PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KEDUA
Soalan
Tindakan
YB Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah hasil pencapaian ‘Program CARI-CARI yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang kurang upaya (OKU), sakit kronik, keluarga termiskin dan ibu tunggal.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 JULAI 2009 (Isnin)
- No.Soalan
6
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah hasil pencapaian ‘Program CARI-CARI yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang kurang upaya (OKU), sakit kronik, keluarga termiskin dan ibu tunggal.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan Projek CARI pada 17 Julai 2008 bagi mengesan kumpulan sasar KPWKM yang berkeperluan tetapi belum menerima bantuan kebajikan yang disediakan oleh JKM termasuklah orang kurang upaya (OKU), sakit kronik, keluarga termiskin dan ibu tunggal.
Semenjak projek tersebut dilancarkan dan sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 207,160 kes telah berjaya dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90,285 kes telah diberi bantuan kewangan manakala 67,133 kes masih dalam siasatan dan 49,742 kes tidak diluluskan. Daripada 90,285 kes yang telah diluluskan bantuan kebajikan seramai 7,423 merupakan OKU yang diberikan bantuan di bawah Elaun Pekerja Cacat (EPC), 6,639 kes Pesakit Kronik dan 18,732 kes yang diberikan Bantuan Kanak-Kanak termasuklah kepada ibu-ibu tunggal.
Melalui Projek CARI, Kementerian berjaya memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan kebajikan JKM mendapat pembelaan sewajarnya termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU), sakit kronik, keluarga termiskin dan ibu tunggal.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Noor Hanizah bt Zulkafli
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Komuniti
4) No.Tel. : 03-26165610
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:
1) Nama : Dato’ Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan samada terdapat peruntukan dan pemantauan khas bagi menjayakan Sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Ibu Bapa dan pelbagai jenis hari lain diraikan di pelbagai peringkat agar ianya benar-benar menepati sasaran dan menepati agama dan adat budaya setempat.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 JULAI 2009 (Isnin)
- No.Soalan
106
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan samada terdapat peruntukan dan pemantauan khas bagi menjayakan Sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Ibu Bapa dan pelbagai jenis hari lain diraikan di pelbagai peringkat agar ianya benar-benar menepati sasaran dan menepati agama dan adat budaya setempat.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tidak mempunyai sebarang peruntukan khas bagi menjayakan Sambutan Hari Bapa, Hari Ibu dan pelbagai jenis hari lain yang diraikan di pelbagai peringkat. Buat masa ini, pelaksanaan sambutan pelbagai jenis hari ini dibuat menggunakan peruntukan LPPKN dimana peruntukan tersebut telah diambil kira dalam perancangan tahunan.
Dari segi pemantauan pula, LPPKN tidak melaksanakan sebarang pemantauan khas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penilaian yang dibuat bagi sambutan-sambutan yang dijalankan, iaitu post mortem terhadap sambutan, pemantauan dari segi penyertaan/kehadiran untuk melihat sambutan masyarakat dan penilaian terhadap aktiviti ceramah/kursus/perkhidmatan (seperti saringan kesihatan dan kembara kaunseling) yang dibuat melalui maklumbalas peserta.
Program sambutan yang dilaksanakan oleh LPPKN adalah bercorak multi etnik bagi mengambilkira masyarakat dari pelbagai etnik dan diperingkat akar umbi, selain memberi peluang penyertaan yang samarata dari segi gender. Antara contoh sambutan yang dilaksanakan adalah Sambutan Hari Ibu di Kuantan di mana program lawatan rumah ke rumah “Nur@Rumah” merupakan salah satu aktiviti dalam program sambutan tersebut. Satu lagi contoh adalah Program Hari Bapa di Bidor, Perak yang memberi fokus kepada masyarakat di peringkat akar umbi
Tuan Yang di-Pertua,
Selain itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut meraikan Sambutan Hari Kanak-kanak, Hari OKU dan Hari Warga Emas setiap tahun. Sambutan bagi ketiga-tiga perayaan tersebut diraikan pada tarikh berbeza di mana Hari Kanak-Kanak disambut pada mana mana hari Sabtu Bulan OKtober, Hari Orang Kurang Upaya(OKU) pada 3 Disember dan Hari Warga Emas pada 1 Oktober.
