diambil terhadap gelandangan (homeless) yang didapati bermalam di kawasan-kawasan jejantas seperti di Maju Junction yang memberikan imej dan kesan yang buruk kepada pelancong.b
Pada tahun 2015, sebanyak 162 operasi telah dijalankan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan seramai 215 orang pengemis diselamatkan. Daripada jumlah tersebut, 8 orang adalah pengemis warganegara asing. Bagi tahun 2016, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merancang untuk mengadakan 40 operasi bersepadu dan 50 operasi berjadual di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan gelandangan termasuk di sekitar kawasan berhampiran Maju Junction. Jumlah dan kekerapan operasi diperbanyakkan bagi kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi aktiviti pengemisan.
Tuan Yang Dipertua,
TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN juga bertanya berkenaan pemantauan untuk mengatasi masalah kebajikan gelandangan.
Operasi menyelamat orang papa yang dijalankan oleh JKM ialah antara kaedah pemantauan ke atas golongan ini yang bertujuan memelihara kebajikan mereka dengan menempatkan mereka di institusi di bawah JKM bagi menjalani pemulihan dan latihan kemahiran.
Pada tahun 2015, sebanyak 1,921 operasi telah diadakan di seluruh negara. Operasi menyelamat golongan gelandangan ini dilaksanakan melalui tiga (3) jenis operasi iaitu pertama, Operasi Bersepadu di mana operasi melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JKM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan. Operasi ini biasanya diketuai oleh pihak PDRM atau PBT dan dijalankan sebanyak empat (4) kali setahun atau mengikut keperluan. Kedua, Operasi Berkala atau Berjadual pula dijalankan oleh pihak JKM di peringkat daerah; dan ketiga, Operasi Ad-Hoc atau serta-merta yang dijalankan segera oleh JKM apabila mendapat aduan dari individu atau masyarakat berkaitan kewujudan aktiviti pengemisan di premis atau persekitaran mereka.
Tuan Yang di-Pertua,
Soalan daripada YB SENATOR DATUK KOH CHIN HAN pada 3 dan 4 Mei 2016 menanyakan pendekatan bagi membantu gelandangan keluarga dan gelandangan individu. Untuk makluman dewan yang mulia ini, kes keluarga yang menjadi gelandangan disebabkan tidak mampu membayar sewa bilik atau sewa rumah akan dibantu dengan kerjasama pihak Baitulmal yang mempunyai rumah transit untuk menempatkan gelandangan keluarga atau gelandangan kelamin. Pihak Baitulmal juga ada menyediakan bantuan bayaran deposit sewa rumah dan bantuan bayaran sewa rumah kepada yang berkelayakan. Bantuan seperti ini dapat membantu gelandangan keluarga dalam tempoh tertentu sementara mereka berusaha memulihkan keadaan kewangan sebelum kembali berdikari. Sekiranya keluarga tersebut didapati bergelandangan bersama-sama anak di bawah umur 18 tahun, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil tindakan perlindungan berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001.
Di Anjung Singgah perkhidmatan kaunseling diberi kepada gelandangan keluarga yang mempunyai waris di kampung supaya kembali ke pangkuan keluarga. Mereka juga akan dipertimbangkan bantuan bulanan persekolahan anak sekiranya berkelayakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Usaha menyelamatkan orang papa dan pengemis daripada operasi yang dijalankan oleh JKM akan disusuli dengan bantuan berbentuk khidmat sokongan seperti penempatan di institusi, pemulihan, latihan kerjaya dan kaunseling dalam menangani isu ini. Antara institusi kebajikan yang disediakan oleh KPWKM ialah Rumah Seri Kenangan iaitu penjagaan dan pelindungan bagi orang papa berumur 60 tahun dan ke atas serta tidak berwaris atau waris tidak dapat dihubungi. Orang papa yang berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri untuk menjalani program pemulihan dan kemahiran.
Tuan Yang Dipertua,
Kaedah pemantauan dan penyelesaian kepada isu gelandangan akan diperkemaskan dari semasa ke semasa. Pada 18 Februari 2016, Mesyuarat High Level Committee (HLC) Majlis Sosial yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan supaya KPWKM diberi tanggungjawab untuk menjadi peneraju serta menubuhkan satu sekretariat dalam menangani isu gelandangan. Sehubungan itu, kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan dan NGO akan digembleng melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam menangani isu ini.
SOALAN :
DATUK KADZIM M. YAHYA minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mendera berasaskan mana-mana laporan mengenai penderaan ke atas warga emas yang dilaporkan semakin berleluasa di Malaysia sekarang.Tuan
21 APRIL 2016 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 APRIL 2016 (Khamis)
- No.Soalan
13
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
SOALAN :
DATUK KADZIM M. YAHYA minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mendera berasaskan mana-mana laporan mengenai penderaan ke atas warga emas yang dilaporkan semakin berleluasa di Malaysia sekarang.Tuan
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) telah digubal pada tahun 1994. Akta ini memberi perlindungan bukan hanya kepada seseorang isteri atau suami tetapi juga anggota keluarga yang lain. Dalam hal ini, seseorang ahli keluarga yang melakukan keganasan terhadap warga emas boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah AKRT.
Dalam pada itu, Seksyen 3 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] menyatakan Akta 521 ini hendaklah dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan [Akta 574] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berhubungan dengan keganasan rumah tangga. Kuasa untuk menjalankan siasatan adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Di samping itu, dalam aspek perlindungan, peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] boleh digunakan untuk membantu mangsa mendapatkan perlindungan sama ada melalui Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah. IPO boleh dimohon secara ex-parte oleh mangsa melalui 3 cara iaitu membuat permohonan terus ke Mahkamah, melalui peguam pemohon atau melalui bantuan Pegawai Kebajikan Masyarakat. Mangsa yang memerlukan perlindungan sementara di tempat selamat boleh memohon perlindungan di tempat selamat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik remaja yang berusia antara 10 hingga 19 tahun yang hamil setiap tahun sejak 3 tahun ke belakang dan peratus yang hamil tanpa nikah. Apakah pecahan mengikut kaum dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah hamil tanpa nikah.
21 APRIL 2016 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 APRIL 2016 (Khamis)
- No.Soalan
30
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik remaja yang berusia antara 10 hingga 19 tahun yang hamil setiap tahun sejak 3 tahun ke belakang dan peratus yang hamil tanpa nikah. Apakah pecahan mengikut kaum dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah hamil tanpa nikah.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Bilangan remaja hamil yang berdaftar di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 3 tahun ke belakang adalah 17,588 (2013), 16,528 (2014) dan 13,831 (2015). Manakala bilangan remaja hamil tanpa nikah adalah 4,127 (2013), 3,980 (2014) dan 3,980 (2015). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi perkhidmatan kepada semua remaja hamil tanpa diskriminasi umur, taraf perkahwinan atau kaum. Walau bagaimanapun KKM tidak mengumpul data remaja hamil tanpa nikah mengikut pecahan kaum di peringkat kebangsaan.
Langkah-langkah yang telah di ambil oleh KKM untuk mengatasi masalah hamil tanpa nikah adalah seperti berikut:
1. Menyediakan akses kepada perkhimatan yang mesra remaja di semua fasiliti kesihatan Kerajaan di seluruh Negara.
2. Menjalankan latihan bagi memperkasa anggota kesihatan dalam pengendalian kes remaja secara berhemah, tidak menghukum, menjaga kerahsiaan dengan mengguna pakai prinsip ‘harm reduction’ dan ‘the best interest of the child’.
3. Menyediakan modul dan garis panduan pengendalian masalah seksual reproduktif remaja dengan mengambil kira aspek perundangan, hak kanak-kanak, etika professional, agama dan sosio-budaya.
4. Menjalankan usaha advokasi mengenai isu kehamilan remaja pada mesyuarat inter-agensi seperti Majlis Sosial (6 Februari 2014), Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 122 (28 Oktober 2014) dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 240 (16 Februari 2016) bagi mendapat sokongan dan kerjasama semua agensi / kementerian untuk menangani masalah ini secara holistik.
5. Melancarkan Program Generasiku Sayang Peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober 2015 dan dirasmikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Program ini akan dilaksanakan di semua negeri dalam menyediakan intervensi yang menyeluruh dan bersepadu kepada remaja hamil.
(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. LPPKN telah mengambil inisiatif melaksanakan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti iaitu Program PEKERTI fokus kepada remaja dan ibu bapa sebagai langkah untuk menangani isu hamil tanpa nikah dalam kalangan remaja. Program PEKERTI mula dilaksanakan bermula tahun 2011 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO serta pemimpin masyarakat melalui program-program seperti berikut:-
a) PEKERTI@PLKN
LPPKN dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara telah melaksanakan Program PEKERTI@PLKN semenjak tahun 2011. Program ini memberikan kefahaman kepada golongan remaja bahawa tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sejak diperkenalkan pada Jun 2011 sehingga Januari 2015, sejumlah 267,121 orang pelatih PLKN di 81 kem PLKN seluruh negara telah mendapat pendidikan tersebut.
b) PEKERTI@Sekolah
LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid Tahun 6 iaitu selepas UPSR, pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas PT3 (Penilaian Tahap 3) dan pelajar Pendidikan Khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia mulai tahun 2012. Sehingga Oktober 2015 seramai 8,194 orang pelajar telah mengikuti program ini.
c) PEKERTI@IPGM
LPPKN telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada tahun 2014 untuk melatih para pensyarah IPGM seluruh Malaysia bagi melaksanakan program PEKERTI@IPGM kepada bakal guru sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial kepada bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengetahuan dan kemahiran ini akan dapat membantu guru ini kelak di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek kesihatan reproduktif di sekolah. Sehingga Oktober 2015 seramai 2,118 orang pensyarah dan bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan daripada 25 buah IPGM telah mengikuti program PEKERTI@IPGM ini.
d) PEKERTI@KOMUNITI
Program pendidikan kesihatan reproduktif kepada golongan berisiko tinggi turut diperluaskan pada tahun 2014 untuk merangkumi penghuni institusi JKM seperti Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP), Rumah Kanak-kanak (RKK), Asrama Akhlak, pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), pemimpin komuniti seperti Rukun Tetangga. Usaha ini merupakan bagi pencegahan awal kepada golongan berisiko tinggi. Secara keseluruhan sebanyak 55 program telah dijalankan sepanjang tahun 2014 hingga Disember 2015 yang melibatkan seramai 2,257 peserta. Daripada 55 program tersebut, sebanyak 38 program remaja yang melibatkan 1,455 peserta dan 4 program ibu bapa yang melibatkan 256 peserta.
e) Pusat Remaja Kafe@TEEN
LPPKN telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah kesihatan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan remaja dengan mewujudkan Pusat Remaja Kafe@TEEN. Sebanyak 15 pusat remaja kafe@TEEN telah diwujudkan di seluruh Malaysia. Program outreach kafe@TEEN di sekolah-sekolah dan komuniti setempat ini telah berjaya mendekati seramai 1.3 juta orang remaja melalui 13,117 program/ aktiviti dari bulan Januari 2006 hingga bulan Disember 2015.
