SENARAI SOALAN




PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
Y.B. Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keputusan mahkamah rayuan terkini memutuskan bahawa Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 adalah melanggari Perlembagaan Persekutuan dan tiada hukuman diperuntukkan bagi kesalahan membunuh yang disabitkan terhadap kanak-kanak, apakah tindakan susulan akan dibuat oleh Kerajaan untuk meminda Akta berkenaan di Parlimen.
27 OGOS 2007 (Isnin)
YB Datuk Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad (Ketereh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) yang sedang diuruskan oleh Kementerian. Apakah Kementerian bercadang untuk menambah bilangan PPDK ini sehingga menjadi 2 buah bagi setiap kawasan Parlimen. Apakah perancangan untuk RMK-9.
28 OGOS 2007 (Selasa)
Y.B. Tuan Ismail bin Haji Mohamed Sabri (Kuala Krau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik mengenai program-program untuk warga emas yang tidak berupaya untuk menyara hidup mereka. Berapa ramaikah yang telah mendapat bantuan dari program ini, berapakah jumlah peruntukan tahunan dan apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan dari tahun 2006 dan terkini.
28 OGOS 2007 (Selasa)
Y.B. Dato’ Paduka Badruddin Bin Amiruldin (Jerai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramaikah ibu tunggal yang ada di Malaysia. Kategorikan mereka sama ada mereka di bawah skim PPRT, bekerja, usahawan dan ahli profesional dan lain-lain bidang yang mereka masuki. Apakah tindakan pihak Kementerian melindungi dan membela bagi mereka ini meneruskan hidup dan karier mereka.
28 OGOS 2007 (Selasa)
Y.B. Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) bilakah Dasar Wanita Negara yang baru akan diumumkan dan apakah pengisian utama di dalam dasar tersebut; dan (b) nyatakan tahap atau peratusan penglibatan wanita dalam kepimpinan di negara ini dan berikan contoh.
29 OGOS 2007 (Rabu)
Y.B. Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan memperkenalkan skim pencen sosial sebagai suatu langkah menangani masalah kemiskinan di kalangan warga tua sekiranya tidak, apakah sebab-sebabnya.
03 SEPTEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Dato’ Seri DiRaja Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah petugas-petugas di Institusi untuk Orang Kurang Upaya mendapat latihan dan kemahiran yang cukup untuk tugas-tugas mereka.
04 SEPTEMBER 2007 (Selasa)
Y.B Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status rang undang-undang Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah dirangka sejak 6 tahun dahulu. Adakah Kerajaan akan menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang hak golongan OKU.
05 SEPTEMBER 2007 (Rabu)
Y.B. Dato’ Firdaus Bin Harun (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah kejayaan Program “Satu Keluarga Satu Kaunselor” yang dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada awal tahun ini.
06 SEPTEMBER 2007 (Khamis)
Y.B. Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin [Parit Buntar] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana usaha mewujudkan Pusat Khidmat Komuniti bagi kemudahan pelbagai golongan dalam negara ini mencapai matlamatnya.
10 SEPTEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh (Temerloh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan kerajaan telah melancarkan Program “Satu Keluarga Satu Kaunselor” pada awal tahun ini. Sejauh manakah kemajuan yang telah dicapainya khususnya dalam membasmi masalah remaja yang berpunca dari masalah keluarga.
10 SEPTEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Ir. Haji Hamim Bin Samuri (Ledang) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi jurang di antara penduduk muda dan tua akan melebar jika tiada tindakan segera diambil bagi atasi kadar kelahiran bayi yang terus menurun seperti laporan oleh LPPKN.
11 SEPTEMBER 2007 (Selasa)
Y.B. Dato’ Lim Bee Kau (Padang Serai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah sebuah Pusat Khidmat Wanita atau Rumah Nur akan dibangunkan di Parlimen Padang Serai.
23 OKTOBER 2007 (Selasa)
Y.B. Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah cadangan untuk mengkaji kemungkinan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita untuk berhenti sementara daripada bekerja bagi melahirkan anak dan kembali bekerja setelah anak membesar akan dapat membaiki impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
23 OKTOBER 2007 (Selasa)
Y.B. Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menggalakkan warga emas aktif atau terlibat dalam bidang pekerjaan, pendidikan, penyertaan dalam komuniti dan penjagaan kesihatan mereka.
30 OKTOBER 2007 (Selasa)
Y.B. Dr. Junaidy bin Abd. Wahab (Batu Pahat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program pihak Kementerian untuk memenuhi keputusan Deklarasi Vienna yang menuntut persamaan hak wanita dan penghapusan kekerasan dan keganasan terhadap wanita dalam usaha kita untuk menegakkan kepentingan mereka memandangkan wanita berperanan besar dalam pembinaan institusi keluarga yang mencorakkan masyarakat kita.
31 OKTOBER 2007 (Rabu)
Y.B. Datuk Ismail Bin Abd. Mutalib (Maran) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah pihak Kerajaan akan menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi Daerah Maran.
05 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program dan dasar yang bertujuan untuk menangani masalah ketidaksaksamaan gender yang telah dilaksanakan sejak Kementerian ditubuhkan. Apakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah lagi yang masih perlu diusahakan.
05 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Tuan Billy Abit Joo (Hulu Rajang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai hukuman yang dikenakan ke atas kanak-kanak terlibat dalam jenayah serius. Patutkah undang-undang yang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas kanak-kanak yang sengaja melakukan kesalahan jenayah seperti orang dewasa sebagai usaha untuk pencegahan dan menjadi kayu pengukur. Sesiapa yang melakukan jenayah seperti membunuh dan merogol, hukuman yang dikenakan adalah sama seperti pesalah dewasa.
