SENARAI SOALAN




PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA

SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada cadangan untuk menaikkan kadar minima bantuan kebajikan kepada golongan miskin.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Dato’ Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jumlah ibu tunggal yang mendapat bantuan mengikut negeri dan apakah bentuk bantuan kepada ibu tunggal.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Dato’ Kamaruddin Bin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah penerima dan kadar bantuan khas Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Orang Kurang Upaya dan bilakah semakan terakhir kadar berkenaan.
23 JUN 2005 (Khamis)
YB Tuan Lim Hock Seng (Bagan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan bercadang memberi peruntukan tetap kepada semua pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan NGO yang memberi sumbangan kepada pembangunan pelbagai aspek negara. Apakah kriteria yang diguna pakai untuk pertimbangan peruntukan berkenaan.
28 JUN 2005 (Selasa)
YB Puan Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) Rancangan untuk menaikkan kadar bantuan bulanan memandangkan kos sara hidup sangat tinggi; dan (b) Menaikkan taraf kehidupan Orang Kurang Upaya seperti cacat penglihatan.
05 JULAI 2005 (Selasa)
YB Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- a) berapa banyakkah ibu dan bapa tunggal yang terdapat di Malaysia dan bantuan jenis apakah yang telah diberikan kepada mereka; dan b) mengapakah bantuan diberikan kini tidak memuaskan.
12 JULAI 2005 (Selasa)
YB Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis bantuan yang telah disalurkan kepada kaum wanita khususnya di negeri Sabah mengikut pecahan kawasan Parlimen di negeri ini.
12 JULAI 2005 (Selasa)
YB Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan insurans perlindungan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Sekiranya ada nyatakan jenis insurans tersebut dan statistik mengikut jantina.
22 JUN 2005 (Rabu)
YB Tuan Eric Enchin Majibun (Sepanggar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kementerian ini telah memberi tumpuan khas kepada orang-orang cacat tubuh atau anggota dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan rumah kepada mereka.
11 JULAI 2005 (Isnin)
Tuan Kula Segaran A/L Murugeson ( Ipoh Barat ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) berapa seriuskah kes keganasan rumah tangga di Malaysia; dan (b) apakah jenis bantuan diberikan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan sejauh mana keberkesanannya
23 JUN 2005 (Khamis)
YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pusat penjagaan kanak-kanak yang dibina oleh Kerajaan di tempat kerja dan kawasan perumahan di seluruh negeri. Apakah tempat kerja dan kawasan perumahan di seluruh negeri. Apakah rancangan Kementerian untuk memperbanyakkan pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negeri untuk menyenangkan pasangan suami-isteri yang bekerja.
30 JUN 2005 (Khamis)
YB Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina Pusat Kecemerlangan Hal Ehwal Wanita di negeri Sabah. Sekiranya ada, di manakah pusat kecemerlangan ini akan dibina.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Ir Hj. Hamim bin Samuri minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Kementerian akan meminda kesemua undang-undang dan peraturan sedia ada yang masih tidak membela hak wanita.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Dato’ Abu Bakar bin Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan yang telah dicapai hasil daripada Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai wanita yang dilangsungkan baru-baru ini.
05 JULAI 2005 (Selasa)
YB Puan Lim Bee Kau (Padang Serai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah undang-undang yang mendiskriminasikan wanita akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda supaya tiada lagi undang-undang yang mendiskriminasikan hak wanita seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.
06 JULAI 2005 (Rabu)
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan susulan bagi mengimplementasikan Deklarasi Putrajaya yang telah diterima sebulat suara oleh 84 perwakilan semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) baru-baru ini bagi memperkasakan kaum wanita dan mencapai kesaksamaan gender.
07 JULAI 2005 (Khamis)
YB Tuan Salahuddin bin Haji Ayub (Kubang Kerian) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan wanita sebagai objek iklan terutamanya iklan yang lucah dan melampau.
11 JULAI 2005 (Isnin)
YB Dr. Mohamed Hayati bin Othman (Pendang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peranan dan kaedah serta program yang dijalankan untuk menghalang eksploitasi terhadap wanita dalam bidang iklan, gadis-gadis podium, GRO dan sebagainya hanya untuk kepentingan kapitalis.
12 JULAI 2005 (Selasa)
YB Hj. Fadillah bin Hj. Yusof (Petra Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan serta strategi kementerian bagi merealisasikan Deklarasi Putrajaya yang akan bertindak sebagai rangka tindakan untuk memperkasakan wanita termasuk tindakan dan program konkrit mengenai kemajuan wanita NAM di seluruh dunia.
12 JULAI 2005 (Selasa)
YB Datuk Haji Mat Yasir Bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah website ’menemui jodoh’ negeri Perak berkesan dan ingin dikembangkan ke negeri-negeri lain sebagai usaha untuk mewujudkan keluarga harmoni dan anak terbela. Apakah kemungkinan ia disalahgunakan dan langkah kawalan oleh pihak Kerajaan.
06 JULAI 2005 (Rabu)
YB Tuan Chong Hon Min (Sandakan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pendekatan yang terancang Kementerian yang akan diambil untuk mengatasi masalah pengemis-pengemis dan kanak-kanak jalanan di Sabah terutamanya di Sandakan yang kian bertambah.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dasar dan pelan bertindak yang konkrit ke arah menangani masalah-masalah akibat proses transformasi sosial. Apakah usaha-usaha Kementerian dalam menangani isu-isu warganegara yang terpinggir akibat urbanisasi dan modenisasi serta bertambahnya jenayah dan keganasan akibat keretakan sistem kawalan dan sokongan sosial.
27 JUN 2005 (Isnin)
YB Datuk Ronald Kiandee (Beluran) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status pewujudan Dewan Nur untuk Parlimen Beluran. Apakah masalah yang dihadapi untuk membolehkan kemudahan ini diadakan di Beluran dan sejauh mana ia telah ditangani.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk meningkatkan penyertaan kaum ibu dalam bidang pekerjaan.
20 JUN 2005 (Isnin)
YB Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori dan taburan ibu tunggal mengikut negeri serta kelayakan mengikut tafsiran ibu tunggal yang perlukan bantuan. Apa perancangan dan jenis program dan jenis program bantuan untuk anak-anak kepada ibu tunggal yang diusahakan oleh Kerajaan.
20 JUN 2005 (Isnin)