SENARAI SOALAN




PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB Tuan Razali bin Haji Ibrahim (Muar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) apakah umur layak warga tua yang diiktiraf oleh Kerajaan kerana terdapat berlainan pandangan daripada pelbagai pihak; dan (b) apakah rasional Kerajaan bagi menggalak warga tua untuk mendaftarkan diri mereka sebagai warga tua kerana rekod kad pengenalan boleh digunakan bagi tujuan ini.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan unjuran bilangan warga emas, bilangan warga emas miskin yakni termasuk pesara yang tidak mempunyai pendapatan bulanan atau ‘social security’. Adakah Kementerian sanggup meminta peruntukan sekurang-kurangnya RM500 juta dengan menetapkan syarat-syarat bagi membolehkan warga emas miskin tersebut menerima bantuan.
03 OKTOBER 2005 (Isnin)
YB Tuan Kula Segaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes keganasan rumah tangga di Malaysia sejak 12 bulan yang lepas dengan jumlah mangsa wanita, laki-laki dan kanak-kanak dan peratusan kes yang telah selesai.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Tuan Kala Segaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- a) Bilakah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang mengandungi tiga kekurangan serius dan dianggap tidak efektif akan dipinda; dan b) Adakah pindaan itu akan mendefinisikannya sebagai kes jenayah, merangkumi penderaan psikologi, mental dan emosi, penguatkuasaan lebih efektif Perintah Perlindungan Sementara dan Perlindungan.
24 OKTOBER 2005 (Isnin)
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah syarat-syarat untuk memperolehi kelulusan wang bantuan untuk golongan miskin daripada jumlah RM20,000 peruntukan khas tersebut. Sila nyatakan berapakah jumlah yang telah digunakan bagi penduduk di kawasan Parlimen Batu Gajah.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Dr. Mohamed Hayati bin Othman (Pendang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendapat bantuan bulanan, sekaligus dan ketika bencana di seluruh negara serta jumlah bantuan yang diberikan dalam setahun mengikut negeri dan kriteria pemilihan calon untuk mendapatkan bantuan.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datuk Ismail Sabri bin Yaacob (Bera) meminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis-jenis bantuan dan golongan penerima bantuan kebajikan masyarakat dan jumlah bantuan yang diterima mengikut jenisnya.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datuk Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan agar setiap bantuan yang diberikan kepada golongan miskin adalah lebih dalam bentuk ilmu, peralatan dan kemahiran serta khidmat nasihat berkala daripada bentuk kewangan semata-mata. Ini bagi mengelakkan golongan tersebut menjadi pasif atas bantuan yang diberikan selama ini.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- a) apakah bentuk perlindungan dan bantuan yang pihak Kementerian berikan kepada mangsa-mangsa perdagangan wanita dan kanak-kanak; dan b) berapa peratuskah peruntukan atau bajet yang disalurkan bagi tujuan ini.
19 OKTOBER 2005 (Rabu)
Y.B Puan Lim Bee Kau (Padang Serai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian merancangkan untuk mengkaji semula kadar bantuan yang sedia ada kepada golongan miskin, kurang upaya, mangsa bencana dan pelajar
16 NOVEMBER 2005 (Rabu)
YB Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan sejak tahun 1990 dan apakah bentuk-bentuk bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan.
05 DISEMBER 2005 (Isnin)
YB Puan Tan Lian Ho (Bukit Gantang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah projek yang dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesembilan khas untuk Ibu Tunggal.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datuk Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah ibu tunggal di negara kita mengikut negeri-negeri dan apakah usaha yang dijalankan supaya mereka mendapat pasangan hidup agar keluarga mereka lebih harmoni dan membantu melahirkan insan yang berakhlak mulia serta dapat menyumbang kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Tuan Mohd. Razali bin Che Mamat (Kuala Krai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai Persatuan Ibu-ibu Tunggal yang ada di negara ini hasil kerjasama dari pihak Kementerian dan apakah sumbangan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada Persatuan Ibu-ibu Tunggal ini untuk membantu mereka menambahkan pendapatan
08 DISEMBER 2005 (Khamis)
YB Puan Lau Yeng Peng (Puchong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah statistik terkini kadar penceraian rumah tangga mengikut negeri dan kaum.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah pandangan dari pihak wanita yang telah meminta supaya hukuman terhadap penjenayah rogol dan ragut kepada hukuman mandatori mati telah dipertimbangkan.