05 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Tuan Chong Hon Min (Sandakan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan yang menerima bantuan kewangan dan sebagainya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut negeri dari tahun 2006-2007. Adakah Kerajaan akan mengkaji semula dan menambah kadar bantuan yang sedia ada memandangkan kos kehidupan yang meningkat.
07 NOVEMBER 2007 (Rabu)
Y.B. Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada pihak Kerajaan bersedia memberikan hak keistimewaan kepada golongan warga emas dalam Negara kita misalnya mereka diberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang percuma.
12 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Datuk Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah inisiatif yang diambil oleh Kementerian dalam usaha menekankan konsep kepekaan sosial di kalangan masyarakat kita supaya gejala sosial dapat dibanteras.
15 NOVEMBER 2007 (Khamis)
Y.B. Dato’ Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai maklumat terkini, sejauhmana perkhidmatan kaunseling yang disediakan dapat diakses oleh ibu-ibu tunggal yang tinggal di luar bandar dan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan golongan ini tidak diabaikan.
15 NOVEMBER 2007 (Khamis)
Y.B. Dato\' Hasan Bin Malek (Kuala Pilah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang telah diambil di tempat kerja untuk menggalakkan penyertaan wanita di pasaran buruh, memandangkan wanita di Malaysia sekarang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi berbanding dengan masa lalu.
19 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Tuan Jawah Anak Gerang (Lubok Antu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan Kerajaan untuk membantu Ibu Tunggal dan wanita-wanita yang tidak berdaya bagi melindunginya daripada terjerumus dalam aktiviti maksiat dan pelacuran.
19 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Dato’ Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah pendidikan yang diambil bagi mengekang masalah penderaan, pembuangan dan pembunuhan bayi di kalangan masyarakat.
21 NOVEMBER 2007 (Rabu)
Y.B. Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan: (a) adakah pihak Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tiga Panel Hakim Mahkamah Rayuan untuk meminda hukuman Seksyen 97 (2) (4) Akta Kanak-kanak 2001 bagi pesalah juvana yang melakukan kesalahan membunuh; dan (b) adakah pesalah juvana ini benar-benar insaf dengan perbuatan jenayah yang mereka telah lakukan sepanjang mereka berada di bawah penahanan. Apakah signifikannya bagi membebaskan pesalah juvana yang telah melakukan pembunuhan kejam.
22 NOVEMBER 2007 (Khamis)
Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat (Seratok) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis dan jumlah bantuan yang diberikan kepada rakyat yang miskin dan berapakah jumlah keluarga yang menerima bantuan di Sarawak.
26 NOVEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peranan Kementerian dalam memastikan kadar jenayah di negara ini menurun kerana status atau keadaan kehidupan wanita, keluarga dan masyarakat mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan status kadar jenayah (positive correlation).
28 NOVEMBER 2007 (Rabu)
Y.B. Datuk Dr. Marcus Mojigoh (Putatan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) apakah jenis program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi menyemai modal insan di kalangan kanak-kanak; dan (b) jenis-jenis program, di mana dan jumlah kumpulan sasaran bagi maksud ini sejak RMK-9 dimulakan.
28 NOVEMBER 2007 (Rabu)
Y.B. Tuan Razali Bin Haji Ibrahim (Muar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) apakah punca-punca penurunan kadar perkahwinan pertama di negara ini; dan (b) adakah Kementerian bercadang untuk menganjurkan majlis-majlis perkahwinan secara berkumpulan bagi mengurangkan beban kos kepada pasangan.
03 DISEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah masalah pokok yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal dan jenis-jenis bantuan serta dasar yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan ibu-ibu tunggal. Berapakah isi rumah yang diketuai oleh ibu tunggal pendapatannya di bawah garis kemiskinan.
03 DISEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) jumlah yang telah diperuntukkan kepada setiap kawasan Parlimen di bawah “bantuan segera” bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007; dan (b) senaraikan kemudahan dan bantuan yang diberi oleh Kementerian kepada ibu tunggal, orang miskin dan orang kurang upaya.
03 DISEMBER 2007 (Isnin)
Y.B. Dato’ Paduka Badruddin Bin Amiruldin (Jerai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menambah bantuan bulanan kebajikan kepada penerima-penerima kerana kos hidup kini telah meningkat dan bantuan yang diberi kini tidak mencukupi.
11 DISEMBER 2007 (Selasa)
Y.B. Dato’ Abdul Rahman Bin Ariffin (Jerlun) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk sumbangan bulanan kepada rakyat yang berumur 71 tahun ke atas sebagai mengenang jasa mereka dalam pembangunan negara.
27 OGOS 2007 (Isnin)
YB Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara dan apakah skim gaji dan faedah yang diberikan kepada guru-guru PDK.
27 OGOS 2007 (Isnin)
Y.B. Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Santubong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) adakah terdapat Akta, Ordinan, Peraturan dan Arahan Persekutuan dan semua Negeri yang mempunyai kandungan peruntukan yang mendiskriminasikan wanita. Jika ada sila nyatakan; dan (b) apakah pendekatan yang dibuat oleh Kementerian agar undang-undang, ordinan, peraturan dan arahan ini dipinda dan digantikan.
27 OGOS 2007 (Isnin)
Y.B. Tuan Bernand S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan holistik untuk membendung masalah kanak-kanak terbiar khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
27 OGOS 2007 (Isnin)