Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
51 | 30-03-2017(Thursday) | 49 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah wujud cadangan penambahan kawalselia keatas pusat-pusat jagaan kanak-kanak akibat peningkatan kes dera dan kemalangan kebelakangan ini. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
52 | 30-03-2017(Thursday) | 2 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Saya baru dihubungi oleh seorang wanita bernama Mala yang memegang kad pengenalan sementara bernombor 821231-01-6332 yang berwarna hijau. Beliau sekarang berumur 34 tahun. Ikut surat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13/01/1998, Mala telah ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras pada tahun 1985, dan selepas itu, pada tahun 1993 diserahkan pada seorang wanita di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur untuk dibela. Masalah yang dihadapi oleh Mala adalah beliau masih belum diiktiraf sebagai warga Malaysia. Ini menimbulkan pelbagai masalah padanya termasuk akses pada pendidikan, peluang kerja, caj rawatan di hospital kerajaan, penafian bantuan kebajikan, penerimaan BRIM dan seterusnya. Dalam jawapan bukan lisan bernombor 527 pada 17/10/2016 terhadap soalan YB Permatang Pauh, adalah dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa "berdasarkan statistik JKM, jumlah anak luar nikah yang berjaya diselamatkan serta diberi perlindungan JKM dari tahun 2010 hingga 2015 adalah seramai 302 orang". Saya ingin tanya pihak JKM, apakah caranya penyelesaian kewarganegaraan 302 kanak-kanak ini ditangani oleh JKM. Adakah JKM sedang berusaha untuk mengenal pasti ibu mereka supaya menyelesaikan isu kerakyatan kanak-kanak ini. Apakah langkah-langkah lain yang sedang diambil oleh JKM untuk memastikan kebajikan kanak-kanak ini dilindungi. Pada takat ini pendidikan mereka akan terjejas kerana pihak Kementerian Pendidikan tidak akan membenarkan mereka ke sekolah Kerajaan kerana isu kerakyatan. Oleh itu proses peminggiran yang bermula bila mereka ditinggalkan terdampar oleh ibu-ibu mereka akan diintensifikasikan dengan penafian pendidikan asas pada mereka. Mereka terus dihukum dan disusahkan oleh kerana ketidakbertanggungjawapan ibu-bapa mereka. Menteri Dalam Negeri diberi kuasa di bawah Fasal 15(A) untuk meluluskan kerakyatan untuk kanak-kanak seperti ini. Berapakah kanak-kanak jagaan JKM yang telah diluluskan permohonan kerakyatan melalui Fasal 15(A). Berapakah jumlah kanak-kanak dan remaja di bawah umur 21 tahun yang belum dapat kewarganegaraan Malaysia yang sedang dijaga oleh JKM ataupun telah pun ditempatkan oleh JKM dengan keluarga-keluarga "foster". Tolong menyatakan polisi JKM terhadap isu kerakyatan kanak-kanak dalam situasi ini. Sekian, terima kasih. | KANAK-KANAK | |
53 | 27-03-2017(Monday) | 11 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perkembangan projek rintis permohonan bantuan kebajikan atas talian dan apakah projek ini dapat diakses melalui aplikasi telefon pintar serta berapa buah negeri sudah mula menggunakan permohonan atas talian. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
54 | 23-03-2017(Thursday) | 23 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Ust Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan punca, kesan dan langkah-langkah menangani kehamilan remaja belum berkahwin di negara ini. | PEMBUANGAN BAYI | |
55 | 22-03-2017(Wednesday) | 39 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG (SIBUTI) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di daerah Subis dalam (Parlimen Sibuti) | WARGA EMAS | |
56 | 21-03-2017(Tuesday) | 7 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dr. Mansor Bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian dalam menyediakan TASKA dapat membantu pihak-pihak yang berminat dan sejauh manakah pemantauan dilakukan oleh Kementerian dalam menangani TASKA supaya tidak berlaku seperti di TASKA di Kajang baru-baru ini. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
57 | 21-03-2017(Tuesday) | 18 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah suri rumah tangga, pecahan ikut gender, negeri, kaum dan kurungan pendapatan keluarga. Nyatakan peratusan perempuan yang menjadi suri rumah tangga. | WANITA | |
58 | 20-03-2017(Monday) | 48 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk membendung masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa selain melalui pendekatan hukuman penjara yang disedari tidak efektik untuk menyelesaikan masalah ini. | PEMBUANGAN BAYI | |
59 | 20-03-2017(Monday) | 56 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kejadian jenayah seperti penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska dan pusat jagaan kanak-kanak di negara ini dan tindakan-tindakan yang dibuat dalam menanganinya. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
60 | 16-03-2017(Thursday) | 7 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dato' Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis penderaan kanak-kanak yang terjadi dari tahun 2015 hingga kini. Apakah faktor mahupun punca berlakunya kes sedemikian dari tahun ke tahun dan bagaimana Kementerian merancang untuk menangani masalah ini. | KANAK-KANAK |