PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KEDUA
SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
Y.B. Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada kanak-kanak di awal usia muda.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
458
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan

- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Pihak kerajaan menyedari akan pentingnya Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada masyarakat. Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan satu Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan bagi membolehkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk bersoal jawab, meneroka dan menilai sikap seksual supaya lebih memahami nilai kekeluargaan, pembentukan nilai kendiri, kefahaman terhadap perhubungan dengan keluarga dan antara gender, serta memahami tanggungjawab terhadap ahli keluarga dan orang lain.
Seterusnya, pihak kerajaan juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial di kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada kanak-kanak dibahagikan kepada 4 peringkat berdasarkan kategori umur dan tahap perkembangan yang bersesuaian seperti berikut:
i. Tahap 1
(4 hingga 6 tahun) : Prasekolah
ii. Tahap 2
(7 hingga 9 tahun) : Kanak-kanak
iii. Tahap 3
(10 hingga 12 tahun) : Awal remaja
iv. Tahap 4
(13 hingga 18 tahun) : Remaja
Dalam hal ini, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah diperkenalkan di sekolah-sekolah secara rintis. Pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ini tidak melibatkan penyediaan kelas khas atau sebagai mata pelajaran khusus. Sebaliknya ia akan dipelajari melalui mata pelajaran sedia ada seperti bahasa, Pendidikan Kesihatan, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Bagi memastikan program dan aktiviti pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan telah menyediakan draf dasar pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial serta pelan tindakannya. Dasar dan pelan tindakan ini dijangka dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada bulan September 2008.
Y.B. Puan Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang telah diwujudkan oleh Kerajaan di Jabatan Kerajaan sehingga hari ini dan setakat mana usaha penubuhan pusat asuhan di setiap Jabatan Kerajaan.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
454
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang telah diwujudkan oleh Kerajaan di Jabatan Kerajaan sehingga hari ini dan setakat mana usaha penubuhan pusat asuhan di setiap Jabatan Kerajaan.
- Klasifikasi Isu
PUSATJAGAAN/TASKA
JAWAPAN
Sehingga akhir bulan Mei 2008, terdapat sebanyak 102 buah TASKA di tempat kerja sektor awam.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan pelbagai usaha menggalakkan para majikan menubuhkan TASKA di tempat kerja sebagai satu kemudahan kepada wanita yang bekerja baik di sektor awam mahupun swasta. Antara insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan berkaitan kemudahan TASKA kepada sektor awam adalah seperti berikut:-
a. Geran Pelancaran bagi penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja dalam sektor Awam sebanyak RM80,000.00. Geran Pelancaran ini disediakan kepada setiap kementerian dan Jabatan dengan syarat :
i. Geran ini merupakan one time grant untuk tujuan menampung kos ubahsuai ruang dan pembelian peralatan dan perkakas;
ii. Geran ini tidak boleh digunakan untuk kos operasi; dan
iii. Urusan penubuhan Taska telah dipersetujui oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
b. TASKA yang diwujudkan di bangunan Kerajaan diberi pengecualian daripada memohon untuk menukar syarat penggunaan ruang.
c. Pemberian subsidi yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2007. Pekeliling ini memaklumkan keputusan Kerajaan memberikan subsidi yuran pengasuhan TASKA mengikut yuran sebenar atau maksimum RM180 bagi seorang anak kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan dan menghantar anak-anak mereka ke tempat kerja sektor awam.
d. Penubuhan Unit Khidmat Nasihat dan pengedaran Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA Di Tempat Kerja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia kepada agensi-agensi Kerajaan bagi memberi nasihat dan panduan bagi penubuhan Taska Di Tempat Kerja.
Usaha-usaha yang sedang dijalankan ini diharapkan dapat menggalakkan pihak majikan di sektor kerajaan menubuhkan TASKA di tempat kerja bagi memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka mendapat pengasuhan yang menyeluruh dan berkualiti.
Y.B. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Balik Pulau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah membantu mengatasi masalah rumahtangga dan keluarga dan sejauh mana terdapat usaha untuk membantu bagi mengurangkan kemurungan dan masalah psikologi mereka yang tertindas dan sama ada terdapat badan-badan yang bertindak khusus bagi mengatasi masalah jiwa dan psikologi di dalam masyarakat dan sejauh mana badan-badan tersebut dapat ditemukan di kawasan luar bandar khususnya.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
356
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Balik Pulau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah membantu mengatasi masalah rumahtangga dan keluarga dan sejauh mana terdapat usaha untuk membantu bagi mengurangkan kemurungan dan masalah psikologi mereka yang tertindas dan sama ada terdapat badan-badan yang bertindak khusus bagi mengatasi masalah jiwa dan psikologi di dalam masyarakat dan sejauh mana badan-badan tersebut dapat ditemukan di kawasan luar bandar khususnya.
- Klasifikasi Isu
KEGANASAN/PENDERAAN
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyedia dan menawarkan perkhidmatan kaunseling dan runding cara kepada individu, pasangan, keluarga dan kelompok yang menghadapi masalah. Khidmat kaunseling ini dijalankan secara bersemuka atau melalui telefon secara percuma tanpa mengira keturunan, kaum, bangsa, kepercayaan dan jantina.
Tujuan kaunseling adalah untuk membantu individu menjadi lebih matang dan mampu bergerak sendiri, untuk membantu klien berkembang ke arah pembudayaan (socialization) dengan menggunakan sumber dan potensi dirinya sendiri. Oleh demikian, keluarga-keluarga yang menghadapi tekanan hidup dapat menguruskan diri dan keluarga mereka dengan lebih baik melalui sokongan perkhidmatan kaunseling ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 2,890 klien telah mendapatkan khidmat kaunseling di LPPKN pada tahun 2006 dan 6,359 klien pada tahun 2007. Antara runding cara yang diperlukan oleh klien adalah berkaitan masalah rumahtangga, individu, kesihatan dan lain-lain.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sesi kaunseling dijalankan secara individu ataupun kelompok. Kaunselor juga akan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan secara telefon, e-mail atau surat menyurat. Klien akan dirujuk kepada pihak yang lebih pakar sekiranya perlu. Perkara ini dilakukan melalui jaringan kerjasama dengan agensi lain seperti Biro Bantuan Guaman, Jabatan Psikiatrik Hospital, DBKL dan sebagainya. Bagi kes-kes kemurungan yang tidak dapat diselesaikan melalui sesi kaunseling di LPPKN, klien akan dirujuk kepada Jabatan Psikiatrik, Hospital berdekatan. Bagi masyarakat luar bandar, program “outreach” kaunseling turut disediakan seperti program kembara kaunseling yang dilaksanakan oleh LPPKN untuk membantu klien di luar premis LPPKN sedia ada. Selain itu klien juga boleh mendapatkan khidmat rundingcara melalui telefon.
Perkhidmatan kaunseling bukan hanya boleh diperolehi di LPPKN malah melalui agensi Kementerian yang lain iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta di pusat komuniti yang telah diwujudkan oleh Kementerian.
Selain itu Kementerian turut mengambil langkah pencegahan untuk menangani tekanan dan kemurungan melalui program latihan kekeluargaan yang dilaksanakan. Melalui latihan Pakej Modul KASIH, Keluarga@Kerjaya (Parenting@Work) dan SMARTSTART yang dilaksanakan oleh LPPKN, terdapat bab yang berkaitan menangani tekanan untuk dipraktikkan oleh para peserta dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Selain itu program pendidikan mengenai pengurusan stress dan pengurusan emosi turut dirancang oleh JPW untuk dilaksanakan secara kerjasama pintar dengan badan NGO. Ini bertujuan membantu wanita dan masyarakat menangani tekanan yang mereka hadapi.
Y.B. Puan Fuziah Binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai lengkap bantuan yang diberikan kepada rakyat jelata yang memerlukan.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
285
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Fuziah Binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai lengkap bantuan yang diberikan kepada rakyat jelata yang memerlukan.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan skim bantuan yang bersesuaian kepada golongan sasar yang memerlukan seperti keluarga miskin, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, warga tua dan sebagainya. Skim bantuan ini merupakan satu mekanisme pemulihan sementara kepada kumpulan sasar sehingga suatu tempoh di mana mereka dapat dipulihkan dan hidup berdikari.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan kebajikan merupakan senarai bersama di antara Persekutuan dan Negeri seperti yang termaktub di dalam Jadual Kesembilan – Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, skim-skim bantuan kewangan kebajikan yang disediakan adalah meliputi Peruntukan Kerajaan Persekutuan dan juga Peruntukan Kerajaan Negeri.
Skim-skim Bantuan Persekutuan yang dikendalikan oleh JKM adalah seperti berikut:-
i. Bantuan Kanak-Kanak – RM100 hingga RM450 sekeluarga sebulan;
ii. Bantuan Orang Tua – RM300 seorang sebulan;
iii. Elaun Pekerja Cacat – RM300 seorang sebulan;
iv. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar – RM300 seorang sebulan;
v. Bantuan Latihan Belia – RM200 seorang sebulan;
vi. Bantuan Anak Pelihara – RM250 hingga RM500 sekeluarga sebulan;
vii. Bantuan Am (Bagi WP Kuala Lumpur dan WP Labuan sahaja) – RM80 hingga RM350 sekeluarga sebulan;
viii. Bantuan Sekolah – RM180 hingga RM220 sekaligus;
ix. Bantuan Pelancaran – RM2,700 sekaligus;
x. Bantuan Bencana (bencana biasa seperti kebakaran rumah kediaman/rumah kedai, rumah rosak dilanda angin kencang/ribut dan sebagainya) – RM200 hingga RM5,000 (maksimum); dan
xi. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan – mengikut kadar sebenar kos alat yang diperlukan.
Bagi Skim Bantuan Negeri, KPWKM melalui JKM menyediakan skim Bantuan Am Negeri dengan kadar RM65 sehingga maksimum RM450 sekeluarga dan kadar bagi skim bantuan ini adalah berbeza mengikut Negeri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat-syarat asas kelayakan bagi setiap permohonan bantuan kebajikan adalah seperti berikut :
a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
b) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM700 sebulan;
c) Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan; dan
d) Faktor-faktor lain seperti bilangan anak/tanggungan keluarga, keadaan rumah kediaman, umur pemohon/ketua keluarga, ketidakupayaan dan keuzuran disebabkan oleh penyakit.