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) dalam penempatan graduan dari PLPP dalam pekerjaan di sektor swasta dan awam bagi tempoh 2005-2015.
21 APRIL 2016 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 APRIL 2016 (Khamis)
- No.Soalan
41
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) dalam penempatan graduan dari PLPP dalam pekerjaan di sektor swasta dan awam bagi tempoh 2005-2015.
- Klasifikasi Isu
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya. Objektif utama PLPP adalah untuk memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU fizikal untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan selain mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
Statistik yang dikeluarkan menunjukkan mulai tahun 1999 – 2015 seramai 1683 pelatih OKU telah menerima latihan dalam pelbagai bidang di PLPP. Bagi tempoh 2005 – 2015 pelatih OKU yang telah dilatih / graduan adalah seramai 1187 orang. Bagi tempoh masa berkenaan (2005 -2015) seramai 411 (34.6%) pelatih telahpun menerima tawaran kerja sebelum menamatkan latihan.
Hasil kajian yang telah dibuat oleh PLPP pada tahun 2015, sebanyak 87% pelajar / graduan PLPP telah mendapat pekerjaan selepas 3 bulan tamat latihan / pengajian di PLPP Bangi manakala sebanyak 13% pelajar tidak bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan, faktor sikap dan masalah logistik.
Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang menjadi ibu tunggal dan bapa tunggal mengikut kategori umur dan negeri, serta apakah punca mereka menjadi atau memilih untuk kekal sebagai ibu dan bapa tunggal.
21 APRIL 2016 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 APRIL 2016 (Khamis)
- No.Soalan
76
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang menjadi ibu tunggal dan bapa tunggal mengikut kategori umur dan negeri, serta apakah punca mereka menjadi atau memilih untuk kekal sebagai ibu dan bapa tunggal.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan yang dipertua,
Jabatan Perangkaan Negara pada 12 Mac 2014 telah mengeluarkan data rasmi jumlah ibu tunggal di Malaysia. Berdasarkan statistik rasmi yang telah dikemukakan tersebut, jumlah ibu tunggal di Malaysia adalah seramai 235,240 orang yang terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:
(i) Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap & mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama berjumlah 180,112;
(ii) Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat & tidak berkemampuan untuk bekerja) & mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama sebanyak 49,748; dan
(iii) Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf) hanya sebanyak 5,380.
Daripada jumlah tersebut, pecahan bilangan ibu tunggal mengikut negeri adalah seperti berikut:
Negeri
Jumlah
Johor 27,256
Kedah 19,839
Kelantan 15,715
Melaka 8,272
Negeri Sembilan 10,677
Pahang 12,613
Pulau Pinang 14,737
Perak 22,706
Perlis 2,279
Selangor 40,583
Terengganu 12,412
Sabah 15,909
Sarawak 13,961
WP Kuala Lumpur 17,243
WP Labuan 575
WP Putrajaya 463
MALAYSIA 235,240
Manakala pecahan bilangan ibu tunggal mengikut kategori umur adalah seperti berikut:
Bil. Kumpulan Umur Jumlah
1. 15 - 19 623
2. 20 - 29 9,249
3. 30 - 39 33,099
4. 40 - 49 63,735
5. 50 - 59 66, 572
6. 60 tahun ke atas 61, 962
JUMLAH 235, 240
Bagi data bapa tunggal pula, tiada statistik diperolehi berikutan tiada definisi rasmi yang digunakan untuk menakrifkan golongan bapa tunggal ini, sepertimana yang telah digariskan untuk ibu tunggal melalui pengubalan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (PTPIT).
Walau bagaimanapun, elemen-elemen dalam Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (PTPIT) yang disebutkan secara khususnya untuk wanita juga boleh digunapakai untuk kebajikan golongan bapa tunggal, yang memerlukan bantuan dan sokongan ketika mereka berada dalam situasi yang dilihat sebagai rentan, dengan izin ‘Vulnerable’, seperti bercerai, kematian pasangan, muflis, masalah kesihatan dan sebagainya.
Secara perbandingan, semasa Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000 terdapat 130,249 ibu tunggal di Malaysia. Pada ketika itu, Jabatan Perangkaan Malaysia hanya mentakrifkan ibu tunggal sebagai perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
Tuan Yang Di-Pertua,
Ibu bapa tunggal merujuk kepada individu, sama ada lelaki atau perempuan yang membesarkan anak dalam keadaan ketiadaan salah seoranga pasangan, sama ada suami atau isteri. Berikut adalah antara beberapa sebab yang menyumbang kepada individu ibu atau bapa tunggal :
a) Ketiadaan pasangan disebabkan oleh kematian
b) Pasangan lelaki tiada disebabkan oleh perpisahan atau penceraian;
c) Pasangan lelaki tiada buat jangka masa yang khusus disebabkan oleh migrasi kerja atau dikenakan hukuman di penjara;
d) Pasangan lelaki tidak dapat bekerja kerana tidak sihat atau tiada keupayaan untuk bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan berpanjangan;
e) Kehamilan di kalangan wanita sebelum perkahwinan;
Tuan yang Dipertua,
Kementerian sememangnya adalah komited dalam usaha kesaksamaan gender, bagi golongan wanita dan juga lelaki, dipelihara dalam semua aspek. Pada tujuh (7) jerayawara, dengan izin ‘Roadshow’, Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (PTPIT) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita yang telah diadakan di negeri-negeri di Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Utara, Zon Selatan, negeri Pahang, negeri Sarawak dan negeri Sabah, juga telah diwarkan-warkan bahawa program-program yang dijalankan juga dibuka untuk penyertaan gologan bapa tunggal.
DATUK HAJAH NORIAH BINTI MAHAT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah peruntukan untuk memperkasakan warga emas di negara ini.
25 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
33
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
DATUK HAJAH NORIAH BINTI MAHAT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah peruntukan untuk memperkasakan warga emas di negara ini.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan warga emas. Sehubungan itu, sejumlah peruntukan diberikan bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut ke arah penuaan sihat, produktif dan aktif.
Tuan Yang di-Pertua,
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) berperanan meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan Dasar Warga Emas Negara dan ianya merupakan khidmat yang bercorak reaching out dan developmental kepada warga emas dengan berganding bahu bersama-sama agensi-agensi lain dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) berfungsi sebagai pusat aktiviti khusus untuk warga emas dalam mendapatkan kemudahan seperti menyertai aktiviti rekreasi, kesihatan, terapi pemulihan, keagamaan, kursus, sukan dan khidmat sukarela meliputi kaunseling dan lawatan daripada badan korporat dalam menjalankan aktiviti dan tanggungjawab sosial. Sebagai makluman, daripada tahun 2007 sehingga Disember 2015, terdapat 50 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) telah ditubuhkan di seluruh negara dengan penyertaan seramai 32,617 orang warga emas.
Selain itu, sebagai menghargai mereka, melalui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), warga emas juga diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dengan masyarakat. Sehubungan itu, bagi pengoperasian dan memperkasakan 50 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) pada tahun 2015, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM1,666,600.00
Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services)
Program Khidmat Bantu di Rumah pula dilaksanakan oleh sukarelawan kebajikan serta perhubungan bukan Kerajaan (NGO). Program ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas terutama mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah. Sebagai makluman, daripada Julai 2012 sehingga Januari 2016 terdapat seramai 2,071 orang sukarelawan memberi Khidmat Bantu di Rumah kepada seramai 5,632 warga emas. Kos bagi melaksanakan program Khidmat Bantu di Rumah bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM6 juta.
Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) pula menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di hospital / klinik sama ada hospital / klinik yang disediakan oleh kerajaan mahupun swasta. Sebagai makluman, UPWE mula dilaksanakan pada tahun 2008 dan sehingga Mac 2015 dengan seramai 15,449 warga emas telah menggunakan perkhidmatan ini.
Program ini beroperasi di bawah kendalian Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat . Pada masa ini terdapat 11 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, sebanyak RM385,000.00 telah diperuntukkan kepada MPKSM sebagai bantuan kewangan untuk pengoperasian dan penyelenggaraan kenderaan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).
Bantuan Kewangan
Bagi membantu menampung keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga di dalam komuniti, KPWKM melalui JKM telah memperkenalkan Bantuan Orang Tua. Pada tahun 2015 seramai 141,493 warga emas telah dibantu dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM 502,171,062.
Perkhidmatan Institusi
Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan Rumah Seri Kenangan untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif. Sebagai makluman pada Januari 2016, seramai 1,611 orang penghuni telah diberi penjagaan dan perlindungan di 9 buah Rumah Seri Kenangan di seluruh negara. Rumah Ehsan pula ditubuhkan untuk memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang sakit dan uzur dalam suasana yang selesa dan tenteram. Sebagai makluman, pada Januari 2016, terdapat 2 buah Rumah Ehsan menempatkan seramai 218 orang penghuni di mana seramai 161 orang penghuni daripadanya adalah warga emas.
Peruntukan kewangan bagi operasi kedua-dua institusi ini pada tahun 2015 adalah sebanyak RM38,490,105.74
Geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
Di samping itu, sepanjang tahun 2015 JKM turut memberi geran tahunan berjumlah RM3,553,200.00 juta kepada 25 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang membantu warga emas bagi tujuan pentabdiran dan pengurusan warga emas. Bantuan kewangan yang disalurkan adalah bagi meringankan beban perbelanjaan PSK dalam menyediakan kemudahan kepada warga emas.
