PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KEDUA
Soalan
Tindakan
IR.SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis khidmat kemahiran dan latihan yang disediakan kepada pengemis yang berumur bawah 60 tahun supaya mampu menyara diri dan seterusnya mengekang aktiviti mengemis yang semakin berleluasa.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
116
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan

- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 5 buah institusi Desa Bina Diri (DBD) yang memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang papa agar mereka menjadi produktif dan berkemahiran serta mempunyai sikap yang positif untuk diintegrasikan dalam masyarakat. Institusi tersebut adalah seperti berikut :
i) DBD Mersing;
ii) DBD Jerantut;
iii) DBD Kota Kinabalu; dan
iv) DBD Kuching
v) Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh.
Bagi menyediakan penghuni DBD agar dapat diintegrasikan dalam masyarakat, mereka akan menjalani pemulihan, latihan kerjaya dan kemahiran (vokasional, pertanian, kraf tangan) bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun.
DBD juga mengadakan program “Job Opportunity” kepada penghuni-penghuni yang boleh dilatih bagi menyesuaikan penghuni dengan alam pekerjaan. Program ini adalah merupakan inisiatif DBD dengan syarikat-syarikat swasta dan persendirian di kawasan berdekatan institusi untuk menempatkan penghuni di alam pekerjaan sebagai persediaan penghuni untuk diintegrasikan dalam masyarakat.
Sejak tahun 2010 hingga Disember 2015, sejumlah 198 orang penghuni telah dibebaskan untuk kembali tinggal dengan keluarga dan 92 orang penghuni program “Job Opportunity” di DBD mendapat pekerjaan seperti insan lain dalam masyarakat.
Kesimpulannya, KPWKM sentiasa komited untuk meneruskan usaha membela kesejahteraan sosial kumpulan sasar agar mereka dapat menjalani kehidupan yang berdikari, berintegriti dan bermaruah sebagai sebahagian daripada anggota yang produktif dalam keluarga, komuniti dan masyarakat secara inklusif.
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang dijalankan oleh pihak Kementerian dalam membantu mengurangkan gegala sosial yang melibatkan golongan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
134
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang dijalankan oleh pihak Kementerian dalam membantu mengurangkan gegala sosial yang melibatkan golongan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif melaksanakan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti iaitu Program PEKERTI fokus kepada remaja dan ibu bapa sebagai langkah untuk menangani isu hamil tanpa nikah dalam kalangan remaja yang manjadi isu-isu sosial yang serius melibatkan remaja masa kini. Di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. Program PEKERTI mula dilaksanakan bermula tahun 2011 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO serta pemimpin masyarakat melalui program-program seperti berikut:-
a) PEKERTI@PLKN
LPPKN dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara telah melaksanakan Program PEKERTI@PLKN semenjak tahun 2011. Program ini memberikan kefahaman kepada golongan remaja bahawa tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sejak diperkenalkan pada Jun 2011 sehingga Januari 2015, sejumlah 267,121 orang pelatih PLKN di 81 kem PLKN seluruh negara telah mendapat pendidikan tersebut.
b) PEKERTI@Sekolah
LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid Tahun 6 iaitu selepas UPSR, pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas PT3 (Penilaian Tahap 3) dan pelajar Pendidikan Khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia mulai tahun 2012. Sehingga Oktober 2015 seramai 8,194 orang pelajar telah mengikuti program ini.
c) PEKERTI@IPGM
LPPKN telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada tahun 2014 untuk melatih para pensyarah IPGM seluruh Malaysia bagi melaksanakan program PEKERTI@IPGM kepada bakal guru sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial kepada bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pengetahuan dan kemahiran ini akan dapat membantu guru ini kelak di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek kesihatan reproduktif di sekolah. Sehingga Oktober 2015 seramai 2,118 orang pensyarah dan bakal guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan daripada 25 buah IPGM telah mengikuti program PEKERTI@IPGM ini.
d) PEKERTI@KOMUNITI
Program pendidikan kesihatan reproduktif kepada golongan berisiko tinggi turut diperluaskan pada tahun 2014 untuk merangkumi penghuni institusi JKM seperti Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP), Rumah Kanak-kanak (RKK), Asrama Akhlak, pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), pemimpin komuniti seperti Rukun Tetangga. Usaha ini merupakan bagi pencegahan awal kepada golongan berisiko tinggi. Secara keseluruhan sebanyak 55 program telah dijalankan sepanjang tahun 2014 hingga Disember 2015 yang melibatkan seramai 2,257 peserta.
e) Program Outreach Kafe@TEEN
Sejak tahun 2006 sehingga Februari 2016, program Outreach kafe@TEEN di sekolah-sekolah dan komuniti setempat ini telah berjaya mendekati seramai 476,193 orang remaja. Sebanyak 317,657 remaja dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam program-program pendidikan dan pembangunan kemahiran, 20,353 remaja telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif, manakala 6,064 remaja mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial di Pusat Remaja kafe@TEEN.
Melalui program PEKERTI, LPPKN telah melaksanakan bengkel Kejurulatihan (TOT) bagi melatih fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai LPPKN, Pelatih-pelatih PLKN, Guru-guru Disiplin, Warden Asrama, Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kaunselor, NGO, Pemimpin Komuniti, Rakan Pembimbing Sebaya (PRS) bagi menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan reproduktif dan seksualiti remaja kepada golongan sasar.
Bengkel latihan ini dijalankan secara pakej menggunakan modul PEKERTI iaitu:-
(I) MODUL CAKNA DIRI (I’M IN CONTROL) – EDISI REMAJA
Modul ini khusus untuk memberi kemahiran bagi menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang boleh mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan jangkitan HIV.
Fokos modul ini ialah :-
a) Maklumat
Memberi maklumat yang tepat mengenai seksualiti manusia termasuk perubahan fizikal dan emosi semasa remaja, reproduktif manusia, kehamilan, kekeluargaan, tingkah laku seksual dan kesihatan reproduktif.
b) Sikap Dan Nilai :
Membantu remaja menyoal, meneroka dan menilai pola tingkahlaku dan sikap mereka terhadap kesihatan seksual dan reproduktif supaya dapat membina nilai-nilai positif, meningkatkan jati diri, lebih peka terhadap isu gender dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai remaja, ahli keluarga dan kepada orang lain.
c) Perhubungan Dan Kemahiran Interpersonal
Membantu remaja membina kemahiran interpersonal, termasuk komunikasi dengan rakan sebaya dan ibu bapa, membuat keputusan, kemahiran dan kebijaksanaan untuk mengatakan ‘tidak’ kepada rakan sebaya dan mengekalkan perhubungan yang sihat dan bertanggungjawab.
Kandungan modul ini terbahagi kepada tiga bab iaitu :-
(i) Kesihatan reproduktif
Remaja memahami tentang definisi dan konsep seksualiti dan nilai dan tanggungjawab seksual dalam kehidupan seharian. Remaja mempunyai hak seksual yang merangkumi hormat dan tanggung jawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain. (Rights, Respect and Responsibilities)
(ii) Teknik Menghindari Seks Sebelum Kahwin
Remaja diberi kemahiran untuk menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang berisiko yang boleh mengakibatkan kehamilan tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan jangkitan HIV. Remaja juga mempelajari teknik menghindari seks sebelum berkahwin melalui teknik kemahiran penangguhan dan kemahiran teknik penolakan iaitu mengatakan “TIDAK” dan mengamalkan seks selamat iaitu “ABSTINEN”. (Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum kahwin)
(iii) Seks Selamat
Remaja di beri pendedahan mengenai seks selamat iaitu “ABSTINEN” dan teknik-teknik pelindungan diri dari jangkitan penyakit seksual dan HIV/AIDS. Remaja berisiko mendapat jangkitan HIV melalui hubungan sek tanpa menggunakan kaedah perlindungan atau berkongsi jarum dengan pasangan yang HIV positif.
Seks selamat ini hanya fokus kepada golongan remaja berisiko (high-risk) yang terlibat dalam aktiviti hubungan seksual seperti pekerja seks dan remaja di bawah institusi JKM.
Pakej latihan bagi Modul Cakna Diri – Edisi Remaja ialah empat hari tiga malam.
(II) MODUL CAKNA DIRI – EDISI IBU BAPA
Objekti modul:
(i) Untuk meningkatkan kefahaman ibu bapa dalam memahami perkembangan fisiologi dan psikososial remaja,
(ii) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan berhubung kesihatan reproduktif remaja dan pendidikan seksualiti.
(iii) Memberi pendedahan kepada ibu bapa berkaitan penyakit jangkitan seksual dan kesan akibatnya kepada anak remaja; dan
(iv) Mengukuhkan hubungan yang harmoni antara ibu bapa dengan anak remaja
Tempoh latihan bagi modul ini ialah tiga (3) hari dua (2) malam.
(III) MODUL KESEJAHTERAAN HIDUP (PLKN)
Objektif modul:
(i) Membentuk remaja yang sihat, berdaya tahan (resilient), berakhlak, bertanggung jawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan daam kehidupan masa kini.
(ii) Mengukuhkan jati diri remaja melalui penerapan nilai-nilai murni, pembentukan karekter, pembangunan komunikasi berkesan dan kemahiran yang membolehkan mereka mengamalkan cara hidup sihat.
(iii) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran golongan remaja bagi membolehkan mereka bertindak sebagai peer advocates dalam menyebarkan maklumat penting berkenaan kemahiran hidup (living skills) dalam kesihatan reproduktif dan sosial di kalangan rakan sebaya (peers).
Pengisian modul ini merangkumi empat komponen iaitu Jantina dan Gender, Kekeluargaan, Pembangunan Kemahiran dan Hidup tanpa keganasan. Modul latihan ini dilaksanakan kepada pelatih-pelatih PLKN dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan tempoh latihan bagi modul ini ialah empat hari tiga malam.
LATIHAN KEJURULATIHAN
Tenaga pengajar bagi sesi kejurulatihan dikendalikan oleh penulis-penulis modul yang pakar dalam bidang kesihatan reproduktif remaja, jurulatih utama (master trainers) yang terdiri daripada pegawai LPPKN serta NGO. Kesemua modul ini adalah dalam bentuk interaktif dengan menggunakan kaedah main peranan (role play), kajian kes dan kerja kumpulan. Juralatih yang mengikuti sesi latihan kejurulatihan ini akan membentangkan unit/aktiviti modul yang dipelajari semasa sesi praktikal. Ini untuk memastikan jurulatih memahami kandungan modul, pengendalian unit/aktiviti dan berupaya menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan reproduktif dan seksualiti remaja dengan jelas dan tepat. Sijil kejurulatihan akan diberikan setelah mengikuti sepenuhnya semua latihan. Program PEKERTI ini adalah di bawah peruntuan NBOS dan UNFPA. Walau bagaimana pun kos bagi latihan modul mengikut kadar Fi dan Caj 2008 (LPPKN) iaitu RM300 seorang iaitu maksimum 30 orang peserta bagi 1 hari bengkel.
YB R. SIVARASA [Subang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa Kerajaan terlewat sangat memberi laporan-laporan yang diwajibkan di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Diskriminasi terhadap wanita kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di 2012 dan 2008 masing dan bilakah Kerajaan akan menghantar laporan-laporan tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
18
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
YB R. SIVARASA [Subang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa Kerajaan terlewat sangat memberi laporan-laporan yang diwajibkan di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Diskriminasi terhadap wanita kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di 2012 dan 2008 masing dan bilakah Kerajaan akan menghantar laporan-laporan tersebut.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Proses penyediaan laporan Negara bagi konvensyen antarabangsa seperti Konvensyen bagi Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen bagi Menghapuskan Segala Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) memerlukan penglibatan dan kerjasama perlbagai agensi Kerajaan, dan pihak berkepentingan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) selain memastikan maklumat dan data yang disediakan tepat dan dikemaskini.
Draf Laporan Negara Kedua, Ketiga dan Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah selesai disediakan dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada November 2015 untuk semakan sebelum ia dibentang untuk persetujuan Jemaah Menteri.
Bagi Laporan Negara Ketiga, Keempat dan Kelima Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pula juga telah selesai disediakan serta telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara. Kementerian ini telah mengedarkan Memorandum Jemaah Menteri bagi mendapatkan ulasan dari kementerian-kementerian serta agensi yang berkaitan dengan laporan pelaksanaan CEDAW ini pada 12 Mei 2016. Laporan Negara Ketiga, Keempat dan Kelima CEDAW ini dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Jun 2016 dan seterusnya akan dikemukakan kepada Jawatankuasa CEDAW di Geneva juga pada bulan Jun 2016.
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan dan langkah terkini Kementerian dalam menangani isu peminta sedekah sama ada warga Malaysia mahupun warga asing yang semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara membangun dan menuju ke arah negara maju.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
31
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan dan langkah terkini Kementerian dalam menangani isu peminta sedekah sama ada warga Malaysia mahupun warga asing yang semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara membangun dan menuju ke arah negara maju.
- Klasifikasi Isu
ORANG PAPA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menangani isu pengemisan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendekatan secara menyeluruh (holistic) dengan penglibatan pelbagai agensi (multi-sectoral). KPWKM akan terus memperkemas dan memperkukuhkan lagi tindakan bersepadu pelbagai agensi yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan aktiviti pengemisan yang dijalankan sama ada oleh warga negara atau warga asing dapat dikurangkan. Antara usaha berterusan yang diambil adalah:
1) Mengadakan operasi menyelamat melalui 3 cara iaitu operasi bersepadu, operasi berkala / berjadual dan operasi adhoc. Berdasarkan operasi yang dijalankan, jika didapati pengemis yang diselamatkan adalah warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk diambil tindakan mengikut undang-undang dan peraturan di bawah Jabatan Imigresen. Manakala pengemis warganegara yang berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan di Desa Bina Diri (DBD), dan pengemis yang berumur 60 tahun dan ke atas pula diberikan penjagaan dan perlindungan di Rumah Seri Kenangan (RSK). Langkah ini adalah bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka terjamin.
Di DBD penghuni akan menjalani pemulihan, latihan kerjaya dan kemahiran (vokasional, pertanian dan kraf tangan) bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun, diberikan rawatan perubatan, penjagaan kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti rekreasi.
Mereka turut diberikan kaunseling, bimbingan dan kerohanian bagi membantu memulihkan psikologi mereka agar tidak mengulangi aktiviti pengemisan.
