YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini tentang projek Kajian Semula Dasar Wanita Kebangsaan yang ditauliahkan kepada pihak swasta. Nyatakan nama syarikat ini dan nama pakar yang melaksanakan tugas kajian semula, kos bayaran dan bilakah laporan akan disiapkan dan diumumkan kepada orang ramai.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
130
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini tentang projek Kajian Semula Dasar Wanita Kebangsaan yang ditauliahkan kepada pihak swasta. Nyatakan nama syarikat ini dan nama pakar yang melaksanakan tugas kajian semula, kos bayaran dan bilakah laporan akan disiapkan dan diumumkan kepada orang ramai.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
Y.B Tuan Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan yang diatur bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat dalam RMK-9 dan apakah bantuan kewangan kepada orang miskin atau yang memerlukan ditambah
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
46
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
Y.B Tuan Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan yang diatur bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat dalam RMK-9 dan apakah bantuan kewangan kepada orang miskin atau yang memerlukan ditambah
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MKPM) atau MAYANG di 219 kawasan Parlimen di seluruh negara sebagai usaha kerajaan untuk menggemblengkan semua pihak di peringkat akar umbi khususnya masyarakat setempat dalam usaha menangani isu-isu berkaitan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat.
Di samping itu, MKPM juga berperanan mempertingkatkan lagi jaringan kerja atau networking, bagi sektor-sektor yang bertanggungjawab dalam urusan kerja-kerja kemasyarakatan termasuk agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan orang perseorangan yang dapat digerakkan secara bersepadu.
Kementerian merancang supaya dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) ini MKPM akan memberi tumpuan kepada program-program dan aktiviti-aktiviti teras yang berkaitan dengan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat secara berterusan mengikut kesesuaian keperluan masyarakat setempat seperti berikut:
i. Program Pencegahan dan Pembangunan, menjurus kepada usaha menangani isu-isu sosial setempat yang dikenal pasti oleh pelbagai sektor dan disiplin dalam komuniti melalui penyediaan profil isu-isu sosial atau social mapping, bagi sesuatu kawasan Parlimen untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian seperti berikut:
a. Program motivasi dan kesedaran kepada keluarga;
b. Bengkel Kemahiran Keibubapaan;
c. Aktiviti untuk remaja;
d. Program Briged Kebajikan Perdana (BKP); dan
e. Lain-lain aktiviti yang bercorak pencegahan dan pembangunan masyarakat setempat.
ii. Program Intervensi Sosial, menjurus kepada pengesanan awal dan tindakan pembetulan serta pemantauan berterusan dijalankan di peringkat akar umbi yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a. Perkhidmatan intervensi awal dan sistem rujukan yang komprehensif; dan
b. Kumpulan pembimbing setempat mengikut lokasi yang sesuai di kawasan perumahan atau kampung.
iii. Program Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, bagi menggerakkan penyertaan komuniti melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a. Gotong-royong;
b. Berkhidmat sebagai Sukarelawan untuk membuat lawatan berkala ke rumah klien-klien JKM yang bersesuaian seperti warga tua, orang kurang upaya dan sebagainya bagi memberikan sokongan emosi dan sosial kepada klien yang terlibat khususnya yang tinggal berseorangan;
c. Menyertai program Unit Mayang di peringkat daerah yang berkaitan; dan
d. Menganjurkan sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari Warga Emas, Hari Orang Kurang Upaya dan pelbagai sambutan lain di peringkat komuniti sebagai usaha meningkatkan kesedaran umum.
Bagi memastikan perkhidmatan bantuan kewangan yang diberikan kepada kumpulan sasar benar-benar boleh memberikan impaknya, maka Kementerian sentiasa membuat kajian supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Sebagai contoh, dari aspek kadar bantuan, Kerajaan telah meluluskan kenaikan kadar baru bantuan JKM bagi skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Orang Tua (BOT) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006. Kadar baru yang diluluskan bagi skim BKK ialah dengan menambahkan kadar untuk setiap orang kanak-kanak daripada RM80.00 seorang sebulan kepada RM100.00 seorang sebulan dan kadar maksimum bantuan sekeluarga dinaikkan daripada RM350.00 sebulan kepada RM450.00 sebulan. Manakala kadar skim BOT pula telah dinaikkan daripada RM135.00 seorang sebulan kepada RM200.00 seorang sebulan.
Skim-skim bantuan lain termasuk Elaun Pekerja Cacat (EPC) masih kekal sebanyak RM200.00 seorang sebulan. Begitu juga dengan skim Bantuan Geran Pelancaran (BGP) yang boleh dipertimbangkan sekaligus sebanyak RM2,700.00 kepada klien-klien JKM yang mempunyai kemahiran dan minat dalam sesuatu bidang sebagai modal bagi mereka memulakan sesuatu projek atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan kepada keluarga ke arah hidup berdikari.