SOALAN :
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada kelayakan bagi seorang pekerja OKU menerima EPC (Elaun Pekerja Cacat) boleh di tingkatkan kepada gaji bulanan RM2,000 ke bawah (berbanding dari RM1,200 sedia ada) sebagai galakan untuk OKU menceburi bidang pekerjaan swasta dan juga supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan kerjaya mereka.0
25 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
34
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
SOALAN :
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada kelayakan bagi seorang pekerja OKU menerima EPC (Elaun Pekerja Cacat) boleh di tingkatkan kepada gaji bulanan RM2,000 ke bawah (berbanding dari RM1,200 sedia ada) sebagai galakan untuk OKU menceburi bidang pekerjaan swasta dan juga supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan kerjaya mereka.0
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) prihatin akan cabaran hidup golongan miskin, Orang Kurang Upaya dan mereka yang memerlukan. Dalam hal ini, golongan tersebut layak diberikan bantuan kebajikan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Buat masa ini, KPWKM melalui JKM masih kekal menggunakan kadar pendapatan di bawah RM1,200 sebulan sebagai syarat untuk dipertimbangkan EPC dan tidak bercadang untuk menaikkan kadar tersebut kepada RM2,000 sebulan. Syarat pendapatan tersebut adalah berpatutan dan telah mengambil kira keperluan semasa. Walau bagaimanapun cadangan kenaikan syarat gaji bulanan berkenaan akan diambil perhatian dan diteliti dari masa ke semasa.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mewujudkan pusat sehenti bagi ibu tunggal di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memudahkan akses kepada ibu tunggal bagi mendapatkan khidmat soal ekonomi, kaunseling dan guaman kepada yang memerlukan di kawasan bandar dan luar bandar.
25 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
57
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mewujudkan pusat sehenti bagi ibu tunggal di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memudahkan akses kepada ibu tunggal bagi mendapatkan khidmat soal ekonomi, kaunseling dan guaman kepada yang memerlukan di kawasan bandar dan luar bandar.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan yang Di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya akan mewujudkan One Stop Centre khusus untuk ibu tunggal di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara mulai Jun tahun ini.
One Stop Centre ini adalah satu inisiatif bagi membantu dan memudahkan golongan ibu tunggal mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan dalam bidang ekonomi, kaunseling serta khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada klien yang memerlukan di kawasan bandar dan juga luar bandar.
Cetusan idea pengwujudan One Stop Centre ini juga adalah hasil daripada permintaan seramai 2,350 peserta ibu tunggal yang menghadiri beberapa siri Jerayawara, dengan izin ‘Roadshow’, Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (PTPIT) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita yang diadakan di negeri-negeri di Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Utara, Zon Selatan, negeri Pahang, negeri Sarawak dan juga negeri Sabah.
Pada masa ini, tiga belas (13) buah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JKWS) di Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) di Sabah yang beroperasi sememangnya telah memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan sebarang bantuan dan nasihat.
Manakala, terdapat juga beberapa Pejabat Pembangunan Wanita Negeri yang sedang beroperasi di UTC seperti PPWN Kedah, PPWN Johor dan PPWN Perak. Pejabat-pejabat ini juga telah mula memainkan peranan sebagai One Stop Centre untuk membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan dengan memberikan khidmat nasihat bantuan guaman, memberikan perkhidmatan bantuan sokongan dan juga sebagai pemudahcara bagi membantu ibu-ibu tunggal menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dan pada hujung tahun 2016 ini, Pejabat PPWN Pahang dan PPWN Terengganu juga akan ditempatkan di UTC bagi memudahkan golongan sasar Kementerian terutamanya ibu tunggal mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya dengan lebih mudah.
GABUNG SOALAN
SOALAN : NO.61 (25/4/2016)
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang diambil Kementerian untuk menambahkan lagi bilangan “baby hatch” di dalam negara bagi tujuan mengurangkan kes pembuangan bayi terutamanya di kawasan luar bandar.
SOALAN : NO.67 (26/4/2016)
TUAN CHANDRA MOHAN A/L S. THAMBIRAJAH minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) jumlah kes pembuangan bayi dengan pecahan mengikut tahun dan negeri dari tahun 2011 sehingga sekarang; dan
(b) menyatakan inisiatif-inisiatif yang di ambil untuk mengurangkan kes pembuangan bayi termasuk langkah-langkah untuk menambahkan bilangan Pelindung Bayi (Baby Hatch).
25 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
61
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
GABUNG SOALAN
SOALAN : NO.61 (25/4/2016)
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang diambil Kementerian untuk menambahkan lagi bilangan “baby hatch” di dalam negara bagi tujuan mengurangkan kes pembuangan bayi terutamanya di kawasan luar bandar.
SOALAN : NO.67 (26/4/2016)
TUAN CHANDRA MOHAN A/L S. THAMBIRAJAH minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) jumlah kes pembuangan bayi dengan pecahan mengikut tahun dan negeri dari tahun 2011 sehingga sekarang; dan
(b) menyatakan inisiatif-inisiatif yang di ambil untuk mengurangkan kes pembuangan bayi termasuk langkah-langkah untuk menambahkan bilangan Pelindung Bayi (Baby Hatch).
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada YB Senator Puan Hajah Azizah Binti Harun pada 25 April 2016 bersekali dengan pertanyaan YB Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah pada 26 April 2016 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius akan gejala pembuangan bayi di dalam masyarakat. Tindakan membuang bayi merupakan satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi yang dilaporkan pada tahun 2011 sehingga 2015 adalah seperti berikut, pada tahun 2011 adalah sebanyak 98 kes, tahun 2012 telah menurun kepada 89 kes. Tahun 2013 hingga 2015 telah meningkat semula, iaitu 90 kes pada tahun 2013, 104 kes pada tahun 2014 dan 111 kes pada tahun 2015. Jumlah keseluruhan kes bagi tempoh 2011 sehingga 2015 adalah sebanyak 491 kes. Bagi tempoh tersebut, lima buah negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah negeri Selangor sebanyak 98 kes, diikuti dengan Sabah sebanyak 62 kes, Johor sebanyak 55 kes, Kuala Lumpur sebanyak 43 kes dan Kelantan sebanyak 31 kes.
Tuan Yang di-pertua,
Bagi mengatasi masalah ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan Rumah Perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita yang hamil luar nikah. Institusi di bawah JKM yang menyediakan perlindungan untuk golongan tersebut adalah Taman Seri Puteri (TSP) sebanyak 4 buah untuk kanak-kanak perempuan yang hamil luar nikah berusia di bawah 18 tahun. Manakala Pusat Jagaan Sinar Kasih (PJSK) sebanyak 2 buah disediakan untuk perlindungan kepada wanita hamil luar nikah yang berusia 18 tahun ke atas.
Kementerian turut menyediakan 65 buah institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, 53 buah Klinik Nur Sejahtera dan 142 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak yang bersedia memberi perkhidmatan berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
Selain itu, KPWKM turut mengambil langkah-langkah dalam usaha mengatasi masalah pembuangan bayi seperti berikut:
a) Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan
Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan telah diluluskan oleh Kerajaan pada 6 November 2009. Dasar ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial manakala Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pula menjadi panduan tindakan bersepadu pelbagai pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan program dan aktiviti. Melalui pengenalan dasar dan pelan tindakan, KPWKM menggerakkan pelbagai agensi dalam melaksanakan program pencegahan dan perlindungan. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. PEKERTI@PLKN
LPPKN dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara telah melaksanakan Program PEKERTI@PLKN semenjak tahun 2011. Program ini memberikan kefahaman kepada golongan remaja bahawa tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sejak diperkenalkan pada Jun 2011 sehingga Januari 2015 , sebanyak 267,121 orang pelatih PLKN di 81 buah kem PLKN seluruh negara telah mendapat pendidikan tersebut.
ii. PEKERTI@Sekolah
LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah melaksanakan projek rintis Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid Tahun 6 iaitu selepas UPSR, pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas PT3 (Penilaian Tahap 3) dan pelajar Pendidikan Khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia mulai tahun 2012. Pada tahun 2012 hingga Disember 2014 seramai 6,531 orang pelajar daripada 33 buah sekolah telah mengikuti projek rintis ini.
iii. PEKERTI@IPGM
LPPKN telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Perguruan Malaysia (IPGM) telah melatih para pensyarah IPGM seluruh Malaysia bagi melaksanakan program PEKERTI@IPGM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial kepada bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengetahuan dan kemahiran ini akan dapat membantu guru ini kelak di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek kesihatan reproduktif di sekolah. Pada bulan Mei 2015, seramai 45 orang pensyarah daripada 25 buah IPGM seluruh Malaysia terlibat dengan bengkel kejurulatihan PEKERTI@IPGM.
iv. PEKERTI@KOMUNITI
Program pendidikan kesihatan reproduktif kepada golongan berisiko tinggi turut diperluaskan pada tahun 2014 untuk merangkumi penghuni institusi JKM seperti Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP), Rumah Kanak-kanak (RKK), Asrama Akhlak, pelajar sekolah berasrama penuh SBP), remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), pemimpin komuniti seperti Rukun Tetangga. Usaha ini merupakan bagi pencegahan awal kepada golongan berisiko tinggi. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 23 buah program telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 1,157 orang peserta.
v. Pusat Remaja Kafe@TEEN
LPPKN telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah kesihatan dan kesejahteraan sosial dalam kalangan remaja dengan mewujudkan Pusat Remaja Kafe@TEEN. Sebanyak 14 buah pusat remaja kafe@TEEN telah diwujudkan.
b) Talian Kasih 15999
Perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang asalnya dikenali sebagai Talian NUR telah diwujudkan sejak 5 Disember 2007 bagi membolehkan orang awam membuat sebarang aduan termasuk kes pembuangan bayi. Remaja dan wanita yang mengandung luar nikah juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling melalui Talian Kasih 15999 bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dalam aktiviti pembuangan bayi. Talian ini beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.
c) Modul Cakna Diri
LPPKN telah membangunkan Modul Cakna Diri (Edisi Remaja dan Edisi Ibu Bapa) yang bertujuan untuk memberi panduan kepada remaja serta ibu bapa dalam memahami perkembangan remaja dan meningkatkan kemahiran untuk menangani tingkah laku yang berisiko khususnya berkaitan seksualiti.
d) Program Pencegahan Jenayah SEKATA (Keselamatan Keluarga
Tanggungjawab Kita)
Program SEKATA merupakan kursus keibubapaan anak remaja dan pendidikan kesihatan reproduktif remaja kepada komuniti setempat yang dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sebagai salah satu usaha untuk mencegah masalah sosial. Program kerjasama ini menggembleng dan menggerakkan peranan ahli keluarga dan komuniti menerusi 108 NGO untuk melaksanakan lebih 961 program dalam komuniti setempat bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan untuk membantu menangani permasalahan sosial dalam masyarakat. Hingga bulan Disember 2013, sebanyak 665 program telah dilaksanakan melibatkan penyertaan 57,286 peserta.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi membendung masalah pembuangan bayi ini, satu inisiatif telah dijalankan oleh KPWKM melalui kerjasama agensi dan pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (OrphanCARE) bagi mewujudkan Baby Hatch. Tujuan Baby Hatch adalah untuk menyelamatkan bayi daripada dibuang, memberi kasih sayang keluarga kepada bayi-bayi yang terbuang sekali gus membendung masalah pembuangan bayi.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang berusaha memperbanyakkan jalinan kerjasama dengan syarikat korporat, hospital dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk penambahan bilangan Baby Hatch terutama di kawasan luar bandar. Sehingga kini terdapat sebanyak lapan (8) buah hospital dan sebuah (1) NGO telah menubuhkan Baby Hatch.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kadar penceraian dalam kalangan generasi muda di negara ini dan adakah Kerajaan menyediakan kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan.