Y.B. Puan Fuziah Binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) siapakah juru perunding yang melaksanakan Kajian Dasar Wanita Baru; dan
(b) apakah kandungan laporan dan Kajian Dasar Wanita yang baru.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
281
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Fuziah Binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) siapakah juru perunding yang melaksanakan Kajian Dasar Wanita Baru; dan
(b) apakah kandungan laporan dan Kajian Dasar Wanita yang baru.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
(a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil tindakan proaktif untuk menilai semula Dasar Wanita Negara (DWN) yang telah digubal pada tahun 1989. Langkah ini penting bagi menambahbaik strategi dan hala tuju dasar yang baru supaya selaras dengan perubahan semasa dan keperluan masa hadapan.
KPWKM tidak menggunakan juru perunding bagi menghasilkan Dasar Wanita Negara (DWN) yang baru. Sebaliknya pihak Kementerian telah mengadakan beberapa siri konsultasi dengan ‘stakeholders’ yang melibatkan agensi-agensi kerajaan, ahli akademik, ahli politik, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan golongan wanita muda yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang-bidang seperti undang-undang, sains dan teknologi, ekonomi, budaya, sukan dan media.
(b) Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) menggariskan tindakan bagi menterjemahkan dasar-dasar pembangunan negara meliputi 13 bidang utama iaitu ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, media, alam sekitar, sukan, kebudayaan dan mekanisme pembangunan wanita.
Antara perkara yang diberi perhatian dalam DWN dan PTPW yang dikemas kini ialah:
i. keperluan menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;
ii. membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;
iii. memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;
iv. mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan
v. meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga, pembangunan komuniti dan masyarakat.
Y.B. Puan Nurul Izzah Binti Anwar ( Lembah Pantai ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan daripada peruntukkan 2008, nyatakan dengan terperinci bagaimana peruntukan bajet untuk setiap bantuan yang dijalankan Kementerian dan senaraikan setiap Pertubuhan yang menerima agihan, jumlah orang yang menerima bantuan untuk setiap jenis bantuan dan jumlah yang diterima.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
262
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Nurul Izzah Binti Anwar ( Lembah Pantai ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan daripada peruntukkan 2008, nyatakan dengan terperinci bagaimana peruntukan bajet untuk setiap bantuan yang dijalankan Kementerian dan senaraikan setiap Pertubuhan yang menerima agihan, jumlah orang yang menerima bantuan untuk setiap jenis bantuan dan jumlah yang diterima.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
SILA LIHAT DI LAMPIRAN
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai semua maklumat rumah-rumah kebajikan yang ada dalam Parlimen Titiwangsa.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
254
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai semua maklumat rumah-rumah kebajikan yang ada dalam Parlimen Titiwangsa.
- Klasifikasi Isu
PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kawasan Parlimen Titiwangsa hanya terdapat sebuah rumah kebajikan iaitu TASPUTRA PERKIM di 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur. Rumah Kebajikan ini dikendalikan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan menjalankan aktiviti jagaan harian kepada 52 orang kanak-kanak kurang upaya dalam pelbagai kategori ketidakupayaan. Rumah Kebajikan ini mendapat bantuan geran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 53,144 setahun.
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan bagi tahun 2008 yang diberikan bagi aktiviti kemasyarakatan di setiap Parlimen ; dan
(b) bagaimanakah setiap Ahli Parlimen boleh memanfaatkan peruntukan itu bagi kepentingan rakyat
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
253
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan bagi tahun 2008 yang diberikan bagi aktiviti kemasyarakatan di setiap Parlimen ; dan
(b) bagaimanakah setiap Ahli Parlimen boleh memanfaatkan peruntukan itu bagi kepentingan rakyat
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
(a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengagihkan peruntukan bagi aktiviti kemasyarakatan di semua 219 kawasan Parlimen di seluruh negara pada awal tahun 2008 sebanyak RM4,380,000 iaitu RM20,000 bagi setiap kawasan Parlimen.
(b) Ahli-ahli Parlimen melalui Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) di setiap kawasan Parlimen menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan masyarakat mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat setempat. Antara program dan aktiviti yang dijalankan ialah :-
i) Program dan aktiviti yang menjurus kepada aspek pencegahan jenayah dan pembangunan masyarakat seperti Hari Keluarga Komuniti, Bengkel Kemahiran Keibubapaan, Kem Peningkatan Jati Diri, Program “Sahabat Ku” di kalangan remaja, Briged Kebajikan Perdana, rondaan kejiranan di kawasan perumahan dan komuniti setempat dan program peningkatan kemahiran kepada ahli keluarga bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga;
ii) Program-program intervensi sosial seperti perkhidmatan intervensi awal dan sistem rujukan yang komprehensif, Kumpulan Pembimbing setempat mengikut lokasi yang sesuai di kawasan-kawasan perumahan atau kampung serta memantau dan memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan kes-kes penderaan dan kes-kes kebajikan yang memerlukan tindakan segera; dan
iii) Program berkaitan kebajikan dan pembangunan masyarakat seperti gotong-royong, lawatan berkala ke rumah-rumah klien JKM seperti warga emas, Orang Kurang Upaya, Pesakit Kronik, keluarga miskin dan ibu tunggal.
Y.B Datuk Haji Abdul Rahman (Kota Belud) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
a) adakah Kerajaan menyediakan pangkalan data pusat bagi bilangan rakyat miskin, orang tua, orang kurang upaya, balu dan anak yatim di setiap peringkat di seluruh negara; dan
b) adakah koordinasi yang dibuat bersama dengan Kementerian atau agensi lain untuk tujuan tersebut.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
214
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B Datuk Haji Abdul Rahman (Kota Belud) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
a) adakah Kerajaan menyediakan pangkalan data pusat bagi bilangan rakyat miskin, orang tua, orang kurang upaya, balu dan anak yatim di setiap peringkat di seluruh negara; dan
b) adakah koordinasi yang dibuat bersama dengan Kementerian atau agensi lain untuk tujuan tersebut.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang membangunkan sistem bank data kemiskinan yang dikenali sebagai eKasih. Sistem ini bertujuan menyelaras semua maklumat mengenai kemiskinan termasuk kemiskinan tegar di seluruh negara, menambah baik proses pendaftaran sedia ada serta mengelakkan pertindihan dalam penyaluran bantuan kepada keluarga miskin dan miskin tegar.
Bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data eKasih, Jabatan Perangkaan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membuat bancian keluarga miskin termasuk miskin tegar di seluruh negara. Kerja-kerja bancian ini telah dijalankan semenjak bulan Disember 2007 dan dijangka siap pada bulan Jun 2008. Perlantikan Jabatan Perangkaan Malaysia ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan serta pertikaian ke atas kesahihan data.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, komponen utama dalam sistem eKasih adalah modul profil kemiskinan yang menyimpan maklumat profil individu dan keluarga miskin, profil projek dan program bantuan, modul analisa dan carian yang menyediakan kemudahan pelaporan dan analisa data melalui pemetaan kemiskinan (Poverty Mapping) yang menggunakan Geographical Information System (GIS) dan modul pengetahuan yang menyimpan maklumat kemiskinan untuk rujukan bersama.
Pelaksanaan eKasih secara sepenuhnya akan membolehkan aspek bantuan yang bertindih dapat dielakkan dan seterusnya memastikan program pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Ianya juga akan membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran iaitu membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus menjelang 2010.
b) Pelaksanaan sistem maklumat bersepadu kemiskinan eKasih melibatkan input daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta koordinasi antara Kementerian dan agensi yang teribat secara langsung wujud dalam membasmi kemiskinan termasuk kemiskinan tegar.
Y.B. Tuan Salleh Bin Kalbi (Silam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan ke atas anak-anak Filipina yang dikenali sebagai “stateless children” yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial sebelum media-media barat menggembar-gemburkan isu ini dan merosakkan imej negara kita.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
81
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Salleh Bin Kalbi (Silam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan ke atas anak-anak Filipina yang dikenali sebagai “stateless children” yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial sebelum media-media barat menggembar-gemburkan isu ini dan merosakkan imej negara kita.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak jalanan warga asing di negara ini. Kehadiran mereka boleh menimbulkan gejala sosial dan masalah keselamatan serta menjejaskan imej negara sekiranya tidak ditangani secara bersepadu oleh pihak kerajaan.
Memandangkan kanak-kanak tersebut adalah “stateless children” yang tidak mempunyai sebarang dokumen, adalah sukar untuk mengenal pasti negara asal kanak-kanak tersebut bagi tujuan penghantaran pulang.
Penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia atau Pasukan Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara sementara KPWKM berperanan dalam memastikan kebajikan dan perlindungan bagi kanak-kanak tersebut setelah ditahan oleh pihak berkuasa. Bagi menyelaras tindakan yang diambil oleh agensi yang berkaitan, satu jawatankuasa penyelaras telah ditubuhkan bagi menangani masalah kanak-kanak jalanan di negeri Sabah. Jawatankuasa ini dipengerusikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dianggotai oleh pelbagai agensi seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
Antara tindakan yang telah diambil bagi menangani isu kanak-kanak jalanan ini ialah:
i. melibatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam mana-mana operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia atau Pasukan Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara. Tindakan ini penting supaya kanak-kanak yang ditahan dalam operasi tersebut diberikan perlindungan di institusi-institusi JKM berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 serta keperluan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC);
ii. Kementerian ini juga telah menyalurkan RM250,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak di Rumah Perlindungan Ehsan di Pusat Tahanan Sementara Menggatal, Sabah. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan alat permainan; dan
iii. memandangkan aspek pendidikan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian kepada kanak-kanak jalanan ini, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik guru-guru bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Rumah Perlindungan Ehsan. Hal ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat pendidikan asas yang diperlukan.