JKM menyediakan peruntukan setiap tahun bagi membolehkan ketiga-tiga perayaan tersebut diraikan. Sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari OKU dan Hari Warga Emas merupakan satu bentuk pengiktirafan Kerajaan bahawa ketiga-tiga kumpulan sasar tersebut yang merupakan sebahagian anggota masyarakat yang penting dan perlu diberi perhatian. Pengisian aktiviti dan program sempena perayaan tersebut dirancang sesuai dengan kumpulan sasar seperti konvensyen, seminar, pameran, sukaneka dan lain-lain lagi. Dalam meraikan setiap perayaan tersebut, JKM akan melibatkan pelbagai etnik dan program dilaksanakan mengambilkira sosio-budaya masyarakat setempat.
Jawapan Disediakan Oleh Agensi:
1) Nama : Annita Mohd Hedzir
2) Jawatan : Pegawai Tadbir
3) Bahagian : Perancangan Korporat
Jawapan Disemak Oleh Agensi:
1) Nama : Dr. Siti Norlasiah Ismail
2) Jawatan : Pengarah Perancangan Korporat
Diluluskan Oleh Agensi:
1) Nama : Dr. Anjli Doshi
2) Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), LPPKN
Jawapan disemak oleh Kementerian:
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan diluluskan oleh Kementerian:
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
a) sejauh mana pencapaian Program Cari-Cari yang telah dilaksanakan oleh JKM selama ini; dan
b) berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan selama ni kepada mereka yang terlibat dan siapakah yang telah menerimanya.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 JULAI 2009 (Selasa)
- No.Soalan
55
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
a) sejauh mana pencapaian Program Cari-Cari yang telah dilaksanakan oleh JKM selama ini; dan
b) berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan selama ni kepada mereka yang terlibat dan siapakah yang telah menerimanya.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan Projek CARI pada 17 Julai 2008 bagi mengesan kumpulan sasar KPWKM yang tercicir dan terpinggir.
Semenjak projek tersebut dilancarkan dan sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 207,160 kes telah berjaya dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90,285 kes telah diberi bantuan kewangan manakala 67,133 kes masih dalam siasatan dan 49,742 kes tidak diluluskan.
b) Jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan setakat ini adalah sebanyak RM21.6 juta yang melibatkan klien yang terdiri dari pada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit kronik, keluarga miskin termasuklah ibu tunggal. Bilangan penerima bantuan kebajikan di bawah Projek CARI ini adalah seperti berikut:-
i. Bantuan Kanak-Kanak : 18,732
ii. Bantuan Orang Tua : 27,602
iii. Orang Kurang Upaya : 7,423
iv. Pesakit Kronik : 6,639
v. Bantuan Am : 2,274
vi. Lain-lain : 4,041 (OKU Tidak Mampu Bekerja, Alat Tiruan, Bencana)
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Noor Hanizah bt Zulkafli
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Komuniti
4) No.Tel. : 03-26165610
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:
1) Nama : Dato’ Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timabalan Ketau Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketau Setiausaha
YB Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah susulan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi memastikan Akta Orang Kurang Upaya diimplimentasikan. Sehingga kini, apakah impak dari pelaksanaan akta tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 JULAI 2009 (Selasa)
- No.Soalan
12
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah susulan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi memastikan Akta Orang Kurang Upaya diimplimentasikan. Sehingga kini, apakah impak dari pelaksanaan akta tersebut.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Orang Kurang Upaya 2008 dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Langkah-langkah susulan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memastikan Akta Orang Kurang Upaya 2008 diimplimentasikan termasuklah:
i) Menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi OKU pada Julai 2008 selaras dengan Seksyen 3(1), Akta OKU 2008. Antara peranan Majlis adalah untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung dengan OKU; membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek OKU termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU; serta menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkatian.