26 APRIL 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 APRIL 2016 (Selasa)
- No.Soalan
7
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kadar penceraian dalam kalangan generasi muda di negara ini dan adakah Kerajaan menyediakan kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014 mendapati peratusan penduduk muda berumur 15 hingga 40 tahun yang berstatus bercerai hanyalah 1.2 peratus sahaja. Angka ini adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan 44.1 peratus yang masih berkahwin.
Dalam memahami statistik penceraian, pengukuran yang paling asas dalam melaporkan kadar penceraian adalah melalui Kadar Penceraian Kasar (Crude Divorce Rate). Kadar Penceraian Kasar adalah hasil bahagi antara bilangan penceraian yang didaftarkan pada sesuatu tahun dan jumlah keseluruhan penduduk. Kebiasaannya, nilai kadar yang diberikan adalah bagi setiap 1,000 orang penduduk. Pada tahun 2010, negara mencatatkan nilai Kadar Perceraian Kasar pada paras 1.3 perceraian bagi setiap 1,000 orang.
Perkhidmatan Kaunseling Kekeluargaan
Bagi memantapkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ada menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan yang diselia oleh Unit Kaunseling LPPKN. Perkhidmatan kaunseling kekeluargaan ini merupakan salah satu usaha bagi membantu pasangan suami isteri dalam menguruskan tekanan, konflik dan masalah-masalah yang wujud dalam perkahwinan. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di setiap pejabat LPPKN negeri yang berada di seluruh negara. Terdapat 15 buah Pejabat LPPKN termasuk 4 buah pusat keluarga (Bertam-P.Pinang, Seremban-N.Sembilan, Shah Alam-Selangor dan Anak Bukit-Kedah) di seluruh negara yang dikendalikan oleh 17 orang kaunselor dan 61 orang kaunselor panel.
Laporan perkhidmatan kaunseling oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tahun 2015 adalah 5,413 sesi iaitu seramai 15,747 orang klien yang mendapatkan khidmat kaunseling.
Tuan yang DiPertua,
LPPKN dengan kerjasama NGO turut memainkan peranan dalam menangani masalah-masalah kekeluargaan terutama kepada pasangan yang berkahwin terlalu awal. Terdapat program seperti berikut;
a) SmartStart
Ini adalah Program Pra Perkahwinan ‘SmartStart’ yang bertujuan untuk memberi Pendidikan Kekeluargaan kepada pasangan yang berkahwin kurang daripada lima (5) tahun dan juga individu atau pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Dalam program selama dua (2) hari, individu dan pasangan akan dilengkapi dengan pengetahuan, dan kemahiran serta tips perkahwinan dan bimbingan kehidupan berkeluarga termasuk bagaimana menghadapi cabaran dan masalah yang sering muncul dalam rumahtangga. Sepanjang tahun 2015 LPPKN telah melaksanakan 31 program denagn perbelanjaan sebanyak RM299,150.00 yang memanfaatkan 1,586 peserta.
b) Perkahwinan Mega
LPPKN juga telah melaksanakan dua (2) program Perkahwinan Mega dengan kerjasama NGO dan badan-badan agama yang memanfaatkan 706 peserta dari kalangan pasangan yang baru berkahwin. Melalui program ini peserta diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendidikan kekeluargaan selama 2 hari.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang rancangan Kerajaan mengenai pendidikan keibubapaan dalam mempersiapkan kemahiran ibu bapa mendidik anak-anak era teknologi maklumat yang canggih.
27 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
19
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang rancangan Kerajaan mengenai pendidikan keibubapaan dalam mempersiapkan kemahiran ibu bapa mendidik anak-anak era teknologi maklumat yang canggih.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan program pendidikan keibubapaan dalam mempersiapkan kemahiran ibu bapa mendidik anak-anak era teknologi maklumat seperti berikut:
a) Keluarga@Kerja (Parenting@Work)
Keluarga@Kerja (Parenting@Work) untuk memberi pendidikan keibubapaan bermula tahun 2007 yang mensasarkan ibu bapa di agensi kerajaan, swasta dan komuniti. Melalui Unit Keibubapaan Kreatif yang terdapat dalam modul Keluarga@kerja ini, ibu bapa diberi pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan daya kreatif dalam keibubapaan supaya dapat mempersiapkan diri mendidik, mendisplin dan menangani anak-anak di era teknologi maklumat yang canggih. Ibu bapa juga didedahkan dengan teknik mendisplin anak secara kreatif serta menggunakan kaedah-kaedah kreatif berkomunikasi dengan anak bagi menyelesaikan konflik dengan berkesan disamping mengekalkan perhubungan yang positif. Bagi tahun 2015, LPPKN telah menjalankan sebanyak 75 program Parenting@Work yang mensasarkan 2,782 peserta.
b) Jelajah Keluarga Bahagia
LPPKN telah bekerja sama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi program Jelajah Keluarga Bahagia untuk memberi maklumat kepada masyarakat khususnya keluarga berkaitan dengan peranan ibu bapa mendidik dan memantau anak remaja mengenai keselamatan siber. Program “Klik dengan Bijak” ini dapat mendidik ahli keluarga mengenai kesedaran tentang keselamatan internet yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab bersama. Seramai 23,360 peserta yang hadir telah mendapat pendedahan melalui lapan (8) siri jelajah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
c) Program Ilmu Keluarga@LPPKN
Program Ilmu Keluarga@LPPKN diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan rumah tangga yang lebih berkesan. Sejak 2006 hingga Disember 2015, sejumlah 12,674 kursus telah diadakan yang berjaya menarik penyertaan seramai 1.4 juta orang.
Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramaikah wanita yang mampu mengetengahkan kebolehan dan sumbangan mereka sendiri sehingga berjaya mengemudikan syarikat milik Kerajaan (GLC) setakat ini.
27 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
42
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramaikah wanita yang mampu mengetengahkan kebolehan dan sumbangan mereka sendiri sehingga berjaya mengemudikan syarikat milik Kerajaan (GLC) setakat ini.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan dan kepimpinan wanita dalam sektor korporat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah dengan pengumuman Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat pada 27 Jun 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dasar ini diyakini dapat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Susulan pengumuman berkenaan, KPWKM melalui agensinya NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) telah pun melaksanakan Program Pengarah Wanita dan 30 Percent Club.
Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia sehingga 31 Disember 2015, terdapat 702 orang wanita atau 10.7% daripada keseluruhan 6,543 orang ahli lembaga pengarah syarikat di Bursa Malaysia berbanding 7.9% pada tahun 2012. Bagi tempoh 2013 hingga 2015, terdapat 40 perlantikan (placement) baru wanita yang dilatih oleh (NIEW) melalui Program Pengarah Wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat awam tersenarai (Public Listed Companies, PLCs) di Bursa Malaysia. Ini menunjukkan sekiranya diberikan pendedahan yang cukup dan peluang yang bersesuaian, wanita berpotensi menerajui syarikat – syarikat awam.
Bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Companies (GLC) dan syarikat Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Investment Companies (GLIC), Kementerian ini turut memantau penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan di dalam syarikat-syarikat tersebut. Kementerian ini memantau sebanyak 31 GLC dan 5 GLIC. Daripada jumlah tersebut, 30 buah syarikat mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah syarikat dan hanya tiga buah syarikat sahaja yang telah mencapai sasaran 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah.
Secara perbandingan dengan negara-negara ASEAN, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang meletakkan sasaran dan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus serta mengambil langkah untuk mencapainya sasaran tersebut. Negara-negara ASEAN yang lain, Filipina (10.0%), Thailand (9.7%) dan Singapura (9.5%) turut mengambil kira wanita dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai awam.
Sungguhpun demikian, terdapat cabaran-cabaran yang dilalui bagi mencapai matlamat ini. Antaranya ialah kurang buy-in value dari komuniti korporat tentang keperluan gender diversity. Malah saranan oleh Suruhanjaya Security melalui Code of Corporate Governance untuk memaparkan dasar, target dan komposisi ahli lembaga pengarah dan pengurusan atasan berasaskan gender di dalam Laporan Tahunan juga tidak dipatuhi oleh syarikat-syarikat awam tersenarai.
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih lagi mempergiatkan aktiviti advokasi dan promosi untuk meningkatkan penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan di dalam sektor korporat bagi membolehkan mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi. Selain itu penubuhan 30% Club di Malaysia yang dilancarkan pada 8 Mei 2015 turut sama berganding bahu mempergiatkan aktiviti promosi dan advokasi ini.
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kerajaan mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai warga emas negara ini memandangkan Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2035 dan apakah program dan perancangan Kerajaan bagi menjaga kebajikan warga emas Malaysia
27 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
21
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Tuan Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kerajaan mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai warga emas negara ini memandangkan Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2035 dan apakah program dan perancangan Kerajaan bagi menjaga kebajikan warga emas Malaysia
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan bersetuju bahawa pangkalan data yang komprehensif amatlah penting dalam merancang dan menggubal dasar serta pelan tindakan yang sesuai bagi mencapai matlamat pembangunan yang mampan.
Pada ketika ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama rapat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mendapatkan data bagi bilangan warga emas di seluruh negara. Data-data ini diperolehi semasa bancian yang dijalankan setiap 10 tahun. Bancian kali terakhir yang dijalankan adalah pada tahun 2010, dan bancian yang akan datang akan diadakan pada tahun 2020. Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga telah membuat unjuran bilangan warga emas sehingga tahun 2040 berdasarkan trend pertumbuhan penduduk sedia ada.
Warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang diadakan pada tahun 1982. Berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sesebuah negara akan menjadi negara tua apabila penduduknya yang berumur 60 tahun ke atas mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Dalam hal ini, sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Warga Emas Negara, Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030. Bilangan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9% daripada 31 juta orang penduduk Malaysia. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula, negara kita dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15% daripada jumlah penduduk merupakan warga emas. Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.60 juta orang.
Tuan Yang Dipertua,
Bagi mengukuhkan sistem pengumpulan data, Kementerian juga sedang dalam proses untuk membangunkan satu sistem iaitu Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial atau MaNIS yang akan berfungsi untuk mengumpul semua data-data berkaitan kumpulan sasar yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian ini.
