Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
771 | 18-12-2013(Wednesday) | 37 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah isu-isu utama dalam penjagaan dan hal-ehwal yang berkaitan dengan kebajikan warga emas di negara ini memandangkan jangka hayat yang terus meningkat untuk penduduk di negara ini. | WARGA EMAS | |
772 | 18-12-2013(Wednesday) | 50 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa bantuan yang telah diluluskan perlu diperbaharui setiap tahun dan sekiranya tidak diperbaharui bantuan akan di tamatkan, adakah ini tidak membebankan golongan miskin dan apakah tindakan yang dapat membantu golongan miskin agar tidak rasa terbeban untuk memperbaharui bantuan bulanan setiap tahun. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
773 | 18-12-2013(Wednesday) | 79 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes-kes keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan dari 2011 hingga 2013 mengikut pecahan kaum dan jantina dan sama ada Akta Keganasan Rumah Tangga, 1994 akan dipinda untuk membendung kejadian sedemikian. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
774 | 18-12-2013(Wednesday) | 80 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah taska berdaftar di bawah JKM dan taska swasta di negara ini. Adakah Kementerian membuat pemantauan kepada taska swasta yang mengenakan yuran tinggi pendaftaran hingga RM500 dan yuran bulanan sehingga RM200-RM400 sebulan. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
775 | 17-12-2013(Tuesday) | 30 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan atau projek yang akan dijalankan untuk memastikan peruntukan Bajet 2014 untuk pembangunan komuniti Orang Kurang Upaya dapat digunakan sebaik-baiknya. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
776 | 17-12-2013(Tuesday) | 44 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan terdapat sebahagian mangsa kecederaan jenayah adalah terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang memerlukan pembelaan. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk merangka mekanisme khusus bagi meringankan bebanan golongan berkenaan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
777 | 17-12-2013(Tuesday) | 52 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan gadis-gadis di bawah umur 16 tahun yang telah dibenarkan untuk berkahwin mengikut pecahan tahun dari 2010 sehingga 2013 dan apakah langkah-langkah akan diambil untuk mengurangkan perkahwinan sedemikian. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
778 | 17-12-2013(Tuesday) | 95 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah Kerajaan di dalam memastikan kaum-kaum wanita India di Malaysia khususnya di luar bandar tidak akan ketinggalan dari segi pembangunan karier, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya. | WANITA | |
779 | 16-12-2013(Monday) | 13 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik pusat penjagaan kanak-kanak yang berjaya mendapat geran pelancaran RM10,000 seperti dinyatakan dalam Bajet 2013. Apakah jumlah geran yang masih ada untuk utilisasikan. | PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS | |
780 | 16-12-2013(Monday) | 26 (LISAN) | Tiada mesyuarat ditemui | Datuk Pau Chiong Ung minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) jumlah wang yang dibelanjakan serta jumlah individu yang mendapat manfaat daripada program 1AZAM semenjak pelancarannya pada tahun 2010; dan (b) keberkesanan dan hasil program tersebut dalam usaha membasmikan kemiskinan negara. | BANTUAN/KEBAJIKAN |