PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB SENATOR GK LOGA CHITRA minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori ibu tunggal yang didaftarkan dan mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk mengenalpasti kumpulan ini dan pecahan mengikut kaum dan umur.
30 MAC 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 MAC 2009 (Isnin)
- No.Soalan
13
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan

- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggunakan Banci Penduduk dan Perumahan Negara (BPPN) sebagai mekanime mengenalpasti golongan ibu tunggal di negara ini. Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Negara Tahun 2000, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) wanita atau ibu tunggal di negara ini adalah seramai 126,810 (Satu Ratus Dua Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Sepuluh) orang.
Pecahan ibu tunggal mengikut kaum adalah seperti berikut;
i) Kaum Melayu seramai tujuh puluh empat ribu tujuh ratus tiga belas (74,713) orang;
ii) Kaum Cina seramai dua puluh sembilan ribu enam ratus tujuh puluh tujuh (29,677) orang;
iii) Kaum India seramai sebelas ribu lima ratus sembilan tujuh (11,597) orang;
iv) Kaum Bumiputra Lain seramai sembilan ribu sembilan ratus dua puluh sembilan (9,929) orang; dan
v) Lain-lain seramai lapan ratus sembilan puluh empat ribu (894) orang.
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan Negara tersebut, kebanyakan ibu tunggal tergolong di dalam kumpulan umur 35 – 64 tahun. Ibu tunggal di lingkungan umur 35 – 44 tahun adalah seramai dua puluh lapan ribu tiga puluh empat (28,034) orang, lingkungan umur 45 – 54 tahun seramai empat puluh satu ribu lapan ratus lapan puluh tiga (41,883) orang manakala dua puluh sembilan ribu sembilan ratus enam puluh lapan (29,968) orang adalah dalam lingkungan umur 55 – 64 tahun.
YB Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kesan dengan mengenalkan Program Cari-cari yang dikenalkan oleh Kementerian sejak tahun 2008/2009.
30 MAC 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 MAC 2009 (Isnin)
- No.Soalan
71
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kesan dengan mengenalkan Program Cari-cari yang dikenalkan oleh Kementerian sejak tahun 2008/2009.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Projek CARI merupakan salah satu program pendampingan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bertujuan untuk mengesan kes-kes tercicir dan terpinggir yang memerlukan bantuan. Sejak projek tersebut dilancarkan pada 17 Julai 2008 dan sehingga 20 Mac 2009 sebanyak 128,944 kes telah berjaya dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54,671 kes telah diberi bantuan manakala 27,629 kes tidak diluluskan dan 46,644 kes masih dalam siasatan. Jumlah bantuan kewangan bagi kes yang telah diluluskan ini adalah sebanyak RM12.9 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan kes yang dikesan oleh JKM ini adalah tinggi berpunca daripada kenaikan kadar kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu daripada RM400 kepada sebanyak RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah.
Bilangan kes yang berjaya dikesan di bawah Projek CARI mengikut negeri adalah seperti berikut:
Negeri Bil Kes Yang dikesan
Perlis 1,373
Kedah 12,606
Pulau Pinang 7,920
Perak 14,441
Selangor 7,629
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4,835
Negeri Sembilan 4,437
Melaka 2,335
Johor 6,372
Pahang 5,464
Terengganu 13,036
Kelantan 7,840
Sabah 15,788
Sarawak 24,540
Wilayah Persekutuan Labuan 328
JUMLAH 128,944
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan kes di bawah Projek CARI yang dikesan ini mengikut kaum dan jantina adalah seperti berikut:- (kecuali pecahan etnik daripada Negeri Selangor, Kedah dan Kelantan)
ETNIK JUMLAH
Melayu 44,692
Cina 17,938
India 7,680
Lain-lain / Pribumi 30,559
JUMLAH KESELURUHAN 100,869
Pecahan mengikut jantina:-
JANTINA JUMLAH
Lelaki 40,333
Perempuan 60,536
JUMLAH KESELURUHAN 100,869
Tuan Yang di-Pertua,
Selain daripada kekurangan sumber manusia, kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pegawai yang menjalankan tugas mengesan dan menjalankan siasatan di bawah Projek CARI termasuklah:-
i. Borang yang dikemukakan tidak mengandungi maklumat yang lengkap seperti alamat yang terdapat di dalam borang permohonan tidak lengkap dan tepat menyebabkan Pegawai Projek CARI sukar untuk mencari rumah kes bagi menjalankan siasatan dan terpaksa membuat susulan; dan
ii. Faktor geografi seperti jarak rumah kes yang terletak jauh di pendalaman menyebabkan Pegawai Projek CARI mengambil masa yang agak lama untuk mengadakan lawatan dan menjalankan siasatan.
iii. Ramai pemohon yang tidak layak tetapi memohon dan ia menambah beban kerja pegawai untuk menyiasat kerana semua permohonan harus disiasat.
YB Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakan bilangan kes keganasan rumah tangga yang diterima oleh Kementerian pada tahun 2008 mengikut pecahan kaum dan apakah bentuk bantuan serta program Kementerian bagi wanita yang mengalami masalah keganasan rumah tangga.
30 MAC 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 MAC 2009 (Isnin)
- No.Soalan
74
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakan bilangan kes keganasan rumah tangga yang diterima oleh Kementerian pada tahun 2008 mengikut pecahan kaum dan apakah bentuk bantuan serta program Kementerian bagi wanita yang mengalami masalah keganasan rumah tangga.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan membantu mangsa kes-kes keganasan rumah tangga sebagaimana peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Bagi tahun 2008, bilangan kes keganasan rumah tangga adalah sebanyak 521 kes. Daripada jumlah tersebut, 300 kes melibatkan mangsa dari etnik Melayu dan diikuti dengan etnik India sebanyak 115 kes serta etnik Cina sebanyak 77 kes. Bagi Peribumi Sarawak, kes yang dirujuk adalah sebanyak 13 kes manakala Peribumi Sabah mencatat sebanyak 10 kes. Bagi etnik di bawah kategori lain-lain, kes yang dicatatkan adalah sebanyak 6 kes.