Sistem MaNIS ini akan berfungsi untuk mengumpulkan data berkaitan isu-isu sosial bagi kumpulan sasar Kementerian yang merangkumi data wanita, kanak-kanak, warga emas, OKU, orang papa, mangsa bencana, keluarga dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sistem MaNIS ini kelak diharapkan dapat menjadi alat pengurusan informasi yang komprehensif yang berperanan untuk mengumpul, mengawal, menganalisa dan membuat laporan mengenai data bagi kumpulan sasar yang berada di bawah tanggungjawab KPWKM. Ia juga akan dijadikan sebagai platform pengumpulan data sosial berpusat bagi membantu penggubalan dasar serta pembangunan program sosial yang lebih baik serta berkualiti untuk dilaksanakan oleh KPWKM.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam membantu golongan profesional wanita yang berusia melebihi 40 tahun tapi belum berkahwin kerana pelbagai faktor khususnya kerana kerjaya.
27 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
49
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam membantu golongan profesional wanita yang berusia melebihi 40 tahun tapi belum berkahwin kerana pelbagai faktor khususnya kerana kerjaya.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak mempunyai program atau inisiatif khas bagi membantu golongan profesional wanita yang berusia melebihi 40 tahun tapi belum berkahwin.
Persoalan perkahwinan adalah pilihan masing-masing dan KPWKM menghormati hak wanita untuk membuat pilihan. Walau bagaimanapun, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) sentiasa menjalankan pelbagai inisiatif dan program dan memberi penekanan terhadap pembentukan keluarga yang harmoni dan sejahtera.
KPWKM sebagai Kementerian yang menerajui pembangunan wanita sentiasa memastikan dasar dan program yang bersesuaian dibentuk demi memastikan kaum wanita di Malaysia dibela nasibnya dan terjaga haknya.
Penglibatan wanita dalam bidang profesional tidak dapat dinafikan dalam menyumbang kepada pencapaian negara yang amat dibanggakan selaras dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan telah menggalakkan semua majikan untuk melaksanakan Aturan Kerja Anjal atau Flexible Working Arrangements (FWA) dalam organisasi masing-masing. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menggalakkan golongan profesional wanita untuk mendapatkan keseimbangan masa antara kerjaya dan masa untuk diri sendiri di mana lebih banyak ruang dan masa dapat diperuntukkan untuk membina keluarga sekiranya berminat.
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada hal ehwal serta hak kanak-kanak OKU di Malaysia diberi perhatian dan perlindungan yang sewajarnya
27 APRIL 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2016 (Rabu)
- No.Soalan
13
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada hal ehwal serta hak kanak-kanak OKU di Malaysia diberi perhatian dan perlindungan yang sewajarnya
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kanak-kanak OKU di negara kita mendapat perhatian yang sama seperti kanak-kanak bukan OKU. Menurut Dasar Kanak-Kanak Negera 2008, setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat. Dasar Orang Kurang Upaya 2007 juga menekankan bahawa semua pihak harus mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
JKM menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada OKU termasuk kanak-kanak OKU. Perkhidmatan institusi yang memberi perlindungan adalah menerusi Taman Sinar Harapan (TSH). TSH merupakan institusi yang dikhaskan kepada orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia sehingga kini.
Sehingga Mac 2016, seramai 600 orang kanak-kanak OKU diberi penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan yang sepatutnya berdasarkan kemampuan dan keperluan individu OKU. Segala hal ehwal dan kebajikan penghuni institusi diberi perhatian yang sewajarnya oleh petugas di setiap institusi.
Antara Program yang dijalankan di institusi adalah seperti:
1. Latihan Pemulihan Cara Kerja
2. Latihan Pra Vokasional
3. Pendidikan Agama dan Moral
4. Pendidikan Aktiviti Harian
5. Aktiviti Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan
6. Pendidikan formal di Sekolah Pendidikan Khas
Kualiti jagaan dan perlindungan ini berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) penghuni institusi OKU dan juga Indikator Kualiti Penjagaan Kesihatan Penghuni di institusi Taman Sinar Harapan.
DATO' HOH KHAI MUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pertimbangan akan diberi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada golongan pakar seperti pakar psikologi kanak-kanak untuk menemubual dan mengawasi situasi kanak-kanak dan berfungsi sebagai badan penasihat kepada mahkamah/hakim, terutamanya dalam kes-kes hak jagaan anak.
28 APRIL 2016 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
28 APRIL 2016 (Khamis)
- No.Soalan
57
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
DATO' HOH KHAI MUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pertimbangan akan diberi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada golongan pakar seperti pakar psikologi kanak-kanak untuk menemubual dan mengawasi situasi kanak-kanak dan berfungsi sebagai badan penasihat kepada mahkamah/hakim, terutamanya dalam kes-kes hak jagaan anak.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam perbicaraan kes hak jagaan ke atas kanak-kanak antara ibu, bapa atau penjaga mahkamah hanya mempertimbangkan pandangan pakar atau badan penasihat tetapi tidak terikat dengan apa-apa keputusan/pandangan yang dikemukakan oleh mereka. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi membantu mengukuhkan emosi dan psikologi klien kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.
Terdapat seramai 183 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), 17 orang Pegawai Psikologi di Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), serta 61 orang Panel Kaunselor di bawah penyelarasan LPPKN sentiasa bersedia membantu orang ramai termasuk kanak-kanak dan ahli keluarga bagi kes-kes traumatik.
Perkhidmatan kaunseling secara individu, kaunseling keluarga, terapi pemulihan secara berkala serta lawatan susulan secara berterusan yang disediakan turut dianggotai oleh Pegawai Psikologi dan Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Bantuan seumpama ini bertujuan memberi sokongan dari aspek emosi, fizikal, mental dan spritual mangsa serta meningkatkan tahap kefungsian agar kanak-kanak dan keluarga kanak-kanak berkenaan dapat kembali pulih seterusnya menghadapi krisis yang dialami dengan lebih berkesan. Kanak-kanak ini akan diberi perkhidmatan intervensi kaunseling sehingga kanak-kanak tersebut dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tanpa sebarang halangan atau keraguan.
Pegawai Psikologi sedia ada di bawah KPWKM merupakan pegawai yang mempunyai kelayakan professional Kaunseling dan Psikologi meliputi aspek pembangunan, bimbingan, perkembangan serta psikologi kanak-kanak dan keluarga.
Pada waktu ini, KPWKM tidak bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa seperti yang disyorkan.
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sudahkah Kerajaan telah menggariskan langkah-langkah pencegahan untuk menangani masalah-masalah institusi kekeluargaan di mana kebimbangan perkahwinan terlalu awal sering menjejaskan kesempurnaan sesebuah keluarga dan mencetuskan masalah sosial.
03 MEI 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
4
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sudahkah Kerajaan telah menggariskan langkah-langkah pencegahan untuk menangani masalah-masalah institusi kekeluargaan di mana kebimbangan perkahwinan terlalu awal sering menjejaskan kesempurnaan sesebuah keluarga dan mencetuskan masalah sosial.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan program dengan kerjasama NGO, swasta dan agensi kerajaan bagi menangani masalah-masalah dalam institusi kekeluargaan terutama kepada pasangan yang berkahwin awal. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh LPPKN dalam menangani isu perkahwiann awal ialah:
a) Porgram Pra Perkahwinan SmartStart
b) Keluarga@Kerja (Parenting@Work)
c) Jelajah Keluarga Bahagia
d) Program Ilmu Keluarga@LPPKN
e) SMARTbelanja@LPPKN
Perkhidmatan Kaunseling Kekeluargaan
Bagi memantapkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ada menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan yang diselia oleh Unit Kaunseling LPPKN. Perkhidmatan kaunseling kekeluargaan ini merupakan salah satu usaha bagi membantu pasangan suami isteri dalam menguruskan tekanan, konflik dan masalah-masalah yang wujud dalam perkahwinan. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di setiap pejabat LPPKN negeri yang berada di seluruh negara. Terdapat 15 buah Pejabat LPPKN termasuk 4 buah pusat keluarga (Bertam-P.Pinang, Seremban-N.Sembilan, Shah Alam-Selangor dan Anak Bukit-Kedah) di seluruh negara yang dikendalikan oleh 17 orang kaunselor dan 61 orang kaunselor panel.
Laporan perkhidmatan kaunseling oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tahun 2015 adalah 5,413 sesi iaitu seramai 15,747 orang klien yang mendapatkan khidmat kaunseling.
Antara pendekatan menerusi aktiviti kaunseling yang dilaksanakan oleh LPPKN adalah:
i. Program Kembara Kaunseling yang berkonsepkan turun padang merupakan satu pendekatan LPPKN untuk mendekati komuniti. Menerusi program ini, masyarakat berpeluang untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkahwinan, kemahiran keibubapaan serta khidmat nasihat daripada Pegawai Psikologi LPPKN di sepanjang program berlangsung; dan
ii. Penyediaan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan oleh Unit Kaunseling LPPKN dilihat sebagai usaha membantu ibu bapa kini untuk menguruskan tekanan dan masalah-masalah yang wujud dalam institusi keluarga. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di setiap pejabat LPPKN negeri yang berada di seluruh negara.
DATUK HAJAH MARIANY BINTI MOHAMMAD YIT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
a) rekod bagi bilangan pesakit mental di seluruh negara dan bagaimanakah langkah terbaik Kementerian dan agensi bagi memastikan status sifar pesakit atau orang yang berpenyakit mental berkeliaran tidak terurus di lokasi kawasan awam menjadi gelandangan; dan
b) bagimanakah cara untuk kita membantu beban kewangan dan beban mengurus keluarga yang mempunyai waris yang mengidap penyakit mental agar tidak ada lagi pesakit mental berkeliaran tidak terurus yang mendedahkan kepada risiko keselamatan sosial masyarakat Malaysia.Ahmad
03 MEI 2016 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
36
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
DATUK HAJAH MARIANY BINTI MOHAMMAD YIT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
a) rekod bagi bilangan pesakit mental di seluruh negara dan bagaimanakah langkah terbaik Kementerian dan agensi bagi memastikan status sifar pesakit atau orang yang berpenyakit mental berkeliaran tidak terurus di lokasi kawasan awam menjadi gelandangan; dan
b) bagimanakah cara untuk kita membantu beban kewangan dan beban mengurus keluarga yang mempunyai waris yang mengidap penyakit mental agar tidak ada lagi pesakit mental berkeliaran tidak terurus yang mendedahkan kepada risiko keselamatan sosial masyarakat Malaysia.Ahmad
- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Isu gelandangan adalah isu yang kompleks disebabkan oleh kepelbagaian latar belakang dan faktor yang menyebabkan golongan tersebut menjadi gelandangan. Bagi menangani isu gelandangan yang terdiri pesakit mental, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendekatan secara menyeluruh dengan penglibatan pelbagai agensi.