Golongan miskin atau yang memerlukan bukan sahaja menerima bantuan kewangan secara bulanan daripada JKM, tetapi mereka juga diberikan intervensi kerja kes atau case work oleh pegawai-pegawai yang terlatih bagi memastikan perubahan sikap di kalangan klien dan ahli keluarga yang terlibat supaya terus berusaha ke arah kehidupan berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan selama-lamanya.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Azmi bin Abd. Karim
2) Jawatan : Penolong Pengarah Kanan
3) Bahagian : Pembangunan Sosioekonomi dan
Bantuan
4) No. Tel : 03 – 26971090
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Rafek Reshidullah
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian :-
1) Nama : Encik Abas Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
YB Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal mengikut negeri dan berapakah jumlah yang tergolong dalam miskin tegar dan apakah langkah-langkah diambil bagi mengelak mereka daripada miskin tegar.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
184
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal mengikut negeri dan berapakah jumlah yang tergolong dalam miskin tegar dan apakah langkah-langkah diambil bagi mengelak mereka daripada miskin tegar.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penghuni di pusat pemulihan akhlak seluruh negara. Apakah kesalahan-kesalahan mereka dan sejauh manakah kejayaan mendidik mereka.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
186
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penghuni di pusat pemulihan akhlak seluruh negara. Apakah kesalahan-kesalahan mereka dan sejauh manakah kejayaan mendidik mereka.
- Klasifikasi Isu
JUVANA / PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini projek pusat jagaan kanak-kanak yang diumumkan pada penghujung tahun lalu. Nyatakan bagaimana projek ini akan dilaksanakan pihak-pihak terlibat dan anggaran kosnya.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
129
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini projek pusat jagaan kanak-kanak yang diumumkan pada penghujung tahun lalu. Nyatakan bagaimana projek ini akan dilaksanakan pihak-pihak terlibat dan anggaran kosnya.
- Klasifikasi Isu
PUSATJAGAAN/TASKA
JAWAPAN
Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada penghujung tahun 2005 adalah Taska Komuniti. Kerajaan telah meluluskan sebanyak 10 buah Taska Komuniti setiap tahun bermula dari 2006. Objektif utama program ini adalah untuk membantu ibu bapa berpendapatan rendah berdasarkan kepada kos pengasuhan bagi seorang kanak-kanak pada masa ini adalah di antara RM250.00 hingga RM400.00 sebulan. Ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan di bandar dan RM 1,200.00 di luar bandar adalah layak untuk dipertimbangkan bagi mendapat subsidi sebanyak RM180.00 seorang kanak-kanak sebulan sekiranya kanak-kanak tersebut ditempatkan di mana-mana Taska Komuniti. Ibu bapa hanya diminta membayar perbezaan yuran yang dikenakan oleh pengendali Taska Komuniti tersebut. Sekiranya yuran yang dikenakan adalah RM300.00 sebulan, ibu bapa hanya perlu membayar RM120.00 sahaja kerana subsidi sebanyak RM180.00 diberi oleh Kerajaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengendali program ini di mana 10 buah Taska Komuniti telah dipilih bagi tahun 2006. Pengiktirafan akan dikeluarkan oleh Jabatan kepada Agensi/Organisasi yang mempunyai pengalaman bagi mengendali Taska ini supaya kualiti pengasuhan seperti yang ditetapkan di dalam Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak dapat dipatuhi. Pegawai-pegawai Taska di negeri dan daerah diarah supaya memantau aktiviti Taska ini. Sekiranya perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan maka pengiktirafan kepada agensi/organisasi berkenaan boleh ditarik balik.
Anggaran kos bagi mengendalikan Taska Komuniti tidak melebihi RM64,000.00 sebulan bagi sebuah Taska yang menerima masuk sebanyak 30 orang kanak-kanak. Kos ini boleh berubah bergantung kepada bayaran subsidi, makanan, utiliti dan peralatan. Geran Pelancaran maksima sebanyak RM55,000 boleh dipertimbangkan kepada agensi/organisasi berkenaan sekiranya diperlukan untuk pembelian peralatan dan perkakasan bagi memulakan aktiviti.
Perkembangan dan prestasi terkini 10 buah Taska Komuniti yang dipilih untuk tahun 2006 adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
LAPORAN KEMAJUAN 10 BUAH TASKA KOMUNITI 2006
1. TASKA KOMUNITI KOMPLEKS PENYAYANG BAKTI SG. BULUH, SELANGOR
- 21/2/06 Diberi pengiktirafan kepada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia untuk menjalankan operasi.
- 01/3/06 PPBM menyiapkan premis, menyediakan perabot dan kemudahan pengasuhan.
- 01/05/06 mula beroperasi.
2. TASKA KOMUNITI KG. LIMAU, PANTAI DALAM, K.LUMPUR
- 21/2/06 Pengiktirafan diberi kepada Persatuan Pengusaha Taska Wilayah Persekutuan untuk menjalankan operasi.
- Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menandatangani surat perjanjian penyerahan premis bersama DBKL pada 1/05/2006.
- DBKL akan membuat ubahsuai bangunan sebelum mula beroperasi.
- Jangka bermula pada 1 Julai 2006
3. TASKA KOMUNITI KAWASAN PERUMAHAN AWAM SEMENTARA KERINCHI KTM, JALAN 1/112E, PANTAI DALAM 59200 KUALA LUMPUR.
- DBKL akan membuat penyerahan rasmi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- JKM Wilayah Persekutuan diminta mendapatkan kertas cadangan agensi/organisasi yang berminat untuk menjalankan Taska Komuniti sebelum diberi pengiktirafan.