Peranan JKM dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 adalah :-
i. menjelaskan mengenai hak mendapatkan perlindungan;
ii. membantu mangsa untuk membuat laporan polis;
iii. membantu mangsa membuat pemeriksaan perubatan dengan mengiringi dan menyediakan kenderaan kepada mangsa sekiranya diperlukan;
iv. membantu mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO);
v. memberi perlindungan sementara kepada mangsa yang memerlukan di Tempat Selamat yang telah diluluskan oleh Y.B. Menteri; dan
vi. menyediakan perkhidmatan kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor atau mengadakan persidangan Badan Pendamai untuk perundingan setelah menerima rujukan dari Mahkamah;
Selain daripada itu, bentuk bantuan dan perkhidmatan lain yang diberikan adalah :-
i. Membantu mangsa mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan di Pejabat Agama, Tribunal Perkahwinan, Biro Bantuan Guaman, Mahkamah Syariah , Badan NGOs atau lain-lain agensi yang berkaitan;
ii. Membantu kanak - kanak mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut peruntukan Akta Kanak - Kanak 2001;
iii. Memberi bantuan kewangan seperti Bantuan Am, Bantuan Kanak - kanak, Bantuan Sekolah atau Geran Pelancaran kepada mangsa / anak-anak mangsa (sekiranya perlu); dan
iv. Memberi sokongan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh LPPKN bagi membantu individu menjadi lebih matang dan mampu menggunakan sumber dan potensi dirinya sendiri. Selain itu, LPPKN juga menjalankan program Ilmu Keluarga@LPPKN kepada individu termasuk wanita-wanita yang mengalami masalah keganasan rumahtangga.
YB Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bentuk bantuan kepada ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda.
31 MAC 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
31 MAC 2009 (Selasa)
- No.Soalan
85
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bentuk bantuan kepada ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan beberapa jenis bantuan untuk golongan wanita termasuk ibu tunggal yang sebatang kara tanpa kerja yang tetap dan tiada harta benda melalui dua buah agensinya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Bantuan tersebut ialah:
i) Bantuan kebajikan;
ii) Perkhidmatan kaunseling; dan
iii) Pembangunan kapasiti melalui pelaksanaan program-program pengupayaan wanita.
Bantuan kebajikan untuk golongan miskin termasuk wanita yang bertaraf ibu tunggal yang sebatang kara dan tidak berkemampuan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) menerusi skim Bantuan Am. Kadar bantuan ini walau bagaimanapun adalah berbeza mengikut Negeri.
Selain itu, Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM2,700 disediakan oleh JKMM sebagai bantuan modal kepada klien termasuk ibu-ibu tunggal yang berkeperluan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada wanita dalam golongan ini di seluruh negara menerusi Pejabat-Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
Di samping itu, bantuan juga diberikan melalui pelaksanaan program-program pembangunan wanita dalam pelbagai bidang seperti latihan kemahiran, keusahawanan, motivasi dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada penyertaan di dalam program-program sedemikian akan menjadi aset penting bagi wanita terutama ibu-ibu tunggal terbabit selain dapat digunakan untuk menjana pendapatan. Program latihan kemahiran dan pembangunan kapasiti wanita dijalankan oleh JPW dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Antara program yang dijalankan adalah kursus jahitan, teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), keusahawanan dan pengurusan emosi.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Pn. Umadevi Kurias
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Perancangan Pembangunan Wanita, JPW
4) No. Tel : 03-26165746
Jawapan Disemak Oleh :-
1) Nama : Encik Mohd Nadzir bin Don
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Perancangan Pembangunan Wanita, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh :-
1) Nama : En. Mohammad Foad bin Hj. Abdullah
2) Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah, JPW
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian berhasrat menangani masalah kemiskinan di kalangan warga tua, khususnya mereka yang tinggal di kawasan perladangan, luar bandar serta setinggan agar nasib mereka turut terbela.
07 APRIL 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 APRIL 2009 (Selasa)
- No.Soalan
68
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian berhasrat menangani masalah kemiskinan di kalangan warga tua, khususnya mereka yang tinggal di kawasan perladangan, luar bandar serta setinggan agar nasib mereka turut terbela.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai skim bantuan kebajikan bagi memastikan golongan yang miskin dan berkeperluan termasuk golongan warga emas dapat dibantu. Permohonan bantuan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan tanpa mengira kaum, agama, jantina dan tempat.
Antara skim bantuan yang boleh dipertimbangkan untuk warga emas berkenaan adalah :
1. Bantuan Orang Tua (BOT) – dengan kadar RM300.00 sebulan seorang.
2. Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar (BPT )- dengan kadar bantuan RM 300.00 sebulan seorang kepada penjaga.
3. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan – dengan kadar bantuan berdasarkan kos sebenar alat tiruan/alat sokongan yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan atau pakar perubatan.
Bagi warga emas yang daif, tinggal bersendirian dan sebatang kara, mereka juga boleh memohon untuk kemasukan ke institusi JKM seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan untuk mendapat jagaan dan perlindungan yang diperlukan.
Selain itu, JKM turut melaksanakan program pendampingan sosial (social outreach) seperti Home Help Services dan Unit Khidmat Penyayang Warga Emas bertujuan memudahkan golongan warga emas untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan. Program khidmat sokongan bantuan di rumah atau Home Help Services merupakan perkongsian bijak dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dengan mengaturkan lawatan oleh petugas secara berkala ke rumah warga emas berkenaan bagi membantu warga emas untuk membeli barang keperluan, mengurus kebersihan diri dan rumah, teman untuk berbual dan sebagainya. Unit Khidmat Penyayang Warga Emas (Unit Bergerak) disediakan bagi memberikan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk ke hospital, klinik dan juga untuk keperluan aktiviti yang lain.