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menyelamat dan memulihkan golongan gelandangan berdasarkan peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977. Namun, bagi golongan gelandangan seperti yang mempunyai masalah kesihatan seperti mental, HIV, AIDS, tibi dan penyakit berjangkit yang lain, penagih dadah, dan penagih alkohol, JKM akan merujuk mereka kepada agensi-agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan untuk menerima rawatan serta intervensi selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan statistik dari National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 13,162 kes gangguan mental dan tingkah laku telah didiscaj daripada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2012, manakala bagi tahun 2013, sebanyak 17,988 kes dan 20,062 kes pada tahun 2014.
Bagi menangani pesakit atau mereka yang mengalami masalah kesihatan mental berkeliaran tidak terurus di lokasi kawasan awam menjadi gelandangan, kerjasama antara KPWKM dan KKM akan terus dipertingkatkan dengan penglibatan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi penguatkuasaan. Berdasarkan Akta Kesihatan Mental 2001, individu yang disyaki mengalami gangguan mental boleh dibawa ke hospital kerajaan atau pun hospital swasta yang diwartakan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Sehingga Disember 2015, KKM mempunyai sebanyak 20 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) dan 800 klinik kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental merangkumi promosi, saringan, intervensi, rawatan susulan dan rehabilitasi psikososial. Perkhidmatan kaunseling serta pendidikan keluarga (Carers Education) juga disediakan oleh KKM bagi pesakit yang mempunyai waris yang mengidap penyakit mental mengenai cara pengendalian penjagaan pesakit mental di rumah.
Tuan Yang di-Pertua,
Antara skim bantuan yang boleh dipertimbangkan kepada OKU mental yang berdaftar dengan JKM adalah seperti yang berikut:
1) Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif disamping membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat. Kadar EPC ialah RM350.00 sebulan. Antara kriteria kelayakan bagi memohon EPC adalah seperti berikut:
i. OKU yang berdaftar dengan JKM;
ii. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
iii. Pendapatan di bawah RM1,200.00 sebulan; dan
iv. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
2) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) bertujuan membantu saraan OKU yang tidak berupaya bekerja. Ianya bertujuan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan OKU yang tidak berupaya bekerja disamping bagi mengelak dan mengurangkan kemasukan ke institusi. Antara kelayakan khusus skim bantuan BTB adalah seperti berikut:
i. OKU yang berdaftar dengan JKM;
ii. OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor-faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja;
iii. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan;
iv. Sumber pendapatan individu OKU tidak melebihi PGK semasa seperti Pencen, PERKESO dan lain-lain;
v. Berumur antara 18-59 tahun;
vi. Bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada; dan
vii. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan program penjagaan / pemulihan kelolaan Kerajaan dan NGO.
3) Bantuan Geran Pelancaran, dengan kadar RM2,700.00 sekali gus dipertimbangkan kumpulan sasar JKM bagi memulakan projek atau pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan ke arah berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan bulanan selama- lamanya
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan inisiatif Kerajaan memberi kepercayaan kepada golongan wanita terutama dalam menerajui industri berisiko, mencabar serta berat.
04 MEI 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
3
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan inisiatif Kerajaan memberi kepercayaan kepada golongan wanita terutama dalam menerajui industri berisiko, mencabar serta berat.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan menggalakkan golongan wanita untuk memasuki pasaran pekerjaan dan ini selaras dengan teras strategik RMK 11 iaitu merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran dan telah menetapkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 59% menjelang tahun 2020.
Walaupun kaum wanita mempunyai limitasi menceburi sektor yang memerlukan kudrat dan fizikal, namun dengan perkembangan seiring teknologi kini tidak mustahil untuk wanita menceburi bidang yang mencabar dan berisiko ini seperti bidang kejuruteraan, pembuatan, pembinaan.
Buat masa ini, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak mempunyai inisiatif yang spesifik untuk melibatkan wanita dalam industri berat dan berisiko. Walau bagaimanapun, wanita tidak seharusnya disekat dalam apa-apa bidang dan perlu diberi pilihan sekiranya mahu memilih bidang berkenaan.
Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan golongan ibu tunggal yang berdaftar dalam e-Kasih yang telah diketengahkan sebagai usahawan berjaya berdikari setakat ini mengikut negeri.
04 MEI 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
24
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan golongan ibu tunggal yang berdaftar dalam e-Kasih yang telah diketengahkan sebagai usahawan berjaya berdikari setakat ini mengikut negeri.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (LIH) telah mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan isi rumah berpendapatan rendah.
Untuk mencapai matlamat ini, KPWKM merupakan peneraju kepada National Key Result Areas (NKRA) Low Income Households (LIH) bagi Program 1AZAM. Dari tahun 2010 hingga Disember 2015, Program 1AZAM telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan peserta wanita sejumlah 119,302 orang, iaitu 62.5% daripada jumlah keseluruhan penyertaan seramai 190,799 orang peserta. Daripada jumlah ini, sebanyak 32,587 orang peserta wanita telah menyertai Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM di mana seramai 4,341 orang merupakan golongan ibu tunggal daripada Senarai Penerima Bantuan (SPB) di dalam sistem eKasih. Daripada jumlah ibu tunggal tersebut, seramai 2,456 orang peserta (56%) pula telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi RM300.00 setiap bulan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak PEMANDU melalui bidang keusahawanaan yang telah diceburi.
Taburan mengikut negeri ialah seperti berikut:
NEGERI STATUS KAHWIN JUMLAH MENGIKUT STATUS KAHWIN
JOHOR IBU TUNGGAL 211
KEDAH IBU TUNGGAL 105
KELANTAN IBU TUNGGAL 35
MELAKA IBU TUNGGAL 273
NEGERI SEMBILAN IBU TUNGGAL 143
PAHANG IBU TUNGGAL 464
PERAK IBU TUNGGAL 222
PERLIS IBU TUNGGAL 40
PULAU PINANG IBU TUNGGAL 180
SABAH IBU TUNGGAL 337
SARAWAK IBU TUNGGAL 0
SELANGOR IBU TUNGGAL 216
TERENGGANU IBU TUNGGAL 56
WPKL IBU TUNGGAL 167
WP (LABUAN) IBU TUNGGAL 2
WP (PUTRAJAYA) IBU TUNGGAL 5
JUMLAH 2,456
Nota: Kaedah pengukuran peserta berjaya adalah peserta yang dapat meningkatkan pendapatan sebanyak RM300.00 daripada pendapatan asal
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan menyemak semula dasar atau syarat untuk mempertingkatkan pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) di sektor swasta agar sumbangan golongan OKU tidak dipinggirkan.
04 MEI 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
6
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan menyemak semula dasar atau syarat untuk mempertingkatkan pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) di sektor swasta agar sumbangan golongan OKU tidak dipinggirkan.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan komited dalam usahanya untuk memastikan golongan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan, termasuk akses kepada pekerjaan. Perkara ini penting bagi membolehkan golongan OKU berdikari dan menjalani kehidupan bermaruah.
Komitmen ini dizahirkan melalui Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 serta salah satu strategi yang digariskan di bawah Dasar dan Pelan Tindakan OKU. Selain itu, Malaysia sebagai Negara Pihak (State Party) kepada Konvensyen Mengenai Hak OKU terikat untuk melaksanakan komitmen dan obligasi di bawah Konvensyen ini, termasuk akses kepada pekerjaan bagi golongan OKU seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 27. Di samping itu, komitmen terbaharu negara iaitu Incheon Strategy to Make the Right Real for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2013 – 2022) turut menekankan tentang aspek pengurangan kemiskinan dan peningkatan prospek perjawatan OKU melalui gol pertama di bawah strategi ini.
Selaras dengan perkembangan semasa dan komitmen terbaharu negara di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan hak golongan OKU, Kerajaan telah menyemak semula Pelan Tindakan OKU sedia ada bagi memperkemaskan lagi pelaksanaannya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Dasar OKU. Pelan Tindakan OKU (2016-2022) yang baharu melalui Teras Strategik 2: Memperkasa Ekonomi Golongan OKU turut memuatkan program-program untuk meningkatkan penyertaan golongan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka, inklusif dan boleh diakses bagi membolehkan mereka hidup berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Selain itu, satu jawatankuasa kerja atau task force yang diberi nama Jawatankuasa Pemantauan Isu Ketidakupayaan telah ditubuhkan dan dipengerusikan YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Task force ini berperanan memantau dan membincangkan isu-isu semasa di peringkat pelaksanaan khususnya elemen pemerkasaan OKU dan pengupayaan sosial (social enablement) yang menjurus kepada aspek aksesibiliti merangkumi pekerjaan dan kemudahan, ameniti, perkhidmatan serta bangunan awam.
Selaras dengan usaha untuk meningkatkan penyertaan OKU dalam sektor pekerjaan khususnya sektor swasta, Kerajaan juga telah menyediakan beberapa insentif berbentuk potongan cukai kepada pihak swasta yang menggaji OKU bekerja di syarikat mereka. Insentif ini juga merupakan manifestasi komitmen Kerajaan bagi menggalakkan syarikat swasta menggaji OKU. Antara insentif yang diberikan adalah:
i. Potongan cukai berganda bagi penggajian OKU;
ii. Potongan Cukai Terhadap Perbelanjaan Pengubahsuaian Premis Dan Pembelian Peralatan OKU;
iii. Potongan Cukai Berganda Kepada Syarikat Terhadap Perbelanjaan Kos Latihan Golongan OKU (Bukan Pekerja Syarikat Mereka) di Institusi Latihan di Malaysia.
Selain itu, JKM dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) telah memperkenalkan perkhidmatan Job Coach sebagai salah satu inisiatif sokongan pekerjaan kepada golongan OKU. Job Coach berperanan sebagai penghubung antara majikan dengan pekerja OKU serta bertindak membantu mereka membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dengan mengambil kira keupayaan OKU agar dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif. Setakat bulan Jun 2015, hampir 241 buah syarikat swasta telah mengambil lebih kurang 431 orang OKU bekerja dengan menggunakan perkhidmatan Job Coach termasuk dari syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai orang awam yang menghidap penyakit mental dan kelihatan berkeliaran di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur. Keadaan mereka amat menyedihkan seperti sentiasa bercakap seorang diri dan berpakaian yang koyak rabak. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah ini dan membantu golongan ini.