- Jangka bermula 1 Ogos 2006
4. TASKA KOMUNITI KOMPLEKS PENYAYANG DR. SITI HASMAH, KANGAR, PERLIS
- PKMN Perlis diminta mengemukakan profil cadangan agensi/organisasi yang akan diberi pengiktirafan.
- Jun/Julai ubahsuai bangunan kepada Taska
- Jangka mula beroperasi 1 Ogos 2006
5. TASKA KOMUNITI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR MERBAU KUDUNG, SG. DUA, BUTTERWORTH, P.PINANG
- PKMN P.Pinang diminta membuat pembaikan premis iaitu tambahan bilik air, ruang makan dan dapur.
- JKM Negeri diminta cadangkan profil agensi/organisasi yang sesuai untuk diberi pengiktirafan.
- Jangka mula beroperasi 1 Ogos 2006
6. TASKA KOMUNITI No.6, TAMAN MAHAGONI, JALAN TANJONG BENDAHARA, ALOR SETAR, KEDAH
- PKMN Kedah perlu menyediakan dokumen perjanjian sewa premis kerana ianya milik persendirian.
- JKM Negeri telah diminta mengemukakan profil cadangan agensi/organisasi yang akan mengendalikan TASKA Komuniti.
- Jangka mula beroperasi 1 September 2006.
7. TASKA KOMUNITI NO.16,JALAN RAJA UDANG, LARKIN JAYA, JOHOR BAHRU,JOHOR
- PKMN Johor perlu menyediakan dokumen perjanjian sewa premis kerana premis milik persendirian.
- JKM Negeri telah mengemukakan cadangan profil agensi/organisasi yang akan mengendalikan TASKA Komuniti.
- Jangka mula beroperasi 1 September 2006.
8. TASKA KOMUNITI TAMAN SERI DUYUNG, MELAKA
- PKMN Melaka perlu menyediakan dokumen perjanjian sewa premis kerana premis milik persendirian.
- JKM Melaka diminta mengemukakan cadangan profil agensi/organisasi yang akan mengendalikan TASKA Komuniti.
- Jangka beroperasi pada 1 September 2006.
9. TASKA KOMUNITI KEKWA, DESA MENTARI, KG. LINDUNGAN PETALING JAYA, SELANGOR
- Menunggu penyerahan rasmi premis kepada JKM Selangor.
- JKM Selangor diminta membuat pengubahsuai bangunan
dan mengemukakan profil cadangan agensi/organisasi yang sesuai untuk diberi pengiktirafan mengendalikan Taska Komuniti.
- Jangka mula beroperasi 1 September 2006.
10. TASKA KOMUNITI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- JKM Negeri telah mengemukakan cadangan premis untuk dijadikan Taska Komuniti didapati premis tidak sesuai.
- JKM Negeri diminta mengemukakan semula cadangan premis dan cadangan profil agensi/organisasi yang sesuai untuk mengendalikan Taska Komuniti.
- Jangka mula beroperasi pada 1 Oktober 2006
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Shahrudin bin Shar Kashim
2) Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
3) Bahagian : Perundangan dan Advokasi, JKM
4) No. Tel : 03-26165850
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Rafek bin Reshidullah
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
YB Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun ( Rantau Panjang ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah pesalah juvana mengikut negeri bagi tahun 2003, 2004 dan 2005. Apakah jenis jenayah yang mereka lakukan serta apakah langkah-langkah Kementerian bagi mewujudkan sebuah keluarga dan masyarakat yang bahagia.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
218
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun ( Rantau Panjang ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah pesalah juvana mengikut negeri bagi tahun 2003, 2004 dan 2005. Apakah jenis jenayah yang mereka lakukan serta apakah langkah-langkah Kementerian bagi mewujudkan sebuah keluarga dan masyarakat yang bahagia.
- Klasifikasi Isu
JUVANA / PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana konsep ‘gender mainstreaming’, ’gender focal point’ dan ’gender budgeting’ dilaksanakan. Nyatakan bagaimana pelaksanaan konsep-konsep ini akan menghasilkan kesaksamaan gender.
26 JUN 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2006 (Isnin)
- No.Soalan
128
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana konsep ‘gender mainstreaming’, ’gender focal point’ dan ’gender budgeting’ dilaksanakan. Nyatakan bagaimana pelaksanaan konsep-konsep ini akan menghasilkan kesaksamaan gender.
- Klasifikasi Isu
GENDER
JAWAPAN
Kerajaan khususnya melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa berusaha bagi memastikan kesaksamaan gender dicapai. Bagi mencapai matlamat kesaksamaan gender kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengarusperdanakan gender atau gender mainstreaming termasuklah menggubal dasar, melaksanakan program dan memperkukuhkan jentera pengurusan yang berkaitan.
Gender mainstreaming adalah proses mengintegrasikan gender dalam semua sektor dan peringkat pengurusan dari segi perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu dasar, program atau projek bagi mencapai matlamat kesaksamaan gender. Antara contoh tindakan atau langkah di bawah gender mainstreaming ialah bajet gender atau gender budgeting, pusat tumpuan gender atau gender focal point, pelaksanaan dasar 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, analisis gender dan sebagainya. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang berperanan menentukan hala tuju dan memantau program/projek berkaitan kepentingan gender juga merupakan konsep di bawah gender mainstreaming.