Jawapan Disediakan Oleh:
1) Nama : Mohamed Sabri bin Aris
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Pembangunan Sosio Ekonomi dan Bantuan.
4) No. Tel : 03-2616 5614 / 019-944 9666
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Hj Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Dato’ Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah JKM
Jawapan Diluluskan oleh Kemeneterian:
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Akta bagi Orang Kurang Upaya menetapkan bahawa satu sistem pendaftaran OKU yang baru dilaksanakan. Sudahkah sistem pendaftaran baru ini dilaksanakan. Sila berikan jumlah OKU yang kini berdaftar dengan pihak Kementerian dan pecahannya mengikut kategori kecacatan. Sehingga kini, sudahkah penggunaaan kad OKU yang baru dilaksanakan.
31 MAC 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
31 MAC 2009 (Selasa)
- No.Soalan
34
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Akta bagi Orang Kurang Upaya menetapkan bahawa satu sistem pendaftaran OKU yang baru dilaksanakan. Sudahkah sistem pendaftaran baru ini dilaksanakan. Sila berikan jumlah OKU yang kini berdaftar dengan pihak Kementerian dan pecahannya mengikut kategori kecacatan. Sehingga kini, sudahkah penggunaaan kad OKU yang baru dilaksanakan.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini pendaftaran orang kurang upaya (OKU) masih dilaksanakan secara manual dan sistem pendaftaran OKU yang baru sedang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai satu projek perintis di JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sisten ini dikenali sebagai Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). Sistem ini sedang diperkemas dan ditambahbaik untuk memastikan proses pendaftaran OKU dilaksanakan secara cepat dan cekap sebelum diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara.
Sehingga akhir Disember tahun 2008, bilangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seramai 244,046 orang dan pecahannya mengikut kategori kecacatan adalah seperti berikut:
i. Kurang upaya penglihatan - 22,074 orang
ii. Kurang upaya pendengaran - 33,776 orang
iii. Kurang upaya fizikal - 81,714 orang
iv. Masalah pembelajaran - 94,787 orang
v. Cerebral palsy - 2,737 orang
vi. Lain-lain ketidakupayaan - 8,958 orang
Kad OKU yang baru masih belum dilaksanakan. Kementerian merancang untuk melaksanakan penggunaan kad OKU yang baru ini menggunakan Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) yang sedang dibangunkan.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Cik Mariammal a/p Subramaniam
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Orang Kurang Upaya
4) No. Tel. : 03- 26165683
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Hj Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Disemak oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Encik Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang didaftarkan di bawah Program Cari mengikut kaum, jantina dan negeri.
31 MAC 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
31 MAC 2009 (Selasa)
- No.Soalan
7
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes yang didaftarkan di bawah Program Cari mengikut kaum, jantina dan negeri.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Projek CARI merupakan salah satu program pendampingan sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bertujuan untuk mengesan kes-kes tercicir dan terpinggir yang memerlukan bantuan. Sejak projek tersebut dilancarkan pada 17 Julai 2008 dan sehingga 20 Mac 2009 sebanyak 128,944 kes telah berjaya dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54,671 kes telah diberi bantuan manakala 27,629 kes tidak diluluskan dan 46,644 kes masih dalam siasatan. Jumlah bantuan kewangan bagi kes yang telah diluluskan ini adalah sebanyak RM12.9 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan kes yang dikesan oleh JKM ini adalah tinggi berpunca daripada kenaikan kadar kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu daripada RM400 kepada sebanyak RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah.
Bilangan kes yang berjaya dikesan di bawah Projek CARI mengikut negeri adalah seperti berikut:
Negeri Bil Kes Yang dikesan
Perlis 1,373
Kedah 12,606
Pulau Pinang 7,920
Perak 14,441
Selangor 7,629
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4,835
Negeri Sembilan 4,437
Melaka 2,335
Johor 6,372
Pahang 5,464
Terengganu 13,036
Kelantan 7,840
Sabah 15,788
Sarawak 24,540
Wilayah Persekutuan Labuan 328
JUMLAH 128,944
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan kes di bawah Projek CARI yang dikesan ini mengikut kaum dan jantina adalah seperti berikut:- (kecuali pecahan etnik daripada Negeri Selangor, Kedah dan Kelantan)
ETNIK JUMLAH
Melayu 44,692
Cina 17,938
India 7,680
Lain-lain / Pribumi 30,559
JUMLAH KESELURUHAN 100,869
Pecahan mengikut jantina:-
JANTINA JUMLAH
Lelaki 40,333
Perempuan 60,536
JUMLAH KESELURUHAN 100,869
Tuan Yang di-Pertua,
Selain daripada kekurangan sumber manusia, kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pegawai yang menjalankan tugas mengesan dan menjalankan siasatan di bawah Projek CARI termasuklah:-
i. Borang yang dikemukakan tidak mengandungi maklumat yang lengkap seperti alamat yang terdapat di dalam borang permohonan tidak lengkap dan tepat menyebabkan Pegawai Projek CARI sukar untuk mencari rumah kes bagi menjalankan siasatan dan terpaksa membuat susulan; dan
ii. Faktor geografi seperti jarak rumah kes yang terletak jauh di pendalaman menyebabkan Pegawai Projek CARI mengambil masa yang agak lama untuk mengadakan lawatan dan menjalankan siasatan.
iii. Ramai pemohon yang tidak layak tetapi memohon dan ia menambah beban kerja pegawai untuk menyiasat kerana semua permohonan harus disiasat.
Jawapan Disediakan oleh:-
1) Nama : Rosnah Binti Sardi
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Pembangunan Komuniti
4) No.Tel : 03-26165983
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Hj Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:
1) Nama : Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Disemak oleh Kementerian:
1) Nama : Encik Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan oleh Kementerian:
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai peserta Program CARI yang telah mendapat bantuan mengikut negeri-negeri dan kaum dan apakah kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pegawai yang mencari sehingga masih ramai menunggu.
