SENARAI SOALAN




PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB DATO’ IKHWAN SALIM BIN DATO’ SUJAK minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang akan diambil bagi menangani masalah seksual di kalangan keluarga dan bukan keluarga.
09 JUN 2004 (Rabu)
YB TUAN WAN NORDIN BIN CHE MURAT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa terdapat lambakan isu serta laporan-laporan di media cetak dan media elektronik mengenai kesengsaraan dan kesusahan rakyat termiskin. Apakah langkah-langkah pemantauan tidak dilaksanakan secara berkesan dan mengapakah sumbangan tidak sampai ke golongan yang susah.
14 JUN 2004 (Isnin)
YB PUAN SAFINAH BINTI JUSOH minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kementerian telah membuat kajian terhadap faktor-faktor keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dalam usaha negara mewujudkan suasana yang selamat kepada golongan ini.
16 JUN 2004 (Rabu)
YB PUAN JAYA PARTIBAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program bagi mengukuhkan institusi keluarga dan langkah-langkah untuk menentukan semua kaum menyertai program seperti ini.
14 JUN 2004 (Isnin)
YB DATUK SYED ALI B. TAN SRI SYED ABBAS ALHABSHEE minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diberi dan sejauh manakah mereka boleh berdikari.
10 JUN 2004 (Khamis)
YB TUAN OSMAN BIN BUNGSU minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jumlah ahli profesional sama ada warga Malaysia atau warga pemastautin tetap Malaysia yang telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan apakah sumbangan mereka dalam usaha menangani masalah gejala sosial di kalangan masyarakat.
16 JUN 2004 (Rabu)
YB Tuan Lee Sing Chooi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan orang yang mengalami kecacatan anggota atau kurang upaya yang berdaftar dengan Kementerian dan apakah jenis bantuan yang diberikan kepada mereka.
15 JUN 2004 (Selasa)