Gender focal point (GFP) adalah jentera pentadbiran kerajaan yang diwujudkan di setiap kementerian dan agensi kerajaan dan ia adalah merupakan salah satu kaedah di bawah konsep gender mainstreaming. Ia diwujudkan bertujuan untuk menyebarluas dan mengintegrasikan konsep gender dalam semua perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar, program atau projek agar peka gender. Dengan wujudnya GPF, KPWKM akan lebih mantap lagi dalam usaha mengarusperdanakan gender. Pegawai-pegawai GFP berperanan menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan terutamanya di dalam proses penggubalan dasar dan pemantauan program di kementerian dan agensi masing-masing. Pegawai-pegawai ini juga akan membantu melicinkan pelaksanaan program gender mainstreaming seperti pelaksanaan bajet gender, pengumpulan data mengikut pecahan gender dan analisis gender. Setakat ini sebanyak 26 kementerian dan 13 agensi kerajaan yang berkaitan telah melantik Gender Focal Point (GFP) masing-masing. Oleh yang demikian, pewujudan GFP akan dapat mempercepat dan meningkatkan usaha mengintegrasikan gender dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Bajet gender atau gender budgeting adalah salah satu program di bawah gender mainstreaming. Bajet merupakan alat yang penting dan utama bagi kerajaan melaksanakan sesuatu projek atau program. Justeru, bajet yang mengambil kira keperluan gender yang berbeza akan menyumbang ke arah pencapaian kesaksamaan gender di negara ini. Melalui bajet, konsep gender dapat diserapkan dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu dasar, program atau projek.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Kua Abun
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita dan Keluarga
4) No. Tel. : 03-26904023
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Puan Margaret Ho
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian Dasar Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
MAKLUMAT TAMBAHAN
Konsep Gender
i) Jantina merujuk kepada perbezaan biologi antara lelaki dan perempuan. Jantina ditentukan sejak kelahiran dan kekal sehingga ke akhir hayat. Jantina tidak berubah mengikut perubahan zaman, di mana fungsi lelaki dan wanita tidak berubah. Contoh: Perempuan melahirkan dan menyusukan anak dan fungsi ini tidak boleh diambil alih oleh lelaki;
ii) Gender merujuk kepada perbezaan peranan dan tanggungjawab sosial antara lelaki dan perempuan, sama ada dalam keluarga, komuniti atau budaya. Peranan dan tanggungjawab boleh dipelajari dan boleh berubah mengikut tanggapan masyarakat dan peredaran masa/zaman. Contoh: dalam tahun 1960an dan 1970an wanita tidak memandu atau menjadi pemandu bas/teksi. Kini peranan tersebut boleh dipikul oleh wanita dan masyarakat menerimanya;
iii) Kesaksamaan gender bermaksud lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama rata untuk mencapai hak asasi manusia dan potensi masing-masing sepenuhnya ke arah menyumbang dan mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Dengan kata lain, lelaki dan perempuan dinilai secara sama rata oleh masyarakat dari segi kesamaan dan perbezaan peranan yang dimainkan oleh mereka berasaskan bahawa lelaki dan perempuan merupakan rakan kongsi yang saksama di rumah, di tempat kerja, dalam komuniti dan masyarakat;
iv) Gender mainstreaming adalah proses mengintegrasikan perseptif gender dalam semua perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu dasar dan program/projek bagai mencapai matlamat kesaksamaan gender;
v) Analisis gender adalah pengumpulan dan penganalisisan data mengikut pecahan jantina dan menerokai perbezaan pengalaman, pengetahuan, kebolehan dan keperluan antara lelaki dan wanita. Dengan itu, program, dasar dan strategi sensitif gender dapat digubal dan memenuhi keperluan yang berbeza itu secara lebih berkesan dan optimum; dan
vi) Bajet gender ialah bajet yang mengambil kira perspektif gender dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaannya. Ia bertujuan untuk membawa kesedaran mengenai perspektif gender ke dalam dasar dan bajet kesemua kementerian dan agensi dengan mengambil kira perbezaan kedudukan, peranan sumbangan serta keperluan antara lelaki dan wanita. Objektifnya adalah untuk memenuhi keperluan yang berbeza antara gender secara saksama setakat yang mungkin, supaya semua golongan dapat mencapai potensi masing-masing.
Bajet gender bukan merupakan satu bajet yang berasingan kepada wanita tetapi menggabungkan perspektif gender ke dalam bajet negara sedia ada untuk mempastikan ianya peka gender. Ia tidak memperuntukkan berapa peratus bajet untuk wanita tetapi mengambil kira keperluan lelaki dan wanita, di bandar dan luar bandar dan mempastikan program dan perbelanjaan yang disediakan memenuhi keperluan golongan berkenaan. Bagi program-program tertentu, bajet yang peka gender akan memberikan faedah yang lebih kepada kaum lelaki sementara bagi program yang lain, kaum wanita akan lebih menikmati faedahnya. Dengan menetapkan sasaran, bajet gender akan dapat mempertingkatkan prioriti, perancangan, pengurusan pelaksanaan, pengesahan dan penilaian, dan impak bagi sesuatu program.