02 APRIL 2009 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
02 APRIL 2009 (Khamis)
- No.Soalan
48

YB Dato’ Gooi Hoe Hin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah dan mengurangkan keganasan rumah tangga.
06 APRIL 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 APRIL 2009 (Isnin)
- No.Soalan
14

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab terhadap kes-kes keganasan rumah tangga mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mencegah dan mengurangkan keganasan rumah tangga adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
i. Mengadakan kempen kesedaran, ceramah dan seminar sebagai usaha memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 kepada agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan, masyarakat dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).
ii. Menjalinkan networking dengan agensi-agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan, agensi swasta, badan sukarela, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat setempat bagi membendung keganasan secara berterusan dan bersepadu; dan
iii. Mewujudkan Talian Nur mulai Disember 2007 iaitu talian yang memudahkan orang awam membuat permohonan, pertanyaan dan aduan mengenai isu-isu kebajikan dan sosial termasuk aduan mengenai kes keganasan rumah tangga yang berlaku atau berkemungkinan disyaki berlaku; dan
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini, belum ada kajian dijalankan oleh Kementerian terhadap keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk menangani keganasan rumah tangga.
Berdasarkan statistik JKM, bagi tahun 2005 sebanyak 421 kes keganasan rumah tangga dilaporkan, bagi tahun 2006 sebanyak 485 kes dan bagi tahun 2007, kes dilaporkan adalah sebanyak 529. Manakala bagi tahun 2008 jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 521. Peningkatan kes yang dilaporkan mungkin disebabkan oleh keberkesanan kempen kesedaran yang dijalankan terhadap masyarakat khususnya golongan wanita tentang hak mereka untuk mendapatkan perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Walau bagaimana pun, tidak dinafikan, bahawa peningkatan tersebut mungkin juga kerana kesan ekonomi yang telah menyebabkan tekanan hidup yang dialami oleh pemangsa. Selain itu, kemudahan talian NUR yang disediakan juga telah memudahkan mangsa, keluarga dan masyarakat untuk membuat aduan dan laporan mengenai kes keganasan rumah tangga.
Jawapan Disediakan Oleh :
1) Nama : Sulaimah Binti Daud
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Bahagian Warga Tua dan Keluarga
4) No. Tel : 03 2616 5645
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:
1) Nama : Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Alhabshee minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam tempoh tiga tahun, berapa banyakkah rumah-rumah kebajikan dan perlindungan swasta yang telah diberikan kelulusan untuk menjalankan operasi dan sehingga kini berapa kes yang melibatkan keganasan rumah tangga dan pecahannya mengikut komposisi kaum.
08 APRIL 2009 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 APRIL 2009 (Rabu)
- No.Soalan
57
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Alhabshee minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam tempoh tiga tahun, berapa banyakkah rumah-rumah kebajikan dan perlindungan swasta yang telah diberikan kelulusan untuk menjalankan operasi dan sehingga kini berapa kes yang melibatkan keganasan rumah tangga dan pecahannya mengikut komposisi kaum.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Setakat ini, tiada rumah kebajikan dan perlindungan swasta yang telah diberikan kelulusan sebagai Tempat Selamat/Tempat Perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Walau bagaimanapun terdapat sebanyak 18 buah institusi JKM telah diluluskan sebagai Tempat Selamat oleh Y.B. Menteri di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Manakala di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hanya sebuah Tempat Selamat telah diluluskan iaitu Rumah Puteri Anne, Likas, Kota Kinabalu, Sabah setelah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JKM.
Bagi tahun 2008, bilangan kes keganasan rumah tangga adalah sebanyak 521 kes. Daripada jumlah tersebut, 300 kes melibatkan mangsa dari etnik Melayu dan diikuti dengan etnik India sebanyak 115 kes serta etnik Cina sebanyak 77 kes. Bagi Peribumi Sarawak, kes yang dirujuk adalah sebanyak 13 kes manakala Peribumi Sabah mencatat sebanyak 10 kes. Bagi etnik di bawah kategori lain-lain, kes yang dicatatkan adalah sebanyak 6 kes.
Jawapan Disediakan Oleh :
1) Nama : Sulaimah Binti Daud
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Bahagian Warga Tua dan Keluarga
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
4) No. Tel : 03 2616 5645
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:
1) Nama : Dato’ Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Katua Pengarah JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kemernterian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Dato’ Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian bagi mencegah kejadian yang mengancam keselamatan kanak-kanak dan adakah pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak wajar dilakukan bagi menerapkan sifat keprihatinan di kalangan masyarakat mengenai isu-isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak seperti kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes pembuangan bayi.
31 MAC 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
31 MAC 2009 (Selasa)
- No.Soalan
73
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Dato’ Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian bagi mencegah kejadian yang mengancam keselamatan kanak-kanak dan adakah pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak wajar dilakukan bagi menerapkan sifat keprihatinan di kalangan masyarakat mengenai isu-isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak seperti kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes pembuangan bayi.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa memberi perhatian serius kepada isu keselamatan kanak-kanak dan bagi tahun 2009, KPWKM menjadikan Safe Childhood sebagai program utama Kementerian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPWKM telah selesai menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Dasar ini akan diangkat untuk pertimbangan Kerajaan dalam masa terdekat. Dasar tersebut antara lain bertujuan melindungi kanak-kanak dan memastikan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat sedar bahawa tanggungjawab melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan bukan Kerajaan semata-mata.