Y.B. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kaedah yang digunakan untuk memastikan fakta-fakta benar dalam memperolehi bilangan ibu tunggal dan kenapakah jalan penyelesaian yang kukuh tidak dapat diberikan dalam mengurangkan bebanan harian mereka dengan adanya sistem bantuan daripada Kerajaan.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
80
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kaedah yang digunakan untuk memastikan fakta-fakta benar dalam memperolehi bilangan ibu tunggal dan kenapakah jalan penyelesaian yang kukuh tidak dapat diberikan dalam mengurangkan bebanan harian mereka dengan adanya sistem bantuan daripada Kerajaan.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Statistik mengenai bilangan ibu tunggal yang digunakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah berdasarkan kepada statistik Ketua Isi Rumah (KIR) wanita yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Statistik KIR wanita atau ibu tunggal ini diperolehi menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dijalankan setiap sepuluh tahun. Takrifan KIR wanita yang digunakan adalah seperti berikut :-
a) perempuan yang menjadi ketua isi rumah;
b) balu atau bercerai/berpisah tetap; dan
c) mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
Banci Penduduk dan Perumahan Negara tahun 2000 mencatatkan jumlah KIR wanita di negara ini adalah seramai 126,810 (Satu Ratus Dua Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Sepuluh) orang. Statistik tersebut diperolehi melalui kaedah bancian menyeluruh dan analisa data yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan iaitu sebuah organisasi yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dalam menjalankan aktiviti perangkaan.
Dalam tempoh lapan tahun semenjak bancian tersebut dibuat, tidak dinafikan bahawa terdapat perubahan dalam bilangan tersebut disebabkan oleh faktor seperti perceraian, kematian dan ibu tunggal yang berkahwin semula. Namun demikian, jumlah tersebut mungkin tidak begitu signifikan dan sehingga bancian semula dilakukan, Kementerian ini sebagai ‘end user’ tetap menggunakan fakta atau statistik yang dikeluarkan itu sebagai maklumat asas dan panduan untuk penggubalan dasar dan perancangan program-program yang bersesuaian untuk ibu tunggal.
Dalam membantu ibu tunggal, Kerajaan menggunakan kaedah penyelesaian strategik iaitu menangani permasalahan yang lazim dihadapi oleh ibu tunggal secara khusus. Ibu tunggal yang miskin atau daif diberikan bantuan kebajikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) disediakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dari keluarga miskin termasuk anak ibu tunggal. Manakala, Geran Pelancaran pula diberikan sebagai bantuan modal permulaan untuk golongan miskin termasuk ibu-ibu tunggal yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Kementerian menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) pula melaksanakan program-program peningkatan kemahiran untuk wanita dan ibu tunggal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi menerusi penyertaan dalam program-program sedemikian merupakan aset penting yang dapat mereka gunakan dalam kehidupan seharian atau untuk memulakan usahaniaga sendiri.
Selain itu, perkhidmatan kaunseling juga disediakan bagi membantu ibu tunggal yang berhadapan dengan masalah khususnya berkaitan emosi. Turut dijalankan adalah program-program berbentuk motivasi agar ibu tunggal tersebut lebih berkeyakinan dan boleh menguruskan tekanan dengan lebih baik. Bantuan dan insiatif yang disediakan Kerajaan itu dapat mengupayakan golongan ibu tunggal agar mereka mampu untuk berdikari bagi memperbaiki taraf hidup mereka.
Y.B. Puan Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula Rang Undang-Undang OKU dengan memasukkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai-pegawainya dalam undang-undang tersebut.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
48
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula Rang Undang-Undang OKU dengan memasukkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai-pegawainya dalam undang-undang tersebut.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Disember 2007. Seterusnya, Akta ini telah diwartakan pada 24 Januari 2008. Peranan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta ini adalah sebagai membantu Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. Sementara itu Bahagian 3, Seksyen 20 Akta OKU menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai-pegawai JKM yang dilantik sebagai Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan Pendaftar.
Memandangkan Akta OKU telah pun menggariskan dengan jelas tanggungjawab JKM serta pegawai-pegawainya, maka Kementerian tidak bercadang untuk mengkaji semula Akta OKU.
Y.B. Dr. Mohamed Hayati bin Othman (Pendang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penempatan rumah warga emas dan jumlah penghuni mengikut kaum dan jantina, kemudahan yang diperolehi oleh mereka di situ, jenis sumbangan yang diterima oleh Kerajaan dari NGO atau syarikat untuk membantu warga emas tersebut dan jenis-jenis program kebajikan/kerohanian yang disusun untuk mereka di penempatan tersebut.
23 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
28
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Mohamed Hayati bin Othman (Pendang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penempatan rumah warga emas dan jumlah penghuni mengikut kaum dan jantina, kemudahan yang diperolehi oleh mereka di situ, jenis sumbangan yang diterima oleh Kerajaan dari NGO atau syarikat untuk membantu warga emas tersebut dan jenis-jenis program kebajikan/kerohanian yang disusun untuk mereka di penempatan tersebut.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu warga emas yang memerlukan dari segi penempatan dan penjagaan melalui peruntukan yang disediakan dalam Akta Orang Papa 1977, Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978 dan Kaedah-kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 9 buah Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang Tua), 2 buah Rumah Ehsan (Rumah Pesakit Melarat) dan 2 buah Desa Bina Diri (Pusat Pemulihan Pengemis) untuk memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada seramai 2,826 orang penghuni. Pecahan mengikut jantina ialah lelaki 1,757 orang dan perempuan 979 orang. Pecahan mengikut kaum pula ialah Melayu 1,191 orang, Cina 841 orang, India 681 orang dan kaum-kaum lain 21 orang.
Selain daripada kemudahan penginapan, JKM menyediakan kemudahan seperti makan minum serta pakaian dan penjagaan yang sempurna terhadap warga emas yang tinggal di institusi-institusi tersebut. Jabatan juga menjalankan program-program yang sesuai dengan warga emas seperti senaman ringan, fisioterapi dan rawatan kesihatan supaya mereka sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal.
JKM turut mengadakan aktiviti kerohanian seperti ceramah agama mengikut pegangan agama masing-masing dan mengadakan majlis perayaan bagi setiap kaum.
Antara bentuk sumbangan yang diterima oleh institusi-institusi di atas termasuklah pemberian wang zakat dan derma dari orang perseorangan. Syarikat korporat pula memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk sumbangan seperti pembinaan surau, menghantar penghuni menunaikan fardhu haji ke Mekah dan menaja warga emas beriadah di lokasi-lokasi pelancongan dalam negara.
Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam usaha Kerajaan ingin meningkatkan masyarakat Malaysia supaya celik teknologi maklumat, apakah usaha celik teknologi maklumat dan usaha Kementerian untuk menarik minat golongan wanita agar tahap tersebut mencapai sasaran.
24 JUN 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 JUN 2008 (Selasa)
- No.Soalan
31
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam usaha Kerajaan ingin meningkatkan masyarakat Malaysia supaya celik teknologi maklumat, apakah usaha celik teknologi maklumat dan usaha Kementerian untuk menarik minat golongan wanita agar tahap tersebut mencapai sasaran.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam usaha Kerajaan ingin meningkatkan masyarakat Malaysia supaya celik teknologi maklumat, apakah usaha celik teknologi maklumat dan usaha Kementerian untuk menarik minat golongan wanita agar tahap tersebut mencapai sasaran.
24 JUN 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
24 JUN 2008 (Selasa)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam usaha Kerajaan ingin meningkatkan masyarakat Malaysia supaya celik teknologi maklumat, apakah usaha celik teknologi maklumat dan usaha Kementerian untuk menarik minat golongan wanita agar tahap tersebut mencapai sasaran.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Teknologi Maklumat merupakan salah satu bidang yang boleh diterokai oleh golongan wanita memandangkan kita berada dalam era teknologi maklumat dan Malaysia komited dalam usaha untuk menjadikan komuniti kita sebagai “knowledge society”. Akses kepada maklumat yang tepat, mampu menjadi seseorang wanita itu kompetitif dan berpengaruh dalam menghadapi cabaran globalisasi. Justeru, teknologi maklumat boleh digunakan sebagai suatu alat “tool” (dengan izin) untuk mempertingkatkan keupayaan wanita agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawahnya berusaha meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat di kalangan masyarakat Malaysia termasuk golongan wanita. Antara usaha yang dilaksanakan ialah penyediaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat yang bersepadu pada tahun 2005 untuk membantu kumpulan sasar termasuk wanita dalam meningkatkan akses serta penggunaan teknologi maklumat untuk manfaat bersama.
Di samping itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menjalankan Program Literasi Teknologi Maklumat khusus untuk golongan wanita di Rumah-rumah Nur di setiap negeri. Ia bertujuan memberikan pendedahan asas mengenai penggunaan teknologi maklumat kepada kaum wanita. Sebanyak 36 program ICT telah dijalankan dari Januari sehingga Mei 2008.
Melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga, Kementerian telah mengadakan Program Cyber Start pada tahun 2007. Ia merupakan program kemahiran asas komputer dan telah dijalankan di 8 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang dan Melaka. Antara kandungan program tersebut ialah pengenalan kepada komputer, pengunaan Microsoft Word dan Excel, serta cara penggunaan Internet seperti emel. Seramai 1,120 orang peserta telah mengambil bahagian dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM 225,300.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian turut melaksanakan program celik teknologi maklumat ini secara perkongsian bijak dengan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO). Seramai 8,867 kaum wanita telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dijalankan sepanjang tahun 2004 hingga 2007 dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta. Bagi golongan wanita yang tidak celik IT terutama wanita di luar bandar dan juga warga emas, Kementerian merancang untuk menyediakan komputer yang murah dan mudah digunakan. Komputer yang mempunyai reka bentuk yang ringkas dengan fungsi asas boleh membantu golongan wanita melayari internet dan mendapatkan maklumat dengan mudah.
Kementerian percaya, dengan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi, mereka dapat memperkayakan pengalaman dan kemahiran seperti mendapatkan maklumat daripada Internet, memperkembangkan perniagaan mereka serta memudahkan urusan harian mereka. Kementerian akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang mempunyai prasarana IT untuk menjalani program-program pembangunan kapasiti agar wanita dapat menggunakan kemudahan IT yang tersedia. Dengan cara ini, Kerajaan dapat berkongsi prasarana yang ada dan golongan wanita khasnya mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat skim atau program yang boleh dipohon bagi mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk membantu mereka berdikari, selain dari bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada mereka.
25 JUN 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 JUN 2008 (Rabu)
- No.Soalan
86
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat skim atau program yang boleh dipohon bagi mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk membantu mereka berdikari, selain dari bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada mereka.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar dan program Kementerian beliau untuk membangun kaum wanita di luar bandar, khasnya Sabah supaya mereka dapat berdikari dan sikap terlalu bergantung dapat dikurangkan.