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah kandungan isu-isu utama di dalam laporan yang disampaikan di konvensyen mengenai Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
27 JUN 2006 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 JUN 2006 (Selasa)
- No.Soalan
39
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah kandungan isu-isu utama di dalam laporan yang disampaikan di konvensyen mengenai Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
- Klasifikasi Isu
GENDER
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah usaha mewujudkan pegawai yang berjiwa penyayang dan sanggup turun padang untuk membantu orang susah terutamanya di kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dilaksanakan dan adakah analisa statistik kejayaan pendekatan telah dibuat.
28 JUN 2006 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
28 JUN 2006 (Rabu)
- No.Soalan
71
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah usaha mewujudkan pegawai yang berjiwa penyayang dan sanggup turun padang untuk membantu orang susah terutamanya di kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dilaksanakan dan adakah analisa statistik kejayaan pendekatan telah dibuat.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
Y.B. Datuk Haji Mohd Razali bin Che Mamat (Kuala Krai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan pihak Kementerian telah banyak berusaha mempertingkatkan kualiti Orang Kurang Upaya (OKU). Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian setelah proses pendaftaran OKU dijalankan. Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh Kementerian selepas proses tersebut.
03 JULAI 2006 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 JULAI 2006 (Isnin)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
Y.B. Datuk Haji Mohd Razali bin Che Mamat (Kuala Krai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan pihak Kementerian telah banyak berusaha mempertingkatkan kualiti Orang Kurang Upaya (OKU). Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian setelah proses pendaftaran OKU dijalankan. Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh Kementerian selepas proses tersebut.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Datuk Haji Md. Alwi bin Haji Che Ahmad (Ketereh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengatasi golongan termiskin dari kalangan janda, ibu tunggal dan anak-anak yatim memandangkan kebanyakan peruntukan PPRT adalah di bawah Kementerian lain seperti pembinaan rumah PPRT di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan apakah ada penyelarasan antara Kementerian.
04 JULAI 2006 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
04 JULAI 2006 (Selasa)
- No.Soalan
46
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Datuk Haji Md. Alwi bin Haji Che Ahmad (Ketereh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengatasi golongan termiskin dari kalangan janda, ibu tunggal dan anak-anak yatim memandangkan kebanyakan peruntukan PPRT adalah di bawah Kementerian lain seperti pembinaan rumah PPRT di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan apakah ada penyelarasan antara Kementerian.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah rancangan Kementerian untuk mewujudkan kembali seksyen-seksyen yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang telah dimansuhkan setelah Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan dan apakah seksyen-seksyen tersebut.
05 JULAI 2006 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
05 JULAI 2006 (Rabu)
- No.Soalan
5
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah rancangan Kementerian untuk mewujudkan kembali seksyen-seksyen yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang telah dimansuhkan setelah Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan dan apakah seksyen-seksyen tersebut.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Terlebih dahulu saya mengalu-alukan keprihatinan Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kebajikan dan hal ehwal kanak-kanak di negara ini kerana perkara ini adalah selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dengan izin, “Convention on the Rights of the Child (CRC)” yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan komited dalam memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada kehidupan (survival), perkembangan (development), perlindungan (protection) dan penyertaan (participation) kanak-kanak.
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 telah dimansuhkan bersama-sama dengan Akta Juvana dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 setelah Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001) dikuatkuasakan.
Secara umumnya AKK 2001 diwujudkan bagi menyatukan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk memasukkan peruntukan-peruntukan baru yang lebih baik supaya kanak-kanak diberi perlindungan dan bantuan yang diperlukan.
Sehubungan itu, seksyen-seksyen yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak di bawah Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 tidak perlu diwujudkan semula memandangkan peruntukan berkaitan perlindungan kanak-kanak yang terkandung di dalam AKK 2001 adalah menyeluruh.
Pada masa sekarang, Kementerian ini sedang menimbang cadangan meminda AKK 2001 bertujuan menambah baik peruntukan sedia ada bagi menjaga kepentingan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasi oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1995.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Harjeet Singh
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha (DPM) 2
3) Bahagian : Dasar (Pembangunan Masyarakat)
4) No. Tel : 03-26930095 ext. 4024
Jawapan Disemak Oleh:-
1) Nama : Puan Margaret Ho
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian Dasar
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Abas Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (O)
YB Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peratusan terkini wanita bekerjaya dan berkeluarga dan kemudahan serta prasarana yang disediakan untuk memudahkan mereka bekerjaya.
06 JULAI 2006 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 JULAI 2006 (Khamis)
- No.Soalan
8
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peratusan terkini wanita bekerjaya dan berkeluarga dan kemudahan serta prasarana yang disediakan untuk memudahkan mereka bekerjaya.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Penyiasatan Tenaga Buruh 2004 didapati jumlah tenaga buruh di negara ini iaitu penduduk yang berada dalam kumpulan umur bekerja 15-64 tahun adalah kira-kira seramai 16.1 juta di mana 7.9 juta adalah wanita sementara 8.2 juta adalah lelaki.