Bagi mencegah kejadian yang mengancam keselamatan kanak-kanak, KPWKM melalui agensi-agensinya melaksanakan program-program berikut:-
a. Program-program kesedaran kepada ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing dalam menentukan keselamatan kanak-kanak. Antaranya ialah Latihan Kemahiran Keibubapaan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa agar mereka sentiasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan anak mereka melalui program SMARTSTART dan Modul Kasih. Selain itu, program Parenting@Work bagi membantu ibu bapa mengimbangi tanggungjawab antara keluarga dan kerja turut diperkenalkan. Program ini dijalankan di tempat kerja masing-masing, bermula dengan pekerja di sektor awam pada tahun 2007 dan telah diperluaskan ke peringkat daerah, sektor swasta, komuniti dan lain-lain;
b. Program pencegahan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak melalui Penubuhan TASKA Komuniti. Taska Komuniti adalah salah satu usaha Kerajaan untuk menyediakan pengasuhan yang berkualiti dan jagaan yang selamat kepada anak-anak semasa ibu bapa mereka keluar berkerja. Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sehingga kini terdapat 26 buah Taska Komuniti telah ditubuhkan dan sejumlah 340 orang kanak-kanak yang mendapat perkhidmatannya;
c. Kemudahan kepada masyarakat membuat laporan dan aduan kepada Kementerian termasuk laporan mengenai kanak-kanak yang berada dalam keadaan yang mencurigakan atau tidak berada dalam pengawasan ibu bapa atau penjaga melalui perkhidmatan Talian NUR 15999 yang dilancarkan pada 5 Disember 2007; dan
d. Mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak selaras dengan Sub seksyen 7(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang bertujuan menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat bagi keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak yang memerlukan khidmat sokongan atau perlindungan. Sehingga kini terdapat 131 buah Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak telah diwujudkan di seluruh negara. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak turut menyediakan khidmat sokongan membantu keluarga dan kanak-kanak berisiko tinggi melalui 135 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di seluruh negara dan melaksanakan program-program advokasi serta intervensi seperti seminar, bengkel, ceramah, kursus, motivasi, bimbingan serta kaunseling.
Akta Kanak-Kanak 2001 sememangnya memberi penekanan terhadap pencegahan ancaman keselamatan di kalangan kanak-kanak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 31, 32 dan 33 yang menekankan peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka. Dalam cadangan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, KPWKM mencadangkan agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap kesalahan berhubung kesihatan dan kebajikan kanak-kanak dengan tujuan untuk memastikan masyarakat mengambil berat dan prihatin terhadap isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak keseluruhannya.
Jawapan Disediakan oleh:-
1) Nama : Rosmaini binti Ahmad
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Kanak-Kanak
4) No Tel: : 03-26165957 / 019-2721815
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Hj Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timabalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan yang antara lain memberi perlindungan kepada kanak-kanak didera. Dasar itu amat diperlukan memandangkan pada masa ini tiada undang-undang atau dasar untuk menghukum mana-mana individu yang tidak melaporkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak.
02 APRIL 2009 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
02 APRIL 2009 (Khamis)
- No.Soalan
39
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan yang antara lain memberi perlindungan kepada kanak-kanak didera. Dasar itu amat diperlukan memandangkan pada masa ini tiada undang-undang atau dasar untuk menghukum mana-mana individu yang tidak melaporkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telahpun siap menyediakan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Dasar ini dijangka dibentangkan untuk kelulusan Kerajaan secepat mungkin.
Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk memberi panduan kepada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majikan swasta dan individu yang berurusan dengan kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.
Aspek hukuman ke atas pengabaian, penderaan dan kelalaian individu yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kanak-kanak telah diperuntukkan secara jelas dalam Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Manakala dalam Sekyen 3(2), mahkamah juga boleh menjatuhkan sebarang hukuman tambahan dalam memerintahkan orang yang disabitkan kesalahan menyempurnakan satu bon dengan jaminan untuk berkelakuan baik selama mana tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Jawapan disediakan oleh:
1) Nama : Encik Kua Abun
2) Jawatan : Timbalan Setiausaha Bahagian
(Dasar Pembangunan Masyarakat)
3) Bahagian : Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4) No. Tel : 03-2690 4023
Jawapan disemak oleh:
1) Nama : En. Harjeet Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
3) Bahagian : Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diperakukan Oleh:-
1) Nama : Datuk Nor Hayati Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Datuk Faizah Mohd. Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kesungguhan Kerajaan untuk melaksanakan polisi bagi melanjutkan cuti bersalin semasa dari 60 hari kepada 14 minggu (98 hari) sepertimana yang disarankan International Labour Organisation, mengikut Maternity Protection Convention, No. 183 pada tahun 2000.
01 APRIL 2009 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
01 APRIL 2009 (Rabu)
- No.Soalan
61
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kesungguhan Kerajaan untuk melaksanakan polisi bagi melanjutkan cuti bersalin semasa dari 60 hari kepada 14 minggu (98 hari) sepertimana yang disarankan International Labour Organisation, mengikut Maternity Protection Convention, No. 183 pada tahun 2000.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin akan pentingnya kemudahan cuti bersalin kepada golongan wanita untuk menjaga kesihatan diri dan meluangkan masa berkualiti bersama bayi mereka. Kemudahan cuti bersalin adalah sebahagian daripada usaha mewujudkan suasana kerja yang mesra keluarga ke arah mencapai keseimbangan kerjaya dan keluarga. Kejayaan mengimbangkan kerjaya dan keluarga menjadi kunci untuk menarik lebih ramai wanita memasuki dan kekal dalam pasaran pekerjaan di mana kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara kini masih di tahap yang rendah iaitu 46.4 peratus pada tahun 2007.
Atas keprihatinan terhadap kesejahteraan keluarga, Kerajaan pernah menimbangkan cadangan supaya tempoh cuti bersalin sektor awam dilanjutkan daripada 60 hari kepada 84 hari atau 12 minggu. Cadangan cuti bersalin 84 hari ini adalah selaras dengan Konvensyen ILO 102 dan 103 yang menetapkan standard minimum untuk tempoh cuti bersalin adalah tidak kurang daripada 12 minggu. Walau bagaimanapun, Kerajaan berpandangan bahawa cadangan pelanjutan tempoh cuti bersalin ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi bagi memastikan produktiviti negara tidak terjejas. Selain itu, adalah dikhuatiri juga sekiranya tempoh cuti bersalin dilanjutkan, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan pekerja wanita dari segi pengambilan dan kenaikan pangkat di tempat kerja.