25 JUN 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 JUN 2008 (Rabu)
- No.Soalan
78
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar dan program Kementerian beliau untuk membangun kaum wanita di luar bandar, khasnya Sabah supaya mereka dapat berdikari dan sikap terlalu bergantung dapat dikurangkan.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Y.B. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat skim atau program yang boleh dipohon bagi mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk membantu mereka berdikari, selain dari bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada mereka.
25 JUN 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
25 JUN 2008 (Rabu)
- No.Soalan
86
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat skim atau program yang boleh dipohon bagi mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk membantu mereka berdikari, selain dari bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada mereka.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Selain daripada bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada penerima bantuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyediakan beberapa program yang bersifat jayadiri atau galakan berdikari.
JKM menyediakan Skim Bantuan Geran Pelancaran sebagai modal untuk memulakan projek atau aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan dan juga ke arah berdikari. Kadar Bantuan Geran Pelancaran bagi seseorang penerima untuk melaksanakan aktiviti menjana ekonomi adalah atas kadar maksimum RM2,700.00 seorang sekaligus. Bagi tahun 2007, seramai 371 orang telah menerima faedah daripada skim ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM863,954.
Di samping itu, Skim Bantuan Alat Tiruan atau Sokongan disediakan kepada klien JKM khususnya kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang kurang berkemampuan untuk membeli alatan tiruan atau sokongan bagi dirinya bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih selesa. Kadar bantuan yang diluluskan adalah bergantung kepada harga sebenar alat tiruan/sokongan yang diperlukan. Bagi tahun 2007, sejumlah RM 2,333,140 telah diluluskan di bawah skim ini dan memanfaatkan seramai 1166 OKU.
Melalui JPW pula, beberapa program dilaksanakan untuk ibu-ibu tunggal dan wanita supaya dapat berdikari iaitu melalui program-program kemahiran jahitan dan kraftangan serta program berbentuk motivasi diri. Melalui Program Sutera Sari yang dimulakan pada tahun 2005, seramai 2,970 peserta telah berjaya dilatih dengan kemahiran membuat langsir dan asas kemahiran jahitan. Di samping itu, seramai 6,570 orang peserta wanita telah dilatih melalui Program Jejari Bestari iaitu kursus kemahiran jahitan pakaian dan sulaman manik, pembuatan aksesori wanita serta pembuatan kasut dan beg tangan.
Kementerian juga sedang merancang untuk melaksanakan Program I-KIT iaitu Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal yang bertujuan memberi latihan kemahiran khusus kepada ibu tunggal dalam tujuh bidang iaitu jahitan, kraf tangan, kursus terapi kecantikan, kursus asas asuhan kanak-kanak, pelancongan, perniagaan dan keusahawanan.
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peratusan kes cerai yang berlaku di Negara sepanjang 2007 berdasarkan bangsa dan agama. Daripada jumlah tersebut, adakah kajian dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma akibat daripada penceraian.
26 JUN 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2008 (Khamis)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peratusan kes cerai yang berlaku di Negara sepanjang 2007 berdasarkan bangsa dan agama. Daripada jumlah tersebut, adakah kajian dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma akibat daripada penceraian.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kementerian bagi memastikan bahawa golongan orang kurang upaya, miskin dan miskin tegar dapat menangani kenaikan kos harian hidup.
26 JUN 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2008 (Khamis)
- No.Soalan
96
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kementerian bagi memastikan bahawa golongan orang kurang upaya, miskin dan miskin tegar dapat menangani kenaikan kos harian hidup.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peratusan kes cerai yang berlaku di Negara sepanjang 2007 berdasarkan bangsa dan agama. Daripada jumlah tersebut, adakah kajian dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma akibat daripada penceraian.
26 JUN 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2008 (Khamis)
- No.Soalan
31
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peratusan kes cerai yang berlaku di Negara sepanjang 2007 berdasarkan bangsa dan agama. Daripada jumlah tersebut, adakah kajian dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma akibat daripada penceraian.
- Klasifikasi Isu
PERKAHWINAN / PERCERAIAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Data rasmi kes cerai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tahun 2007 belum lagi ada. Walau bagaimanapun, berdasarkan data rasmi tahun 2006, kes penceraian yang dilaporkan bagi pasangan Islam ialah sebanyak 21,419 dan 4,066 bagi pasangan bukan Islam. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 (KPKM-4), yang dilaksanakan pada tahun 2004 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati peratusan bercerai bagi penduduk berumur 15 tahun dan lebih ialah 1.4 peratus dari jumlah penduduk Malaysia dalam kategori umur tersebut.
Berdasarkan kajian-kajian sedia ada, penceraian sememangnya memberi kesan negatif dan trauma kepada kanak-kanak seperti rendah diri, murung, agresif dan transeksual. Antara penemuannya yang diperolehi dari kajian sedia ada mengenai penceraian ialah:
Kajian “A Preliminary Study On Non-Custodial Fathers Contact With Their Children After Divorce In Malaysia” (Prof Madya Dr. Zaleha Kamarudin, UKM, 2005) menyimpulkan bahawa anak-anak yang masih kecil lazimnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan bapa sekalipun pihak bapa masih mempunyai tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan keperluan pendidikan dan material kepada anak.
Kajian Kesejahteraan Anak dan Kefungsian Keluarga Ibu Tunggal Melayu di Bandar : Pengaruh Faktor Risiko dan Pelindung (Dr. Anjli Doshi, LPPKN, 2005) mendapati, kesulitan ekonomi merupakan faktor risiko penting memberi kesan ke atas kesejahteraan anak. Selain itu penemuan kajian menunjukkan bahawa ibu tunggal yang mempunyai tahap kefungsian pelindung yang lebih tinggi (kecekapan mengendalikan tekanan, tingkahlaku keibubapaan dan sokongan sosial) lebih berkecenderungan mempunyai tahap kefungsian keluarga dan kesejahteraan anak yang lebih tinggi.
Sementara itu dari beberapa kajian yang dibuat di negara-negara barat didapati anak-anak yang dibesarkan dari keluarga yang dipimpin oleh ibu tunggal atau bapa tunggal lebih cenderung terlibat lebih awal dalam aktiviti seksual berbanding rakan-rakan sebaya (sumber : Journal of Behavioral Medicine 17 ” The Social Context for Risky Sexual Behavior Among Adolescents” Carol W. Metzler, 1994) dan remaja yang tinggal dalam keluarga yang dipimpin oleh ibu/bapa tunggal lebih cenderung terlibat dalam kes-kes seperti bunuh diri dan menghadapi masalah psikologi (sumber : Kajian ”Post –traumatic Stress Disorder in Peer of Adolescent Suicide Victims : Predisposing Factors and Phenomenology.” Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry 34, David A. Brent , 1995).
Walau bagaimanapun Kementerian berpendirian bahawa faktor-faktor positif dalam persekitaran anak-anak seperti sokongan sosial daripada keluarga, ibu bapa yang telah berpisah sedia bertolak ansur serta mementingkan kesejahteraan anak akan memudahkan proses penyesuaian anak-anak kepada penceraian ibu bapa.
Nota : Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perancangan Kementerian untuk melaksanakan kajian berkaitan kesan perceraian, LPPKN akan melaksanakan kajian tersebut pada masa akan datang.
Y.B. Tuan Chua Tee Yong (Labis) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kementerian bagi memastikan bahawa golongan orang kurang upaya, miskin dan miskin tegar dapat menangani kenaikan kos harian hidup.
26 JUN 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
26 JUN 2008 (Khamis)
- No.Soalan
95
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Chua Tee Yong (Labis) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kementerian bagi memastikan bahawa golongan orang kurang upaya, miskin dan miskin tegar dapat menangani kenaikan kos harian hidup.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa prihatin terhadap nasib golongan miskin yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada Kerajaan terutamanya ketika negara sedang mengalami kenaikan kos hidup yang agak membebankan. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa skim bantuan yang bersesuaian kepada kumpulan sasar bagi membantu meringankan beban mereka buat sementara waktu sehingga tempoh mereka dapat dipulihkan untuk hidup berdikari dan keluar dari kepompong kemiskinan.
Bagi membantu golongan keluarga miskin menangani beban kenaikan kos harian hidup, Skim Bantuan Am (BA) telah disediakan dengan kadar RM80 sehingga maksimum RM450 sebulan sekeluarga mengikut negeri. Bagi keluarga miskin yang mempunyai anak-anak pula, Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dengan kadar RM100 hingga maksimum RM450 sebulan sekeluarga dipertimbangkan kepada keluarga yang layak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui JKM menyediakan Skim Elaun Pekerja Cacat (EPC) dengan kadar RM300 seorang sebulan sebagai galakan kepada OKU untuk bekerja dan seterusnya berdikari tanpa perlu bergantung hidup kepada orang lain. Kadar pendapatan kelayakan bantuan EPC telah juga dinaikkan daripada RM750 sebulan kepada RM1200 sebulan berkuatkuasa mulai bulan Jun 2008.
Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga yang mempunyai ahli di kalangan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar pula, Kementerian telah menyediakan Skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar dengan kadar RM300 seorang sebulan.
Bagi memastikan kebajikan Warga Emas terjamin dan mendapat pembelaan sewajarnya dari Kerajaan, Kementerian telah menyediakan Skim Bantuan Orang Tua (BOT) dengan kadar RM300 seorang sebulan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPWKM dengan kelulusan dari Kementerian Kewangan telah menaikkan kadar pendapatan kelayakan bantuan daripada RM400 sebulan kepada RM700 sebulan untuk disesuaikan dengan kos sara hidup semasa.
Melalui skim bantuan yang disediakan dengan kadar yang bersesuaian, Kementerian merasakan bahawa golongan miskin dan memerlukan dapat dibantu untuk meringankan beban dan mengurangkan kesan yang dialami akibat daripada kenaikan kos harian hidup.