Daripada jumlah tersebut, didapati kadar penyertaan dalam tenaga buruh adalah seramai kira-kira 10.3 juta orang di mana kira-kira 3.7 juta atau 47 peratus daripada 7.9 juta orang adalah wanita berbanding kira-kira 6.6 juta atau 80 peratus daripada 8.2 juta orang lelaki.
Walaupun terdapat kira-kira 10.3 juta tenaga buruh dalam lingkungan umur 15-64 tahun di negara ini, sebenarnya hanya kira-kira 10 juta sahaja yang bekerja, di mana 3.6 juta atau 36 peratus adalah wanita berbanding lelaki seramai 6.4 juta atau 64 peratus. Perangkaan tahun 2004 juga mencatatkan bahawa sebanyak 60 peratus atau 2.16 juta daripada wanita yang bekerja telah berkahwin dan berkeluarga.
Memang tidak dapat dinafikan, wanita yang bekerja menghadapi banyak cabaran kerana mereka perlu memainkan dua peranan iaitu sebagai suri rumah tangga serta pekerja. Menyedari masalah ini, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan dan prasarana untuk menggalakkan wanita terus menyumbang tenaga dalam pembangunan negara.
Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah :-
1. Menggalakkan penubuhan TASKA sama ada di tempat kerja atau di kawasan perumahan. Mulai tahun 1996, Kerajaan telah memberi insentif kepada majikan sektor swasta yang menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak iaitu pelepasan cukai sebanyak 10 peratus selama 10 tahun terhadap perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan yang dibina khas untuk TASKA. Kemudahan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi pihak swasta menubuhkan TASKA di tempat kerja.
Bagi menggalakkan penubuhan TASKA di tempat kerja di sektor awam pula, Kerajaan telah menyediakan geran pelancaran tidak melebihi RM50,000 kepada Kementerian atau Jabatan yang menubuhkan taska di tempat kerja. Kerajaan juga telah memberi pengecualian kelulusan pelan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi TASKA yang ditubuhkan di bangunan milik kerajaan.
2. Bagi mengambilkira kesulitan yang dihadapi oleh ibubapa berpendapatan rendah untuk menghantar anak ke TASKA di tempat kerja, Kerajaan telah meluluskan cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak berasaskan komuniti (community-based childcare centre) atau TASKA Komuniti pada tahun 2005. Melalui kaedah ini, Kerajaan menyediakan geran pelancaran serta subsidi yuran asuhan bagi isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 bagi kawasan bandar dan RM1,200 bagi kawasan luar bandar.
3. Di samping itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga sedang dalam tindakan meminda Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang bertujuan untuk memperkemaskan aspek pengurusan dan pemantauan pusat penjagaan kanak-kanak untuk menjamin mutu khidmat asuhan yang disediakan oleh pusat-pusat tersebut. Ini adalah untuk memastikan aspek pembangunan dan penjagaan awal kanak-kanak tidak diabaikan.
4. Bagi memberi kemudahan kepada ibu untuk menyusukan bayi, Kerajaan turut menggalakkan majikan menyediakan bilik penyusuan susu ibu di tempat kerja. Kerajaan sedang menyediakan standard minimum yang perlu dipatuhi untuk penyediaan kemudahan tersebut.
5. Selain daripada itu, mulai 1 Mei 1998, Kerajaan telah melanjutkan tempoh cuti bersalin di sektor awam daripada 42 hari kepada 60 hari. Kakitangan sektor awam juga dibenarkan mengambil cuti menjaga anak selama 90 hari dengan separuh gaji. Ini adalah bagi memberi peluang ibu memulihkan kesihatan mereka di samping dapat menyusu dan menjaga (nurture) anak yang baru lahir.
6. Bagi membantu wanita yang ingin meneruskan kerjaya tetapi dalam masa yang sama ingin berada di rumah bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan rumah tangga, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan memperkenalkan konsep bekerja dari rumah sebagai cara kerja alternatif pada tahun 2004. Selaras dengan keputusan tersebut, KPWKM dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga PBT sedang menyediakan garis panduan bagi tujuan perlaksanaan bekerja dari rumah. Dalam masa yang sama KPWKM sedang menyediakan Cadangan Buku Panduan Pejabat@Rumah bagi memudahkan orang ramai yang ingin menceburi bidang ini memperolehi maklumat asas yang berkaitan.
Tuan Yang Di Pertua,
Peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan akan diberi tumpuan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kerajaan telah menggariskan teras strategik yang menggalakkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan bagi meningkatkan lagi kemajuan wanita. Antara strategi yang akan terus dilaksanakan termasuk meningkatkan penyediaan kemudahan sokongan bagi membolehkan wanita menyertai pasaran pekerjaan seperti melalui penyediaan peraturan kerja yang kondusif, mewujudkan peraturan kerja baru dan fleksible seperti telekerja, kerja sambilan dan perkongsian kerja.
Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan wanita yang telah berkahwin meneruskan kerjaya mereka, tanggungjawab pengurusan rumah tangga bukan hanya terletak pada wanita sahaja. Tanggungjawab tersebut perlu dikongsi bersama antara wanita dan lelaki.
