Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
2501 | 05-07-2006(Wednesday) | 5 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah rancangan Kementerian untuk mewujudkan kembali seksyen-seksyen yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang telah dimansuhkan setelah Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan dan apakah seksyen-seksyen tersebut. | KANAK-KANAK | |
2502 | 04-07-2006(Tuesday) | 46 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Datuk Haji Md. Alwi bin Haji Che Ahmad (Ketereh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengatasi golongan termiskin dari kalangan janda, ibu tunggal dan anak-anak yatim memandangkan kebanyakan peruntukan PPRT adalah di bawah Kementerian lain seperti pembinaan rumah PPRT di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan apakah ada penyelarasan antara Kementerian. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
2503 | 03-07-2006(Monday) | 35 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | Y.B. Datuk Haji Mohd Razali bin Che Mamat (Kuala Krai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan pihak Kementerian telah banyak berusaha mempertingkatkan kualiti Orang Kurang Upaya (OKU). Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian setelah proses pendaftaran OKU dijalankan. Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh Kementerian selepas proses tersebut. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
2504 | 28-06-2006(Wednesday) | 71 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah usaha mewujudkan pegawai yang berjiwa penyayang dan sanggup turun padang untuk membantu orang susah terutamanya di kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dilaksanakan dan adakah analisa statistik kejayaan pendekatan telah dibuat. | LAIN-LAIN ISU | |
2505 | 27-06-2006(Tuesday) | 39 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah kandungan isu-isu utama di dalam laporan yang disampaikan di konvensyen mengenai Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). | GENDER | |
2506 | 26-06-2006(Monday) | 130 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini tentang projek Kajian Semula Dasar Wanita Kebangsaan yang ditauliahkan kepada pihak swasta. Nyatakan nama syarikat ini dan nama pakar yang melaksanakan tugas kajian semula, kos bayaran dan bilakah laporan akan disiapkan dan diumumkan kepada orang ramai. | WANITA | |
2507 | 26-06-2006(Monday) | 46 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | Y.B Tuan Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan yang diatur bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat dalam RMK-9 dan apakah bantuan kewangan kepada orang miskin atau yang memerlukan ditambah | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
2508 | 26-06-2006(Monday) | 184 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal mengikut negeri dan berapakah jumlah yang tergolong dalam miskin tegar dan apakah langkah-langkah diambil bagi mengelak mereka daripada miskin tegar. | IBU TUNGGAL | |
2509 | 26-06-2006(Monday) | 186 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penghuni di pusat pemulihan akhlak seluruh negara. Apakah kesalahan-kesalahan mereka dan sejauh manakah kejayaan mendidik mereka. | JUVANA / PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT | |
2510 | 26-06-2006(Monday) | 129 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEBELAS (2006) 26 Jun 2006 - 18 Julai 2006 | YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini projek pusat jagaan kanak-kanak yang diumumkan pada penghujung tahun lalu. Nyatakan bagaimana projek ini akan dilaksanakan pihak-pihak terlibat dan anggaran kosnya. | PUSATJAGAAN/TASKA |