04 MEI 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
20
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai orang awam yang menghidap penyakit mental dan kelihatan berkeliaran di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur. Keadaan mereka amat menyedihkan seperti sentiasa bercakap seorang diri dan berpakaian yang koyak rabak. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah ini dan membantu golongan ini.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan usaha menyelamat dan memulihkan golongan gelandangan berdasarkan peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977. KPWKM secara langsung tidak menangani kes-kes orang awam yang menghidap penyakit mental dan berkeliaran secara khusus. Namun begitu, pelbagai inisiatif telah diambil oleh KPWKM antaranya melalui JKM yang sentiasa mengadakan operasi berjadual, ad-hoc dan bersepadu dengan agensi-agensi lain untuk menyelamatkan golongan gelandangan.
Pendekatan yang digunakan oleh JKM dalam melaksanakan intervensi terhadap kumpulan sasar ialah pendekatan sosial iaitu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan, perkembangan, perlindungan, pemulihan, dan pengintegrasian seseorang klien. Merujuk kepada pendekatan ini adalah kurang tepat untuk JKM melaksanakan pendekatan sosial kepada kes orang awam yang menghidap penyakit mental secara total. Ini kerana JKM tidak mempunyai kepakaran dan kakitangan terlatih dalam bidang pengurusan kes individu berpenyakit mental.
Tuan Yang di-Pertua,
Semasa menjalankan sesuatu operasi, sekiranya terdapat golongan gelandangan yang terdiri daripada penagih dadah, penagih alkohol serta yang mempunyai masalah kesihatan seperti mental, HIV, AIDS, tibi dan penyakit berjangkit yang lain, JKM akan merujuk mereka kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang mempunyai kepakaran dan kelengkapan yang bersesuaian untuk membantu atau menjalankan intervensi yang bersesuaian.
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) keperluan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 agar hukuman lebih berat dikenakan ke atas ibu bapa dan penjaga yang mengabai dan cuai menjaga anak termasuk mereka yang menganiaya dan mendera kanak-kanak; dan
(b) selain hukuman lebih berat, apakah pendekatan lebih berhemah termasuk pendidikan dan sesi kaunseling dalam menangani kes seumpama ini.
04 MEI 2016 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
76
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) keperluan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 agar hukuman lebih berat dikenakan ke atas ibu bapa dan penjaga yang mengabai dan cuai menjaga anak termasuk mereka yang menganiaya dan mendera kanak-kanak; dan
(b) selain hukuman lebih berat, apakah pendekatan lebih berhemah termasuk pendidikan dan sesi kaunseling dalam menangani kes seumpama ini.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 atau RUUKK ini telah dibacakan kali pertama pada 2 Disember 2015 dan dibacakan kali kedua dan ketiga dalam mesyuarat Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat pada 6 April 2016.
Seksyen 17 Akta 611 dipinda untuk meluaskan kategori kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan termasuk ‘cuai’. Melalui pindaan ini, seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika ibu atau bapanya telah bertindak dengan cuai dalam menjalankan pengawasan dan kawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu termasuk jika kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, selain aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua,
Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 mengenai kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak pula dipinda untuk meningkatkan penalti denda dan pemenjaraan sedia ada. Bagi kesalahan ini, tempoh maksimum pemenjaraan dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun, denda dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 atau kedua-duanya dengan khidmat masyarakat sebagai hukuman mandatori.
Hukuman khidmat masyarakat ini, dengan izin, community service merupakan hukuman tambahan mandatori yang perlu memenuhi elemen hukuman, pengajaran, pemulihan dan penginsafan. Antara contoh khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan ke atas pesalah ialah seperti membantu pengurusan penghuni di institusi kebajikan kanak-kanak seperti kerja-kerja pembersihan, jagaan dan aktiviti kanak-kanak. Dalam pada itu, kursus keibubapaan juga akan diberikan kepada pesalah dengan menggunakan Modul Keibubapaan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan mana-mana agensi yang berkaitan. Pesalah akan diinsafkan dengan memberi kemahiran keibubapaan (parenting skill) atau pemulihan psikologi (mengikut kesesuaian) dan memupuk kesedaran tentang kesalahan yang telah dilakukan dan tidak berulang lagi pada masa depan.
KPWKM berharap dengan pindaan ini yang memberi pengertian lebih tentang cuai dan hukuman berat dapat membendung sebanyak sedikit kes-kes penganiayaan dan kecuaian. Selain itu, kursus-kursus yang disediakan dalam pelaksanaan khidmat masyarakat secara mandatori ini yang bersifat pendidikan termasuk kaunseling adalah diharapkan dapat memberi keinsafan kepada ibu bapa yang melakukan kesalahan terhadap anak mereka.
Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan insentif dan sokongan kepada wanita bekerja di negara ini agar mereka lebih produktif dan terus berkerjaya.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
2
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan insentif dan sokongan kepada wanita bekerja di negara ini agar mereka lebih produktif dan terus berkerjaya.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan telah menetapkan sasaran 59% penyertaan wanita dalam tenaga kerja dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020). Kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif bagi memastikan wanita bekerjaya kekal bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dengan memastikan sistem sokongan terhadap wanita dalam menyertai bidang pekerjaan dapat dipenuhi dengan menggalakkan amalan kerja dan kehidupan yang seimbang (work life balance), amalan kerja anjal (flexible working arrangements) dan pilihan untuk bekerja dari rumah;
(ii) Meningkatkan akses kepada Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) dengan menggalakkan penambahan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di komuniti, tempat kerja awam dan swasta;
(iii) Memperluaskan akses kepada pekerjaan melalui Program 1Malaysia Support for Housewives (1MS4H); dan
(iv) Memperluas program “kembali bekerja” seperti yang dilaksanakan oleh TalentCorp untuk menggalakkan wanita yang berkelayakan yang telah keluar dari tenaga kerja disebabkan komitmen keluarga untuk kembali bekerja melalui kerjasama dengan pihak swasta.
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sedarkah Kementerian berhubung kes golongan belia berkerjaya yang masih bujang serta kes penceraian pasangan muda yang tinggi dan apakah jalan penyelesaian dalam menangani isu ini.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
16
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sedarkah Kementerian berhubung kes golongan belia berkerjaya yang masih bujang serta kes penceraian pasangan muda yang tinggi dan apakah jalan penyelesaian dalam menangani isu ini.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014 mendapati hampir separuh atau 45.6 peratus penduduk belia berumur 15 hingga 40 tahun dan berkerjaya masih bujang ketika kajian dijalankan. Manakala bagi yang tidak bekerjaya pula, 67.1 peratus masih berstatus bujang.
Sebab-Sebab Masih Belum Berkahwin
Analisis lanjutan terhadap penduduk bujang berumur 25-49 dilakukan bagi melihat sebab utama mereka masih belum berkahwin. Bagi lelaki, tiga sebab utama masih belum berkahwin adalah kerana masalah kewangan (56.0%), tiada calon sesuai (18.4%) dan ingin tumpukan kepada kemajuan kerjaya (9.4%). Manakala bagi perempuan, tiga sebab utama masih belum berkahwin adalah kerana tiada calon sesuai (35.7%), masalah kewangan (26.0%) dan ingin menumpukan kepada kemajuan kerjaya (18.1%).
Penceraian Pasangan Muda
Bagi kes penceraian pula, pada tahun 2014 peratusan penduduk muda berumur 15 hingga 40 tahun yang berstatus bercerai hanyalah 1.2 peratus sahaja. Angka ini adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan 44.2 peratus yang masih berkahwin.
Sebab Penceraian Pasangan Muda
Bagi wanita muda berumur 15-40 tahun, lebih satu pertiga (37.3%) menyatakan punca utama mereka bercerai adalah kerana tiada persefahaman. Ini diikuti dengan suami curang (21.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (16.3%). Manakala bagi lelaki muda berumur 17-40 tahun pula, lebih separuh (52.1%) menyatakan punca utama mereka bercerai adalah kerana tiada persefahaman. Ini diikuti dengan campur tangan mertua (17.1%) dan suami curang (10.2%).
Program dan Inisiatif Kementerian
KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan melalui pelbagai program pendidikan, pengetahuan dan kemahiran seperti berikut;
a) Program Pra Perkahwinan SMARTSTART, yang diadakan khusus untuk pasangan yang akan berkahwin atau baru berkahwin (kurang 5 tahun). Dari tahun 2006 hingga Disember 2015, sebanyak 616 buah program telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 24,470 peserta.
b) LPPKN juga telah melaksanakan SMARTSTART 2nd Honeymoon dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak bulan Ogos 2009. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu pasangan yang menghadapi konflik rumah tangga. Sehingga Disember 2015, sebanyak 40 program telah dilaksanakan dengan penyertaan sebanyak 1094 pasangan. Hasil daripada pelaksanaan program berkenaan, hanya 18 pasangan (1.6%), telah membuat keputusan untuk meneruskan proses penceraian. Hasil kejayaan program tersebut di Terengganu, LPPKN akan meluaskan lagi program seumpama ini di seluruh negara. Pada tahun 2016 program telah dipanjangkan kepada semua Negeri dengan jumlah pelaksanaan 1 program setiap Negeri. Kita berharap program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, swasta dan juga pihak NGO khususnya dalam menangani masalah konflik keluarga.
Berdasarkan kepada dapatan KPKM-5, faktor utama berlakunya perceraian bagi lelaki dan wanita adalah disebabkan oleh tiada persefahaman. Justeru KPWKM melalui LPPKN telah melaksanakan pelbagai program yang dapat meningkatkan kemahiran menguruskan keluarga, komunikasi dan keibubapaan seperti ;
a) Program Parenting@Work, yang dianjurkan khusus untuk membantu ibu bapa yang bekerja dalam mengimbangi antara tanggungjawab kerja dengan keluarga (work life balance). Dalam tempoh 2007 hingga Disember 2015, sebanyak sejumlah 748 program telah dilaksanakan oleh LPPKN dengan kerjasama NGO, melibatkan penyertaan seramai 31,422 orang ibu dan bapa.
b) Program Ilmu Keluarga@LPPKN, diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan rumah tangga yang lebih berkesan. Sejak 2006 hingga Disember 2015, sejumlah 12,674 kursus telah diadakan yang berjaya menarik penyertaan seramai 1.4 juta orang.
c) Program SMARTbelanja@LPPKN, pula telah diwujudkan bagi membantu keluarga dalam menguruskan perbelanjaan harian agar mereka dapat melaksanakan perbelanjaan berhemah. Sejak tahun 2008 hingga kini sebanyak 311 program telah dilaksanakan melibatkan 17,089 peserta.