26 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan: a) Adakah pihak Kementerian sedar bahawa gejala perdagangan wanita dan kanak-kanak kian menakutkan; dan b) Apakah pula tindakan Kementerian terhadap gejala ini.
03 OKTOBER 2005 (Isnin)
YB Tuan Mohamaed Yusop bin Majid (Setiu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kadar kelahiran anak luar nikah yang berlaku sepanjang tahun 2000 sehingga tahun 2005 ini dan senaraikan punca gejala ini dan tindakan serta langkah untuk mengurangkannya.
24 OKTOBER 2005 (Isnin)
YB Tuan Bernard S. Maraat (Pesiangan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan dan perancangan strategik Kementerian dalam usaha membanteras masalah yang berleluasa budaya “VHS – Violent, Horror and Sex” yang menggugat kestabilan emosi dan kerohanian masyarakat khusus kanak-kanak dan para remaja.
26 OKTOBER 2005 (Rabu)
Y.B Tuan Mohd. Razali bin Che Mamat ( Kuala Krai ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai jumlah bilangan murid-murid Bimbingan kanak-kanak (BKK) yang terdapat di tiap-tiap daerah mengikut negeri.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
Y.B. Tuan Ir Hasni bin Haji Mohammad ( Pontian ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk tujuan membenteras masalah kanak-kanak terbiar dan merempat yang digunakan untuk tujuan tidak sihat dan kegiatan tidak bermoral.
20 SEPTEMBER 2005 (Selasa)
YB Puan Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah kementerian dan agensi kerajaan yang telah berjaya mengambil 30% daripada tenaga kerja wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita.
26 OKTOBER 2005 (Rabu)
YB Tuan Tiong Thai King ( Lanang ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan terdapat orang kurang siuman dan kutu rayau yang merayau di bandar dan belum ada Jabatan tertentu yang dipertanggungjawab untuk menempatkan golongan ini. Apakah polisi Kementerian untuk menangani masalah ini.
27 OKTOBER 2005 (Khamis)
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini ‘gender budget analysis pilot project’ dan apakah tindakan terbaru Jawatankuasa Gender Focal Point. Nyatakan juga perkembangan terbaru penubuhan Mahkamah Keluarga.
19 SEPTEMBER 2005 (Isnin)
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian bercadang mewujudkan satu unit khas untuk menguruskan hal ehwal nafkah keluarga memandangkan ramai isteri dan anak-anak menghadapi masalah nafkah tidak dibayar oleh suami setelah bercerai walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah.
21 SEPTEMBER 2005 (Rabu)
YB Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi-strategi untuk mempertingkatkan lagi ilmu keibubapaan di kalangan masyarakat di Malaysia supaya anak-anak mereka tidak mudah terjebak ke dalam kegiatan-kegiatan yang membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan keluarga mereka.
28 NOVEMBER 2005 (Isnin)
YB Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengadakan Pusat Aktiviti Ekonomi Ibu Tunggal di setiap kawasan DUN dan Parlimen secara integrasi bersama jabatan lain bagi membolehkan ibu tunggal menjalankan kegiatan ekonomi harian seperti mengusahakan kraf tangan, menjahit dan membuat makanan ringan bagi menambah pendapatan mereka, jika tidak kenapa.
06 OKTOBER 2005 (Khamis)
YB TUAN HAJI FADILLAH BIN YUSOF (PUTRAJAYA) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program yang telah dilaksanakan dan sasaran Kementerian dalam usaha mencapai tujuan Kementerian iaitu untuk membuat perubahan sikap masyarakat dan untuk meningkatkan keupayaan masyarakat berdikari.
28 NOVEMBER 2005 (Isnin)
Y.B Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program khusus yang dijalankan oleh Kementerian untuk membantu golongan ibu tunggal dan orang-orang tua. Nyatakan program yang telah dijalankan oleh Kementerian untuk membantu golongan tersebut.
30 NOVEMBER 2005 (Rabu)