Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
2061 | 17-03-2009(Tuesday) | 49 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah NGO-NGO wanita serta peruntukan yang telah disalurkan sepanjang 2008, dan adakah peruntukan tersebut cukup dan berkesan, dan apakah kriteria yang diguna pakai bagi melayakkan sesebuah NGO itu mendapat peruntukan. | PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) | |
2062 | 12-03-2009(Thursday) | 13 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | Y.B Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk tahun 2009 dan 2010 dan bolehkah pihak Kementerian memaklumkan jenis bantuan yang disalurkan kepada penerima di kawasan Parlimen Papar; dan (b) berapakah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian dalam Program Bantuan Rumah (PBR) bagi golongan tidak produktif, OKU dan ibu tunggal di kawasan Parlimen Papar dan dinyatakan jumlah dan bilangan serta senarai penerimanya. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
2063 | 12-03-2009(Thursday) | 3 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | Datuk Halimah binti Mohd Sadique [Tenggara] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan KPWKM telah pun melancarkan Program CARI dan apakah tahap kejayaan terkini Program CARI dalam usaha membantu memberikan kemudahan bantuan tanpa kerenah birokrasi kepada mereka yang memerlukan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
2064 | 12-03-2009(Thursday) | 29 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Dato’ Haji Abd Rahman bin Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan menjelaskan program khususnya untuk mencapai objektif Dasar Sosial Negara (DSN) terutamanya bagi memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. | MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN) | |
2065 | 11-03-2009(Wednesday) | 40 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan Kementerian membantu keluarga yang mempunyai anak kurang upaya dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan elaun khas bagi ibu kepada anak kurang upaya yang terpaksa meninggalkan kerjaya mereka. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
2066 | 11-03-2009(Wednesday) | 22 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat komuniti NUR yang telah dan sedang ditubuhkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri dan apakah kayu ukur yang telah ditetap dan digunakan oleh pihak Kementerian di dalam menilai kejayaan program NUR. | KOMUNITI | |
2067 | 10-03-2009(Tuesday) | 21 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pesakit mental dikategorikan sebagai OKU dan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi membantu keluarga yang terdapat dalam kalangan ahli keluarganya mengalami masalah mental. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
2068 | 10-03-2009(Tuesday) | 28 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Dr. Hiew King Cheu (Kota Kinabalu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah subsidi sebulan yang diberikan untuk membantu keluarga kurang mampu dan orang kurang upaya (OKU) di Sabah jika dibandingkan di Semenanjung. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
2069 | 05-03-2009(Thursday) | 20 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini pelaksanaan projek Pusat Jagaan Kanak-kanak Komuniti. Nyatakan lokasi pusat-pusat jagaan ini dan sehingga tahun ini berapakah orang kanak-kanak telah bermanfaat di bawah program ini. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
2070 | 05-03-2009(Thursday) | 40 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2009) 16 Februari 2009 - 25 Mac 2009 | YB Puan Siti Zailah Bt Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes permohonan bantuan yang ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan apakah alasan penolakan tersebut dan apakah bentuk usaha yang dibuat bagi mengatasi masalah tersebut, mengikut kategori permohonan dan negeri bermula dari tahun 2000. | BANTUAN/KEBAJIKAN |