Selain itu, bagi membantu pasangan yang menghadapi konflik, KPWKM juga ada menyediakan perkhidmatan sokongan keluarga melalui perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga. Sehingga kini, KPWKM ada menyediakan seramai 270 orang kaunselor berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan di Pusat Keluarga LPPKN seluruh negara. LPPKN juga telah menyediakan perkhidmatan kaunselor panel seramai 61 orang yang terdiri daripada, guru kaunseling, kaunselor berdaftar dari pelbagai agensi lain, dan pesara kerajaan yang telah dilatih dengan kaunseling perkahwinan dan kekeluargaan.
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa setelah negara Malaysia meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai 2010, laporan State Party Report yang sepatutnya dihantar dalam tempoh dua tahun selepas ratifikasi, masih belum dihantar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
58
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa setelah negara Malaysia meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai 2010, laporan State Party Report yang sepatutnya dihantar dalam tempoh dua tahun selepas ratifikasi, masih belum dihantar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 19 Julai 2010. Selaku negara pihak (state party), Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan segala komitmen dan obligasi yang diperuntukkan di dalam Konvensyen tersebut bagi memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati kesaksamaan hak dan peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan. Perkara ini penting bagi menggalakkan integrasi serta penyertaan penuh dan efektif OKU dalam masyarakat, seterusnya bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.
Berdasarkan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak OKU, Malaysia dikehendaki mengemukakan laporan negara kepada Jawatankuasa Mengenai Hak OKU dalam tempoh 2 tahun selepas tarikh kuat kuasa Konvensyen ke atas Malaysia iaitu pada bulan Julai 2012. Pada masa ini laporan ini masih belum dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut.
Ia berlaku demikian kerana obligasi negara ke atas tuntutan yang digariskan dalam Konvensyen Mengenai Hak OKU ini merentasi bidang tugas dan kuasa pelbagai kementerian/agensi Kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu ia juga melibatkan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan golongan OKU. Beberapa draf laporan telah disediakan hasil daripada beberapa siri perbincangan dengan stakeholders yang terlibat telah diadakan sejak tahun 2012 hingga tahun 2015.
Draf laporan akhir negara tersebut telah dimuktamadkan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada bulan Februari 2016. Pihak Jabatan Peguam Negara akan membuat semakan ke atas draf laporan tersebut sebelum diangkat untuk persetujuan Kerajaan bagi membolehkan ia dikemukakan kepada Jawatankuasa Mengenai Hak OKU di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Pelan Tindakan OKU 2016-2022 akan dilancarkan, apakah kedudukan terkini pelaksanaan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya dan agensi manakah yang memantau pelaksanaannya.
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
59
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Pelan Tindakan OKU 2016-2022 akan dilancarkan, apakah kedudukan terkini pelaksanaan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya dan agensi manakah yang memantau pelaksanaannya.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 19 Julai 2010. Selaku negara pihak (state party), Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan segala komitmen dan obligasi yang diperuntukkan di dalam Konvensyen tersebut bagi memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati kesaksamaan hak dan peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan. Perkara ini penting bagi menggalakkan integrasi serta penyertaan penuh dan efektif OKU dalam masyarakat, seterusnya bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.
Selaku kementerian yang memantau pelaksanaan terhadap komitmen negara ke atas Konvensyen Mengenai Hak OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa menyediakan platform bagi memastikan segala komitmen tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara usaha terkini adalah semakan semula Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (2007-2012) bagi memperkemaskan lagi pelaksanaannya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Dasar OKU.
Pelan Tindakan OKU yang baharu telah dirangka bagi tempoh 2016 hingga 2022 selaras dengan Incheon Strategy to Make the Right Real for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2013 – 2022) yang merupakan komitmen terbaharu negara di peringkat Asia dan Pasifik dalam aspek pembangunan OKU. Pelan tindakan yang mempunyai 10 strategi ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Mac 2016. Pelan tindakan tersebut kini dalam proses cetakan dan akan diedarkan kepada semua stakeholders yang terlibat dalam masa terdekat. Sesi penerangan dan hebahan mengenai pelan tindakan tersebut juga akan dilaksanakan bagi memberi kefahaman kepada stakeholders termasuk ahli masyarakat mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam menjayakan pelan tindakan tersebut.
Pelan Tindakan OKU yang baharu ini memberi hala tuju kepada semua pihak yang berkepentingan untuk mengarusperdanakan kesejahteraan OKU dalam pembangunan negara. Tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan ini adalah di dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang bertemakan “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”. Di bawah strategi untuk memperkasa OKU, RMK-11 akan memberi penekanan kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran fizikal yang mesra OKU dan memperluas latihan dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran OKU. Ini adalah selaras dengan pendekatan Kerajaan yang menekankan kepada keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan khususnya ke arah menuju negara maju menjelang tahun 2020.
Pelaksanaan Pelan Tindakan OKU yang baharu ini memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak supaya kepentingan, kebajikan dan penglibatan golongan OKU diambil kira dalam sebarang perancangan dasar, projek, program dan aktiviti masing-masing. Usaha ini penting bagi memastikan OKU menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan seterusnya inklusif dalam masyarakat.
Antara kementerian / jabatan / agensi yang terlibat dengan pemantauan Pelan Tindakan OKU adalah seperti berikut:
BIL KEMENTERIAN/AGENSI SINGKATAN
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
2. Kementerian Kewangan MOF
3. Kementerian Pendidikan KPM
4. Kementerian Pendidikan Tinggi KPT
5. Kementerian Pengangkutan MOT
6. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar NRE
7. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan MOTAC
8. Kementerian Pertahanan MINDEF
9. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah KKLW
10. Kementerian Dalam Negeri KDN
11. Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKMM
12. Kementerian Kesihatan KKM
13. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani MOA
14. Kementerian Luar Negeri KLN
15. Kementerian Kerja Raya KKR
16. Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK
17. Kementerian Sumber Manusia KSM
18. Kementerian Malaysia KWP
19. Kementerian Belia dan Sukan KBS
20. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. KPKT
21. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI
22. Jabatan Perkhidmatan Awam JPA
23. Jabatan Peguam Negara AGC
24. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU, JPM
25. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri EPU, JPM
26. Unit Pemodenan Tadbiran dan PeraMalaysiaPengurusan Malaysia MAMPU
27. Majlis Keselamatan Negara MKN
28. Agensi Pengurusan Bencana Negara APBN
29. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR
30. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM
31. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD
32. Bank Negara Malaysia BNM
33. Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN
34. Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK
35. Majlis Amanah Rakyat MARA
36. Jabatan Pendaftaran Negara JPN
37. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ROS
38. Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
39. Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC
40. Institusi Pengajian Tinggi IPT
41. United Nations Children's Fund UNICEF
42. United Nations Development Programme UNDP
43. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia SUHAKAM
44. Pihak Berkuasa Tempatan PBT
45. Pertubuhan bukan kerajaan NGO
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis-jenis bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan gelandangan termasuk statistik dari tahun 2005 hingga kini, di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur. ERI
18 APRIL 2016 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 APRIL 2016 (Isnin)
- No.Soalan
93
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016
- Soalan
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis-jenis bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan gelandangan termasuk statistik dari tahun 2005 hingga kini, di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur. ERI
- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan kebajikan bagi memastikan mereka yang miskin dan memerlukan termasuk gelandangan dapat dibantu melalui pelbagai skim bantuan yang disediakan.
Skim bantuan bulanan yang disediakan oleh JKM mengikut kategori dan kadar bantuan adalah seperti berikut:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Kadarnya ialah RM100.00 sebulan untuk seorang kanak-kanak dan maksimum RM450.00 sebulan sekeluarga;
2. Bantuan Orang Tua (BOT)
Kadar skim bantuan ini adalah sebanyak RM300.00 sebulan seorang.
3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Kadar skim bantuan ini adalah sebanyak RM350.00 sebulan seorang.
4. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Kadar bantuan adalah sebanyak RM250.00 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.
5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Kadar bantuan adalah sebanyak RM300.00 sebulan seorang.
6. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Kadar bantuan adalah sebanyak RM200.00 sebulan.
7. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
Kadar untuk bantuan ini adalah mengikut harga sebenar alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, tangan palsu, kalipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan lain-lain peralatan yang bersesuaian yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.
8. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
Kadar maksimum bantuan ini sebanyak RM2,700.00 sekaligus.
9. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Kadar bantuan ini sebanyak RM200.00 sebulan seorang dalam tempoh 6 bulan kelulusan yang pertama atau mengikut tamat tempoh latihan yang dihadiri.
10. Bantuan Am (BA) Persekutuan
Kadar minimum bantuan ini sebanyak RM100.00 dan kadar maksimum sebanyak RM350.00 sebulan sekeluarga.
Pada masa yang sama, Kementerian turut memberi tumpuan kepada pendekatan productive welfare bagi membantu para penerima bantuan kebajikan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Jumlah penerima bantuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2005 sehingga Januari 2016 adalah seperti berikut:
1. 2005 - 8,357 orang
2. 2006 - 8,666 orang
3. 2007 - 9,179 orang
4. 2008 - 12,048 orang
5. 2009 - 16,823 orang
6. 2010 - 13,452 orang
7. 2011 - 13,532 orang
8. 2012 - 17,124 orang
9. 2013 - 14,601 orang
10. 2014 - 14,262 orang
11. 2015 - 14,926 orang
12. 2016 - 15,058 orang
Jumlah penerima bantuan sehingga Januari 2016 telah meningkat lebih 80 peratus berbanding pada tahun 2005 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 4,191,035.00
Antara bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak JKM kepada orang papa termasuk golongan gelandangan warganegara Malaysia yang diselamatkan adalah dengan menempatkan mereka di Desa Bina Diri (DBD), manakala bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula diberikan perlindungan di Rumah Seri Kenangan (RSK).
Langkah ini adalah bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka terjamin. Di DBD dan RSK, mereka akan menjalani pemulihan, perlindungan dan latihan kerjaya dalam bidang vokasional, pertanian dan kraftangan bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun. Pendidikan kerohanian dan rekreasi, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan juga turut disediakan. Bagi yang mempunyai keluarga pula, mereka akan dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Selain itu, KPWKM telah mewujudkan Anjung Singgah dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Anjung Singgah ini merupakan pusat rujukan khidmat bantuan sosial bagi golongan gelandangan yang menyediakan tempat penginapan sementara, makanan serta khidmat kaunseling dan bantuan kebajikan yang diperlukan oleh golongan gelandangan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.