Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
631 | 23-06-2014(Monday) | 53 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2014) 23 Jun 2014 - 1 Julai 2014 | Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa banyak jumlah Pusat Akitiviti warga emas (PAWE) akan dibina terutamanya di bandar bandar besar. Sehingga kini baru 22 buah. Ini kerana ia dapat menyediakan kemudahan warga emas yang menjalani aktiviti terutama yang tinggal bersendirian semasa keluarga / penjaga tiada di rumah. | WARGA EMAS | |
632 | 19-06-2014(Thursday) | 16 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah mekanisme yang digunapakai oleh Kementerian dalam menentukan jumlah bantuan yang diberi kepada setiap golongan sasar di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berapa kerapkah jumlah bantuan bagi setiap golongan sasar ini dibuat kajian semula. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
633 | 19-06-2014(Thursday) | 33 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk membantu warga OKU bagi mendapatkan kemudahan yang diperlukan untuk diterapkan ke masyarakat umum dalam kerjaya dan kehidupan sosial mereka. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
634 | 19-06-2014(Thursday) | 50 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik jumlah golongan warga tua, wanita dan belia di Sabah yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan dari tahun 2003-2013. Berapakah jumlah perbelanjaan bantuan yang telah diberikan kepada golongan ini di Sabah pada tempoh yang sama. Apakah nisbah yang terkini bagi golongan yang menerima bantuan berbanding dengan populasi keseluruhannya. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
635 | 19-06-2014(Thursday) | 62 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Program Home Help yang menyasarkan penyertaan golongan sukarelawan di setiap kawasan Parlimen bagi membantu golongan yang kurang upaya bakal dilaksanakan di semua kawasan Parlimen. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
636 | 19-06-2014(Thursday) | 89 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dana yang telah disalurkan kepada ibu tunggal di negara ini sepanjang tahun 2014 dan adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan pusat 'One Stop Centre' untuk golongan-golongan ibu tunggal yang memerlukan khidmat rundingan atau bantuan di setiap Parlimen. | IBU TUNGGAL | |
637 | 19-06-2014(Thursday) | 92 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai statistik mereka yang dikatakan gelandangan di seluruh Malaysia dan apakah inisiatif yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi masalah ini selaras dengan usaha negara menuju negara maju. | ORANG PAPA | |
638 | 19-06-2014(Thursday) | 98 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah takrifan perkahwinan bawah umur atau child marriage mengikut undang-undang yang sedia ada di Malaysia dan apakah langkah-langkah untuk mengurang dan menggalakkan masalah kahwin paksa dan forced marriage. | KANAK-KANAK | |
639 | 19-06-2014(Thursday) | 129 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pencapaian kelas TASKA yang telah beroperasi di bawah Kementerian setakat ini dan berapa ramaikah kanak-kanak yang ditempatkan, dan berapakah nisbah pusat asuhan kanak-kanak berbanding dengan keperluan penduduk di seluruh negara. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
640 | 19-06-2014(Thursday) | 139 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2014) 9 Jun 2014 - 19 Jun 2014 | Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sasaran 55% penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada tahun 2015 dapat dicapai. | WANITA |