Walaupun belum melanjutkan tempoh cuti bersalin, Kerajaan telah melanjutkan cuti menjaga anak untuk kakitangan wanita sektor awam daripada 90 hari kepada had maksimum lima tahun berkuat kuasa mulai 3 September 2007. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007, pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan cuti menjaga anak sehingga 1,825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan. Kemudahan ini merupakan kemudahan cuti tanpa gaji yang boleh diambil sama ada secara sekali gus atau sebahagian daripadanya.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Wan Nur Ibtisam Wan Ismail
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4) No. Tel : 03-26904040
Jawapan Disemak Oleh:-
1) Nama : Encik Harjeet Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diperakukan Oleh:-
1) Nama : Datuk Nor Hayati Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Datuk Faizah Mohd. Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Berapakah peratus pencapaian wanita dalam bidang keusahawanan. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus kejayaan wanita dalam bidang tersebut.
06 APRIL 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 APRIL 2009 (Isnin)
- No.Soalan
20
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Berapakah peratus pencapaian wanita dalam bidang keusahawanan. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus kejayaan wanita dalam bidang tersebut.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi membantu, menggalak dan mengiktiraf wanita dalam perniagaan; bermula dari program-program menjana pendapatan, latihan peningkatan kemahiran dan seterusnya program keusahawanan. Program latihan ini dilaksanakan sendiri oleh Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama pihak NGO, swasta dan agensi-agensi kerajaan.
Memandangkan program keusahawanan baru sahaja dipelopori oleh pihak Kementerian, peratusan pencapaian usahawan wanita di bawah Program I-KIT adalah sebanyak 24% dimana seramai 85 peserta yang didaftarkan sebagai usahawan mikro I-KIT. Sehingga kini, seramai 349 orang peserta telah mengikuti latihan kemahiran intensif fasa pertama dan akan mengikuti kursus keusahawanan pada tahun ini.
Langkah-langkah mencapai sasaran 30 peratus kejayaan wanita di dalam bidang keusahawanan bukan merupakan sasaran Kementerian ini; namun begitu, Kementerian ini membantu agensi peneraju (lead agency) menganjurkan program – program penjanaan pendapatan dan keusahawanan seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan bengkel-bengkel keusahawanan dengan kerjasama SMIDEC. Baru-baru ini, Kementerian ini dan SMIDEC telah menganjurkan Bengkel Keusahawanan Wanita di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Mac 2009. Seramai 200 orang usahawan dan bakal usahawan telah menyertai bengkel ini.
Bagi membiayai atau mengembangkan perniagaan pula, pihak Kementerian membantu menyediakan maklumat kepada bakal usahawan mengenai perkhidmatan oleh agensi-agensi pembiayaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN, MARA, SMIDEC, PUNB, Bank SME, Program Franchais Wanita di bawah Perbandanan Nasional Berhad (PNB), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dan lain-lain.
Sehingga kini, pihak Kementerian telah berjaya mengumpulkan maklumat mengenai dana-dana yang disediakan untuk membantu usahawan wanita mikroenterpris menerusi Kompilasi Skim Pembiayaan Mikrokredit Untuk Usahawan Wanita.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Pn Afroza Banu Abd Halim
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Kapasiti JPW
4) No. Tel : 03-2616 5737
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Pn Normalia Ibrahim
2) Jawatan : Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Kapasiti JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd Nur
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa peratus golongan wanita telah berjaya dalam bidang kuasa yang dipegang oleh kaum lelaki umpamanya dalam pembentukan dasar-dasar Kerajaan dan sebagainya.
07 APRIL 2009 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 APRIL 2009 (Selasa)
- No.Soalan
88
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa peratus golongan wanita telah berjaya dalam bidang kuasa yang dipegang oleh kaum lelaki umpamanya dalam pembentukan dasar-dasar Kerajaan dan sebagainya.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Sekurang-kurangnya 30% Penyertaan Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan di Sektor Awam pada bulan Ogos 2004. Dasar ini telah menampakkan kemajuan khususnya dalam jangka masa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Bilangan wanita yang menyandang jawatan utama sektor awam (JUSA) meningkat daripada 18.8% pada tahun 2004 kepada 22.8% pada tahun 2008. Bilangan wanita yang memegang jawatan peringkat pengurusan tertinggi di badan berkanun turut menunjukkan perkembangan yang baik di mana peratusan wanita terus meningkat daripada 17.8% pada tahun 2004 kepada 21.3% pada tahun 2008. Sektor swasta juga menunjukkan trend yang positif di mana peratusan wanita di peringkat pembuat keputusan seperti Presiden, Naib Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan telah meningkat daripada 13.5% pada tahun 2004 kepada 26.2% pada tahun 2008.
Jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang dahulunya didominasi oleh lelaki juga telah disandang oleh wanita. Pada masa ini, dua orang wanita memegang jawatan Naib Canselor ataupun 10.0%. Sementara itu, enam orang memegang jawatan Timbalan Naib Canselor universiti awam (ataupun 10.0%) berbanding 1 orang (ataupun 2.2%) pada tahun 2004. Pelantikan wanita bagi menyandang kedua-dua jawatan ini merupakan peningkatan daripada 1.6% pada tahun 2004 kepada 10.0% pada tahun 2008.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi mempercepatkan pencapaian sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang merangka Pelan Tindakan bagi Mencapai Sekurang-kurangnya 30% Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan. Pelan Tindakan tersebut melibatkan enam sektor seperti berikut:
(i) Parlimen dan parti politik;
(ii) Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco dan majlis tempatan;
(iii) Sektor perundangan sivil dan syariah;
(iv) Badan berkanun dan universiti;
(v) Sektor awam; dan
(vi) Sektor swasta.