KPWKM sememangnya menggalakkan suami untuk sama-sama memikul tanggungjawab mengurus rumah tangga melalui kempen kesedaran dan kursus keibubapaan seperti Kempen Utamakan Keluarga dan pakej SMARTSTART. Ini adalah penting bagi mengubah persepsi masyarakat yang menganggap tanggungjawab mengurus rumah tangga terletak dibahu isteri semata-mata. Kempen bagi mengubah persepsi masyarakat ini akan diadakan secara berterusan dan meluas meliputi setiap lapisan masyarakat.
Jawapan Disediakan Oleh:
1) Nama : Cik Priscilla Bong AK Samson Onggie
2) Jawatan : Penolong Setiausaha (W)1
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Wanita dan Keluarga
4) No. Tel : 03-26904032
Jawapan Diluluskan Oleh:
1) Nama : Puan Margaret Ho
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian Dasar Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
Y.B. Dato’ Firdaus Bin Harun (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian Dasar Sosial Negara dalam membentuk masyarakat sejahtera dan saksama dan apakah rancangan jangka panjang Kementerian bagi memastikan dasar itu mencapai matlamatnya.
06 JULAI 2006 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 JULAI 2006 (Khamis)
- No.Soalan
48
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
Y.B. Dato’ Firdaus Bin Harun (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pencapaian Dasar Sosial Negara dalam membentuk masyarakat sejahtera dan saksama dan apakah rancangan jangka panjang Kementerian bagi memastikan dasar itu mencapai matlamatnya.
- Klasifikasi Isu
MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN)
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya sedar betapa sukarnya untuk mengukur pencapaian Dasar Sosial Negara (DSN) secara kuantitatif dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan saksama. DSN lebih bersifat kualitatif di mana perspektif ‘sosial’ dalam DSN merujuk kepada kehidupan serta jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dengan anggota-anggota masyarakat yang lain dalam persekitaran yang baik dan harmonis. Oleh yang demikian, aspek pembangunan sosial biasanya akan mengambil satu tempoh tertentu bagi melihat impaknya kepada negara.
DSN merupakan suatu dasar yang berlandaskan kepada prinsip pembangunan menyeluruh di mana pembangunan ekonomi diseimbangi dengan pembangunan sosial bagi mencapai hasrat pembangunan negara yang mantap. Jentera pelaksanaan Arahan No.1/2004 merupakan juga jentera pelaksanaan DSN di peringkat nasional, negeri dan daerah. Majlis Sosial Negara merupakan jentera utama pelaksanaan DSN yang bertanggungjawab memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara dapat dibuat secara teratur.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara mengandungi kaedah-kaedah jangka pendek dan jangka panjang yang boleh digunakan oleh semua agensi sosial sama ada di peringkat Kerajaan mahu pun di peringkat swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO). Selain itu, Majlis Sosial Negara telah juga memutuskan bahawa semua jentera pelaksanaan DSN perlu memastikan agenda sosial menjadi salah satu agenda dalam sesi perbincangan masing-masing agar impak sosial yang negatif kepada pembangunan berupaya dibendung di peringkat awal lagi.
Kementerian ini sedang melaksanakan beberapa program untuk memastikan kejayaan DSN terutama dalam aspek memantapkan lagi nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran kekeluargaan dan keibubapaan. Dalam masa yang sama Kementerian juga sedang berusaha untuk memastikan program pembangunan kemasyarakatan dan program kebajikan dengan penglibatan aktif pemimpin tempatan khususnya di kawasan-kawasan parlimen berupaya menyumbang ke arah pencapaian matlamat DSN.
Kementerian yakin melalui usaha-usaha yang bersepadu dari semua pihak, DSN pasti berupaya memacu kejayaan negara yang mantap, sekaligus mencapai hasrat pembentukan masyarakat sejahtera dan saksama.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Helmy Zai Ibrahim
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Bahagian Pelaksanaan DSN
4) No. Tel : 03-26165610
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Abd. Rahman bin Jaafar
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
3) Bahagian : Bahagian Pelaksanaan DSN
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
Y.B Datuk Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha menggembleng persatuan-persatuan masyarakat setempat untuk turut serta dengan aktif dalam program-program yang diatur oleh Kementerian bagi membendung serta mengurangkan gejala sosial seperti melepak yang semakin meningkat dengan lebih berkesan lagi.
06 JULAI 2006 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
06 JULAI 2006 (Khamis)
- No.Soalan
21
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
Y.B Datuk Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha menggembleng persatuan-persatuan masyarakat setempat untuk turut serta dengan aktif dalam program-program yang diatur oleh Kementerian bagi membendung serta mengurangkan gejala sosial seperti melepak yang semakin meningkat dengan lebih berkesan lagi.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Agensi dan Jabatan-jabatan di bawahnya, sememangnya sentiasa bekerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dalam pelaksanaan pelbagai program gejala sosial dan pembangunan masyarakat. Pihak KPWKM juga menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada NGO sama ada dalam bentuk geran tahunan mahupun bantuan bagi menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan.
Di samping itu juga beberapa program khusus dijalankan seperti program pencegahan gejala sosial yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK) dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK), di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di bawah Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak juga menjadi tempat sumber maklumat dan pusat advokasi kepada orang awam dan persatuan-persatuan masyarakat berkaitan permasalahan sosial dalam masyarakat setempat.