Di bawah Majlis ini, enam (6) Jawatankuasa telah ditubuhkan dan Jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Pendidikan, Jawatankuasa Pekerjaan, Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina, Jawatankuasa Kesihatan, Jawatankuasa Pendaftaran dan Jawatankuasa Pengangkutan;
ii) Membantu menyelaraskan peluang pekerjaan kepada OKU selaras dengan Akta OKU 2008 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2008, mengenai Pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan di dalam Sektor Awam Kepada OKU. Sehingga Mei 2009, sejumlah 431 OKU telah berdaftar sebagai pencari kerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seramai sembilan (9) OKU telah mendapat pekerjaan;
iii) Sedang menambahbaik Sistem Pendaftaran OKU dan Pengeluaran Kad OKU secara elektronik; dan
iv) Melaksanakan program advokasi mengenai Akta OKU 2008, Dasar dan Pelan Tindakan Nasional OKU di seluruh negara melibatkan pelbagai agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO. Selain itu, program advokasi ini juga dilaksanakan dengan memberi tumpuan khusus kepada aksesibiliti bangunan dan kemudahan awam OKU.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Khatijah Bt Abdullah
2) Jawatan : Pegawai Kebajikan Masyarakat
3) Jabatan : Pembangunan Orang Kurang Upaya
4) No. Tel. : 26165661
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Dato’ Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Senator Puan Hajah Sharifah Azizah Binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda yang menerima bantuan daripada Kementerian dan apakah bentuk bantuan tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 JULAI 2009 (Rabu)
- No.Soalan
20
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Senator Puan Hajah Sharifah Azizah Binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda yang menerima bantuan daripada Kementerian dan apakah bentuk bantuan tersebut.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak mempunyai statistik mengenai ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda. Walau bagaimanapun, berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan tahun 2000 mengenai Ketua Isi Rumah (KIR) wanita, jumlah KIR wanita atau ibu tunggal di negara ini adalah seramai 126,810 orang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan pelbagai bantuan dan program untuk ibu tunggal khususnya yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan. Bentuk bantuan dan program yang disediakan adalah seperti berikut;
i. Bantuan kebajikan;
ii. Penyediaan program peningkatan kemahiran dan pendapatan; dan
iii. Penyediaan perkhidmatan sokongan untuk kesejahteraan emosi ibu tunggal.
Bantuan kebajikan untuk golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal disediakan oleh Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui dua skim iaitu bantuan am dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Bagi tahun 2008, jumlah peruntukan bantuan am yang telah diberikan kepada 16,005 ibu tunggal di seluruh negara adalah sebanyak RM19,841,034.
Di bawah skim Bantuan Kanak-Kanak pula, seramai 18,453 ibu tunggal dengan jumlah bantuan sebanyak RM45,351,763 telah diberikan pada tahun 2008. Kadar Bantuan Kanak-Kanak ialah RM100 sebulan untuk setiap kanak-kanak sehingga maksimum RM450 sebulan untuk setiap keluarga. BKK bermatlamat untuk meringankan bebanan kewangan ibu tunggal serta mengelakkan anak-anak mereka daripada tercicir daripada mendapat pendidikan formal di sekolah.
Golongan ibu tunggal juga digalakkan untuk berdikari dengan menjana pendapatan mereka sendiri. Untuk tujuan itu, JKM menyediakan skim Geran Pelancaran bagi membantu penerima bantuan yang berminat bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan. Sepanjang tahun 2008, sejumlah RM493,105 telah disalurkan kepada 190 orang ibu tunggal sebagai modal permulaan.