Pelan Tindakan ini menggariskan tindakan yang perlu diambil oleh setiap agensi pelaksana bagi menggalakkan penyertaan wanita di dalam beberapa sektor kritikal yang telah dikenal pasti. Matlamat jangka panjang Pelan Tindakan ini ialah untuk memastikan penyusunan semula pentadbiran dan perubahan institusi dilaksanakan bagi mencapai kesaksamaan gender.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Wan Nur Ibtisam Wan Ismail
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4) No. Tel : 03-26904040
Jawapan Disemak Oleh:-
1) Nama : Encik Harjeet Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diperakukan Oleh:-
1) Nama : Datuk Nor Hayati Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Datuk Faizah Mohd. Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Datuk Akhbar bin Ali minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) rasional beliau dalam mengatakan bahawa beliau tidak bersifat perkauman apabila mengarahkan pengambilan lebih ramai pekerja kontrak bukan Melayu dalam menCARI orang miskin, OKU dan warga emas untuk dibantu walaupun yang teramai dalam kategori ini ialah orang Melayu
(b) pelbagai rekod prestasi kecekapan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari peringkat menyiasat hingga bantuan bulan pertama diterima oleh golongan tersebut bagi membuktikan kecekapan Jabatan tersebut
30 MAC 2009 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 MAC 2009 (Isnin)
- No.Soalan
57
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Datuk Akhbar bin Ali minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) rasional beliau dalam mengatakan bahawa beliau tidak bersifat perkauman apabila mengarahkan pengambilan lebih ramai pekerja kontrak bukan Melayu dalam menCARI orang miskin, OKU dan warga emas untuk dibantu walaupun yang teramai dalam kategori ini ialah orang Melayu
(b) pelbagai rekod prestasi kecekapan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari peringkat menyiasat hingga bantuan bulan pertama diterima oleh golongan tersebut bagi membuktikan kecekapan Jabatan tersebut
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
(a) Pengambilan pekerja kontrak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaksanakan di bawah Projek CARI yang dilancarkan pada 17 Julai 2008 bertujuan untuk membantu JKM dalam mengesan golongan yang tercicir dan terpinggir untuk dipertimbangkan bantuan bagi mereka yang layak. Pengambilan pekerja kontrak dilaksanakan melalui Skim Pekerja Khidmat Singkat (PKS). Pekerja kontrak yang dilantik adalah terdiri dari pelbagai etnik termasuklah Melayu, Cina dan India. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah jawatan PKS yang diluluskan kepada JKM adalah sebanyak 968 dan daripada jumlah tersebut seramai 845 jawatan telah diisi yang terdiri daripada 73% PKS Melayu, 21% Cina dan 6% daripada India.
Sepertimana Yang Berhormat maklum, pengesanan dan pemberian kebajikan kepada golongan masyarakat yang memerlukan dilaksanakan tanpa mengira kaum tetapi berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
(b) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan kecekapan Jabatan bermula daripada peringkat proses penyiasatan permohonan bantuan hinggalah keputusan dibuat dan pembayaran bantuan dilaksanakan. Penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas proses kerja termasuklah:
i) Mempercepatkan proses pendaftaran serta penyediaan laporan untuk keputusan melalui sistem berkomputer yang dikenali sebagai e-Bantuan. Melalui sistem ini keputusan-keputusan pemohon diperolehi dalam tempoh 2 minggu;
ii) Menurunkan kuasa meluluskan bantuan kebajikan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang sebelum ini hanya diberikan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri;
iii) Menetapkan bayaran kepada penerima bantuan dibuat pada 5 haribulan setiap bulan; dan
iv) Melaksanakan bayaran bantuan kepada penerima melalui empat (4) kaedah iaitu sama ada melalui bank, tunai yang dibuat secara terus kepada penerima bantuan sama ada di Pejabat Kebajikan Masyarakat, di rumah atau pun di pusat-pusat bayaran bantuan.
Berikutan daripada inisiatif ini jumlah kes yang dikesan di bawah Projek CARI setakat 4 April 2009 ialah 137,686 kes dan daripada jumlah ini sebanyak 59,530 kes (43%) telah diluluskan oleh JKM. Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian besar penerima bantuan kebajikan adalah terdiri daripada orang Melayu. Saranan saya supaya pengambilan kakitangan Projek CARI ini melibatkan etnik Cina adalah untuk mempastikan kumpulan etnik ini yang memerlukan bantuan tidak tercicir. Kenyataan saya tersebut bukanlah bersifat perkauman dan saya tidak pernah terlintas untuk menjadikan pengambilan pekerja sambilan Projek CARI ini sebagai satu isu perkauman.
Jawapan Disediakan oleh:-
1) Nama : Rosnah Binti Sardi
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Pembangunan Komuniti
4) No.Tel : 03-26165983
Jawapan Disemak Oleh Jabatan:-
1) Nama : Norani Haji Mohd Hashim
2) Jawatan : Pengarah Perancangan dan Pembangunan
Jawapan Diluluskan Oleh Jabatan:-
1) Nama : Meme Zainal Rashid
2) Jawatan : Ketua Pengarajh JKM
Jawapan Disemak Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Saripuddin Kasim
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Y. Bhg. Datuk Faizah Mohd Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Kenyataan Berunsur Seksual (Sexist Remarks) sebagai usaha untuk mengawal gejala pertuturan yang tidak senonoh ini daripada terus berleluasa.