Pada tahun 2015, sebanyak 1,921 operasi telah diadakan di seluruh negara. Bagi tahun 2016, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merancang untuk melaksanakan operasi pengemis dan kutu rayau secara berkala dan bersepadu sebanyak 1150 kali. Manakala operasi secara ad-hoc akan dilaksanakan apabila JKM menerima aduan daripada mana-mana pihak termasuk orang awam.
2) Menubuhkan Sekretariat Penyelarasa Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM. Objektif penubuhan sekretariat ini ialah untuk menyelaraskan tindakan dan inisiatif sedia ada yang melibatkan pelbagai pihak iaitu agensi Kerajaan dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) supaya mekanisme yang lebih bersepadu dan menyeluruh dapat disusun dan dilaksanakan untuk menangani isu pengemisan golongan gelandangan.
3) Mengadakan Kempen Kesedaran dan Pencegahan Pengemisan melalui media cetak. Melalui program ini, poster, sticker dan pamphlet dengan slogan “Bijak Membantu, Elak Tertipu” telah diedarkan kepada orang awam melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Sebanyak 13 Negeri telah mengadakan kempen dalam Program Kembara Kebajikan 1Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, N.Sembilan, Perlis, Kelantan, Pahang, Perak, P. Pinang, Kedah, Johor, Terengganu, Sarawak, W. Persekutuan Labuan dan Sabah.
4) JKM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Kesedaran Melalui Media Elektronik secara berterusan dengan kerjasama Nasional FM dan Negeri FM. Sebagai permulaan, isu ini telah dibincangkan dalam Rancangan Perspektif Nasional FM pada 15 Februari 2016. Manakala di peringkat negeri sedang disusun atur bersama Negeri FM.
Melalui Kempen Kesedaran Dan Pencegahan Pengemisan ini, diharapkan usaha kerajaan untuk membanteras aktiviti pengemisan dapat dikurangkan. Kesedaran dan komitmen masyarakat adalah diperlukan agar tidak memberi sedekah atau sumbangan kepada pengemis tetapi menyalurkan kepada pihak yang sepatutnya seperti rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan kebajikan yang berdaftar, pertubuhan amal, rumah ibadat dan Yayasan Kebajikan Negara.
YB HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN [Ampang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
49
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
YB HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN [Ampang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Sebarang aktiviti yang mungkin membantutkan perkembangan mereka terutamanya dari segi pendidikan dan kesihatan harus ditegah supaya mereka dapat mengejar masa hadapan yang lebih luas dan cerah.
Perkahwinan bawah umur akan memberi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi aspek seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.
Sungguhpun UN General Assembly telah menerima pakai resolusi bertajuk Child, Early and Forced Marriage (CEFM) pada tahun 2013 secara sebulat suara iaitu, dengan izin, adopted without a vote iaitu tiada sebarang undian dijalankan, namun resolusi ini secara amnya tidak mengikat (non-binding). Ini bermakna resolusi berkenaan tidak mewajibkan negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk melaksana resolusi CEFM ini atau mengemukakan laporan mengenai sebarang perkembangan berkaitan isu ini.
Kementerian telah mengambil dan masih meneruskan beberapa langkah dalam menangani isu perkahwinan bawah umur ini seperti berikut:
a. Pewujudan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan mengenai kesihatan repdroduktif serta advokasi dalam kalangan masyarakat seperti Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI);
b. Penubuhan Task Force Perkahwinan Bawah Umur di bawah Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-Kanak. Task force ini terdiri daripada agensi Kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak yang meneliti isu berkaitan perkahwinan bawah umur. Antara perkara yang diusulkan di bawah task force ini ialah penyediaan laporan perubatan dan laporan sosial yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie (Muslim), Ketua Menteri (bukan Muslim) dan Ketua Adat sebelum meluluskan suatu permohonan perkahwinan bawah umur;
c. Meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kesihatan reproduktif dan keibubapaan dalam kalangan remaja dan pasangan muda yang akan berkahwin melalui kursus-kursus seperti Kursus Pra-Perkahwinan dan SMARTSTART yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN);
d. Pewujudan pusat remaja kafe@TEEN oleh LPPKN di seluruh negara. Kafe@TEEN menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 hingga 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu-isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja dan ini termasuklah kesihatan reproduktif. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan perhubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup; dan
e. Konsultasi secara berterusan dengan agensi yang bertanggungjawab ke atas undang-undang berkaitan perkahwinan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Mahkamah.
Bagi mengelakkan perkahwinan muda, kesedaran masyarakat berkenaan pentingnya mengutamakan perkembangan kanak-kanak secara holistik adalah penting. Saya ingin menyeru kepada semua ahli Yang Berhormat yang berada di dalam dewan yang mulia ini supaya berjuang bersama-sama kerajaan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat berkenaan keburukan perkahwinan muda dan pentingnya mengutamakan pendidikan yang sempurna sebelum memulakan hidup berkeluarga.
Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan jumlah penghuni di Rumah perlindungan wanita, apakah keberkesanan dan cabarannya sejak penubuhan dari tahun 2008 sehingga kini di seluruh negara.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
8
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan jumlah penghuni di Rumah perlindungan wanita, apakah keberkesanan dan cabarannya sejak penubuhan dari tahun 2008 sehingga kini di seluruh negara.
- Klasifikasi Isu
PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman, Rumah Perlindungan di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori Tempat Selamat yang mana rumah atau institusi yang diselenggara atau diuruskan oleh agensi di bawah Kementerian atau oleh mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud-maksud Akta Keganasan Rumah Tangga bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga serta mangsa-mangsa mengikut kumpulan sasar Kementerian. Kategori kedua pula ialah Rumah Perlindungan Wanita yang disediakan secara khusus bagi mangsa pemerdagangan orang yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2008 berikutan pengwujudan Akta ATIPSOM 2007 ( Anti Trafficking In Persons and Anti Smuggling Of Migrants Act) pada tahun 2007.
Rumah Perlindungan bagi kategori pertama atau dikenali sebagai Tempat selamat disediakan khusus kepada mangsa keganasan rumah tangga serta mangsa-mangsa lain di bawah kategori kumpulan sasar Kementerian seperti kanak-kanak, warga emas dan lain-lain. Pada masa ini, terdapat 42 buah Tempat Selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga di seluruh negara iaitu sebanyak 35 buah Tempat Selamat yang dikendalikan oleh Kerajaan dan 7 buah Tempat Selamat yang dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Mana-mana Tempat Selamat di bawah Kementerian ini tidak boleh didedahkan kepada orang awam atas faktor keselamatan kepada mangsa yang diberi perlindungan.
Bagi Rumah Perlindungan Wanita kategori kedua pula disediakan kepada golongan wanita yang berusia 18 tahun ke atas yang menjadi mangsa pemerdagangan orang yang mendapat perintah perlindungan daripada Mahkamah. Kebanyakan penghuni di rumah perlindungan ATIP terdiri daripada mangsa eksploitasi seksual dan buruh paksa. Setakat ini, Kementerian telah menubuhkan rumah perlindungan untuk wanita seperti berikut:
a. Rumah Perlindungan 3;
b. Rumah Perlindungan 5;
c. Rumah Perlindungan Johor; dan
d. Rumah Perlindungan Zon Tengah.
Berdasarkan statistik kemasukan penghuni, seramai 5,364 wanita telah diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) semenjak 2008 sehingga
31 Disember 2015. Walau bagaimanapun, seramai 1,980 (37%) wanita telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) semenjak daripada tahun 2008 sehingga 31 Disember 2015. Penghuni di Rumah-Rumah perlindungan Wanita adalah wanita bukan warganegara Malaysia yang terdiri daripada warganegara Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Laos, Nigeria, Urganda dan sebagainya.
Memandangkan penghuni tersebut bukan warganegara, Kementerian ini hanya memberikan perlindungan dan jagaan kepada mereka. Sepanjang tempoh berada di rumah perlindungan, beberapa program dan aktiviti telah dirancang oleh pihak agensi di bawah Kementerian dengan kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti menjalankan program kaunseling, therapeutic, kraf, kelas bahasa, kemahiran terapi refleksologi, terapi ‘mandala’ dan sebagainya. Walau bagaimanapun, program dan aktiviti ini bukan program latihan wajib dan penglibatan penghuni dalam program serta aktiviti tersebut adalah atas dasar sukarela.
Berdasarkan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian kepada penghuni di rumah perlindungan ATIP, penilaian terhadap keberkesanan program-program yang dilaksanakan dapat dilihat melalui maklum balas daripada penghuni di mana penghuni dengan rela hati mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian dan permintaan untuk memperbanyak aktiviti-aktiviti seumpamanya kerana program-program yang dijalankan telah memberikan impak positif terhadap sokongan psiko-sosial mereka. Maklum balas ini juga selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd di Rumah Perlindungan 5 pada tahun 2014.
Cabaran utama pihak Kementerian dalam menguruskan penghuni di rumah perlindungan ATIP adalah komunikasi yang melibatkan penggunaan bahasa yang berbeza. Hal ini kerana, penghuni-penghuni di rumah perlindungan ATIP terdiri daripada wanita warganegara asing. Cabaran ini telah menyukarkan proses penyampaian perkhidmatan kepada penghuni dan bagi menangani kekangan ini, Kementerian perlu menyediakan jurubahasa untuk memudahkan urusan komunikasi bersama dengan penghuni di rumah perlindungan. Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh Kementerian adalah masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini telah mencetuskan idea baru kepada kerajaan untuk memulakan kerjasama yang lebih erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mereka menawarkan perkhidmatan pemulihan mangsa secara sukarela, selain daripada melaksanakan program persediaan kepada mangsa untuk dihantar pulang ke negara masing-masing dan program integrasi semula ke dalam masyarakat.
Pada tahun 2011, Kementerian menubuhkan rangkaian kerjasama dengan NGO terutamanya dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Suka Society (SUKA) dan Coalition to Abolish Modern-Day Slavery (CAMSA) dan Good Shepherd. Di antara program yang dilaksanakan oleh NGO adalah berbentuk kelas Bahasa Inggeris, aktiviti memasak, menari dan psiko-terapi kepada mangsa. Semua program dijalankan secara mingguan.
KPWKM turut bekerjasama dengan International Organisation for Migration (IOM). Mulai bulan Oktober 2010, IOM mula melakukan penilaian psiko-sosial pada semua rumah perlindungan kerajaan dan memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. IOM juga membantu Kementerian dalam pengendalian beberapa program latihan untuk pegawai-pegawai pelindung. IOM juga berkongsi kepakaran untuk menambah nilai Client Management System (CMS) sedia ada supaya selaras dengan piawaian antarabangsa.
Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kanser payudara adalah kanser yang paling banyak membunuh wanita Malaysia. LPPKN telah memulakan program subsidi mamogram pada tahun 2007 dan promosi secara agresif dibuat pada 2012. Adakah program ini berjaya dan akan diteruskan memandangkan kes kanser payudara makin meningkat ketika ini.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
112
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kanser payudara adalah kanser yang paling banyak membunuh wanita Malaysia. LPPKN telah memulakan program subsidi mamogram pada tahun 2007 dan promosi secara agresif dibuat pada 2012. Adakah program ini berjaya dan akan diteruskan memandangkan kes kanser payudara makin meningkat ketika ini.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Di Malaysia, kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang wanita dan juga penyebab kematian dalam kalangan wanita. 1 nisbah 19 penduduk wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara. Berdasarkan kepada statistik Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 2008, kadar insiden kanser payudara di Malaysia adalah 32.3 peratus bagi setiap 100,000 wanita.
Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007, telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, KPWKM melalui LPPKN telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram sebagai inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai pengesanan awal kanser payudara. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimana pun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, usaha ini diperluas menerusi 67 buah pusat Mamogram swasta yang berdaftar dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), 16 Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bantuan 65 Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi merujuk klien untuk mendapatkan saringan ujian Mamogram.
Bermula dari Mei 2007 hingga Mac 2016, sebanyak 308,740 permohonan subsidi Mamogram diterima oleh LPPKN. Daripada jumlah tersebut seramai 299,724 ujian mamogram telah dijalankan kepada wanita berumur 35 hingga 70 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 271,583 kes didapati normal dan 28,141 kes telah dikategorikan bawah penyiasatan lanjut yang memerlukan pemeriksaan susulan. Sebanyak 473 kes telah disahkan positif kanser.
Pada tahun 2016 dianggarkan seramai 27,500 orang wanita mendapat manfaat daripada Program Subsidi Ujian Mamogram ini. Program subsidi yang telah dilaksanakan selama sembilan (9) tahun ini akan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2016 dan tarikh akhir penerimaan klien bagi menjalani ujian mamogram adalah pada 31 Julai 2016. Untuk masa akan datang, sekiranya seseorang wanita ingin mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mamogram, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai fasiliti mamogram.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program untuk memberi kemahiran kepada golongan "transgender" supaya boleh melakukan ''career change" ke arah pembaikan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
17 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
121
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program untuk memberi kemahiran kepada golongan "transgender" supaya boleh melakukan ''career change" ke arah pembaikan.
- Klasifikasi Isu
GENDER
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) prihatin terhadap semua golongan rentan dalam masyarakat Malaysia termasuk golongan transgender. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita ada menyediakan pelbagai program pembangunan ekonomi dan kemahiran kepada kumpulan sasar di bawah kementerian ini seperti Azam Niaga, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Khidmat, IKIT dan sebagainya kepada mereka yang layak dan memerlukan. Sekiranya terdapat golongan transgender yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, KPWKM sentiasa bersedia untuk membantu mereka melakukan “career change” ke arah pembaikan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
Dato’ Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ LANGKAWI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha serta pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam membantu golongan ibu tunggal dalam menghadapi masalah ekonomi yang menjadi masalah utama yang dihadapi oleh mereka pada masa kini.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
71
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato’ Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ LANGKAWI ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha serta pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam membantu golongan ibu tunggal dalam menghadapi masalah ekonomi yang menjadi masalah utama yang dihadapi oleh mereka pada masa kini.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan negara terutama wanita miskin dan ibu tunggal agar mereka dapat menjana pendapatan sendiri. Oleh yang demikian, agensi-agensi di bawah Kementerian telah menjalankan program-program pemerkasaan ekonomi kepada wanita melalui program bantuan latihan dan kemahiran, program bantuan melalui geran pelancaran dan program bantuan dari segi logistik dan peralatan. Kementerian juga sedar bahawa golongan wanita khususnya ibu tunggal amat memerlukan bantuan bagi meningkatkan taraf kehidupan keluarga.