Y.B. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz (Sri Gading) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebab-sebab tidak diwujudkan pegawai pembangunan komuniti untuk membantu pegawai kebajikan masyarakat di daerah-daerah di seluruh negara.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
28
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz (Sri Gading) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebab-sebab tidak diwujudkan pegawai pembangunan komuniti untuk membantu pegawai kebajikan masyarakat di daerah-daerah di seluruh negara.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pembangunan komuniti merupakan satu daripada tugas-tugas yang ditetapkan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh yang demikian, isu tidak mewujudkan Pegawai Pembangunan Komuniti untuk membantu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah adalah tidak berbangkit. Tugas dan peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat dalam membangunkan komuniti antara lain adalah seperti berikut:
1. Membantu untuk meningkatkan status ekonomi bagi mereka yang miskin dan kurang bernasib baik melalui Program Organisasi Komuniti seperti projek sosio-ekonomi, pendidikan sosial dan latihan kemahiran;
2. Menggalakkan penglibatan organisasi sukarela selari dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang melalui bimbingan profesional dan bantuan kewangan;
3. Membantu menggerakkan sumber dari sektor korporat/swasta untuk memenuhi keperluan komuniti; dan
4. Menggalakkan kesukarelawanan dengan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti yang berkaitan kebajikan.
Kementerian berpendapat bahawa tugas-tugas yang diberi kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat sedia ada dalam pembangunan komuniti adalah memadai dan dapat memenuhi keperluan semasa di daerah-daerah. Di peringkat pelaksanaan pula, pada masa ini telah wujud jalinan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam aktiviti yang melibatkan pembangunan komuniti.
Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan
(b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
18
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan
(b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebab-sebab tidak diwujudkan pegawai pembangunan komuniti untuk membantu pegawai kebajikan masyarakat di daerah-daerah di seluruh negara.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
24
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebab-sebab tidak diwujudkan pegawai pembangunan komuniti untuk membantu pegawai kebajikan masyarakat di daerah-daerah di seluruh negara.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah rumah kebajikan di negara ini dan sejauh manakah antara rumah-rumah kebajikan ini diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta. Apakah pertolongan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rumah-rumah kebajikan ini yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
29
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah rumah kebajikan di negara ini dan sejauh manakah antara rumah-rumah kebajikan ini diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta. Apakah pertolongan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rumah-rumah kebajikan ini yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan agar meninjau kadar bantuan kebajikan kepada golongan kurang upaya dan miskin; dan
(b) jika ada, bagaimana dan berapa kadar yang dinaikkan.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
52
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan agar meninjau kadar bantuan kebajikan kepada golongan kurang upaya dan miskin; dan
(b) jika ada, bagaimana dan berapa kadar yang dinaikkan.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan “mak nyah” yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
65
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan “mak nyah” yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
- Klasifikasi Isu
MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN)
JAWAPAN
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) perancangan Kementerian untuk menyelamatkan golongan wanita dan lelaki lembut (tranvestites) yang terlibat dengan kerja-kerja pelacuran; dan
(b) program-program pemulihan yang sedia ada untuk tujuan tersebut.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
93
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) perancangan Kementerian untuk menyelamatkan golongan wanita dan lelaki lembut (tranvestites) yang terlibat dengan kerja-kerja pelacuran; dan
(b) program-program pemulihan yang sedia ada untuk tujuan tersebut.
- Klasifikasi Isu
MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN)
JAWAPAN
Y.B. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh (Kalabakan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan
(b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
1
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh (Kalabakan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan
(b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.
- Klasifikasi Isu
MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN)
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak jalanan di Sabah yang tidak mempunyai dokumen, terbiar, tidak menghadiri sekolah serta terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah. Sehubungan itu, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi menangani isu kanak-kanak jalanan tersebut.
(b) Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri yang bersidang pada 11 April 2007 telah memutuskan supaya KPWKM menerajui sebuah Jawatankuasa Penyelaras bagi menangani masalah kanak-kanak jalanan, terutamanya di negeri Sabah. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis DiRaja Malaysia. Berikutan keputusan tersebut, beberapa mesyuarat jawatankuasa ini telah diadakan bagi merangka tindakan-tindakan untuk membendung masalah ini serta menyelaras tindakan bersepadu antara agensi-agensi kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan keputusan jawatankuasa tersebut, Kementerian ini telah menyalurkan RM250,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak di Rumah Perlindungan Ehsan di Pusat Tahanan Sementara Menggatal, Sabah. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan alat permainan.
Aspek pendidikan turut diberi perhatian yang mana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik guru-guru bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Rumah Perlindungan Ehsan tersebut. Perkhidmatan guru-guru ini turut dipanjangkan kepada blok yang menempatkan wanita dengan anak-anak kecil mereka supaya masa lapang kanak-kanak berkenaan dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.
Selain itu, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah yang telah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak warganegara asing termasuk kanak-kanak jalanan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan juga meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin dan kanak-kanak jalanan sedia ada. Dalam hal ini, agensi-agensi penguat kuasa seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan operasi berterusan bagi menahan serta menghantar pendatang asing tanpa izin dan kanak-kanak jalanan ini pulang ke negara asal masing-masing.
Y.B. Tuan Tiong Thai King (Lanang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan agar meninjau kadar bantuan kebajikan kepada golongan kurang upaya dan miskin; dan
(b) jika ada, bagaimana dan berapa kadar yang dinaikkan.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
54
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Tiong Thai King (Lanang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan agar meninjau kadar bantuan kebajikan kepada golongan kurang upaya dan miskin; dan
(b) jika ada, bagaimana dan berapa kadar yang dinaikkan.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menyemak kadar bantuan yang diberikan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari semasa ke semasa bukan sahaja bantuan kepada orang kurang upaya, tetapi juga semua jenis bantuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah menaikkan kadar serta mewujudkan skim bantuan baru bagi skim-skim bantuan seperti berikut:-
(a) Elaun Pekerja Cacat (EPC) – kadar lama RM200 telah dinaikkan kepada RM300 seorang sebulan mulai Januari 2008. Kadar kelayakan pendapatan OKU yang bekerja pula telah dinaikkan kepada RM1,200.00 sebulan mulai Jun 2008;
(b) Bantuan Orang Tua (BOT) – kadar lama RM200 telah dinaikkan kepada RM300 seorang sebulan mulai Januari 2008; dan
(c) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar – diperkenalkan mulai Januari 2008 dengan kadar RM300 seorang sebulan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenaikan kadar dan pewujudan skim bantuan baru ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri di dalam Ucapan Bajet 2008 pada 7 September 2007.
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan Mak Nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
65
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Binti Mohamad Ghazali (Titiwangsa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan Mak Nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.
- Klasifikasi Isu
MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN)
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan sosial kepada semua ahli masyarakat yang memerlukannya. Bagi wanita dan Mak Nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan, Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan program-program pembangunan kapasiti seperti Kemahiran Wanita dan Ibu Tunggal. Melalui program ini, latihan yang diberikan adalah termasuk kemahiran dalam bidang jahitan, kraftangan, pelancongan, penjagaan kanak-kanak, pemprosesan makanan, bakeri, salon dan terapi kecantikan. Menerusi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada program sedemikian, golongan tersebut boleh mencebur diri dalam pasaran pekerjaan atau memulakan usaha niaga sendiri. Bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, mereka juga boleh memohon Geran Pelancaran yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM2,700 maksimum.
Bagi kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun yang terdedah kepada bahaya moral atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelacuran atau aktiviti seks, perlindungan boleh diberikan di Institusi Taman Seri Puteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara program-program yang dijalankan di institusi ini ialah jagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, pendidikan formal dan tidak formal, pendidikan agama dan moral, latihan vokasional dan aktiviti riadah.
Bagi wanita dan Mak Nyah yang terdedah kepada bahaya moral, terdapat beberapa NGO yang menyediakan rumah perlindungan. Sehubungan dengan perkara ini, Kementerian juga melalui pakatan bestari dengan NGO telah mewujudkan sebuah Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) secara perintis di kawasan risiko tinggi untuk memberikan bantuan kepada golongan berkenaan. PBKS ini menyediakan tiga bentuk perkhidmatan utama iaitu tempat singgah (drop in), jangkauan (outreach), kaunseling serta khidmat maklumat. Ketiga-tiga perkhidmatan ini menekankan kepada aspek pendidikan, latihan kemahiran, pencegahan, rawatan, penjagaan dan bantuan khidmat sokongan sosial seperti mencarikan pekerjaan, menolong dalam proses mendapatkan dokumen pengenalan diri dan penempatan di institusi kebajikan sekiranya diperlukan.
Y.B. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud (Kota Raja) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) perancangan Kementerian untuk menyelamatkan golongan wanita dan lelaki lembut (transvestites) yang terlibat dengan kerja-kerja pelacuran; dan
(b) program-program pemulihan yang sedia ada untuk tujuan tersebut.
30 JUN 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 JUN 2008 (Isnin)
- No.Soalan
90
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud (Kota Raja) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) perancangan Kementerian untuk menyelamatkan golongan wanita dan lelaki lembut (transvestites) yang terlibat dengan kerja-kerja pelacuran; dan
(b) program-program pemulihan yang sedia ada untuk tujuan tersebut.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius gejala sosial yang melibatkan aktiviti pelacuran di kalangan wanita dan lelaki lembut. Bagi menangani masalah ini, KPWKM telah mengambil pendekatan untuk menyedarkan golongan ini tentang risiko menjadi pekerja seks dan memberi panduan agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan dalam masyarakat yang normal. Tindakan secara mendekati, memberi kesedaran dan memulihkan mereka sangat penting kerana ada di kalangan mereka, khususnya wanita, yang mempunyai anak-anak yang tinggal bersama mereka. Oleh itu, sebarang tindakan yang dijalankan oleh KPWKM perlu sentiasa mengambil kira kepentingan kanak-kanak yang menjadi ahli keluarga golongan ini.
(b) KPWKM dengan kerjasama pihak NGO telah menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di kawasan berisiko tinggi di Kuala Lumpur bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan sosial dan kebajikan kepada penghidap HIV/AIDS, pekerja seks dan mak nyah. Pusat Bantuan Khidmat Sosial ini menyediakan perkhidmatan seperti tempat singgah (drop-in), jangkauan (outreach) dan kaunseling serta sesi informasi bagi kumpulan sasar mangsa HIV/AIDS, pekerja seks wanita dan mak nyah. Perkhidmatan yang disediakan menekankan kepada aspek pendidikan, pencegahan, rawatan, penjagaan, bantuan dan keselamatan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPWKM melalui JKM telah menubuhkan institusi Taman Seri Puteri yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Institusi ini memberikan perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral termasuk mereka yang melibatkan diri atau terlibat dalam pelacuran. Selama tempoh pemulihan, institusi ini memberi bimbingan dan kaunseling, pendidikan serta latihan vokasional.
Y.B. Dato’ Abu Bakar Bin Taib (Langkawi) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian merasakan bahawa fungsi Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah berkesan dan adakah ianya perlu dikaji semula syarat serta prosedur bantuan bagi memastikan matlamat untuk membantu rakyat yang memerlukan lebih efisien.
01 JULAI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
01 JULAI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
91
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dato’ Abu Bakar Bin Taib (Langkawi) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian merasakan bahawa fungsi Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah berkesan dan adakah ianya perlu dikaji semula syarat serta prosedur bantuan bagi memastikan matlamat untuk membantu rakyat yang memerlukan lebih efisien.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendapati bahawa Pejabat-Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di seluruh negara telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. PKMD berperanan sebagai mata dan telinga KPWKM dalam mengenalpasti golongan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memerlukan perhatian, bantuan dan sokongan.
Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disediakan oleh PKMD adalah seperti berikut:
1. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM;
2. Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk kumpulan sasar berdikari;
3. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang; dan
4. Menggalakkan pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan sosial melalui perkhidmatan kebajikan yang disediakan sama ada oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Institusi-institusi Kebajikan yang terdapat di seluruh negara.
Kementerian sentiasa sensitif dan prihatin terhadap keperluan kumpulan sasar dan mengambil tindakan mengkaji syarat dan prosedur bantuan sedia ada dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar JKM dilaksanakan secara berkesan dan memenuhi keperluan semasa mereka. Antara tindakan yang dilaksanakan ialah :
i) menaikkan syarat asas kelayakan pendapatan keluarga dari RM400.00 kepada RM700.00 sebulan mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
ii) menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dari RM750 sebulan kepada RM1,200 sebulan bagi melayakkan mereka memohon Skim Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC);
iii) tarikh bayaran bantuan telah ditetapkan pada 5 haribulan setiap bulan; dan
iv) kuasa meluluskan bantuan diperturunkan daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk mempercepatkan urusan kelulusan bantuan JKM.
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menganjurkan program berbentuk keusahawan bagi kaum wanita. Kalau ada, apakah jenis program yang dianjurkan.
02 JULAI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
02 JULAI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
39
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menganjurkan program berbentuk keusahawan bagi kaum wanita. Kalau ada, apakah jenis program yang dianjurkan.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian ini sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi Kerajaan mahu pun swasta untuk membangunkan usahawan wanita. Antara kerjasama yang telah dijalinkan adalah dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) melalui latihan keusahawanan. Latihan ini memberi pendedahan kepada wanita tentang asas dan kemahiran untuk memulakan perniagaan.
Selain kerjasama dalam program latihan, Kementerian ini telah melaksanakan Konvensyen Usahawan Wanita pada 22-23 April 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang mana ianya turut mendapat kerjasama dari Kementerian tersebut. Resolusi yang dihasilkan daripada konvensyen tersebut telah dikemukakan kepada MeCD untuk perhatian dari pihaknya. Selain daripada itu, Kementerian juga telah melaksanakan Karnival Usahawan Wanita Kuala Lumpur pada 9 Disember 2007 yang memberi ruang untuk memasarkan produk dan perkhidmatan usahawan wanita serta memberi ruang untuk mereka meningkatkan jaringan sesama mereka dan agensi Kerajaan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian ini juga turut menyebarluaskan maklumat yang diperolehi melalui Mesyuarat Kerjasama Antara Kementerian Dalam Bidang Peluang Perniagaan kepada wanita. Maklumat tersebut merangkumi kemudahan pembiayaan perniagaan, program pemasaran, penyelidikan dan pembangunan produk, penyesuaian perniagaan dan khidmat perundingan perniagaan.
Kerjasama seumpama ini tidak terhad kepada Kementerian Usahawan dan Koperasi sahaja malah turut diperluaskan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi Kerajaan yang lain. Antara tahun 2004-2008, Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM 1,233,880.52 kepada 14 NGO bagi melaksanakan program-program keusahawanan yang memberi tumpuan khusus kepada wanita yang tidak bekerja dan ibu tunggal yang daif.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian ini percaya bahawa tanggungjawab untuk membangunkan seorang usahawan wanita yang berjaya bukanlah satu tugas yang mudah dan tidak hanya terletak di bawah bidang kuasa sesuatu Kementerian sahaja. Kementerian dan agensi yang berkaitan perlu memainkan peranan mereka secara optimum bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat pendedahan dalam bidang keusahawanan dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.
Y.B. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff ( Rantau Panjang ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini kes OKU yang dirogol dari Januari sehingga Jun 2008 dan setakat mana pembelaan terhadap mereka daripada pihak kerajaan.
02 JULAI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
02 JULAI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
48
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff ( Rantau Panjang ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini kes OKU yang dirogol dari Januari sehingga Jun 2008 dan setakat mana pembelaan terhadap mereka daripada pihak kerajaan.
- Klasifikasi Isu
GANGGUAN SEKSUAL
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan kepada rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 20 kes rogol yang melibatkan OKU dari bulan Januari hingga Mei 2008.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan sedia ada memberi perlindungan dan pembelaan yang sama kepada semua mangsa rogol termasuklah OKU. Namun demikian, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan sentiasa berusaha memastikan sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan seperti polis dan mahkamah ke atas kes-kes OKU yang dirogol mengambil kira keperluan dan hak OKU. Ini termasuklah menyediakan keperluan seperti jurubahasa isyarat dan braille.
Y.B. Datuk Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad (Hulu Selangor) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha/program konkrit Kementerian membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara dan jika sudah ada usaha/program konkrit itu, apakah pencapaian yang dicapai oleh golongan sasaran ibu-ibu tunggal.
03 JULAI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 JULAI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
76
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad (Hulu Selangor) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha/program konkrit Kementerian membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara dan jika sudah ada usaha/program konkrit itu, apakah pencapaian yang dicapai oleh golongan sasaran ibu-ibu tunggal.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara meliputi pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti, penyediaan bantuan kebajikan dan perkhidmatan sokongan lain untuk manfaat mereka.
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita melaksanakan program-program pembangunan kapasiti bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu-ibu tunggal dalam pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan. Pada tahun 2007, JPW telah berjaya melatih seramai 1,253 (Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh Tiga) orang ibu tunggal dalam pelbagai bidang kemahiran seperti jahitan, masakan dan kraftangan.
Melalui program “Jejari Bestari” di ke semua kawasan Parlimen di seluruh negara, seramai 6,570 (Enam Ribu Lima Ratus Tujuh Puluh) orang wanita dan ibu tunggal telah berjaya dilatih dalam bidang jahitan. Maklum balas yang diterima mendapati bahawa rata-rata peserta program telah berjaya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada program-program yang dijalankan tersebut untuk memenuhi keperluan keluarga mereka sendiri serta mengambil tempahan bagi menambah pendapatan mereka.
JPW juga sedang melaksanakan satu lagi program khusus untuk ibu tunggal iaitu “Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal” atau I-KIT. I-KIT merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bermatlamat untuk membasmi kemiskinan di kalangan wanita. Menerusi program I-KIT, ibu-ibu tunggal dari setiap negeri diberikan latihan dan penyeliaan rapi dalam bidang kemahiran jahitan, kecantikan, kraftangan, asuhan kanak-kanak, pelancongan dan pemprosesan makanan.
Ibu-ibu tunggal yang menyertai program I-KIT diberikan latihan kemahiran intensif dan kursus keusahawanan dalam jangka masa tiga hingga enam bulan. Konsep ‘latih dan bimbing’ yang digunakan ini bertujuan untuk membolehkan ibu-ibu tunggal tersebut menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk menjana pendapatan mereka sendiri dengan menceburi bidang pekerjaan, perniagaaan dan aktiviti ekonomi lain.
Secara umumnya program-program pengupayaan yang dilaksanakan oleh Kementerian ini telah berjaya untuk membantu membuka minda ibu tunggal terbabit agar mereka lebih bermotivasi untuk merencana masa depan. Selain itu, pengetahuan yang diperolehi juga mampu menyediakan peluang yang lebih baik kepada ibu tunggal terbabit untuk memperbaiki taraf hidup mereka.
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan prosedur bagi orang awam membuat laporan berkaitan dengan penderaan kanak-kanak supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.
03 JULAI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 JULAI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
23
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan prosedur bagi orang awam membuat laporan berkaitan dengan penderaan kanak-kanak supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Isu penderaan kanak-kanak merupakan satu isu yang memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dan bukannya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja. Orang awam boleh membuat laporan berkaitan penderaan kanak-kanak kepada Kementerian/JKM bagi membolehkan siasatan dan seterusnya tindakan sewajarnya diambil iaitu melalui empat cara:-
(1) Talian NUR
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi dibawahnya menyediakan perkhidmatan Talian NUR di nombor talian 15999, yang memberi perkhidmatan 24 jam. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat antara lain untuk membuat laporan/aduan jika terdapat kanak-kanak dalam keadaan yang mencurigakan atau didapati telah didera;
(2) Pejabat Kebajikan Masyarakat Di Setiap Daerah
Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai 99 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di seluruh negara iaitu di setiap daerah. Orang awam boleh menghubungi mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk membuat laporan dan memaklumkan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di kawasan berkenaan;
(3) E-mail
Orang awam juga boleh melapor kes-kes penderaan kanak-kanak melalui e-mail Kementerian di alamat info@kpwkm.gov.my ataupun JKM di alamat adminjkm@jkm.gov.my.
(4) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Orang awam juga boleh melaporkan terus kes penderaan kanak-kanak kepada pihak PDRM dan PDRM yang akan memanjangkan kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diambil tindakan segera.
Y.B. Dato’ Mohd Jidin Bin Shafee (Setiu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan warga emas mengikut pecahan negeri di negara ini dan apakah perancangan Kerajaan bagi menjamin masa depan warga emas yang tidak mampu berdikari.
03 JULAI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
03 JULAI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
78
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dato’ Mohd Jidin Bin Shafee (Setiu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan warga emas mengikut pecahan negeri di negara ini dan apakah perancangan Kerajaan bagi menjamin masa depan warga emas yang tidak mampu berdikari.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Warga emas ditakrifkan sebagai mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bilangan warga emas mengikut pecahan negeri di negara ini pada tahun 2007 adalah seperti berikut: :
NEGERI BILANGAN ORANG
Johor 225,600
Kedah 151,400
Kelantan 112,400
Melaka 61,300
Negeri Sembilan 76,600
Pahang 99,600
Pulau Pinang 127,500
Perak 230,600
Perlis 22,300
Selangor 258,700
Terengganu 63,800
NEGERI BILANGAN ORANG
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 105,900
Sabah 138,800
Sarawak 175,800
Wilayah Persekutuan Labuan 3,400
Jumlah 1,853,700
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perancangan bagi menjamin masa depan warga emas iaitu seperti mana digariskan di dalam Dasar Warga Tua Negara (DWTN) dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara (PTDWTN). Strategi dan program yang terkandung di dalam perancangan ini mengambil kira pelbagai aspek kehidupan warga emas seperti pendidikan, pekerjaan, penyertaan dalam masyarakat, riadah, pengangkutan, perumahan, sistem sokongan bagi keluarga, kesihatan, keselamatan sosial, media serta penyelidikan dan pembangunan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa program bagi menjamin masa depan warga emas yang tidak mampu berdikari dilaksanakan oleh Kementerian iaitu :-
(a) Memberikan Bantuan Orang Tua (BOT). Kadar bantuan ini ialah RM 300.00 sebulan;
(b) Menyediakan kemudahan rumah orang tua yang dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (RSK) dan rumah pesakit melarat yang dikenali sebagai Rumah Ehsan (RE) di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pada masa ini terdapat 9 buah RSK dan 2 buah RE;
(c) Mewujudkan Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE). Ianya diadakan untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada warga tua terutama semasa penjaga keluar bekerja. Warga tua yang ditempatkan di sini dilatih untuk berdikari, berinteraksi sesama mereka dan komuniti setempat;
(d) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui Unit Khidmat Penyayang Warga Emas bagi memenuhi keperluan warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital atau Klinik Kesihatan;
(e) Menyediakan perkhidmatan Bantuan di Rumah (Home Help Services) iaitu perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan; dan
(f) Memberikan bantuan geran tahunan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menguruskan pusat jagaan warga emas.
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian ada membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan untuk kaum wanita di negara ini.
07 JULAI 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 JULAI 2008 (Isnin)
- No.Soalan
37
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Shukri (Batang Sadong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian ada membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan untuk kaum wanita di negara ini.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap setiap program latihan yang dilaksanakan. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempunyai sebuah bahagian khusus bagi memantau dan menilai keberkesanan program-program tersebut. Proses ini meliputi pengumpulan maklumbalas daripada peserta mengenai modul program, penyampaian dan pelaksanaan program. Maklumat sedemikian sangat berguna untuk mengenalpasti sama ada program latihan tersebut dapat memenuhi keperluan peserta dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sebagainya. Seterusnya proses penilaian dilakukan bagi tujuan penambahbaikan program-program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Namun demikian, Kementerian berpendapat kajian khusus mengenai kesan keberkesanan program-program latihan yang dijalankan masih perlu diadakan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dan merangka strategi baru bagi program-program yang akan diadakan. Selain itu, ianya juga dapat digunakan sebagai penanda aras untuk menilai impak atau keberkesanan program latihan yang dianjurkan ke atas ekonomi dan kualiti hidup peserta.
Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Menteri akan melawat ke kawasan Parlimen Keningau dan di pedalaman Sabah untuk menjelaskan kepada para wanita dan ibu-ibu di pedalaman Sabah bagaimana Kementerian boleh membantu mereka mempertingkatkan lagi hasil pendapatan kegiatan ekonomi mereka.
07 JULAI 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 JULAI 2008 (Isnin)
- No.Soalan
20
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Menteri akan melawat ke kawasan Parlimen Keningau dan di pedalaman Sabah untuk menjelaskan kepada para wanita dan ibu-ibu di pedalaman Sabah bagaimana Kementerian boleh membantu mereka mempertingkatkan lagi hasil pendapatan kegiatan ekonomi mereka.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat lawatan dan menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk Keningau, Tenom dan Pensiangan pada 1 Jun 2008. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan sosio-ekonomi rakyat pedalaman di Sabah bagi memastikan mereka tidak dipinggir daripada mendapat manfaat daripada program-program yang dapat membantu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Beberapa program pembangunan kapasiti disediakan oleh Kementerian untuk golongan wanita dengan matlamat untuk membuka jalan dan menyediakan peluang untuk wanita terbabit bergiat dalam aktiviti ekonomi yang dapat mempertingkat pendapatan mereka.
Antara program yang sedang giat dilaksanakan untuk kumpulan sasar di peringkat akar umbi adalah kursus jahitan “Jejari Bestari” yang dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen termasuk di negeri Sabah. Bagi Parlimen Keningau, program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Januari 2008 yang lalu selama tiga hari. Program Jejari Bestari disasarkan kepada wanita setempat khususnya wanita berpendapatan rendah dan ibu tunggal. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk membekalkan para peserta terbabit dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan untuk menambah sumber pendapatan mereka. Walaupun program ini dilaksanakan secara jangka pendek, kesemua peserta telah berjaya menghasilkan produk jahitan sendiri yang berkualiti pada hari terakhir kursus.
Kemahiran sebegini bukan sahaja dapat digunakan oleh wanita dan ibu-ibu terbabit untuk memenuhi keperluan keluarga sendiri, malahan terdapat ramai di kalangan peserta program yang menggunakan kemahiran jahitan ini untuk mengambil tempahan atau upah secara sambilan mahu pun sepenuh masa. Inisiatif ini telah terbukti mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada wanita yang rajin berusaha.
Selain program-program berbentuk kemahiran, Kementerian turut melaksanakan program-program pengupayaan wanita di peringkat akar umbi seperti program menangani keganasan terhadap wanita, kefahaman tentang hak-hak wanita, program kepimpinan dan sebagainya. Semenjak tahun 2004 hingga 2008, sebanyak 130 program pembangunan wanita telah dijalankan di negeri Sabah yang disertai oleh seramai 16,232 orang peserta.
Di samping Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kementerian-kementerian lain juga menyediakan bantuan dan program khusus bagi pembangunan masyarakat di luar bandar termasuk golongan wanita dan ibu tunggal. Sebagai contoh, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melaksanakan program khusus bagi pembangunan ekonomi desa dan pembasmian kemiskinan. Sembilan program pembasmian kemiskinan yang dikhususkan untuk penduduk luar bandar adalah seperti berikut:
i. Program Peningkatan Pendapatan;
ii. Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya;
iii. Program Kecemerlangan Pendidikan;
iv. Program Taman Asuhan Kanak-kanak;
v. Program Makanan Tambahan Seimbang;
vi. Program ASB-Sejahtera;
vii. Program Pembangunan Minda Insan;
viii. Program Bantuan Rumah; dan
ix. Program Pembangunan Masyarakat Setempat
Secara umumnya, program-program tersebut bertujuan untuk membantu penduduk luar bandar yang miskin termasuk ibu tunggal dan suri rumah bagi menjalankan kegiatan ekonomi khususnya yang berasaskan pertanian dan kraftangan. Oleh itu, bantuan yang dinyatakan tadi bersifat menyeluruh iaitu merangkumi pelaksanaan kursus-kursus latihan untuk peserta, bantuan peralatan dan mesin, penyediaan premis niaga, bantuan untuk mendapatkan bahan mentah serta penyediaan modal permulaan dan operasi bagi membantu para peserta terbabit mempertingkat pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan di luar bandar.
Y.B. Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
a) statistik jenayah terhadap kanak-kanak (1 hingga 12 tahun) bagi tahun 2007 dan 2008 serta sejauh manakah Akta Kanak-kanak 2001 dapat mencegah jenayah berlaku; dan
b) nyatakan kajian terperinci serta langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.
07 JULAI 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 JULAI 2008 (Isnin)
- No.Soalan
79
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
a) statistik jenayah terhadap kanak-kanak (1 hingga 12 tahun) bagi tahun 2007 dan 2008 serta sejauh manakah Akta Kanak-kanak 2001 dapat mencegah jenayah berlaku; dan
b) nyatakan kajian terperinci serta langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Y.B. Tuan Ding Kuong Hing (Sarikei) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah subsidi sebulan yang diberikan untuk membantu keluarga kurang mampu dan orang kurang upaya (OKU) di Sarawak jika dibandingkan dengan Semenanjung. Di Sarikei, OKU hanya menerima subsidi RM70 sebulan dan tidak mampu untuk menyara kehidupan berdasarkan kecacatan seluruh badan. Adakah Kementerian menambah peruntukan subsidi di Sarawak.
08 JULAI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 JULAI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
95
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Ding Kuong Hing (Sarikei) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah subsidi sebulan yang diberikan untuk membantu keluarga kurang mampu dan orang kurang upaya (OKU) di Sarawak jika dibandingkan dengan Semenanjung. Di Sarikei, OKU hanya menerima subsidi RM70 sebulan dan tidak mampu untuk menyara kehidupan berdasarkan kecacatan seluruh badan. Adakah Kementerian menambah peruntukan subsidi di Sarawak.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini kadar semua skim bantuan kebajikan termasuk bantuan kepada OKU antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah berbeza. Walau bagaimanapun mulai 1 Januari 2009, kadar semua bantuan kebajikan di Sarawak diseragamkan dengan Semenanjung Malaysia dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan Negeri Sarawak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Jun 2008 memutuskan untuk menerimapakai skim-skim bantuan bulanan Persekutuan.
Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a) sama ada Kementerian mempunyai pelan untuk pemiawaian bantuan khas untuk warga tua dan orang kurang upaya (OKU) di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah; dan
b) bagaimanakah Kementerian membantu dalam pelaksanaannya memandangkan perbezaan besar yang wujud.
09 JULAI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
09 JULAI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
11
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a) sama ada Kementerian mempunyai pelan untuk pemiawaian bantuan khas untuk warga tua dan orang kurang upaya (OKU) di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah; dan
b) bagaimanakah Kementerian membantu dalam pelaksanaannya memandangkan perbezaan besar yang wujud.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Skim-skim bantuan untuk OKU adalah di bawah Peruntukan Bantuan Persekutuan dan ianya diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sabah. Sehubungan itu, kadar bantuan untuk OKU adalah sama antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) ialah RM300 sebulan dan syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan ialah RM1200 sebulan. Kadar Bantuan Jagaan Sepenuh Masa Kepada OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar pula ialah sebanyak RM300 sebulan dengan syarat kelayakan pendapatan keluarga ialah kurang daripada RM3,000 sebulan.
Bagi golongan warga tua yang berusia 60 tahun ke atas dan berkeperluan, Kerajaan Persekutuan menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) dengan kadar bantuan RM300 sebulan seorang manakala bantuan kepada warga tua di Sabah diberi atas Skim Bantuan Orang Tua Negeri pada kadar RM100 seorang dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Disebabkan perbezaan kadar ini, Kementerian telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk menyeragamkan kadarnya dengan kadar Persekutuan iaitu RM300 sebulan dan ianya dibayar dari peruntukan Persekutuan.
b) Kementerian telah menyarankan agar semua negeri termasuk Negeri Sabah menerimapakai Skim Bantuan Persekutuan untuk tujuan penyeragaman kadar-kadar bantuan kepada kumpulan sasar.
Y.B Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah (Lenggong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan TASKA yang menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengasuhan terancang di tempat kerja sebagai sokongan kepada wanita yang bekerja, membantu mengurangkan tanggungan keluarga, membantu mereka memberi tumpuan kepada anak-anak mereka pada waktu rehat dan sebagainya.
10 JULAI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
10 JULAI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
22
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah (Lenggong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan TASKA yang menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengasuhan terancang di tempat kerja sebagai sokongan kepada wanita yang bekerja, membantu mengurangkan tanggungan keluarga, membantu mereka memberi tumpuan kepada anak-anak mereka pada waktu rehat dan sebagainya.
- Klasifikasi Isu
PUSATJAGAAN/TASKA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berusaha menggalakkan penubuhan TASKA di tempat kerja baik di sektor awam mahupun sektor swasta. Sehingga bulan Mei 2008, terdapat 102 buah TASKA di sektor awam dan 26 buah di sektor swasta.
Bagi menggalakkan penubuhan TASKA di sektor awam, Kerajaan memberikan geran pelancaran sebanyak RM80,000 kepada agensi Kerajaan untuk menubuhkan TASKA di tempat kerja. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 pula, Kerajaan memberikan subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja Sektor Awam sebanyak RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak sekiranya pendapatan keluarga di bawah RM2,000 sebulan.
Insentif ini diberikan bertujuan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada wanita yang bekerja terutama di sektor awam serta membantu mengurangkan beban tanggungan keluarga.
Bagi Sektor Swasta pula, Kerajaan telah menyediakan insentif semenjak tahun 1994, Perenggan 42(2) Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967 mulai Tahun Taksiran 1994, bangunan yang digunakan untuk pengasuhan kanak-kanak layak diberi elaun bangunan perindustrian selama 10 tahun terhadap perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan. Selain itu, perbelanjaan berkaitan dengan penyenggaraan dan pembaikan bangunan berkenaan boleh dibenarkan potongan cukai di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967. Usaha-usaha untuk menyediakan kemudahan Taska di Tempat Kerja ini akan diteruskan oleh Kementerian demi membantu ibu-ibu yang bekerja dan seterusnya mempertingkatkan produktiviti negara.
Kementerian juga sedang menjalankan usaha untuk menaik taraf Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diberi pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kursus ini dapat meningkatkan bilangan pengasuh yang berkualiti dan berpengetahuan luas dalam bidang pengasuhan kanak-kanak dan ianya merupakan perkhidmatan sokongan yang penting kepada wanita-wanita yang bekerja.
Y.B. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan/Negeri:-
(a) apakah didaftarkan sebagai NGO/Jabatan seliaan KPWKM;
(b) apakah hubungan/tatacara kerja MPWK/MPWN dengan Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
10 JULAI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
10 JULAI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
10
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan/Negeri:-
(a) apakah didaftarkan sebagai NGO/Jabatan seliaan KPWKM;
(b) apakah hubungan/tatacara kerja MPWK/MPWN dengan Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah tidak berkaitan dengan Kementerian ini. Kementerian hanya bertanggungjawab terhadap Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) serta Majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN).
Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) merupakan mekanisme yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2002 berdasarkan kepada kelulusan Jemaah Menteri.
Penubuhan MPWK bertujuan bagi membantu Kementerian dalam melaksanakan program-program pembangunan wanita dan keluarga di peringkat akar umbi. Urusan seperti penyelarasan dan pelaksanaan program, keurusetiaan dan sebagainya merupakan tanggungjawab Kementerian ini di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Oleh demikian, perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri tidak mengubah hubungan atau tatacara kerja MPWK termasuk negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Y.B. Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) langkah-langkah untuk memperbaiki prestasi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang melakukan siasatan; dan
(b) langkah-langkah memperluaskan syarat-syarat permohonan bantuan khasnya jumlah pendapatan di kawasan bandar raya.
14 JULAI 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
14 JULAI 2008 (Isnin)
- No.Soalan
53
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) langkah-langkah untuk memperbaiki prestasi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang melakukan siasatan; dan
(b) langkah-langkah memperluaskan syarat-syarat permohonan bantuan khasnya jumlah pendapatan di kawasan bandar raya.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mengambil langkah-langkah memperbaiki prestasi Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melakukan siasatan. Antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk memberi kursus dan latihan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat;
2. Mengkaji, menambahbaik sistem dan prosedur pengurusan supaya kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa;
3. Melaksanakan jaminan kualiti terhadap perkhidmatan yang disediakan. Proses dan prosedur bagi pengendalian kes-kes bantuan kewangan kepada kumpulan sasar JKM telah didokumenkan menerusi Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2000; dan
4. Melaksanakan dasar latihan Pembangunan Sumber Manusia dengan memastikan setiap anggota menghadiri sekurang-kurangnya kursus tujuh (7) hari dalam setahun berkaitan bidang tugas masing-masing.
b) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup bagi penduduk di kawasan bandar raya dan mengkaji semula kadar-kadar bantuannya kepada kumpulan sasar dari semasa ke semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan baru sahaja menaikkan syarat asas kelayakan pendapatan keluarga bagi melayakkan pemberian bantuan kewangan daripada RM400 sebulan ke RM700 sebulan mulai bulan Jun 2008. Kenaikan ini juga adalah selaras dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Di samping itu juga, Kementerian telah menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan bagi melayakkan seseorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja untuk mendapat bantuan di bawah Skim Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu daripada RM750 sebulan kepada RM1200 sebulan, berkuatkuasa mulai Jun 2008.
Syarat kelayakan pendapatan ini akan terus dikaji semula dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan semasa bagi memastikan nasib kumpulan sasar sentiasa terbela.
Y.B. Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah rumah kebajikan di negara ini dan sejauh manakah antara rumah-rumah kebajikan ini diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta. Apakah pertolongan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rumah-rumah kebajikan ini yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta.
14 JULAI 2008 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
14 JULAI 2008 (Isnin)
- No.Soalan
94
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah rumah kebajikan di negara ini dan sejauh manakah antara rumah-rumah kebajikan ini diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta. Apakah pertolongan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada rumah-rumah kebajikan ini yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan atau swasta.
- Klasifikasi Isu
PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendali dan menyelenggara 59 buah Rumah Kebajikan/ Institusi Kebajikan untuk kumpulan sasar Jabatan iaitu kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Di samping itu, terdapat juga Rumah-rumah Kebajikan yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan dan swasta. Tujuan utama Rumah-rumah Kebajikan ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan yang sempurna seperti tempat tinggal, makan minum, penjagaan kesihatan dan sebagainya kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Jumlah Rumah Kebajikan yang dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan di bawah pemantauan JKM adalah sebanyak 168 buah.
Bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Badan Bukan Kerajaan (Pertubuhan Sukarela Kebajikan) sentiasa di tahap yang baik dan memenuhi keperluan kumpulan sasar, Kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk geran tahunan bagi membiayai kos penyelenggaraan Rumah-rumah tersebut. Pada tahun 2007, sebanyak RM18,126,682.00 diperuntukkan kepada 168 buah Rumah Kebajikan ini dan bilangan kumpulan sasar yang mendapat faedah darinya adalah seramai 11,641 orang.
Y.B. Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana keberkesanan dan penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya memainkan peranannya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap OKU serta berikan senarai rancangan Kementerian dan tempoh pelaksanaannya sejajar dengan Akta tersebut.
15 JULAI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
15 JULAI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
60
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT KEDUA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 23 Jun 2008 - 17 Julai 2008
- Soalan
Y.B. Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana keberkesanan dan penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya memainkan peranannya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap OKU serta berikan senarai rancangan Kementerian dan tempoh pelaksanaannya sejajar dengan Akta tersebut.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Akta Orang Kurang Upaya telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Disember 2007 dan diwartakan pada 24 Januari 2008. Akta ini bertujuan memastikan hak, kepentingan dan kesejahteraan golongan orang kurang upaya (OKU) sentiasa terpelihara. Dengan itu OKU mendapat hak yang saksama dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kesihatan, pekerjaan, pemulihan, perkhidmatan sokongan, pengangkutan dan akses kepada persekitaran bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewartakan tarikh penguatkuasaan Akta OKU yang berkuat kuasa
mulai 7 Julai 2008. Sehubungan itu, aspek keberkesanan dan penguatkuasaan Akta ini untuk menangani masalah diskriminasi terhadap OKU belum dapat ditentukan memandangkan akta ini baru berkuatkuasa.
Namun demikian, usaha-usaha yang berterusan daripada pihak Kerajaan untuk memelihara hak dan menghapuskan diskriminasi terhadap OKU telah dilaksanakan sejak lama dahulu. Usaha-usaha tersebut termasuklah menggalakkan OKU berdikari dengan memberi Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM300 sebulan kepada OKU yang bekerja. Kerajaan juga sedang meningkatkan usaha bagi mencapai sasaran 1% OKU bekerja di sekor awam. Selain itu, Kerajaan juga memberi bantuan kewangan kepada penjaga OKU yang terlantar pada kadar RM300 sebulan bagi seorang OKU.