Bantuan bagi membangunkan kapasiti ibu tunggal pula disediakan oleh Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Matlamat pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti ini adalah bagi membantu ibu-ibu tunggal mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Antara program yang dijalankan oleh JPW ialah Program Jejari Bestari iaitu program kemahiran yang dilaksanakan di kesemua kawasan Parlimen di seluruh negara. Program ini menyediakan kursus kemahiran selama dua hingga tiga hari dalam bidang seperti jahitan, sulaman, kraftangan dan pembuatan aksesori untuk suri rumah dan wanita berpendapatan rendah termasuk ibu-ibu tunggal. Pada tahun 2008, hampir 6,000 orang wanita dan ibu tunggal di seluruh negara telah mengikuti Program Jejari Bestari ini.
Selain itu, JPW turut menjalankan program khusus untuk ibu tunggal iaitu program “Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal” atau I-KIT. I-KIT merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermatlamat untuk membasmi kemiskinan di kalangan wanita.
Program ini menyediakan kursus kemahiran dalam bidang seperti asuhan kanak-kanak, jahitan, masakan, kecantikan, pelancongan dan kraftangan secara intensif antara tiga hingga enam bulan untuk ibu-ibu tunggal. Pada tahun 2008, seramai 349 orang ibu tunggal dari seluruh negara telah mengikuti program I-KIT. Selain latihan kemahiran, para peserta turut didedahkan dengan kemahiran, dengan izin, ‘softskills’ seperti kemahiran bahasa, dengan izin, ‘interpersonal’, ketrampilan dan asas keusahawanan sebagai persediaan untuk mereka menceburi bidang pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri. Sehingga kini seramai 85 orang peserta I-KIT negeri telah berjaya membuka perniagaan mereka sendiri.
Melalui pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti ini, ibu-ibu tunggal dapat memanfaatkan kemahiran yang diperolehi bukan sahaja untuk kegunaan diri dan keluarga, malahan dikembangkan sebagai satu perniagaan untuk menambah pendapatan.
Di samping itu, JPW turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan untuk ibu-ibu tunggal. Program-program berbentuk motivasi dan pengurusan emosi bagi mendedahkan para peserta mengenai kaedah bagi menguruskan emosi secara positif terutama dalam memastikan keharmonian keluarga turut disediakan untuk ibu-ibu tunggal.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Cik Nadeema Kamaruddin
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Perancangan Pembangunan Wanita, JPW
4) No. Tel : 03-26165720
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Encik Mohammad Foad Hj. Abdullah
2) Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah, JPW
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas sehingga 31 Disember 2008 dan berapakah jumlah yang terpinggir dan tidak dipedulikan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 JULAI 2009 (Rabu)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas sehingga 31 Disember 2008 dan berapakah jumlah yang terpinggir dan tidak dipedulikan.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
SEPERTI LAMPIRAN
YB DATO’ HAJI IKHWAN SALIM BIN DATO’ SUJAK minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar Kerajaan di dalam memantau perjalanan pusat atau taman asuhan kanak-kanak agar ianya bertepatan dengan maksud dan objektifnya untuk membantu ibu-ibu agar dapat meneruskan pekerjaan dan tidak perlu mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 JULAI 2009 (Rabu)
- No.Soalan
60
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB DATO’ HAJI IKHWAN SALIM BIN DATO’ SUJAK minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar Kerajaan di dalam memantau perjalanan pusat atau taman asuhan kanak-kanak agar ianya bertepatan dengan maksud dan objektifnya untuk membantu ibu-ibu agar dapat meneruskan pekerjaan dan tidak perlu mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
- Klasifikasi Isu
PUSATJAGAAN/TASKA
JAWAPAN
Bagi memastikan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) mencapai kualiti yang ditetapkan, Kerajaan telah meminda Akta TASKA 1984 pada tahun 2007 dan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2008. Melalui pindaan kepada Akta tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberikan kuasa untuk mengelak (seal) mana-mana TASKA yang tidak berdaftar. Pindaan tersebut juga membolehkan jumlah denda dinaikkan bagi kesalahan-kesalahan yang disabitkan di bawah Akta tersebut.