Melalui Program ‘Memasyarakatkan Institusi’ iaitu program yang melibatkan penyertaan orang awam dalam program pemulihan di institusi pemulihan akhlak JKM, ia dapat memberikan ruang kepada persatuan-persatuan masyarakat setempat terlibat secara aktif membuat lawatan ke institusi pemulihan akhlak dan memberikan pandangan dalam meningkatkan usaha pemulihan kanak-kanak yang lebih berkesan dan mengelakkan gejala sosial yang berulang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat.
Begitu juga dengan Pusat Rujukan Sosial (PRS) yang ditubuhkan di bawah Dasar Sosial Negara (DSN), ia dapat memberikan sumber maklumat kepada persatuan-persatuan berkaitan kedudukan gejala sosial dalam masyarakat setempat kerana PRS telah dapat mewujudkan kerjasama di antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani gejala sosial setempat seperti Polis, Jabatan Agama dan Jabatan Pelajaran. Ianya juga dapat menggembleng persatuan-persatuan masyarakat terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KPWKM.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Ahmad Hashim Selamat
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Kanak-Kanak, JKM
3) No. Tel. : 03-26165866
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Rafik Reshidullah
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
MAKLUMAT TAMBAHAN
JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK
1. Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK) dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut subseksyen 128(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
2. Ahli JKK dilantik dari kalangan masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang. Ada di kalangan professional seperti Pegawai Kerajaan, ahli akademik, pekerja sosial, ahli perniagaan, tokoh agama, politik, belia dan sebagainya.
3. Nama-nama calon JKKD dicadangkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan diperakukan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
4. Setiap JKK diberi bantuan peruntukan setiap tahun untuk urusan pentadbiran dan aktiviti yang akan dijalankan.
5. Tempoh perlantikan ahli JKK ialah selama 3 tahun. Ahli-ahli yang telah tamat tempohnya boleh dilantik semula bagi tempoh 3 tahun berikutnya.
6. Di antara peranan dan tanggungjawab JKK ialah :-
a. Menggalakkan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti pencegahan jenayah dan salah laku di kalangan kanak-kanak di bawah 18 tahun.
b. Menyelia kanak-kanak yang keluar dari institusi pemulihan seperti Sekolah Tunas Bakti (JKM) dan Sekolah Henry Gurney (Jab. Penjara)
c. Mengawasi remaja yang diperintahkan menjalani pemulihan di luar institusi oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan diletak di bawah pengawasan JKM.
d. Melawat tempat-tempat tahanan di mana kanak-kanak ditahan sementara seperti Asrama Akhlak JKM supaya Kebajikan dan layanan kepada kanak-kanak dapat dipelihara dan tidak diabaikan.
e. Mendapatkan latihan dan pekerjaan kepada remaja yang diselia supaya dapat menyambung latihan selepas institusi atau mendapat latihan bagi yang dipulihkan di luar institusi.
f. Mendapatkan keluarga angkat kepada kanak-kanak yang diselia dan tidak mempunyai ibu bapa atau tersisih dari keluarga.
g. Menasihati atau mencadangkan sesuatu kepada Menteri tentang perubahan-perubahan yang perlu jika didapati ada ruang tentang dasar tidak melindungi atau memberi Kebajikan kepada kanak-kanak.
PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
Ditubuhkan di bawah seksyen 7 (1) Akta kanak-Kanak 2001. Jawatankuasanya terdiri dari ahli-ahli masyarakat setempat dan boleh ditentukan mengikut keperluan setempat. Kini terdapat 105 buah pasukan telah ditubuhkan.
Peranan dan Tanggungjawab PPKK
1. Membantu Majlis dalam melaksanakan fungsi dan tugasnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta.
2. Mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak.
3. Menyelaras pelbagai sumber Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan perlindungan kanak-kanak.
4. Membangun program-program untuk mendidik masyarakat dalam pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
5. Menyelaras dan memberi nasihat tentang pembangunan program-program latihan bagi anggota PPKK di seluruh negeri.
6. Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan oleh Akta Kanak-Kanak 2001.
7. Membantu mana-mana pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat berkaitan perlindungan kanak-kanak.
8. Menganjurkan program pendidikan masyarakat dalam bentuk ceramah, forum dan sebagainya.
9. Menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan bagi kanak-kanak dan keluarga.
10. Menjalankan apa-apa arahan daripada Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-kanak.
PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK
Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) merupakan usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha pencegahan gejala sosial. Di bawah anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak. Kini terdapat sebanyak 132 PAKK di seluruh Negara.
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak.
2. Menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.
3. Mengadakan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.
YB Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian telah menempatkan seorang kaunselor bagi setiap daerah dan jika belum, bilakah dimulakan. Apakah masalah dalam pelaksanaannya.
18 JULAI 2006 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
18 JULAI 2006 (Selasa)
- No.Soalan
16
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006
- Soalan
YB Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian telah menempatkan seorang kaunselor bagi setiap daerah dan jika belum, bilakah dimulakan. Apakah masalah dalam pelaksanaannya.