Arkib
Showing 1,551-1,560 of 2,849 items.
Senarai Arkib
Bil.Tarikh Jawab ParlimenNo SoalanNama MesyuaratSoalanKumpulan SasarTindakan
155108-03-2011
(Tuesday)
172
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah masalah yang dihadapi oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda yang menyebabkan pengagihan bantuan kebajikan telah lewat dibayar sehingga tertunggak selama dua bulan sejak bulan Disember 2010. Inikah caranya rakyat di dahulukan.

BANTUAN/KEBAJIKAN

155208-03-2011
(Tuesday)
180
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima bantuan JKM dan kategori bantuan dalam kawasan Parlimen Kota Raja pada tahun 2005 ke 2010. Berapakah pusat PDK yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Raja.

BANTUAN/KEBAJIKAN

155308-03-2011
(Tuesday)
298
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan menerusi pelbagai skim Kementerian di seluruh negara tahun lepas, termasuk bagi menggalakkan penerimanya berdikari (seperti ibu tunggal) dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

IBU TUNGGAL

155408-03-2011
(Tuesday)
342
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tarikh sebenar pemberian duit bantuan kebajikan kepada golongan tidak bernasib baik yang telah berjaya dalam permohonan bantuan kebajikan. Kenapa masalah tunggakan ataupun lambat bayar duit bantuan kebajikan sering berlaku di Pejabat Kebajikan Daerah Muar, menyebabkan mereka yang tidak bernasib baik ini semakin terdesak hidup dan hilang punca mata pencarian sehingga terpaksa mengadu kepada Pejabat Negeri di Johor Bahru.

BANTUAN/KEBAJIKAN

155508-03-2011
(Tuesday)
357
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah keseluruhan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah di negeri kedah untuk tahun 2010 dan nyatakan jumlah bantuan dan penerima bagi daerah Yan.

BANTUAN/KEBAJIKAN

155608-03-2011
(Tuesday)
367
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan dan peratusan statistik kes kegiatan pelacuran dan zina yang telah dapat dikurangkan melalui program-program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

-

155708-03-2011
(Tuesday)
368
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dengan merujuk kepada jawapan bertulis yang diberi kepada soalan Ampang bertarikh 8 November 2010, jelaskan setakat ini, apakah hasil yang telah diperolehi oleh warga Penan terutama golongan remaja dan gadis Penan melalui ketiga-tiga fasa program "familiarization trip" yang telah dilaksanakan melalui usaha sama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Sarawak Women for Women Society (SWWS).

GANGGUAN SEKSUAL

155808-03-2011
(Tuesday)
369
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah wujud satu sistem sokongan pengukuhan bagi membantu institusi keluarga muda, iaitu golongan yang paling terjejas teruk akibat tekanan kenaikan harga barang yang membebankan kini.

KEGANASAAN/PENDERAAN

155908-03-2011
(Tuesday)
411
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan secara terperinci berapakah jumlah bantuan kebajikan di bawah jabatan dan agensi Kementerian disalurkan ke kawasan Parlimen Sibuti. Bagaimanakah pihak pentadbiran menyalurkan bantuan berdasarkan persempadanan Parlimen atau daerah. Maklumat penerimaan bantuan haruslah mengikut kategori-kategori.

BANTUAN/KEBAJIKAN

156008-03-2011
(Tuesday)
425
(BUKAN LISAN)
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011) 7 Mac 2011 - 7 April 2011Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah beliau sedar sering berlaku di awal setiap tahun penerima-penerima bantuan golongan OKU menerima elaun bulanan ke hujung bulan. Kenapakah perkara ini berlaku. Ini mengakibatkan golongan OKU menghadapi masalah dan tekanan kehidupan.

ORANG KURANG UPAYA (OKU)