01 APRIL 2009 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
01 APRIL 2009 (Rabu)
- No.Soalan
24
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Kenyataan Berunsur Seksual (Sexist Remarks) sebagai usaha untuk mengawal gejala pertuturan yang tidak senonoh ini daripada terus berleluasa.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan Akta Kenyataan Berunsur Seksual (Sexist Remarks). Kes berhubung kenyataan berunsur seksual boleh ditangani dengan menggunakan Seksyen 509 di bawah Kanun Keseksaan. Menurut perangkaan Polis Diraja Malaysia, bagi tempoh 2007 hingga Februari 2009, sebanyak 837 kes berkaitan perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan seseorang telah dilaporkan dan 72 kes telah dituduh di bawah Seksyen ini.
Bagi menangani gejala pertuturan yang berunsur seksual daripada berleluasa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan adalah penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat di semua peringkat supaya menghormati kaum wanita. Dalam perkara ini, Kementerian sentiasa menekankan aspek menghormati kaum wanita dalam program-program kepekaan gender yang dilaksanakan. Kementerian juga berpandangan usaha menangani gejala pertuturan yang berunsur seksual ini adalah tanggungjawab semua pihak dan bukan terletak di bawah sesuatu pihak sahaja.
Jawapan Disediakan Oleh :-
1) Nama : Cik Lim Mei Ying
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha (W)
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4) No. Tel. : 03-2690 4092
Jawapan Disemak Oleh:-
1) Nama : Encik Harjeet Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian (Dasar)
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diperakukan Oleh:-
1) Nama : Datuk Nor Hayati Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Datuk Faizah Mohd. Tahir
2) Jawatan : Ketua Setiausaha
YB Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kes yang melibatkan juvana yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sejauh mana Jabatan mengguna pakai laporan akhlak yang dibuat oleh pegawai bagi setiap kes.
01 APRIL 2009 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
01 APRIL 2009 (Rabu)
- No.Soalan
47
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 30 Mac 2009 - 8 April 2009
- Soalan
YB Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kes yang melibatkan juvana yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sejauh mana Jabatan mengguna pakai laporan akhlak yang dibuat oleh pegawai bagi setiap kes.
- Klasifikasi Isu
JUVANA / PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan kes yang melibatkan kanak-kanak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Di bawah akta tersebut, tiada peruntukan mengenai takrifan juvana tetapi ia ditakrifkan sebagai seseorang kanak-kanak yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu sepuluh tahun.
Kes yang melibatkan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dikategorikan kepada dua iaitu kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak tidak terkawal.
Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ialah kes-kes rujukan pihak polis setelah penangkapan kanak-kanak dibuat di bawah seksyen 87 Akta Kanak-Kanak 2001.
Sepanjang tahun 2008, sebanyak 5,206 kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang melibatkan berbagai jenis kesalahan iaitu 2,802 kes bersabit dengan harta, 174 kes bersabit dengan orang, 158 kes kesalahan jantina, 13 kes melanggar syarat pengawasan, 760 kes berkaitan dengan dadah, 35 kes judi, 68 kes senjata/bahan api, 853 kes lalulintas, 4 kes lari dari sekolah diluluskan dan 339 kes bagi lain-lain kesalahan (di bawah akta perikanan, akta pengangkutan, akta pencegahan rasuah, akta telekom, ordinan keracunan, memiliki bahan lucah, masuk kawasan larangan dan merayau tanpa kad pengenalan).
Kes kanak-kanak tidak terkawal pula adalah kes yang dirujuk oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak setelah menerima permohonan secara bertulis dari ibu atau bapa atau penjaga yang tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak atau anak di bawah jagaannya dari terlibat dengan gejala sosial. Sepanjang tahun 2008, sebanyak 150 kes kanak-kanak tidak terkawal telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam mengendalikan kedua-dua kes di atas, Pegawai Akhlak (Pegawai JKM) perlu menyediakan laporan akhlak. Laporan akhlak ialah suatu laporan yang disediakan seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 90(13) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mengandungi butiran peribadi, perihal kanak-kanak serta syor Pegawai Akhlak kepada pihak mahkamah.
Secara khususnya, penggunaan laporan akhlak adalah sepertimana berikut :
(i) Bagi kes kanak-kanak yang terlibat jenayah, laporan akhlak perlu dikemukakan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak selepas kanak-kanak didapati bersalah atau mengaku salah atas kesalahannya, mengikut prosedur sepertimana peruntukan di bawah seksyen 90, Akta Kanak-Kanak 2001. Ianya akan membantu pihak Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam memberi pertimbangan dalam menjatuhkan sesuatu perintah atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak agar perintah yang dikenakan adalah demi kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.
(ii) Manakala bagi kes kanak-kanak tidak terkawal, laporan akhlak dikemukakan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak setelah mendapat arahan dari Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Ia menentukan sama ada perintah boleh dibuat bagi permohonan ibu atau bapa atau penjaga bagi kes kanak-kanak tidak terkawal, sepertimana dalam peruntukan di bawah seksyen 46 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
(iii) Laporan akhlak juga perlu disediakan dan dikemukakan oleh Pegawai Akhlak di Mahkamah Majistret, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi bagi kes kanak-kanak terlibat jenayah sekiranya diperlukan atau atas arahan mahkamah berkenaan.
(iv) Laporan akhlak yang disediakan juga digunakan dalam membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam melaksanakan program pemulihan kanak-kanak di institusi pemulihan akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Melalui laporan akhlak, Jabatan akan dapat mengenalpasti latarbelakang kes kanak-kanak dan program pemulihan yang bersesuaian akan dapat dilaksanakan.
(v) Penyediaan laporan akhlak juga adalah bagi memenuhi hak kanak-kanak dalam Perkara 13 (kebebasan bersuara) dan Perkara 40 (pentadbiran keadilan juvana) di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak kerana dalam penyediaan laporan akhlak selain dari ibubapa atau penjaga, kanak-kanak akan ditemubual sendiri oleh Pegawai Akhlak.
Jawapan Disediakan Oleh :
1) Nama : Ahmad Hashim Bin Selamat
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Bahagian Kanak-Kanak
4) No. Tel : 03 2616 5655