SENARAI SOALAN




PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA

SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB Puan Siw a/p Eam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- a) bilangan ibu tunggal yang tidak ada pendapatan tetap tetapi terpaksa menanggung lebih daripada 3 orang anak mengikut pecahan kaum; dan b) apakah pendekatan Kementerian bagi mengatasi masalah ini bagi meringankan penderitaan mereka.
03 MEI 2005 (Selasa)
YB Dato’ Sri Empiang minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat-pusat kaunseling bagi ibu tunggal yang akan didirikan di Sarawak dan bilakah pusat-pusat tersebut akan beroperasi sepenuhnya.
04 MEI 2005 (Rabu)
YB Puan Mariah binti Haji Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah ibu tunggal di negara dan peratusan mengikut kaum.
05 MEI 2005 (Khamis)
YB Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- a) jumlah ibu tunggal yang telah menerima bantuan dan jumlah yang masih dalam perhatian dan tindakan untuk dibantu; dan b) apakah jenis bantuan, latihan kemahiran dan jenis kaunseling yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi, kesedaran kendiri serta budaya kerja saing ibu-ibu tunggal ini.
09 MEI 2005 (Isnin)
YB Dato’ Hajah Sharipah Aminah Binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah keberkesanan program-program pendidikan keluarga bahagia yang dilaksanakan oleh Kementerian kerana pada masa ini terdapat kes-kes penceraian di kalangan masyarakat begitu tinggi.
10 MEI 2005 (Selasa)
YB Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan selain iklan, apakah bentuk-bentuk program kempen ”Utamakan Keluarga” dan setakat manakah kejayaan kempen tersebut. Bagaimanakah Kementerian dapat memastikan kempen tersebut sampai ke peringkat akar umbi.
16 MEI 2005 (Isnin)
YB Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajjah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pendirian Kerajaan mengenai sesetengah Kerajaan negeri yang mewajibkan agar mempelai lelaki dan perempuan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum majlis perkahwinan dan berapakah peratusan perempuan yang menghidap HIV di atas kesalahan pengantin lelaki dan sejauh manakah kejayaan kursus tersebut.
19 MEI 2005 (Khamis)
YB TUAN SARAVANAN A/L MURUGAN minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan mengapakan jenayah rogol semakin menjadi-jadi di negara ini dan sejauh manakah rancangan Kementerian untuk mengatasi dari terus menghantui golongan wanita.
09 MEI 2005 (Isnin)
YB Dato’ Hajah Sharipah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan teliti yang diperlukan bagi memastikan warga emas tidak terus terpinggir dari mengecapi kemajuan negara kerana warga emas sering kali dikelilingi hutang, kelaparan dan diancam dengan pelbagai penyakit.
11 MEI 2005 (Rabu)
Y.B. Datuk Hajah Azizah binti Abd Samad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mengkaji semula peraturan pengambilan anak angkat yang mensyaratkan pendaftaran anak angkat hanya boleh dibuat selepas tempoh dua tahun.
17 MEI 2005 (Selasa)
YB Datin Paduka Jaya Partiban minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peratusan wanita yang memegang jawatan di peringkat “membuat keputusan” mengikut pecahan kaum dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian ini untuk mencapai matlamat 30% wanita di peringkat “membuat keputusan”.
19 MEI 2005 (Khamis)
YB Dato’ Fhina Bhar minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk menentukan pengimplementasi polisi 30% representasi wanita dalam proses membuat keputusan.
19 MEI 2005 (Khamis)
YB Dato’ Rhina Bhar minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk menentukan pengimplementasian polisi bekerja dari rumah.
04 MEI 2005 (Rabu)
YB Puan Hajjah Samsiah Binti Samsudin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menambah bilangan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di setiap negeri memandangkan kakitangan yang sedia ada tidak mencukupi.
04 MEI 2005 (Rabu)