SENARAI SOALAN




PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Soalan
Tindakan
To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah sambutan dan kejayaan pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (FWA) bagi membolehkan kakitangan wanita mengimbangi peranan di pejabat serta di rumah.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan penyelesaian yang diambil dalam membantu para wanita berkerjaya melalui Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kali ke-5 (KPKM-5) yang mendapati 16.7% wanita berkerjaya membiarkan anak-anak mereka di rumah tanpa sebarang pengawasan samada daripada pengasuh atau keluarga.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bentuk bantuan yang diberikan kepada Pusat Jagaan Swasta yang tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta berapa bilangannya di seluruh negara.
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memohon elaun EPC dinaikkan dari RM350 ke RM500 dan untuk OKU yang tidak berdaya kerja dinaikkan dari RM200 ke RM300.
Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik warga tua di Malaysia pada tahun 2030 dan pelan strategik Kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu permasalahan warga tua.
Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan cara dan indikator yang perlu diambilkira dalam menentukan kesejahteraan keluarga dan adakah keluarga Malaysia berada pada tahap kesejahteraan yang dapat dibanggakan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa terdapat laporan dalam suratkhabar yang mengatakan semua yatim piatu akan ditempatkan dengan keluarga-keluarga yang sanggup menerima mereka. Bagaimanakah pihak Kementerian akan memastikan bahawa keluarga yang menerima yatim piatu itu akan menjaga anak itu dengan baik.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi menggarap potensi wanita khususnya di Kelantan sebagai Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sehingga kini berapakah jumlah mereka yang terlibat dengan gelandangan di seluruh negara dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pelan tindakan Kementerian dalam memastikan tahap kemudahan persekitaran mesra OKU dipertingkatkan demi kesejahteraan mereka yang kurang bernasib baik ini.
Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan isu gelandangan adalah isu Negara yang penting apatah lagi dalam usaha Kerajaan mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Hal ini masih lagi tidak dapat dibendung malah semakin bertambah di kawasan Bandar. Apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan nasib gelandangan ini terbela dan mendapat perhatian khusus seperti mana kes-kes kebajikan lain.
Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan Kerajaan dalam membendung aktiviti pengemis yang semakin ketara sebelum negara kita mula dilihat sebagai syurga bagi peminta sedekah terutamanya untuk pendatang asing.
To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah tema Hari Wanita Antarabangsa (HWA) 2015 “Make It Happen” atau Jadikan Suatu Kenyataan mampu mengangkat pengiktirafan terhad wanita.
PN-1331-L21530 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) berapakah jumlah kes-kes permohonan Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat yang masih belum diproses oleh Kementerian dalam usaha untuk membantu masyarakat setempat; dan (b) tempoh jangka masa prosedur terbabit dalam mengetahui status penerimaan mahupun penolakan borang permohonan yang telah dihantar oleh pemohon bagi tujuan mendapatkan bantuan tersebut.
Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah bantuan kebajikan selain dari BR1M yang telah disampaikan bagi tempoh 3 tahun kebelakangan ini mengikut kaum dan apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan bantuan yang diberikan ini selaras dengan pembangunan ekonomi Negara yang dilihat kini berkembang pesat.
Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab penubuhan Akta Seksual Harassment tidak dijadikan perjuangan utama dalam melindungi wanita di tempat kerja swasta, yang sudah menjadi kebiasaan di Negara maju dan juga memandangkan Kerajaan sedia membelanjakan RM53.4 juta melalui Program Sokongan Suri Rumah 1 Malaysia untuk menambahkan bilangan wanita ditempat kerja pada tahun 2020.
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah memberi pemahaman mendalam terhadap ibu bapa berkaitan Akta Kanak-Kanak 2001 termasuk risiko yang bakal dihadapi jika ibu bapa dan penjaga melanggar peraturan dan garis panduan dalam akta itu.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kaedah pemantauan terhadap perkembangan anak-anak tak sah taraf dan anak-anak yang dijumpai memandangkan mereka merupakan golongan berisiko dan sangat terdedah kepada masalah-masalah.
Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) berjaya meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara.
To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kerajaan khususnya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam meningkatkan pengetahuan remaja lelaki dan wanita berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual bagi menangani salah laku seks serta membendung gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja Negara ini.
Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa banyak jumlah pusat jagaan orang tua serta kapasiti masing-masing yang disediakan setakat ini serta kekosongan yang masih ada.
Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seluruh negara mengikut negeri dan apakah mekanisme bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar sepenuhnya.
Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan inisiatif menggalakan golongan wanita berpendidikan tinggi yang menjadi suri rumah sepenuh masa untuk kembali ke pasaran kerja.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil bagi menyelesaikan masalah kutu rayau dan gelandangan yang berkeliaran dan tinggal di kaki-kaki lima bangunan, bawah jambatan dan seumpamanya.
Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengurangkan persepsi stereotaip dan diskrimasi terhadap golongan wanita dalam peluang pekerjaan dan mendapat gaji setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan.
Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sasaran Kementerian dalam meningkatkan Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) menjelang tahun 2020 dan apakah faktor-faktor yang boleh menyokong IKK di negara ini.
Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) kaedah memperkenalkan aturan kerja fleksibel (FWA) untuk kakitangan awam wanita yang di jangka mampu untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan negara.; dan (b) adakah kajian lebih mendalam di jalankan agar dasar ini sesuai dilaksanakan untuk semua peringkat kakitangan serta cadangan untuk diperluaskan ke sektor swasta.
To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang sedang beroperasi di seluruh Negara masakini mengikut negeri dan bilangan warga emas mendaftar di PAWE ini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi menyediakan PAWE dalam menampung permintaan warga emas yang terus meningkat.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian pihak Kementerian dapat membantu warga emas yang hidup melarat mengalami kemiskinan tegar agar dapat meneruskan kehidupan seperti masyarakat biasa dengan pemberian bantuan sara hidup oleh Kementerian.
Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian dalam memperkenalkan peluang kerja sambilan di rumah serta memberi latihan yang diperlukan kepada individu-individu yang tidak dapat bekerja di luar kerana alasan tertentu atau golongan orang kurang upaya yang terpaksa berada di rumah.
Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk menangani masalah kematian kanak-kanak di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak.
Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) apakah status penetapan kuota 30% untuk wanita dalam sektor korporat dan Government-linked companies (GLC) sehingga kini dan adakah langkah ini seiring dengan saranan kerajaan; dan (b) apakah langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mempromosikan wanita selain melaksanakan pelbagai program dan modul.
PN-1331-L21953 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan susulan daripada sudut sokongan moral dan bantuan lain yang sesuai telah diambil ke mangsa-mangsa rogol yang mana bilangannya semakin meningkat saban tahun.
Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang mewujudkan Suruhanjaya atau Badan yang mengawal selia aktiviti badan-badan kebajikan mahupun pertubuhan bukan kerajaan yang bebas mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan sepertimana di negara-negara maju contohnya United Kingdom mewujudkan suruhanjaya kebajikan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dana-dana kebajikan seperti tabung bencana dan lain-lain.
Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan kementerian dalam membasmi kegiatan mengemis selain daripada cadangan meminda Akta Orang-Orang Papa 1977 sedia ada serta apakah hasil daripada siasatan ke atas sindiket kegiatan mengemis
Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan baru-baru ini umum mengetahui 9 orang individu terkaya dalam Malaysia semuanya daripada golongan lelaki. Adakah kementerian membuat kajian khusus sama ada Malaysia mampu mengetengahkan wanita di kalangan individu terkaya dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.
Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan punca perceraian mengikut bangsa, agama dan umur yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia dalam tempoh lima tahun terakhir, serta langkah-langkah yang diambil bagi mencegah berlakunya peningkatan perceraian di kalangan rakyat Malaysia.
Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program dan aktiviti yang dijalankan Kementerian dalam menyedarkan ibu bapa dan penjaga di seluruh negara bahawa kecuaian dalam menjaga anak adalah menjadi satu kesalahan serta boleh dikenakan tindakan denda dan penjara.
To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah pencapaian terkini dasar pembabitan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam peringkat pengurusan tertinggi dan pembuat keputusan di sektor korporat bagi meningkatkan jumlah wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat terutama GLC dan juga sektor perkhidmatan awam.
PN-1331-T21182 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan perkahwinan di bawah umur mengikut bangsa bagi tahun 2014 dan langkah Kerajaan bagi membimbing golongan pasangan muda ini supaya dapat membina keluarga bahagia dan bertanggungjawab.
Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan maklumbalas Kementerian terhadap Laporan UNFPA berkaitan satu bancian pada tahun 2010 yang mendedahkan bahawa terdapat 80,000 perempuan dan 70,000 lelaki berumur antara 15 dan 19 tahun yang berkahwin di Malaysia dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan perkahwinan sedemikian selaras dengan saranan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).
Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah kanak-kanak terbiar yang dijadikan pengemis dan dibela perlindungan mereka di sekitar ibu negara.
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bila Kerajaan akan mula membina "retirement homes" bagi warga emas memandangkan Malaysia akan menjadi "Negara Tua" menjelang 2035