Menyedari hakikat tersebut, Kementerian telah mengambil inisiatif dengan merangka satu Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal bagi membantu golongan wanita dan ibu tunggal khususnya untuk memperkasakan pembangunan ekonomi mereka. Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal ini telah dilancarkan oleh Kementerian pada 22 Oktober 2015. Pelan ini mengandungi tiga (3) Teras Stategik Utama iaitu, (i) Memperkasa Ekonomi Ibu Tunggal, (ii) Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Ibu Tunggal dan (iii) Penyelidikan dan Penyelarasan. Pelan ini telah dirancang dan diterbitkan oleh Kementerian bertujuan menjadikan panduan dan rujukan kepada Kementerian, agensi-agensi di bawah Kementerian serta agensi-agensi lain yang berkepentingan dalam urusan pembangunan negara untuk meningkatkan usaha merancang, merangka dan menjalankan program-program pemerkasaan ekonomi kepada ibu tunggal. Berdasarkan pelan ini juga, agensi-agensi di bawah Kementerian telah menjalankan usaha-usaha untuk merancang dan menambah baik program-program pemerkasaan ekonomi ibu tunggal supaya program yang dijalankan di peringkat Kementerian dapat memberi impak positif dan berkesan kepada pembangunan ekonomi ibu tunggal.
Selaras dengan kewujudan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal, Kementerian telah menubuhkan pasukan “Task Force” Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal yang terdiri daripada 34 agensi Kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau dan membincangkan isu-isu mengenai ibu tunggal di samping memastikan langkah-langkah yang bersesuaian diambil demi menepati sasaran Pelan ini. Susulan daripada kewujudan task force tersebut, satu Jawatankuasa Kerja Teknikal ditubuhkan bagi membincangkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal dengan lebih mendalam. Jawatankuasa ini juga berperanan sebagai pemudahcara dan perantara kepada Kementerian dalam memastikan pelaksanaan Pelan ini khususnya dalam memastikan pemerkasaan ekonomi ibu tunggal dan peningkatan kesejahteraan sosial dapat mencapai sasarannya.
Berpandukan Pelan ini juga, Kementerian telah menjalankan Roadshow Pelan Tindakan pemerkasaan Ibu Tunggal mengikut Zon di Malaysia pada November 2015 hingga April 2016. Roadshow ini dijalankan untuk mewarwarkan kewujudan pelan ini kepada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat khususnya golongan ibu tunggal. Melalui pelan ini, Kementerian akan menyediakan satu direktori yang megandungi senarai bantuan dari semua kementerian, agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan bagi memudahkan ibu tunggal mendapatkan maklumat segera berkenaan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada mereka. Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan dari segi pinjaman kewangan, modal perniagaan, peralatan, kemahiran dan lain-lain untuk membantu ibu tunggal meningkatkan ekonomi diri dan keluarga lantas dapat mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.
Kementerian juga berusaha untuk memberikan komitmen yang padu kepada golongan ibu tunggal agar mereka dapat meningkatkan pendapatan diri dan keluarga dalam situasi ekonomi yang mencabar ini. Antara tindakan yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian kepada golongan ibu tunggal adalah dengan mewujudkan satu pusat sehenti atau “One Stop Centre” (OSC) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara mulai bulan Jun tahun ini bagi memudahkan ibu tunggal mendapatkan bantuan ekonomi dan sosial. Usaha yang diambil dalam memusatkan segala initiatif dan bantuan ini di bawah satu bumbung yang sama bagi memudahkan ibu tunggal mendapat perkhidmatan yang diperlukan adalah satu langkah “way forward” selepas sesi dialog antara ibu tunggal semasa pelaksanaan roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal yang telah dilaksanakan.
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Taska Autisme Sibu sejak 2013 dan sama ada Kementerian akan terus memberi peruntukan kepada Taska Autisme Sibu memandangkan pengurusan taska tersebut menghadapi masalah kewangan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
26
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Taska Autisme Sibu sejak 2013 dan sama ada Kementerian akan terus memberi peruntukan kepada Taska Autisme Sibu memandangkan pengurusan taska tersebut menghadapi masalah kewangan.
- Klasifikasi Isu
PUSATJAGAAN/TASKA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan peruntukan kewangan kepada TASKA AUTISME SIBU sejak tahun 2013 hingga 2016. Penyaluran peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM500,000.00 berbentuk geran penubuhan berbentuk one-off sebagai permulaan berjumlah RM200,000.00 dan geran operasi untuk menjalankan TASKA berjumlah RM300,000.00.
Pada tahun 2014, geran operasi telah disalurkan sebanyak RM240,000.00 setahun. Bagi tahun 2015, jumlah geran adalah sebanyak RM26,900.00 bagi perbelanjaan bulan Disember 2015 sahaja memandangkan NGO tersebut masih mempunyai lebihan peruntukan bagi tahun 2013 dan 2014 yang tidak dibelanjakan sebanyak RM414,849.71.
Peruntukan geran operasi TASKA AUTISME SIBU bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM184,704.00 setahun. Pengagihan peruntukan geran tersebut adalah berdasarkan jumlah kanak-kanak di TASKA seramai 18 orang, seorang penyelia dan 6 orang pengasuh, sewa premis sebanyak RM1,300.00 sebulan, utiliti sebanyak RM1,000.00 sebulan dan makan minum kanak-kanak di TASKA sebanyak RM6.00 sehari selama 24 hari dalam sebulan.
Peruntukan kepada TASKA AUTISME SIBU akan disalurkan sebaik sahaja Jabatan ini menerima surat setuju terima dan dokumen perjanjian geran operasi TASKA OKU yang perlu dimatikan setem oleh pengusaha. Surat setuju terima telah diterima pada 18 April 2016. Jabatan masih belum menerima dokumen perjanjian tersebut daripada pengusaha TASKA AUTISME SIBU.
Tuan Julian Tan Kok Ping minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah tempat-tempat rumah orang tua yang terdapat di kawasan Kuching. Senaraikan kapasiti sekarang serta status perancangan jangka masa panjang penempatan tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
100
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Julian Tan Kok Ping minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah tempat-tempat rumah orang tua yang terdapat di kawasan Kuching. Senaraikan kapasiti sekarang serta status perancangan jangka masa panjang penempatan tersebut.
- Klasifikasi Isu
PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memberi perhatian yang serius berkaitan perkhidmatan yang disediakan di institusi warga emas. Untuk makluman, Rumah Seri Kenangan (RSK) di Sarawak iaitu RSK Sibu dan RSK Kuching adalah di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak.
RSK Sibu mempunyai kapasiti seramai 80 orang dan sehingga 6 Mei 2016, seramai 52 orang penghuni mendapat jagaan dan perlindungan di RSK Sibu iaitu 30 orang lelaki dan 22 orang perempuan.
Manakala, RSK Kuching pula mempunyai kapasiti seramai 100 orang dan sehingga 6 Mei 2016, seramai 66 orang penghuni mendapat jagaan dan perlindungan di RSK Kuching iaitu 33 orang lelaki dan 33 orang perempuan.
Tuan Yang di-Pertua,
Dari segi perancangan jangka panjang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak merancang untuk menambah kakitangan dan memperkasakan kemahiran kepada kakitangan. JKM juga komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan perkhidmatan pusat jagaan warga emas yang dikendalikan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan juga swasta yang berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. Sehingga 6 Mei 2016, sebanyak 4 buah Pusat Jagaan Warga Emas di Kuching yang telah berdaftar dengan JKM dengan kapasiti 272 orang.
GABUNG SOALAN:
SOALAN : NO.7 (19 MEI 2016)
YB DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [Sipitang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dan apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan ia tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat.
SOALAN : 136 (19 MEI 2016)
YB TUAN GOBIND SINGH DEO [ Puchong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang telah mendaftarkan perkahwinan sejak tahun 2010 (dari tahun ke tahun) dan sama ada pindaan-pindaan akan dibuat kepada Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melarang perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 MEI 2016 (Khamis)
- No.Soalan
7
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
GABUNG SOALAN:
SOALAN : NO.7 (19 MEI 2016)
YB DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [Sipitang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dan apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan ia tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat.
SOALAN : 136 (19 MEI 2016)
YB TUAN GOBIND SINGH DEO [ Puchong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang telah mendaftarkan perkahwinan sejak tahun 2010 (dari tahun ke tahun) dan sama ada pindaan-pindaan akan dibuat kepada Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melarang perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada YB Sipitang bersekali dengan soalan YB Puchong kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Dalam isu perkahwinan bawah umur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Sebarang aktiviti yang mungkin membantutkan perkembangan mereka terutamanya dari segi pendidikan dan kesihatan harus ditegah supaya mereka dapat mengejar masa hadapan yang lebih luas dan cerah.
Perkahwinan bawah umur akan memberi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi aspek seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka. Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda dan masalah-masalah sosial yang lain.
Tuan Yang Di-Pertua,
Di Malaysia, perundangan yang berkaitan dengan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga yang ditadbir secara berasingan bagi yang beragama Islam dan bukan Islam serta mengikut adat (Sabah dan Sarawak). Perkahwinan Islam ditadbir di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri yang memperuntukkan bahawa perkahwinan di bawah umur iaitu di bawah umur 18 tahun untuk lelaki dan di bawah umur 16 tahun bagi gadis hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Manakala bagi yang bukan beragama Islam, seksyen 10 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum perkahwinan adalah pada 18 tahun. Walau bagaimanapun, seorang gadis yang telah mencapai umur 16 tahun boleh dibenarkan berkahwin dengan kebenaran (lesen) yang diberikan oleh Ketua Menteri. Perkahwinan adat pula dilaksana dan didaftarkan di bawah undang-undang adat mengikut kaum peribumi masing-masing di Sarawak dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah. Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 (RUUKK) yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini adalah satu undang-undang khas yang menjurus kepada perlindungan dan penyertaan kanak-kanak. Tiada peruntukan berkenaan perkahwinan kerana ia ditadbir di bawah undang-undang keluarga.
Tuan Yang Di-Pertua,
Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), jumlah permohonan perkahwinan bawah umur (Muslim) bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah sebanyak 6,268 kes. Jumlah permohonan menunjukkan kenaikan sebanyak 6.5% pada tahun 2011 (1,045 kes) berbanding 2010 (981 kes) dan 4.5% pada tahun 2012 (1,095 kes) namun menurun antara 0.5% - 4.8% mulai tahun 2013 (1,090 kes), 2014 (1,032 kes) dan 2015 (1,025 kes).
Bagi bukan Muslim, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mencatatkan jumlah perkahwinan bawah umur bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah sebanyak 2,775 kes. Jumlah kes menunjukkan penurunan sebanyak 9.2% pada tahun 2011 (502 kes) berbanding tahun 2010 (553 kes), sedikit peningkatan di antara tahun 2012 (468 kes) dan tahun 2013 (514 kes). Bilangan kes di antara 2013 hingga 2015 menunjukkan bilangan menurun iaitu 410 kes pada tahun 2014 dan 328 kes yang dicatatkan pada tahun 2015.
Tuan Yang Di-pertua,
Kementerian telah mengambil dan masih meneruskan beberapa langkah dalam menangani isu perkahwinan bawah umur ini seperti berikut:
a. Pewujudan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan mengenai kesihatan repdroduktif serta advokasi dalam kalangan masyarakat seperti Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI);
b. Penubuhan Task Force Perkahwinan Bawah Umur di bawah Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-Kanak. Task force ini terdiri daripada agensi Kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak yang meneliti isu berkaitan perkahwinan bawah umur. Antara perkara yang diusulkan di bawah task force ini ialah penyediaan laporan perubatan dan laporan sosial yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie (Muslim), Ketua Menteri (bukan Muslim) dan Ketua Adat sebelum meluluskan suatu permohonan perkahwinan bawah umur;
c. Meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kesihatan reproduktif dan keibubapaan dalam kalangan remaja dan pasangan muda yang akan berkahwin melalui kursus-kursus seperti Kursus Pra-Perkahwinan dan SMARTSTART yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN);
d. Pewujudan pusat remaja kafe@TEEN oleh LPPKN di seluruh negara. Kafe@TEEN menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 hingga 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu-isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja dan ini termasuklah kesihatan reproduktif. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan perhubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup; dan
e. Konsultasi secara berterusan dengan agensi yang bertanggungjawab ke atas undang-undang berkaitan perkahwinan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Mahkamah.
Tuan Yang Di-Pertua,
Bagi mengelakkan perkahwinan muda, kesedaran masyarakat berkenaan pentingnya mengutamakan perkembangan kanak-kanak secara holistik adalah penting. Saya ingin menyeru kepada semua ahli Yang Berhormat yang berada di dalam dewan yang mulia ini supaya berjuang bersama-sama kerajaan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat berkenaan keburukan perkahwinan muda dan pentingnya mengutamakan pendidikan yang sempurna sebelum memulakan hidup berkeluarga.
Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan terhadap ibu tunggal di Sarawak sepanjang tahun 2015 dan apakah kekangan pihak Kementerian untuk menyalurkan bantuan tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
19 MEI 2016 (Khamis)
- No.Soalan
102
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan terhadap ibu tunggal di Sarawak sepanjang tahun 2015 dan apakah kekangan pihak Kementerian untuk menyalurkan bantuan tersebut.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan yang dipertua,
Sepanjang tahun 2015, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif bagi membantu golongan ibu tunggal secara khususnya, dan wanita secara amnya, bagi membina kemahiran dan meningkatkan pendapatan mereka.
Sehubungan itu, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku peneraju telah melaksanakan inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi Program 1AZAM, iaitu dalam bidang perniagaan (AZAM Niaga) dan perkhidmatan (AZAM Khidmat) yang telah disertai oleh 4,341 orang peserta ibu tunggal dari seluruh Malaysia.
Bagi Negeri Sarawak pula, terdapat seramai 73 orang peserta ibu tunggal telah menyertai Program 1AZAM bagi tahun 2015 sahaja. Jumlah keseluruhan peserta ibu tunggal bagi negeri tersebut dari tahun 2011 sehingga 2015 adalah seramai 243 orang.
