Polisi Privasi

Polisi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung semasa menggunakan sistem e-Parlimen KPWKM.

Halaman ini menerangkan polisi privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin membuat permohonan secara dalam talian atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama agensi/unit berkaitan bagi membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

🗂️ Maklumat Yang Dikumpul

Maklumat peribadi pelawat akan dikumpul semasa anda melayari laman e-Parlimen KPWKM bagi tujuan kajian berkaitan demografi, tahap pendidikan, kesedaran isu kepenggunaan, serta maklumat yang membantu kajian pada masa hadapan.

💬 Maklum Balas

Pihak e-Parlimen KPWKM amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam sistem ini, pelawat boleh menghubungi pengendali sistem di ruangan yang disediakan.

🔗 Pautan Ke Laman Luar

Sistem ini turut mempunyai pautan ke laman web lain. Polisi privasi ini hanya terpakai untuk sistem ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan meneliti dan memahami polisi/dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

🛠️ Pindaan Dasar

Sekiranya polisi privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dimaklumkan tentang maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan, dan keadaan tertentu bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak lain.