Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
261 | 21-04-2016(Thursday) | 30 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik remaja yang berusia antara 10 hingga 19 tahun yang hamil setiap tahun sejak 3 tahun ke belakang dan peratus yang hamil tanpa nikah. Apakah pecahan mengikut kaum dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah hamil tanpa nikah. | KANAK-KANAK | |
262 | 21-04-2016(Thursday) | 13 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | SOALAN : DATUK KADZIM M. YAHYA minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mendera berasaskan mana-mana laporan mengenai penderaan ke atas warga emas yang dilaporkan semakin berleluasa di Malaysia sekarang.Tuan | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
263 | 20-04-2016(Wednesday) | 67 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh JKM untuk mendaftar OKU di seluruh negara, memandangkan kini terdapat hanya lebih kurang 362,000 yang mendaftar dengan JKM sedangkan World Disability Report 2011 menunjukkan bahawa 15% dari jumlah penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari OKU. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
264 | 20-04-2016(Wednesday) | 9 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | PUAN S. BAGIAM A/P AYEM PERUMAL minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat kaunseling yang ada bagi rakyat kita yang mengalami tekanan jiwa dan mental dan berapakah jumlah klien yang telah mengikuti program kaunseling di seluruh negara mengikut negeri. | KAUNSELOR/KAUNSELING | |
265 | 20-04-2016(Wednesday) | 45 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program untuk membantu keluarga meningkatkan keupayaan sosial mereka. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
266 | 20-04-2016(Wednesday) | 61 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | DATO’ SRI KHAIRUDIN SAMAD minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian dalam mengatasi gejala peminta sedekah yang semakin berleluasa terutamanya melibatkan kanak-kanak, orang tua dan warga asing yang dilihat seperti dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.Tuan | ORANG PAPA | |
267 | 20-04-2016(Wednesday) | 3 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | GABUNG SOALAN : SOALAN : NO.3 (20 APRIL 2016) Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi pusat transit gelandangan bukan sahaja sebagai tempat untuk memberi kemudahan makan minum dan berlindung, tetapi juga sebagai pusat untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan agar mereka berdikari tanpa perlu mengharapkan ihsan dari orang ramai. SOALAN : NO.16 (21 APRIL 2016) Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dan DBKL dalam membantu gelandangan di kawasan Kuala Lumpur. SOALAN : NO.42 (25 APRIL 2016) Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah warga gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah Kerajaan menyediakan penempatan alternatif untuk memberi peluang mereka menikmati kehidupan yang selesa. SOALAN : NO.24 (26 APRIL 2016) TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang diambil terhadap gelandangan (homeless) yang didapati bermalam di kawasan-kawasan jejantas seperti di Maju Junction yang memberikan imej dan kesan yang buruk kepada pelancong. SOALAN : NO.27 (27 APRIL 2016) Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat mana pemantauan dibuat untuk mengatasi masalah kebajikan orang-orang gelandangan yang semakin bertambah. SOALAN : NO.10 (3 MEI 2016) DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pendekatan bagi membantu keluarga yang menjadi gelandangan sama seperti bantuan yang diberikan kepada gelandangan individu.Idris SOALAN : NO.34 (4 MEI 2016) DATUK KOH CHIN HAN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peraturan tetap operasi yang digunakan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk membezakan gelandangan melibatkan sekeluarga berbanding dengan gelandangan individu. | ORANG PAPA | |
268 | 19-04-2016(Tuesday) | 82 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan persediaan Malaysia yang bakal muncul sebagai negara tua (old nation) menjelang 2030 ekoran peningkatan jumlah warga emas di seluruh negara. | WARGA EMAS | |
269 | 19-04-2016(Tuesday) | 19 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | DATO’ HOH KHAI MUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik golongan lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga serta punca-punca kepada pecah belah keluarga. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
270 | 19-04-2016(Tuesday) | 17 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 18 April 2016 - 4 Mei 2016 | Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Elaun Pekerja Cacat (EPC) boleh dinaikkan ke RM500 dan Elaun OKU yang tidak mampu bekerja dinaikkan ke RM300 memandangkan kos sara hidup bagi OKU adalah lebih tinggi berbanding yang bukan OKU.ERI | ORANG KURANG UPAYA (OKU) |