Selain Program 1Azam, Kementerian juga turut menyediakan bantuan melalui Program MamaCare iaitu program penjagaan wanita selepas bersalin. Program MamaCare merupakan salah satu usaha Kementerian untuk mempekasakan wanita dalam ekonomi sekali gus dapat meningkatkan taraf isi rumah berpendapatan rendah. Program ini merupakan pengupayaan kapasiti mensasarkan golongan ibu tunggal dan warga emas serta wanita dalam golongan berpendapatan rendah dimana peserta diberi latihan berkaitan penjagaan selepas bersalin. Hingga kini, seramai 10 orang ibu tunggal di Sarawak telah menyertai dan mendapat menfaat daripada program dengan purata pendapatan setahun pada 2015 adalah sebayak RM138,399.00 (bagi 10 orang peserta).
Selain itu, Kementerian juga menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (launching grant) iaitu bantuan sekaligus dengan kadar maksimum RM5,000.00 diberikan daripada Kerajaan Persekutuan kepada klien di Negeri Sarawak yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang ekonomi. Bantuan ini membolehkan klien agensi di bawah Kementerian terutama penerima bantuan di kalangan ibu tunggal menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi tahun 2015 seramai 220 kes ibu tunggal telah menerima manfaat Bantuan Geran Pelancaran dengan peruntukan sebanyak RM1,001,820.00. Selain bantuan berbentuk Geran Pelancaran, Kementerian melalui agensi di bawahnya juga turut menyediakan bantuan kepada anak ibu tunggal melalui Bantuan Kanak-kanak dan Bantuan Am. Bantuan akan diberikan kepada ibu tunggal yang mempunyai anak berkelayakan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pada tahun 2015, sebanyak 6,970 kes layak menerima Bantuan Kanak-kanak dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM18,116,150.00. Ibu tunggal di Sarawak juga turut mendapat Bantuan Am yang disediakan oleh Kementerian kepada mereka yang berkelayakan dan pada tahun 2015, sebanyak 2,020 kes penerima bantuan am mendapat bantuan berjumlah RM4,510,740.00.
Bagi memperkasakan ekonomi dan meningkatkan kemahiran serta kesejahteraan wanita, sebanyak RM 97,090.00 telah diperuntukkan untuk menjalankan program-program di Sarawak dan sebanyak lima (5) Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) & Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) telah dijalankan. Program-program ini telah dimanfaatkan oleh 118 orang wanita termasuk ibu tunggal.
Kementerian juga telah memperkenalkan Program Bazar Wanita 1Malaysia yang merupakan salah satu program di bawah Inisiatif NBOS - 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE) yang dipertanggungjawabkan kepada KPWKM untuk menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan wanita untuk menjana pendapatan. Bazar Wanita 1Malaysia Sarawak telah diadakan di Pasar Satok dengan bilangan peserta sebanyak 27 orang, dimana 3 orang daripada mereka merupakan ibu tunggal.
Tuan Yang di-Pertua,
Antara kekangan yang dihadapi dalam usaha untuk menyalurkan peruntukan bantuan kepada golongan ibu tunggal ialah:
1. Faktor geografi juga menjadi kekangan di mana terdapat kawasan pedalaman di negeri Sarawak yang sukar dicapai oleh Jabatan/Agensi berkaitan. Hal ini ada menyebabkan maklumat bantuan kurang diketahui oleh golongan sasar yang berada di kawasan pedalaman.
2. Tiada data terperinci bagi golongan ibu tunggal yang terkini di Sarawak. Berdasarkan Laporan Bancian Penduduk Tahun 2010 yang telah dikeluarkan pada tahun 2014, bilangan ibu tunggal di Sarawak ialah sebanyak 13,961 orang. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, data ibu tunggal adalah dinamik dan sentiasa berubah.
3. Jenis bantuan yang disalurkan oleh Jabatan/Agensi yang berkaitan adalah berbentuk program untuk pemerkasaan wanita yang merangkumi wanita berpendapatan rendah, termasuk golongan ibu tunggal serta OKU. Jadi, di sini mungkin bantuan secara khusus untuk ibu tunggal sukar dilihat ataupun dilihat sebagai tidak menyeluruh.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM (mengikut kategori umur) dan berapa peratus dari OKU yang telah berkeluarga memiliki rumah sendiri, dan apakah insentif atau bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada golongan ini untuk mereka membeli dan memiliki rumah sendiri.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
80
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM (mengikut kategori umur) dan berapa peratus dari OKU yang telah berkeluarga memiliki rumah sendiri, dan apakah insentif atau bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada golongan ini untuk mereka membeli dan memiliki rumah sendiri.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU), jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM mulai tahun 2011 sehingga April 2016 adalah seramai 380,203 orang. Pecahan jumlah ini mengikut kategori umur adalah seperti berikut:
Bawah 18 tahun - 111,207
19 – 35 tahun - 96,216
36 – 59 tahun - 122,868
60 tahun ke atas - 49,912
Jumlah - 380,203 orang
Pihak Kementerian tidak mempunyai data berkaitan status sama ada OKU yang telah berkeluarga dan berdaftar dengan JKM itu ada memilik rumah sendiri atau tidak.
Namun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (Syarikat Perumahan Negara) berusaha membantu rakyat termasuk OKU untuk memiliki rumah sendiri dengan memberi potongan harga 20% kepada pembelian rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang berharga RM200,000.00 dan ke bawah. Insentif ini diperuntukkan kepada lima (5) pembeli OKU bagi setiap projek. Selain itu, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (skim MyHome), Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana termasuklah OKU untuk memiliki rumah.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program yang diwujudkan bagi memastikan golongan sasaran mampu keluar daripada kepompong kemiskinan dan sejauh manakah keberkesanan program tersebut.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
91
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program yang diwujudkan bagi memastikan golongan sasaran mampu keluar daripada kepompong kemiskinan dan sejauh manakah keberkesanan program tersebut.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sangat komited memberikan pelbagai perkhidmatan kepada golongan sasaran secara menyeluruh yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelurga. Selain itu, KPWKM juga turut memberi perhatian kepada golongan sasaran dalam kategori miskin agar mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan melalui pelbagai program yang dilaksanakan. Antara program yang telah dan sedang dijalankan adalah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah. Program 1AZAM adalah sebuah program yang berteraskan kebajikan produktif atau ‘productive welfare’ dengan menyediakan peluang menjana pendapatan dalam bidang perniagaan (AZAM Niaga) dan perkhidmatan (AZAM Khidmat) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bidang pertanian (AZAM Tani) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), bidang pekerjaan (AZAM Kerja) diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi semua jenis Program 1AZAM tersebut. Bagi tempoh Januari 2010 hingga 31 Disember 2015, Program 1AZAM telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sejumlah 190,799 orang dari seluruh negara dan seramai 38,838 orang peserta adalah daripada Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM.
Daripada jumlah 190,799 orang peserta tersebut, terdapat seramai 85,866 (45%) orang peserta daripada tahun 2012 sehingga 2015 telah berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing. Daripada jumlah tersebut, seramai 15,904 orang peserta 1AZAM daripada bulan Januari hingga Disember 2012 telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hingga melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) manakala seramai 7,936 orang peserta telah meningkatkan pendapatan keluarga melebihi RM200. Manakala bagi tahun 2013 sehingga 31 Disember 2015, terdapat seramai 62,026 orang peserta Program 1AZAM telah meningkatkan pendapatan keluarga melebihi RM300. Hal ini menunjukkan bahawa Program 1AZAM berjaya mengeluarkan golongan berpendapatan rendah dari kepompong kemiskinan selaras dengan konsep kebajikan produktif yang diwar-warkan oleh Kementerian.
Di samping itu, berdasarkan kepada Analisa Impak Peserta Program 1AZAM yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian, didapati bahawa Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM telah mencapai matlamat utama program tersebut iaitu untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah serta mengubah daya pemikiran peserta untuk menjadi lebih berdikari. Sehubungan itu, Program ini akan diteruskan lagi dan telahpun memasuki fasa 3: 2016-2010 dan fokusnya adalah kepada pemerkasaan Isirumah Berpendapatan 40 peratus Terendah (B40) kea rah negara berpendapatan tinggi selaras dengan aspirasi RMKe-11.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM juga sentiasa berusaha membangun dan memperkasa golongan miskin yang menerima bantuan agar mampu berdikari dan keluar daripada senarai penerima bantuan kerajaan bagi saraan hidup. Dalam memastikan usaha tersebut tercapai JKM telah merangka program melaui pendekatan Productive Welfare dengan membuat penempatan pekerjaan samada bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri, memberi kemahiran dan latihan yang bersesuaian dengan minat kerjaya klien serta pemberian dana melalui Bantuan Geran Pelancaran (BGP) iaitu pemberian geran dengan kadar maksimum RM2,700 sekaligus, program 1AZAM, ataupun rujukan ke agensi pemberi pinjaman mikro kredit untuk memulakan perniagaan berskala kecil.
Dari tahun 2010 sehingga Februari 2016, seramai 5,031 orang telah menerima BGP dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM14.762 juta. Daripada jumlah tersebut seramai 938 orang iaitu 19% daripada jumlah keseluruhan penerima BGP telah memperolehi pendapatan tambahan daripada pendapatan sediaada melebihi RM300 sebulan. Selain itu, seramai 4,926 orang penerima bantuan telah menerima bantuan barangan perniagaan di bawah program 1AZAM KPWKM.
Tuan yang Dipertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, menjalankan program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) yang merangkumi bidang seperti jahitan, kecantikan, pembuatan pastri dan asuhan kanak-kanak.
Bagi tempoh 2008 hingga 31 Disember 2015, seramai 5,082 orang ibu tunggal telah dilatih dibawah program I-KIT dan daripada jumlah ini, seramai 2,359 orang telah berjaya menjadi usahawan serta meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 50% daripada pendapatan asal selepas enam (6) bulan mengikuti program.
Bagi program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-Keunita) pula, ia dilaksanakan pada tahun 2010 dan 2013 serta diteruskan sehingga kini. Jumlah peserta yang telah mengikuti program pada tahun 2010 dan dari 2013 hingga 31 Disember 2015 ialah 7,719 orang. Daripada jumlah ini seramai 1,446 orang telah berjaya menjadi usahawan serta meningkatkan pendapatan.
DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL (JELEBU) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan ke manakah hala tuju dan masa depan penghuni-penghuni Sekolah Tunas Bakti (STB) yang menetap di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
36
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL (JELEBU) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan ke manakah hala tuju dan masa depan penghuni-penghuni Sekolah Tunas Bakti (STB) yang menetap di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin terhadap penghuni Sekolah Tunas Bakti khususnya berkaitan dengan hala tuju dan masa depan mereka.
Sekolah Tunas Bakti adalah Sekolah Diluluskan bagi tujuan pemulihan akhlak kanak-kanak sebagai mana ditetapkan di bawah seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001. Sekolah ini bertujuan untuk:
i. Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan tidak terkawal; dan
ii. Mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.
Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang menekankan empat aspek iaitu kelangsungan hidup, pelindungan, perkembangan dan penyertaan, Sekolah Tunas Bakti turut memastikan halatuju dan masa depan penghuni dipenuhi. Antara perkhidmatan yang disediakan kepada penghuni-penghuni adalah jagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, pelajaran akademik dan kemahiran/vokasional, pendidikan agama/moral dan sukan/riadah.
JKM telah mengambil inisiatif melaksanakan dwi-laluan pendidikan di mana penghuni boleh memilih untuk mengikuti pendidikan berteraskan akademik atau kemahiran/vokasional. Program ini dilaksanakan bagi persediaan kepada penghuni untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup setelah keluar dari institusi.
Bagi program kemahiran/vokasional, sehingga tahun 2016, sebanyak 9 buah institusi Sekolah Tunas Bakti seluruh Malaysia telah menjalankan program yang melibatkan bidang industri seperti automotif, elektrikal, kimpalan, binaan bangunan, jahitan dan masakan. Justeru, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam memastikan Sekolah Tunas Bakti diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah (Accreditation Centre) dan diberi Persijilan Latihan Kemahiran Malaysia berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard/ NOSS).
Selain melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia, JKM turut menjalankan kerjasama dengan Giatmara Sdn. Bhd. bagi memastikan penghuni turut menerima latihan kemahiran yang sewajarnya. Melalui kerjasama ini, penghuni yang terlibat akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Giatmara mengikut bidang latihan yang diceburi. Bagi penghuni yang tidak mengikuti program SKM dan Giatmara, mereka akan menyertai latihan kemahiran yang dijalankan di institusi secara modular mengikut kompetensi pencapaian masing-masing.
Pelaksanaan program latihan kemahiran di institusi dapat memberi manfaat dan impak yang lebih besar kepada penghuni di Sekolah Tunas Bakti. Memandangkan penghuni bukan sahaja melalui proses pemulihan dan pengintegrasian malah dilengkapkan juga dengan penanaman nilai-nilai kemahiran pekerjaan.
Penganugerahan persijilan ini juga memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Penghuni yang terlibat juga akan lebih berdaya saing dan berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka kelak sama ada melalui berkerja di sektor industri atau memulakan perniagaan sendiri berdasarkan kemahiran yang mereka miliki.
DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL (JELEBU) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan sebarang skim latihan atau peluang pekerjaan buat penghuni Sekolah Tunas Bakti setelah dibebaskan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
40

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan penjelasan mengenai bantuan sekiranya ada yang diberikan kepada para pengemis, kutu rayau dan gelandangan supaya mereka dapat menjalankan kehidupan normal dan berdikari seperti orang biasa.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
130

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan penempatan di institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Anjung Singgah di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), manakala di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan di Lorong Medan Tuanku yang bertujuan membantu golongan pengemis, kutu rayau dan gelandangan. Antara bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan ini ialah:
1) Bantuan berbentuk khidmat sokongan seperti penempatan di institusi iaitu Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Desa Bina Diri (DBD). Bagi pengemis atau kutu rayau yang berumur 60 tahun dan ke atas serta tidak berwaris atau waris tidak dapat dihubungi mereka akan diberi perlindungan dan penjagaan di RSK. Ini bagi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terjamin. Manakala pengemis atau kutu rayau yang berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan di DBD bagi menjalani program pemulihan, kemahiran, latihan kerjaya dan perkhidmatan kaunseling turut disediakan kepada mereka.
2) Menyediakan perkhidmatan kaunseling di Anjung Singgah Kuala Lumpur. Sesi kaunseling ini dijalankan sama ada secara individu atau berkelompok mengikut keperluan gelandangan tersebut. Sesi kaunseling dikendalikan oleh kaunselor bertauliah yang berdaftar dari Lembaga Kaunselor Malaysia.
3) Anjung Singgah atau Pusat Transit Gelandangan sebagai pusat sehenti (one stop centre) berdasarkan kesesuaian dan keperluan, gelandangan yang masuk ke pusat tersebut akan disalurkan kepada jabatan atau agensi Kerajaan, atau pihak-pihak lain bagi mendapatkan perkhidmatan, kemudahan dan bantuan yang disediakan.
4) Pusat Transit Gelandangan juga tidak sekadar memberi makan minum serta tempat berlindung sementara kepada golongan gelandangan tetapi dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO, pelbagai perkhidmatan sokongan turut disediakan iaitu aktiviti motivasi, khidmat kaunseling, aktiviti kerohanian dan moral, penjodohan pekerjaan, rujukan untuk rawatan kesihatan, rujukan kepada rawatan pemulihan dadah dan rujukan kepada pelbagai agensi pemberi bantuan yang lain.
5) Bagi kes keluarga yang menjadi gelandangan disebabkan tidak mampu membayar sewa bilik atau sewa rumah akan dibantu dengan kerjasama pihak Baitulmal yang mempunyai rumah transit untuk menempatkan gelandangan keluarga atau gelandangan kelamin. Pihak Baitulmal juga ada menyediakan bantuan bayaran deposit sewa rumah dan bantuan bayaran sewa rumah kepada yang berkelayakan. Bantuan seperti ini dapat membantu gelandangan keluarga dalam tempoh tertentu sementara mereka berusaha memulihkan keadaan kewangan sebelum kembali berdikari. Sekiranya keluarga tersebut didapati bergelandangan bersama-sama anak di bawah umur 18 tahun, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil tindakan perlindungan berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001.
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa memandangkan risiko berstruktur yang dihadapi oleh penduduk-penduduk berusia warga emas pada tahun 2030 yang mana 15 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk akan mencapai umur bekerja dan tidak bekerja, apakah langkah-langkah yang dirancang untuk menghadapi cabaran bebanan yang bertambah ke atas kewangan Kerajaan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
6
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa memandangkan risiko berstruktur yang dihadapi oleh penduduk-penduduk berusia warga emas pada tahun 2030 yang mana 15 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk akan mencapai umur bekerja dan tidak bekerja, apakah langkah-langkah yang dirancang untuk menghadapi cabaran bebanan yang bertambah ke atas kewangan Kerajaan.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, MALAYSIA
Tuan Yang Dipertua,
Warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang diadakan pada tahun 1982. Berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sesebuah negara ditakrifkan sebagai negara tua apabila penduduk warga emasnya mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Bilangan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9% daripada 31 juta orang penduduk Malaysia. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, negara kita dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035. Berasaskan unjuran tersebut, warga emas di Malaysia pada tahun 2035 adalah seramai 5.60 juta orang.
Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakannya. Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya telah diluluskan oleh Kerajaan pada 5 Januari 2011. Sebanyak enam (6) strategi dibentuk untuk mencapai objektif dasar tersebut.
Salah satu daripada strategi ini iaitu Keselamatan dan Perlindungan merupakan strategi untuk menjamin hak dan akses warga emas kepada keperluan asas, keselamatan sosial dan perlindungan daripada pengabaian, penganiayaan serta penderaan yang dijamin di bawah peruntukan undang-undang. Antara pendekatan yang diberi penekanan dalam strategi ini ialah mengurangkan kebergantungan ekonomi dalam kalangan warga emas, memperkukuhkan skim perlindungan sosial untuk kumpulan warga emas yang memerlukan (vulnerable), memastikan warga emas hidup dalam persekitaran selamat dan mesra warga emas dan meningkatkan kesedaran mengenai isu penganiayaan dalam kalangan warga emas.
Tuan Yang Dipertua,
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Orang Tua (BOT), penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan serta program pemerkasaan ekonomi warga emas.
Selaras dengan prinsip penuaan aktif dan produktif, pada tahun 2012 Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Pertambahan 5 tahun ini akan membantu menjamin kestabilan ekonomi golongan warga emas apabila mencapai usia persaraan kelak melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang lebih besar. Sumbangan dan peranan warga emas yang masih produktif telah dipertingkatkan melalui peluang pekerjaan terutama kepada warga emas yang berada dalam kategori miskin. Dalam hal ini, Kerajaan telah mengorak langkah mengadakan perbincangan dengan pihak swasta bagi mendapatkan penglibatan dan komitmen mereka untuk memberi peluang pekerjaan kepada warga emas dengan waktu kerja yang lebih fleksibel melalui Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Yang Dipertua,
Peluang pekerjaan kedua kepada golongan warga emas juga merupakan antara inisiatif yang diambil oleh negara-negara maju lain. Singapura melalui program “Golden Work” menyediakan peluang pekerjaan kepada warga emas yang ingin bekerja secara sambilan, membuat kerja-kerja yang lebih ringan dan menjalani latihan sambil bekerja. Inisiatif ini dapat memperkasakan ekonomi warga emas di samping mewujudkan warga emas yang kekal aktif dan produktif. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia turut menyediakan platform bagi warga emas aktif bekerja melalui Program 1PESARA dan penempatan pekerjaan melalui portal JobsMalaysia.
KPWKM juga telah menubuhkan Task Force warga emas bagi mengenal pasti isu dan cabaran penuaan yang merangkumi aspek penjagaan kesihatan, keselamatan sosial (perancangan simpanan kewangan dan saraan serta insurans) dan penuaan aktif/positif (peluang pekerjaan, kesukarelawanan dan pembelajaran sepanjang hayat) serta menetapkan keutamaan bidang yang akan ditangani bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih fokus dan menjurus pada isu yang diketengahkan termasuk isu kebergantungan ekonomi warga emas.
KPWKM yakin bahawa Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan satu bentuk rancangan rapi dalam merencana peningkatan kualiti hidup warga emas merangkumi semua aspek berkaitan warga emas. Seiring dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, adalah diharapkan agar kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan tanggungjawab menjaga warga emas dan tanggungjawab setiap individu untuk persediaan hari tua akan meningkat dan seterusnya tidak bergantung pada Kerajaan semata-mata.
YB Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan selain daripada undang-undang berkenaan keselamatan kanak-kanak yang sedia ada, apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan semua pihak yang berkenaan, sebagai contoh pihak polis sehingga ke tahap hakim, menguatkuasakan (enforce) perundangan tersebut secara tegas.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
12
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
YB Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan selain daripada undang-undang berkenaan keselamatan kanak-kanak yang sedia ada, apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan semua pihak yang berkenaan, sebagai contoh pihak polis sehingga ke tahap hakim, menguatkuasakan (enforce) perundangan tersebut secara tegas.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam melindungi kanak-kanak serta memastikan kebajikan kanak-kanak di Malaysia, telah mengorak satu langkah dalam menambah baik undang-undang sedia ada berkaitan perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak. Ini termasuklah pengukuhan pelaksanaan undang-undang tersebut di peringkat daerah dan negeri dengan melibatkan tindakan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, orang awam dan Pegawai Kebajikan Masyarakat sendiri.
Antara tindakan pengukuhan penguatkuasaan perundangan tersebut adalah seperti berikut:
• Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak
Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak ditubuhkan dan distruktur semula daripada Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-kanak. Ketetapan fungsi dan kuasa Majlis ini antara lain, untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua isu dan aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan serantau dan antarabangsa, membolehkan RUUKK dapat dikuatkuasakan dengan lebih efektif oleh kerana keanggotaannya daripada pelbagai kementerian, agensi dan individu (contohnya polis, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara) yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kanak-kanak serta wakil kanak-kanak.
• Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak
Di bawah penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak, Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 (RUUKK) telah menambah baik mekanisma penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 dengan menstruktur semula Pasukan Pelindungan Kanak-kanak. Pasukan ini dianggotai pelbagai disiplin seperti individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak, seorang pegawai perubatan dan seorang pegawai polis.
Penstrukturan semula ini adalah untuk memastikan penyelarasan perkhidmatan yang berkesan yang diberikan kepada keluarga dan kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, antaranya kanak-kanak yang dicederakan daripada segi fizikal, dianiayai, diabaikan dan dibuang. Dengan pindaan ini juga, Pelindung ditugaskan untuk menyelia Pasukan Pelindungan Kanak-kanak.
• Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak.
Penubuhan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dengan keanggotaan seperti individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak, seorang Pegawai Pendidikan dan seorang pegawai polis.
Pasukan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak berfungsi untuk menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan, antaranya yang terlibat dengan bahaya moral atau jika kanak-kanak itu didapati bersalah atas apa-apa kesalahan. Pegawai akhlak atau Pelindung ditugaskan untuk menyelia Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak.
Struktur keanggotaan kedua-dua pasukan ini membolehkan RUUKK dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di setiap daerah dan negeri memandangkan ianya daripada pelbagai disiplin dan sektor yang berkait rapat dengan keperluan dan perkembangan seseorang kanak-kanak.
• Penggubalan peraturan, kaedah, garis panduan dan standard operating procedure (SOP) di bawah RUUKK
KPWKM sedang dalam peringkat pemurnian peraturan-peraturan, garis panduan dan standard operating procedure (SOP) yang sedia ada dan penggubalan baharu bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah RUUKK dapat dilaksanakan oleh agensi berkaitan seperti polis dan kehakiman dengan lebih holistik dan berkesan di peringkat akar umbi.
• Pembangunan kapasiti pegawai kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa.
Beberapa latihan pembangunan kapasiti telah dilaksanakan bagi memantapkan lagi pemahaman pegawai kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa seperti polis ke atas perundangan dan hak asasi berkaitan kanak-kanak seperti berikut:
1. Bengkel pematuhan instrumen hak asasi manusia dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pegawai-pegawai AGC, badan kehakiman, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan termasuklah KPWKM.
2. Latihan Kehakiman dan Perundangan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) kepada para pegawai kehakiman dan perundangan, Jabatan Penjara, Kementerian Luar Negeri, polis dan agensi lain yang berkaitan.
3. Seminar mengenai Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memberikan pemahaman yang lebih terhadap Akta tersebut dari aspek fungsi dan peranan agensi tertentu seperti polis dan penjara, prosedur dan penguatkuasaan prosedur.
4. Seminar mengenai perundangan dan hak kanak-kanak dan wanita kepada pegawai-pegawai polis di Maktab PDRM.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah seseorang kanak-kanak boleh dikenalpasti atau dicalonkan sebagai sesorang yang boleh dilantik ke dalam Majlis kebangsaan bagi Kanak-Kanak.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
18
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah seseorang kanak-kanak boleh dikenalpasti atau dicalonkan sebagai sesorang yang boleh dilantik ke dalam Majlis kebangsaan bagi Kanak-Kanak.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) peringkat Kebangsaan dan Negeri pada 22 Oktober 2011. Majlis Perwakilan Kanak-Kanak berfungsi sebagai landasan bagi kanak - kanak untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kehidupan, pembangunan, penyertaan dan perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh.
Kanak-kanak yang dipilih untuk menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak adalah terdiri daripada kanak-kanak yang menganggotai Majlis Perwakilan Kanak-Kanak di negeri-negeri. Keanggotaan mereka di dalam Majlis ini adalah mengikut giliran bagi setiap kali mesyuarat diadakan.
Pemilihan juga adalah berdasarkan perwatakan dan kebolehan kanak-kanak tersebut dalam menyuarakan pendapat. Buat masa ini, penyertaan kanak-kanak di dalam Majlis Penyelaras Bagi Pelindungan Kanak-Kanak adalah terdiri dari kalangan yang berumur anatara 16 hingga 18 tahun.
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apa yang sudah terjadi dengan projek perintis Gender Responsive Budget (GRB) dan bila Kerajaan akan melaksanakan GRB secara menyeluruh.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
78
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apa yang sudah terjadi dengan projek perintis Gender Responsive Budget (GRB) dan bila Kerajaan akan melaksanakan GRB secara menyeluruh.
- Klasifikasi Isu
GENDER
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan telah melaksanakan program perintis Gender Responsive Budgeting (GRB) kepada empat (4) buah kementerian iaitu Kementerian Pelajaran (dahulunya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum digabungkan pada tahun 2013), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, semenjak dari tahun 2004. Setiap Kementerian yang terlibat telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam menjalankan analisis gender dalam penyediaan bajet dan perancangan walaupun terpaksa melalui beberapa cabaran pada awal pelaksanaan GRB.
KPWKM dengan kerjasama UNDP telah menerbitkan Manual Mengenai Bajet Gender di Malaysia dan sehingga kini kementerian perintis sebagai contoh, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyediakan program khusus untuk wanita bekerja di rumah yang amat responsif gender seperti Housewives Enhancement and Reactivate Talents Scheme (HEARTS). Pada masa yang sama, di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS), KSM dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan 1Malaysia Support for Housewives (1MS4HW) yang turut menggalakkan wanita untuk memasuki atau kembali ke pasaran buruh. Pada masa yang sama KKLW melalui KEMAS terus meluaskan bilangan TABIKA dan TASKA KEMAS bagi memberikan peluang kepada wanita/ ibu terutamanya di kawasan luar bandar untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi.
Praktis dalam pasaran buruh juga telah semakin responsif gender dengan peningkatan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 dalam sektor awam dan beberapa sub-sektor di sektor swasta seperti sektor perbankan. Pihak swasta juga digalakkan untuk menyediakan ruang kerja dan amalan kerja yang lebih mesra keluarga seperti menyediakan waktu kerja anjal, ruang menyusu dan TASKA tempat kerja.
Kementerian Kesihatan pula telah memperkenalkan suntikan Human Papilloma Virus (HPV) percuma semenjak tahun 2010 untuk kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di sekolah dan pelbagai program kesihatan, kesedaran kesihatan, imunisasi dan kesihatan ibu mengandung untuk wanita di Malaysia menerima capaian akses perkhidmatan kesihatan yang baik.
Secara makronya, pendekatan yang diambil oleh projek rintis telah memberikan impak langsung dan tidak langsung kepada pencapaian dalam ukuran jurang gender Malaysia. Jurang gender di Malaysia telah semakin mengecil iaitu 0.2459 pada tahun 2010 dan 0.2017 pada tahun 2014.
Pelaksanaan GRB secara menyeluruh dapat dilaksanakan melalui aspek analisa gender, yang mana terdapat perkembangan positif dari segi pengumpulan gender disaggregated data yang disediakan dan diterbitkan di peringkat Kementerian perintis dan agensi-agensi di bawahnya.
Kementerian Kewangan juga melalui Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2017 juga telah mewajibkan setiap Kementerian dan agensi menggunakan analisis gender sebagai satu perspektif dalam analisis keperluan pelanggan. Hal ini kerana analisis gender mengambil kira impak bajet terhadap kumpulan sasar dengan lebih telus dan menyeluruh (jantina, kanak-kanak lelaki dan wanita, kumpulan umur, pendidikan, pendapatan, bandar dan luar bandar). Penekanan terhadap analisis gender adalah perlu dalam setiap perancangan dan aktiviti.
KPWKM juga sedang dalam usaha memperkasakan Gender Focal Point (GFP) di setiap kementerian dan agensi Kerajaan supaya GFP ini dapat berperanan dalam menerapkan dan membudayakan bajet responsif gender (GRB) di peringkat Jabatan masing-masing.
Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah penubuhan kafe@TEEN sejak 10 tahun lalu mencapai matlamat penubuhannya sebagai pusat sehenti atau kiosk interaktif remaja dan apakah penambahbaikan yang bakal dilakukan agar ianya dapat diperluas ke seluruh Parlimen.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
127
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah penubuhan kafe@TEEN sejak 10 tahun lalu mencapai matlamat penubuhannya sebagai pusat sehenti atau kiosk interaktif remaja dan apakah penambahbaikan yang bakal dilakukan agar ianya dapat diperluas ke seluruh Parlimen.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Di-Pertua,
Program kafe@TEEN telah dapat membantu memperkasakan golongan remaja dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat pilihan bijak berhubung kesihatan reproduktif dan sosial remaja. Program ini amat diperlukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja yang kian meningkat seperti seks bebas, rogol, kehamilan luar nikah, penyakit jangkitan seksual, pembuangan bayi, penderaan seksual dan sebagainya.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperluaskan program kafe@TEEN, antaranya dengan mewujudkan kerjasama dan rangkaian kerja yang kukuh dengan agensi luar termasuk NGO melalui konsep perkongsian bijak.
Melalui jalinan kerjasama agensi luar, Sejak tahun 2006 sehingga Februari 2016, Program outreach kafe@TEEN di sekolah–sekolah dan komuniti setempat ini telah berjaya mendekati seramai 476,193 orang remaja. Sebanyak 317,657 remaja dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam program-program pendidikan dan pembangunanan kemahiran, 20,353 remaja telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif manakala 6,064 remaja mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial di Pusat Remaja kafe@TEEN.
PERLUASAN PUSAT REMAJA kafe@TEEN
Selama 10 tahun penubuhannya, Pusat Remaja kafe@TEEN di bawah Program PEKERTI, LPPKN telah mendirikan 15 buah Pusat Remaja kafe@TEEN di sepuluh (10) buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Selain daripada itu, bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat kemudahan yang sama seperti Bandar, Pusat Remaja kafe@TEEN telah diperluaskan di Urban Transformation Centre (UTC) di 6 buah negeri.
Pusat Remaja kafe@TEEN telah mengorak langkah di mana pada tahun 2015 Pusat Transit kafe@TEEN secara rintis telah ditubuhkan di UTC Keramat, Kuala Lumpur bagi memenuhi keperluan penjagaan anak-anak terutama kepada kalangan pasangan dwi-kerja. Pusat ini juga bertindak dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan alternatif bagi membantu keluarga yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka bersendirian apabila keluar bekerja. Dengan adanya pusat ini, masalah yang sering menimpa kanak-kanak yang ditinggal bersendirian di rumah (latch-key kids) seperti menjadi mangsa keganasan fizikal dan seksual atau penculikan, kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan selain menawarkan perkhidmatan kesihatan, khidmat kaunseling serta program pendidikan dan pembangunan kemahiran (skills building). Pada tahun 2016, Pusat Remaja kafe@TEEN juga bakal diperluaskan di Tawau Sabah dan Putrajaya.
KEBERHASILAN PROGRAM
Bagi menilai keberkesanan program intervensi di Pusat Remaja kafe@TEEN, Kajian “Youth Intervention Study: Best Practices of Youth Intervention Programmes sedang dijalankan pada tahun 2016 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kajian ini akan mengenalpasti keberkesanan program intervensi berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif remaja. Justeru, hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk merangka penambahbaikan terhadap program intervensi Pusat Remaja kafe@TEEN dan program sedia ada, juga membantu para penggubal dasar untuk menyediakan dasar dan program yang komprehensif bagi menangani masalah tingkahlaku seksual dalam kalangan remaja Malaysia.
DATO' HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM (KUALA SELANGOR) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bantuan yang boleh disumbangkan kepada wanita yang bersalin tanpa suami sekiranya mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan adakah cuti bersalin akan dipanjangkan bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 MEI 2016 (Khamis)
- No.Soalan
128
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
DATO' HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM (KUALA SELANGOR) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bantuan yang boleh disumbangkan kepada wanita yang bersalin tanpa suami sekiranya mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan adakah cuti bersalin akan dipanjangkan bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin terhadap keperluan dan kebajikan golongan yang memerlukan tanpa mengira status mereka.
Bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan kurang
berkemampuan, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan bantuan berdasarkan skim bantuan sedia ada kepada mereka yang layak. Sehubungan itu, mereka yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan penjelasan lanjut dari pejabat JKM yang berdekatan bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan di bawah skim bantuan sedia ada sekiranya berkelayakan.
Berdasarkan kepada maklumat daripada Kementerian Sumber Manusia, peruntukan faedah bersalin di bawah Bahagian IV Akta Kerja 1955 adalah meliputi semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji/upah. Perlindungan faedah bersalin ini diberikan kepada semua pekerja wanita termasuk kepada pekerja wanita yang di luar skop Akta Kerja 1955 susulan pindaan kepada Akta ini yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2012. Selain itu, Akta ini juga tidak menetapkan bahawa seseorang pekerja wanita tersebut mesti berkahwin atau mempunyai suami semasa melahirkan anak.
Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] Iminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes kematian bayi dan kanak-kanak di taska (nursery) bagi 5 tahun ini. Tuan
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] Iminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes kematian bayi dan kanak-kanak di taska (nursery) bagi 5 tahun ini. Tuan
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Berdasarkan laporan yang diterima jumlah kes kematian kanak-kanak di TASKA yang direkodkan di KPWKM dan diambil tindakan oleh pihak polis sejak tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:
Tahun 2011 - 6 kes
Tahun 2012 - 4 kes
Tahun 2013 - 7 kes
Tahun 2014 - 5 kes
Tahun 2015 - 1 kes
Jumlah keseluruhan 23 kes
Bagi mengelakkan berlakunya kes kematian bayi dan meningkatkan mutu perkhidmatan TASKA di negara ini, KPWKM melalui JKM telah meningkatkan penguatkuasaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan TASKA yang beroperasi berdaftar dan mematuhi standard yang ditetapkan.
Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pelan warga tua negara dalam menghadapi cabaran menuju negara tua pada tahun 2035.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
48
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pelan warga tua negara dalam menghadapi cabaran menuju negara tua pada tahun 2035.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang diadakan pada tahun 1982. Berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sesebuah negara akan menjadi negara tua apabila penduduknya yang berumur 60 tahun ke atas mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Bilangan warga emas pada tahun 2015 adalah seramai 2.8 juta orang atau 9% daripada 31 juta orang penduduk Malaysia. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, warga emas di Malaysia akan mencapai paras 15% pada tahun 2035 dengan jumlah seramai 5.60 juta orang.
Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, KPWKM telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakannya. Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya telah diluluskan oleh Kerajaan pada 5 Januari 2011.
Bagi tujuan memantau pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakannya dan juga bertindak sebagai badan penasihat, Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara telah ditubuhkan pada 22 Mei 1996. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sementara ahli-ahlinya terdiri daripada kementerian/agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan yang mewakili golongan warga emas.
Antara isu utama yang dihadapi oleh warga emas ialah isu kesihatan, persediaan kewangan yang mencukupi untuk menghadapi hari tua dan kemudahan serta infrastruktur yang mesra warga emas. Dalam menghadapi cabaran penuaan ini sebanyak 6 strategi dibentuk sebagai pendekatan untuk mencapai objektif dasar merangkumi promosi dan advokasi, pembelajaran sepanjang hayat, keselamatan dan perlindungan, tadbir urus dan perkongsian tanggungjawab, penglibatan dan kesepaduan antara generasi serta penyelidikan dan pembangunan.
Tuan Yang Dipertua,
KPWKM juga telah menubuhkan Task Force warga emas bagi mengenal pasti isu dan cabaran penuaan yang merangkumi aspek penjagaan kesihatan, keselamatan sosial (perancangan simpanan kewangan dan saraan serta insurans) dan penuaan aktif/positif (peluang pekerjaan, kesukarelawanan dan pembelajaran sepanjang hayat) serta menetapkan keutamaan bidang yang akan ditangani bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih fokus dan menjurus pada isu yang diketengahkan termasuk isu kebergantungan ekonomi warga emas.
Tuan Yang Dipertua,
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Orang Tua (BOT), penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan serta program pemerkasaan ekonomi warga emas.
Tuan Yang Dipertua,
Penyelidikan juga merupakan elemen yang penting sebagai persediaan negara untuk menjadi negara tua. Sehubungan itu, Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia yang merupakan satu-satunya institut penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kajian penuaan dan warga emas sejak tahun 2002 telah dijenamakan semula sebagai Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia. Kajian terkini bertajuk “Kemudahan dan Perkhidmatan Bagi Menepati Keperluan Warga Emas Di Malaysia Menjelang 2030” sedang dilaksanakan bermula September 2015 hingga September 2016 dan “Kajian Responding to The Needs of Older Persons in Malaysia: Hanging Population Age Structures and Their Implications” bermula tahun 2013 hingga 2017 sedang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia.
KPWKM yakin bahawa Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan satu bentuk rancangan rapi dalam merencana peningkatan kualiti hidup warga emas bukan sahaja daripada aspek kesihatan, sosial dan ekonomi malah ia turut merangkumi semua aspek berkaitan warga emas.
Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah bilangan kaunselor sedia ada pada masa kini mencukupi bagi membantu masyarakat memandangkan faktor tekanan hidup yang semakin meningkat dari pelbagai aspek pada masa kini.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
80
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah bilangan kaunselor sedia ada pada masa kini mencukupi bagi membantu masyarakat memandangkan faktor tekanan hidup yang semakin meningkat dari pelbagai aspek pada masa kini.
- Klasifikasi Isu
KAUNSELOR/KAUNSELING
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi menerusi tiga agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara kepada semua lapisan masyarakat Malaysia dalam bentuk kaunseling keluarga, komuniti dan individu.
Berdasarkan data sehingga 31 Januari 2016, Kementerian mempunyai sejumlah 201 pegawai dan penolong pegawai psikologi di seluruh Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Intervensi Kaunseling dan Psikologi. Pegawai Psikologi di KPWKM memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri di seluruh negara, 17 cawangan pejabat di LPPKN serta 4 orang Pegawai Psikologi di Ibu Pejabat JPW. Selain itu, Kementerian ini juga telah menyediakan Talian Kasih (15999) yang memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi tanpa mengira masa sepanjang 24 jam 365 hari.
Menyedari keperluan perkhidmatan ini semakin penting dan berkembang selaras dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan menitikberatkan pembangunan modal insan, penekanan juga diberi kepada aspek psikologi. Oleh itu, KPWKM telah mengambil kira elemen psikologi dan kaunseling dalam penyusunan program dan perkhidmatannya. Selain daripada perkhidmatan kaunseling, lain-lain perkhidmatan seperti penaksiran psikologi, intervensi krisis, psikoterapi, retreat keluarga dan psiko-pendidikan disediakan kepada masyarakat Malaysia.
Dikemukakan statistik bagi Pegawai Psikologi, Jenis Intervensi yang dikendalikan, Kumpulan sasar klien, Program-program Psikososial dan Perkhidmatan Aduan Talian Kasih yang telah dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi KPWKM bagi memastikan perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi diberikan kepada semua rakyat Malaysia ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang dari segi emosi, kognitf dan tingkahlaku.
Dato' Haji Zainudin bin Ismail [Jelebu] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana keberkesanan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dalam mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial, adakah Kementerian bercadang untuk memperkasakan lagi peranan pasukan perlindungan kanak-kanak (PPKK) dan apakah caranya.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
81
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Haji Zainudin bin Ismail [Jelebu] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana keberkesanan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dalam mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial, adakah Kementerian bercadang untuk memperkasakan lagi peranan pasukan perlindungan kanak-kanak (PPKK) dan apakah caranya.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) ditubuhkan di bawah Subsekyen 7(1) Akta Kanak-Kanak 2001 melalui Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. PPKK berfungsi untuk menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan terutama di kawasan yang berisiko tinggi. Bagi mencapai maksud di atas, PPKK bertanggungjawab menyelaraskan pelbagai program pencegahan di peringkat masyarakat setempat. Sehingga kini terdapat sebanyak 121 buah PPKK di seluruh negara.
Di bawah PPKK ini telah ditubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak berisiko tinggi. Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti seminar, kursus, bengkel, kelas tuisyen, sukan serta intervensi yang berbentuk motivasi, bimbingan dan kaunseling. Program dan aktiviti yang disediakan memberi banyak manfaat dan mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Kini, terdapat 148 PAKK di seluruh negara dengan kehadiran seramai 23,005 orang kanak-kanak.
Satu kajian berkaitan Keberkesanan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di Gombak Setia telah dijalankan pada tahun 2012 dan hasil kajian mendapati bahawa seramai 78.5 peratus kanak-kanak telah hadir ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di kawasan tersebut. Kajian juga menunjukkan 76.5 peratus keluarga di kawasan tersebut menyatakan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak merupakan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Bagi meningkatkan keberkesanan usaha memperkasakan lagi peranan Pasukan Perlindungan kanak-kanak (PPKK), Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat pindaan terhadap seksyen 3, 4, 5 dan 6 Akta Kanak-Kanak 2001 dengan menggantikan Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak kepada Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak. Fungsi dan kuasa Majlis ini diperluaskan antara lain adalah untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak ini juga akan dianggotai oleh komuniti yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kanak-kanak serta wakil kanak-kanak.
Selain itu, Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak juga akan distrukturkan semula dari segi fungsi dan peranan dengan memperkasakan penglibatan komuniti bagi menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] meminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membuat kajian semula berkenaan elaun Penyelia dan Pembantu Penyelia, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kerana mereka ini berada sepenuh masa di sesebuah PAWE.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
117
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] meminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membuat kajian semula berkenaan elaun Penyelia dan Pembantu Penyelia, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kerana mereka ini berada sepenuh masa di sesebuah PAWE.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Pada 5 Januari 2011, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kabinet bagi menggantikan DWTN dan PTDWTN yang antara lain bagi membangunkan masyarakat prihatin terhadap fenomena penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari emas di samping menyediakan satu pelan tindakan warga emas yang komprehensif.
Salah satu program yang dikenalpasti dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara adalah pewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas yang dulunya dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT).
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. PAWE disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan sihat serta dapat menguruskan diri. Program ini menekankan pada pembangunan potensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat. Sehingga April 2016, sebanyak 50 PAWE yang telah diwujudkan.
PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM).
Bagi memastikan PAWE dapat beroperasi dengan baik, Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan Geran Operasi PAWE sebanyak RM33,330.00 setahun kepada setiap PAWE merangkumi elaun Penyelia, elaun pembantu Penyelia, bayaran utiliti dan makan minum ahli PAWE.
Pecahan Geran Operasi PAWE adalah seperti berikut:
a) Elaun Penyelia
RM600.00 x 12 bulan
- RM7,200.00
b) Elaun 2 orang Pembantu
RM350.00 x 2 x 12 bulan
- RM8,400.00
c) Utiliti
RM200.00 x 12 bulan
- RM2,400.00
d) Penyengaraan untuk makan
RM1.40 x 30 orang x 365 hari - RM15,330.00
Tuan Yang Dipertua,
Jumlah Geran Operasi PAWE yang disalurkan setiap tahun hanya untuk membantu menampung sebahagian perbelanjaan bagi PAWE. Jawatankuasa Pengurusan PAWE setempat perlu memainkan peranan yang aktif dalam mendapatkan dana bagi menampung keperluan kewangan PAWE.
Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) minta MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan :-
a) NGO wanita yang telah menerima peruntukan daripada Kementerian dalam tahun 2013-2015 dan jumlah peruntukan yang diberikan dan;
b) Apakah criteria yang perlu dipenuhi oleh NGO tersebut serta apakah impak aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan mereka terhadap golongan wanita.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
291
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) minta MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan :-
a) NGO wanita yang telah menerima peruntukan daripada Kementerian dalam tahun 2013-2015 dan jumlah peruntukan yang diberikan dan;
b) Apakah criteria yang perlu dipenuhi oleh NGO tersebut serta apakah impak aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan mereka terhadap golongan wanita.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertuan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah menyalurkan peruntukan kepada NGO wanita untuk melaksanakan program-program yang memberikan manfaat kepada kumpulan sasaran Kementerian secara amnya dan golongan wanita secara khususnya.
Dari tahun 2013 sehingga tahun 2015, sebanyak 100 NGO wanita, yang terdiri daripada 61 NGO Kaukus Umum, 10 NGO Kaukus Cina, 18 NGO Kaukus India dan 11 NGO Kaukus Melayu, telah menerima peruntukan berjumlah RM 3,110,339.
Daripada jumlah peruntukan yang telah disalurkan, sebanyak 243 program telah dilaksanakan oleh NGO-NGO wanita ini. Program-program yang telah dilaksanakan adalah berdasarkan kepada bidang keutamaan yang telah ditentukan iaitu:
i. Peningkatan Kapasiti Wanita;
ii. Latihan Peningkatan Kemahiran;
iii. Nur Bahagia;
iv. Literasi Undang-Undang;
v. Pengurusan Emosi;
vi. Kepekaan Gender;
vii. Menangani Keganasan Terhadap Wanita.
Pecahan Program Mengikut Bidang Keutamaan JPW 2013
Bidang Keutamaan Bil Prog
Peningkatan Kapasiti Wanita 35
Latihan Peningkatan Kemahiran 20
Nur Bahagia 15
Literasi Undang-Undang 10
Pecahan Program Mengikut Bidang Keutamaan JPW 2014
Bidang Keutamaan Bil Prog
Peningkatan Kapasiti Wanita 24
Latihan Peningkatan Kemahiran 7
Literasi Undang-Undang 6
Nur Bahagia -Menangani Keganasan Terhadap Wanita 6
Pengurusan Emosi 2
Pecahan Program Mengikut Bidang Keutamaan JPW 2015
Bidang Keutamaan Bil Prog
Peningkatan Kapasiti Wanita 26
Latihan Peningkatan Kemahiran 55
Literasi Undang-Undang 5
Kepekaan Gender 16
Menangani Keganasan Terhadap Wanita 13
Pengurusan Emosi 3
Tuan yang Dipertua,
Program dan aktiviti yang dicadangkan oleh NGO-NGO perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk dipertimbangkan bagi pemberian Geran Peruntukan bagi pelaksanaan program dan aktiviti.
Kriteria yang perlu dipenuhi adalah:
i. Program yang dicadang adalah selaras dengan bidang-bidang keutamaan yang telah ditetapkan untuk program pembangunan kumpulan sasar Kementerian;
ii. Program yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka panjang kepada kumpulan sasar;
iii. Program yang tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan serta mengugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;
iv. Memberi manfaat kepada kumpulan sasar Kementerian;
v. Keutamaan akan diberi kepada NGO yang belum pernah menerima peruntukan daripada Kementerian; dan
vi. Program bagi permohonan baru hanya akan dipertimbangkan setelah Laporan Pelaksanaan Prorgram lengkap diterima oleh Agensi.
Program dan aktiviti yang dijalankan oleh NGO-NGO ini telah menjangkau pelbagai peringkat kumpulan sasar. Kaedah penyampaian NGO membolehkan mereka mendapat bilangan peserta yang ramai dan terdiri dari golongan ibu tunggal, suri rumah tangga, Orang Kurang Upaya (OKU), para penjawat awam, badan-badan berkanun, NGO-NGO lain, pelajar kolej dan juga komuniti setempat.
Program adalah mampan kerana dilaksanakan secara terus ke kawasan atau lokaliti masyarakat. Ini dapat memberi impak positif kepada peningkatan taraf dan kualiti hidup peserta seperti memperkasa ekonomi, menambah ilmu mengenai isu-isu semasa dan hak wanita, keusahawanan, motivasi menaikkan taraf kesihatan keluarga dan diri sendiri, asimilasi dan integrasi antara kaum dalam masyarakat, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan NGO, dan meningkatkan kualiti keibubapaan dan keluarga bahagia.
Tuan Nik Mohamamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi menurunkan kos pengasuhan kanak-kanak di negara ini.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
316
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Nik Mohamamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi menurunkan kos pengasuhan kanak-kanak di negara ini.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin berkaitan dengan kos pengasuhan kanak-kanak di Negara ini. Sehubungan ini, Kerajaan telah mengambil usaha untuk membantu mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak seperti berikut:
1. Geran Penubuhan TASKA Tempat Kerja Sektor Awam
Kerajaan telah memperuntukan geran pelancaran penubuhan TASKA Di Tempat Kerja sektor awam sebanyak RM200,000.00 untuk setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan melalui Pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Oktober 2009.
2. Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA Tempat Kerja Awam
Kerajaan juga melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38, Tahun 2013 telah memberi subsidi yuran pengasuhan TASKA sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang anak kepada anggota perkhidmatan awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5000.00 sebulan.
3. Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA Swasta
Mulai tahun 2013 sehingga kini, pihak kerajaan telah melaksanakan pemberian subsidi yuran pengasuhan sebanyak RM250.00 sebulan atau mengikut kadar sebenar yuran yang dikenakan oleh sesebuah TASKA yang berdaftar dengan JKM.
4. Subsidi Bagi TASKA 1Malaysia
Pada tahun 2006 kerajaan telah meluluskan penubuhan TASKA komuniti yang dinamakan TASKA Penyayang 1Malaysia bagi keperluan keluarga berpendapatan rendah mendapatkan khidmat pengasuhan kepada anak-anak di bawah empat tahun dan menangani isu kos pengasuhan kanak-kanak yang semakin meningkat. Sehingga kini, terdapat 44 buah TASKA 1Malaysia di seluruh negara. Kerajaan telah meluluskan geran subsidi sebanyak RM180.00 sebulan kepada kanak-kanak yang ibu bapa/penjaga berpendapatan RM2,000.00 sebulan di kawasan bandar dan RM1,200.00 sebulan di kawasan luar bandar.
Kesimpulannya, Kerajaan amat perihatin dalam membantu mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak di negara ini. Pelbagai insentif dan pendekatan telah dilaksanakan, ianya akan diteruskan dalam usaha mengurangkan kos pengasuhan.
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes penderaan isteri terhadap suami dan faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
362
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes penderaan isteri terhadap suami dan faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAAN/PENDERAAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius akan kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. Sesungguhnya sebarang konflik dan cabaran rumah tangga perlu diselesaikan dengan cara berhemah dan bijak tanpa melibatkan keganasan berbentuk fizikal, psikologi, emosi dan mental.
Bagi menangani kes-kes keganasan rumah tangga, Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) telah digubal pada tahun 1994. Akta ini memberi perlindungan bukan sahaja kepada isteri malahan suami sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 42 kes penderaan telah berlaku ke atas suami dari tahun 2013 hingga 2015. Pecahan kes adalah seperti berikut:
Tahun 2013 - 3 kes
Tahun 2014 - 11 kes
Tahun 2015 - 28 kes
Jumlah - 42 kes
Antara faktor utama yang menyebabkan keganasan rumah tangga yang dilaporkan mangsa kepada JKM adalah seperti berikut:
1. Perselisihan faham pasangan suami-isteri mengenai sesuatu hal yang menyentuh perasaan atau menyakitkan hati ;
2. Sikap panas baran pasangan yang mudah melepaskan kemarahan dengan kata-kata kasar, ugutan dan tindakan fizikal ;
3. Kes penagihan dadah yang menyebabkan tiada tanggungjawab terhadap keluarga seperti mencari nafkah, perbelajaan harian, pakaian dan persekolahan anak-anak
4. Masalah kewangan dalam keluarga ; dan
5. Perasaan cemburu terhadap tingkah laku pasangan dengan orang lain.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kesediaan Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menyediakan program latihan bagi melahirkan Pembantu Rumah dan Pengusaha dan Pengasuh TASKA yang mahir dalam mengurus kanak-kanak dan faham langkah bantu mula, keselamatan dan kesihatan.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
366
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kesediaan Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menyediakan program latihan bagi melahirkan Pembantu Rumah dan Pengusaha dan Pengasuh TASKA yang mahir dalam mengurus kanak-kanak dan faham langkah bantu mula, keselamatan dan kesihatan.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa sekarang, terdapat pelbagai pihak yang menawarkan skim latihan pembantu rumah termasuklah agensi Kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia melalui program “House Keeper” dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Program Pengurus Kediaman dan juga pihak swasta melalui latihan pembantu rumah di institusi latihan masing – masing.
Pihak Kerajaan melalui KPWKM menyediakan Program Home Managers (HM) sebagai sebahagian inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sebagai pembantu rumah. HM merupakan suatu program komprehensif yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan dalam bidang pencuci rumah, penjagaan kanak-kanak dan orang tua, penjagaan kesihatan, penjagaan transit dengan seterusnya menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Program tersebut akan dilaksanakan semula pada tahun ini dengan menggunakan pendekatan kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan seperti Kolej Komuniti, NGO dan juga pihak swasta bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos perlaksanaan program.
KPWKM sememangnya mengalu-alukan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak bagi melahirkan Pengurus Kediaman yang mahir dalam mengurus kanak-kanak dan faham langkah bantu mula, keselamatan dan kesihatan.
Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah isi rumah miskin, ibu tunggal dan OKU yang tersenarai mendapat sebarang bentuk bantuan atau sumbangan daripada Kementerian di Parlimen Nibong Tebal di sepanjang tahun 2008 hingga kini dan apakah perancangan jangka panjang Kementerian untuk mempertingkatkan lagi pendapatan mereka.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
401
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah isi rumah miskin, ibu tunggal dan OKU yang tersenarai mendapat sebarang bentuk bantuan atau sumbangan daripada Kementerian di Parlimen Nibong Tebal di sepanjang tahun 2008 hingga kini dan apakah perancangan jangka panjang Kementerian untuk mempertingkatkan lagi pendapatan mereka.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua,
Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku peneraju telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi Program 1AZAM. Program 1AZAM adalah sebuah program yang berteraskan kebajikan produktif atau ‘productive welfare’ dengan menyediakan peluang menjana pendapatan dalam bidang perniagaan (AZAM Niaga) dan perkhidmatan (AZAM Khidmat) yang diterajui oleh KPWKM, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bidang pertanian (AZAM Tani) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), bidang pekerjaan (AZAM Kerja) diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi semua jenis Program 1AZAM tersebut. Bagi tempoh Januari 2010 hingga 31 Disember 2015, Program 1AZAM telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sejumlah 190,799 orang dari seluruh negara. Daripada jumlah 190,799 orang peserta tersebut, terdapat seramai 5,814 orang peserta adalah dari Negeri Pulau Pinang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 3,315 orang peserta dalam kategori isi rumah berpendapatan rendah di Negeri Pulau Pinang telah direkodkan sebagai peserta Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM dan daripada jumlah tersebut seramai 350 orang peserta adalah dari Parlimen Nibong Tebal. Bagi kategori ibu tunggal pula, seramai 252 orang peserta telah dicatatkan di Negeri Pulau Pinang dengan 48 orang peserta adalah dari Parlimen Nibong Tebal. Selain itu, bagi kategori OKU, Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM telah mencatatkan seramai 263 orang peserta daripada seluruh negeri dan seramai 118 orang peserta daripada jumlah tersebut adalah dari Negeri Pualau Pinang.
Sebagai usaha untuk memastikan peserta-peserta Program 1AZAM mampu berdikari di samping berjaya meningkatkan pendapatan mereka secara berterusan, pihak kementerian dan agensi pelaksana telah menjalankan sesi pemantauan untuk mengukur keberkesanan program secara berkala. Hasil daripada sesi pemantaun tersebut, terdapat seramai 85,866 (45%) orang peserta daripada tahun 2012 sehingga 2015 yang telah berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing. Daripada jumlah tersebut, seramai 15,904 orang peserta 1AZAM dari bulan Januari hingga Disember 2012 telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hingga melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) manakala seramai 7,936 orang peserta telah meningkatkan pendapatan keluarga melebihi RM200. Manakala bagi tahun 2013 sehingga 31 Disember 2015, terdapat seramai 62,026 orang peserta Program 1AZAM telah meningkatkan pendapatan keluarga melebihi RM300. Perkara ini menunjukkan bahawa Program 1AZAM berjaya mengeluarkan golongan berpendapatan rendah dari kepompong kemiskinan selaras dengan konsep kebajikan produktif yang diwar-warkan oleh Kementerian.
Di samping itu, berdasarkan kepada Kajian Impak Peserta Program 1AZAM iaitu satu analisis untuk melihat impak Program 1AZAM yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian, didapati bahawa Program 1AZAM (Niaga dan Khidmat) KPWKM telah mencapai matlamat utama program tersebut iaitu untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah serta mengubah daya pemikiran peserta untuk menjadi lebih berdikari.
Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) pendirian Kementerian mengenai kontroversi perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Adakah Kementerian mempunyai kesungguhan politik (political will) untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia ; dan
(b) apakah usaha Kementerian dalam melarang perkahwinan kanak-kanak memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
459
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) pendirian Kementerian mengenai kontroversi perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Adakah Kementerian mempunyai kesungguhan politik (political will) untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia ; dan
(b) apakah usaha Kementerian dalam melarang perkahwinan kanak-kanak memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Sebarang aktiviti yang mungkin membantutkan perkembangan mereka terutamanya dari segi pendidikan dan kesihatan harus ditegah supaya mereka dapat mengejar masa hadapan yang lebih luas dan cerah.
Perkahwinan bawah umur akan memberi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi aspek seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.
Sungguhpun UN General Assembly telah menerima pakai resolusi bertajuk Child, Early and Forced Marriage (CEFM) pada tahun 2013 secara sebulat suara iaitu, dengan izin, adopted without a vote iaitu tiada sebarang undian dijalankan, namun resolusi ini secara amnya tidak mengikat (non-binding). Ini bermakna resolusi berkenaan tidak mewajibkan negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk melaksana resolusi CEFM ini atau mengemukakan laporan mengenai sebarang perkembangan berkaitan isu ini.
Malaysia tidak akan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak kerana perundangan kita membenarkan perkahwinan ini baik sivil, Syariah atau adat. Sehubungan itu, KPWKM berpendapat kesedaran tentang keburukan perkahwinan kanak-kanak adalah lebih penting daripada mengharamkannya. Sekiranya tiada kesedaran, perkahwinan tersebut masih akan berlaku. Dalam hal ini, Kementerian telah mengambil dan masih meneruskan beberapa langkah dalam menangani isu perkahwinan bawah umur ini seperti berikut:
a. Pewujudan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan mengenai kesihatan repdroduktif serta advokasi dalam kalangan masyarakat seperti Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI);
b. Penubuhan Task Force Perkahwinan Bawah Umur di bawah Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-Kanak. Task force ini terdiri daripada agensi Kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak yang meneliti isu berkaitan perkahwinan bawah umur. Antara perkara yang diusulkan di bawah task force ini ialah penyediaan laporan perubatan dan laporan sosial yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie (Muslim), Ketua Menteri (bukan Muslim) dan Ketua Adat sebelum meluluskan suatu permohonan perkahwinan bawah umur;
c. Meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kesihatan reproduktif dan keibubapaan dalam kalangan remaja dan pasangan muda yang akan berkahwin melalui kursus-kursus seperti Kursus Pra-Perkahwinan dan SMARTSTART yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN);
d. Pewujudan pusat remaja kafe@TEEN oleh LPPKN di seluruh negara. Kafe@TEEN menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 hingga 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu-isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja dan ini termasuklah kesihatan reproduktif. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan perhubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup; dan
e. Konsultasi secara berterusan dengan agensi yang bertanggungjawab ke atas undang-undang berkaitan perkahwinan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Mahkamah.
Bagi mengelakkan perkahwinan muda, kesedaran masyarakat berkenaan pentingnya mengutamakan perkembangan kanak-kanak secara holistik adalah penting. Saya ingin menyeru kepada semua ahli Yang Berhormat yang berada di dalam dewan yang mulia ini supaya berjuang bersama-sama kerajaan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat berkenaan keburukan perkahwinan muda dan pentingnya mengutamakan pendidikan yang sempurna sebelum memulakan hidup berkeluarga.
Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha yang telah dibuat oleh Kementerian untuk mewujudkan lebih ramai usahawan sosial yang membantu golongan orang kurang upaya (OKU).
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
16 MEI 2016 (Isnin)
- No.Soalan
491
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha yang telah dibuat oleh Kementerian untuk mewujudkan lebih ramai usahawan sosial yang membantu golongan orang kurang upaya (OKU).
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat komited dalam memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU) agar mereka dapat terlibat secara berkesan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Komitmen ini adalah selaras dengan Dasar Orang OKU yang menyatakan tentang kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
Di bawah KPWKM, pendekatan inovasi sosial digunakan sepenuhnya bagi mencetuskan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti social enterprise. JKM mengamalkan kebajikan produktif sebagai satu pendekatan supaya kumpulan sasar dapat berdikari dengan membekalkan kemahiran untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi. Antara program dalam menggalakkan lebih ramai usahawan sosial yang membantu golongan orang kurang upaya (OKU) adalah melalui Bengkel Daya dan geran pelancaran.
Bengkel Daya merupakan bengkel terlindung di bawah JKM yang dikhaskan untuk golongan OKU yang tidak berdaya untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan dalam pasaran terbuka. Terdapat dua Bengkel Daya di bawah JKM iaitu Bengkel Daya Sungai Petani dan Bengkel Daya Klang. Di Bengkel Daya, golongan OKU dilatih untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan seperti bakeri, jahitan, melukis dan mewarna batik.
Selain itu, KPWKM juga menyediakan geran pelancaran sebanyak RM2,700 bertujuan untuk menggalakkan kumpulan sasar termasuk OKU yang mempunyai minat dan potensi supaya menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil. Dari tahun 2008 hingga Disember 2015, seramai 6,021 orang telah menerima insentif tersebut dengan peruntukan sebanyak RM17.09 juta.
Kementerian Sumber Manusia juga ada menyediakan Skim Bantuan Galakan Perniagaan bagi OKU (SBGP-OKU) iaitu satu program untuk "membantu usahawan OKU mengembangkan perniagaan kepada skala yang lebih besar dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada OKU yang lain". Jumlah geran yang diberikan adalah sehingga maksimum RM100,000 tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007 hingga Disember 2015, seramai 890 orang usahawan OKU telah menerima manfaat daripada skim ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM26 juta. Skim ini juga telah berjaya melaksanakan penempatan pekerjaan kepada 865 OKU.
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Tuan Julian Tan Kok Ping minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada rumah-rumah orang tua serta rumah anak yatim-piatu di kawasan Parlimen Bandar Kuching serta Parlimen Stampin. Senaraikan secara terperinci.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 MEI 2016 (Selasa)
- No.Soalan
10
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Tuan Julian Tan Kok Ping minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada rumah-rumah orang tua serta rumah anak yatim-piatu di kawasan Parlimen Bandar Kuching serta Parlimen Stampin. Senaraikan secara terperinci.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memberi perhatian kepada perkhidmatan yang disediakan di institusi warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan Bantuan Kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan dan perlindungan kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk menampung sebahagian daripada kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM. Bantuan ini adalah dalam bentuk Geran Rangsum (makan minum), Geran Pentadbiran, Elaun Khas Murid OKU, Geran Perkapita dan Geran Pembaikan.
Sehingga April 2016, sebanyak dua buah PSK yang mengendalikan Rumah Anak Yatim di kawasan Parlimen Kuching dan Stampin telah menerima Bantuan Kewangan. Bantuan ini diberi untuk menampung kos makan minum (rangsum) penghuni berasaskan permohonan PSK terbabit. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut :
1. Salvation Army Boys Home - RM23,000.00
2. Salvation Army Kuching Children - RM30,000.00
Home
Jumlah : RM53,000.00
Manakala pada tahun 2015, sebanyak dua buah PSK yang mengendalikan Rumah Anak Yatim di kawasan Parlimen Kuching dan Stampin telah menerima Bantuan Kewangan. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut :
1. Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) - RM213,000.00
2. Salvation Army Kuching Children Home - RM37,000.00
Jumlah : RM250,000.00
Tuan Yang di-Pertua,
Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching adalah institusi warga emas yang ditubuhkan dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sendiri. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM782,775.00 bagi perbelanjaan mengurus RSK Kuching.
Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Sarawak juga turut memberikan Bantuan Kewangan kepada tiga buah PSK yang mengendalikan Rumah Anak Yatim iaitu:-
PSK Kanak-Kanak
1. Salvation Army Boys Home - RM16,000.00
2. Salvation Army Kuching Children Home - RM15,000.00
3. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan
Nur Murni
- RM1,500.00
Jumlah : RM32,500.00
Kerajaan Negeri Sarawak turut memberikan bantuan kewangan kepada sebuah PSK yang mengendalikan Rumah Orang Tua di kawasan Parlimen Kuching pada tahun 2015 iaitu:-
PSK Warga Emas
1. Sarawak Hun Nam Siang
- RM23,000.00
Jumlah : RM23,000.00
Manakala sehingga April 2016, Kerajaan Negeri Sarawak memberikan Bantuan Kewangan kepada sebuah PSK yang mengendalikan Rumah Orang Tua iaitu:-
PSK Warga Emas
1. Sarawak Hun Nam Siang
- RM20,000.00
Jumlah : RM20,000.00
Bantuan yang diberikan adalah untuk menampung sebahagian daripada kos menjalankan program dan aktiviti berdasarkan permohonan PSK berkenaan.
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah hasil kajian kerjasama pihak kementerian bersama pihak PDRM berikutan lawatan ke NYPD untuk menggubal Akta Pendaftaran Penjenayah Seksual.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
152
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah hasil kajian kerjasama pihak kementerian bersama pihak PDRM berikutan lawatan ke NYPD untuk menggubal Akta Pendaftaran Penjenayah Seksual.
- Klasifikasi Isu
GANGGUAN SEKSUAL
JAWAPAN
JAWAPAN : YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) iaitu Akta bagi mendaftar penjenayah termasuklah jenayah seksual seperti yang termaktub dalam Jadual Pertama Akta tersebut masih berkuat kuasa. Undang-undang ini adalah memadai bagi menangani isu pendaftaran penjenayah seksual pada masa ini.
Namun demikian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam melindungi kanak-kanak di Malaysia, telah membentangkan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 (RUUKK) dan telah diluluskan di Parlimen yang mana memperluaskan kandungan Daftar yang termasuk butir-butir orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa yang akan dikenali sebagai Daftar Kanak-Kanak.
Penambahbaikan ini diinspirasikan daripada lawatan kerja ke New York pada September 2015 bersempena dengan United Nations General Assembly yang mana saya selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditugaskan untuk mengetuai delegasi KPWKM untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Global Mengenai Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita di New York, Amerika Syarikat pada 27 September 2015. Dalam kesempatan itu, delegasi KPWKM turut mengadakan lawatan kerja pada 28 hingga 29 September 2015 ke Institusi Orang Kurang Upaya dan NYPD. Lawatan ini tidak melibatkan pihak PDRM.
Saya juga ingin menghuraikan bahawa Daftar Kanak-Kanak pada masa ini mengandungi maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan tetapi terhad kepada kanak-kanak yang diabaikan atau dianiayai sahaja. Maklumat sedia ada digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melindungi kanak-kanak tersebut termasuk memberi perkhidmatan yang bersesuaian kepada mereka seperti kaunseling dan sebagainya.
Kandungan daftar ditambah untuk mengandungi maklumat individu yang disabitkan dengan kesalahan jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. Dengan pindaan ini, bagi kes-kes jenayah contohnya kes rogol yang melibatkan mangsa kanak-kanak, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyimpan maklumat tentang mangsa dan pelaku. Maklumat mengenai pesalah ini boleh diakses dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya untuk saringan bagi pihak yang berurusan atau mengendalikan kanak-kanak antaranya seperti pemandu bas/van sekolah, pengusaha kantin sekolah, tukang kebun, pengawal keselamatan sekolah, pengasuh dan pekerja pusat jagaan kanak-kanak.
Kementerian akan bekerjasama dengan pihak PDRM tentang pengurusan dan pelaksanaan Daftar ini dari semasa ke semasa.
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah penalti yang akan dikenakan ke atas syarikat awam dan agensi-agensi berkaitan Kerajaan yang gagal meningkatkan perwakilan jantina di kalangan lembaga dan pengurusan utama mereka.
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 MEI 2016 (Rabu)
- No.Soalan
41
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 16 Mei 2016 - 26 Mei 2016
- Soalan
PERTANYAAN DI BAWAH PM (22)
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah penalti yang akan dikenakan ke atas syarikat awam dan agensi-agensi berkaitan Kerajaan yang gagal meningkatkan perwakilan jantina di kalangan lembaga dan pengurusan utama mereka.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga kini, tiada peruntukan undang-undang atau dasar yang menetapkan penalti dikenakan ke atas syarikat awam dan agensi-agensi berkaitan Kerajaan yang gagal meningkatkan perwakilan jantina di kalangan lembaga dan pengurusan utama mereka. Buat masa ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggunakan “persuasive approach” seperti yang diamalkan oleh negara-negara Singapura, United Kingdom, Australia dan Hong Kong mengikut sumber yang dipetik dari Catalyst, Increasing Gender Diversity on Boards, Aug 2014, untuk menggalakkan syarikat-syarikat di Malaysia melantik lebih ramai wanita yang kompeten sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Pendekatan persuasive approach ialah tidak ada peruntukan perundangan yang mewajibkan syarikat untuk melantik wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Amalan di Malaysia , pelantikan Ahli Lembaga Pengarah adalah secara sukarela berdasarkan kelayakan dan pengalaman industri, tanpa mengira jantina, agama dan bangsa.
Pendekatan persuasive yang dilaksanakan oleh Kementerian ialah melalui promosi dan advokasi seperti promosi melalui media, breakfast talk dan sesi engagement bersama Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Pengerusi serta Setiausaha syarikat-syarikat Tersenarai Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran komuniti korporat tentang gender diversity dan seterusnya melantik lebih ramai wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Mengikut Corporate Code of Governance, pihak syarikat perlu memaparkan dasar, sasaran dan tindakan gender diversity korporat di dalam annual return syarikat.