KPWKM seterusnya melancarkan tempoh pengampunan (amnesty period) bermula dari bulan Ogos 2008 hingga Februari 2009 yang bertujuan untuk memberikan kesedaran dan advokasi kepada pengusaha-pengusaha TASKA akan pentingnya mendaftarkan TASKA mereka. Langkah ini juga bertujuan untuk memudahkan pihak pengusaha mendaftarkan TASKA mereka dengan JKM. Sepanjang tempoh tersebut, pihak JKM telah membuat operasi pemantauan dan sebanyak 2,068 buah TASKA didapati tidak berdaftar. Pengusaha-pengusaha tersebut telah dinasihatkan untuk berdaftar dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 buah TASKA telah berdaftar dengan JKM.
Kini, pihak JKM sedang dalam proses menghantar notis untuk mengambil tindakan di bawah Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) kepada pengusaha-pengusaha yang masih ingkar. Pengusaha diberikan tempoh 14 hari dari tarikh notis yang disampaikan untuk menghubungi JKM bagi tujuan pendaftaran. Sekiranya pengusaha-pengusaha masih ingkar, tindakan pendakwaan akan diambil di bawah Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007).
Selain itu, sebanyak 256 perjawatan baru bagi pegawai pemantauan TASKA telah diluluskan oleh Kerajaan pada 15 Julai 2007. Langkah ini telah membolehkan JKM meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas TASKA di seluruh negara. Pada masa yang sama pegawai-pegawai ini diberikan latihan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berhubung aspek pemantauan dan penguatkuasaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yakin pemantauan dan penguatkuasaan ke atas TASKA akan dapat memastikan kualiti perkhidmatan pengasuhan di institusi tersebut. Perkara ini dapat meningkatkan kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke mana-mana TASKA yang berdaftar. Seterusnya, penyediaan kemudahan TASKA yang berkualiti ini akan memberi peluang dan kemudahan untuk wanita keluar bekerja dan menyumbang kepada keutuhan ekonomi keluarga tanpa perlu memikirkan masalah penjagaan serta keselamatan anak yang ditinggalkan. Langkah ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing.
Jawapan Disediakan Oleh:
1) Nama : Radzial Alwi Mohamed
2) Jawatan : Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4) No. Tel : 03-26904041
Jawapan Disemak Oleh:
1) Nama : Encik Harjeet Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diperakukan Oleh:
1) Nama : Datuk Nor Hayati Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Jawapan Diluluskan Oleh:
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagi golongan OKU kurang siuman, tetapi mereka tidak mengganggu orang lain, atau tidak mengancam orang awam yang sering kita nampak terbiar di kaki lima atau di pinggir bandar, apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menolong golongan ini, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga yang miskin.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 JULAI 2009 (Rabu)
- No.Soalan
68
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 6 Julai 2009 - 9 Julai 2009
- Soalan
YB Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagi golongan OKU kurang siuman, tetapi mereka tidak mengganggu orang lain, atau tidak mengancam orang awam yang sering kita nampak terbiar di kaki lima atau di pinggir bandar, apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menolong golongan ini, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga yang miskin.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu golongan yang dimaksudkan dengan menyelamatkan mereka berdasarkan peruntukan Akta Orang Papa 1977 serta menempatkan mereka di institusi kebajikan masyarakat untuk tujuan pemulihan selama tiga (3) tahun. Institusi kebajikan ini dikenali sebagai Desa Bina Diri. Pada masa ini terdapat sebanyak dua (2) buah Desa Bina Diri yang dikendalikan oleh JKM.
Sepanjang tempoh berada di institusi tersebut, mereka akan diberi kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan mereka seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan mereka kembali ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.
Jawapan Disediakan Oleh :
1) Nama : Sabarina Abu Hassan
2) Jawatan : Ketua Penolong Pengarah
3) Bahagian : Warga Tua dan Keluarga
4) No. Tel : 03 2616 5937
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah
Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Dato' Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Dato’ Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Tan Sri Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha