Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 27-04-2017(Thursday) | 1 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan usahawan wanita di negara ini yang berdaftar dan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan penyertaan wanita di dalam perniagaan atas talian. | WANITA | |
2 | 27-04-2017(Thursday) | 36 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kadar penyerapan OKU dalam sektor awam dan bagaimana Kementerian melonjakkan agenda penglibatan OKU dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri sedangkan pada masa ini tiada dasar kenyataan berkenaan dengan penglibatan OKU dalam penjawat awam, khususnya di peringkat Kerajaan Negeri. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
3 | 27-04-2017(Thursday) | 93 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis-jenis bantuan yang terdapat bagi keluarga-keluarga yang kurang mampu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat terutamanya untuk kanak-kanak yang bersekolah. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
4 | 27-04-2017(Thursday) | 56 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah prosedur penguatkuasaan Kementerian terhadap TASKA dan pusat penjagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
5 | 27-04-2017(Thursday) | 23 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian di dalam mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja. | GEJALA SOSIAL | |
6 | 27-04-2017(Thursday) | 42 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan dari tahun 2014 hingga 2017 (setakat 31 Mac 2017) mengikut pecahan tahun, jantina dan bangsa. Adakah Kementerian bercadang untuk memperketatkan lagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk membendung kejadian sedemikian. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
7 | 26-04-2017(Wednesday) | 45 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah daftar kanak-kanak bagi pesalah jenayah terhadap kanak-kanak akan diselaraskan dengan pesalah jenayah seksual yang berada bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. | KANAK-KANAK | |
8 | 26-04-2017(Wednesday) | 1 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes keganasan terhadap wanita dan penderaan serta pengabaian kanak-kanak bagi tahun 2010 hingga 2017 terkini dan nyatakan sejauh manakah keberkesanan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) Pindaan 2012 dalam membendung kejadian keganasan terhadap wanita dan penderaan kepada kanak-kanak. | KANAK-KANAK | |
9 | 26-04-2017(Wednesday) | 64 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Puan Hajah Rahemah binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan strategi dan program bagi meningkatkan ekonomi penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya penerima bantuan tersebut dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan juga statistik terkini penerima bantuan yang telah berjaya keluar daripada status kemiskinan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
10 | 26-04-2017(Wednesday) | 101 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menggunakan teknologi dan IT dalam meningkatkan kemahiran dan keupayaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan membantu mereka memenuhi aspirasi dan mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang berfaedah, bermakna ‘high value added' dan berpendapatan tinggi yang selaras dengan Pelan Tindakan OKU 2016-2022. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) |