PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT PERTAMA
SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
Y.B. Puan Norah binti Abd Rahman (Tanjung Manis) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status program-program pembangunan ekonomi untuk membantu kaum wanita terutamanya ibu-ibu tunggal di Sarawak yang berada di kawasan luar bandar, untuk menaikkan sumber pendapatan mereka.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
35
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan

- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melaksanakan pelbagai program untuk kaum wanita termasuklah bagi ibu-ibu tunggal yang tinggal di kawasan luar bandar di Sarawak bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Di negeri Sarawak, program-program wanita dan ekonomi dijalankan melalui latihan-latihan kemahiran penjanaan pendapatan. Mulai tahun 2008 Kementerian akan melaksanakan program kemahiran ‘Jejari Bestari’ di kesemua 11 bahagian di Sarawak yang akan melibatkan 330 orang peserta.
Pada tahun ini juga program ‘Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) Sarawak yang bertujuan melahirkan usahawan dan pekerja mahir dalam pelbagai bidang kemahiran akan dilaksanakan. I-KIT merupakan salah satu projek pembasmian kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup ibu tunggal yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Di samping itu, bagi memperkasakan wanita dan mempertingkatkan kapasiti mereka, seramai dua puluh satu ribu tiga ratus empat puluh empat (21,344) orang wanita Sarawak telah berpeluang menyertai program-program peningkatan kapasiti wanita yang telah dilaksanakan antara tahun 2001 hingga 2007.
Pelbagai program wanita lain juga telah dilaksanakan oleh Biro Wanita Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.
Y.B. Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilangan pusat/rumah perlindungan anak-anak yatim yang dikendalikan sama ada oleh pihak Kerajaan mahupun persendirian mengikut pecahan negeri, adakah wujud sistem pemantauan ke atas pusat / rumah jagaan tersebut khususnya yang dimiliki oleh persendirian; dan
(b) berapakah bilangan anak-anak yatim yang ada di setiap pusat/rumah perlindungan tersebut serta bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
287
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilangan pusat/rumah perlindungan anak-anak yatim yang dikendalikan sama ada oleh pihak Kerajaan mahupun persendirian mengikut pecahan negeri, adakah wujud sistem pemantauan ke atas pusat / rumah jagaan tersebut khususnya yang dimiliki oleh persendirian; dan
(b) berapakah bilangan anak-anak yatim yang ada di setiap pusat/rumah perlindungan tersebut serta bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Y.B Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik jumlah ibu tunggal di seluruh negara mengikut pecahan negeri. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi memastikan kehidupan dan masa depan kelompok itu terbela.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
285
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik jumlah ibu tunggal di seluruh negara mengikut pecahan negeri. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi memastikan kehidupan dan masa depan kelompok itu terbela.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapakah selepas Kerajaan menjadi negara yang menandatangani Convention on The Rights of The Child pada tahun lepas, kanak-kanak pelarian dan orang-orang yang mencari perlindungan (asylum seekers) dan kanak-kanak yang stateless masih dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terhadap hak pendidikan dan kesihatan di Malaysia.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
274
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapakah selepas Kerajaan menjadi negara yang menandatangani Convention on The Rights of The Child pada tahun lepas, kanak-kanak pelarian dan orang-orang yang mencari perlindungan (asylum seekers) dan kanak-kanak yang stateless masih dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terhadap hak pendidikan dan kesihatan di Malaysia.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak ini menekankan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak melalui empat topik utama iaitu kelangsungan hidup (survival), perkembangan (development), perlindungan (protection) dan penyertaan (participation) kanak-kanak. Laporan Negara yang Pertama telahpun dikemukakan kepada Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawatankuasa CRC) dan pembentangan telah diadakan pada 25 Januari 2007.
Kerajaan Malaysia tidak menafikan hak kanak-kanak di negara ini terhadap hak pendidikan dan kesihatan tanpa mengira status kewarganegaraan, bangsa, agama dan status-status lain. Mereka berhak untuk mendapatkan hak kepada pendidikan dan juga kesihatan. Kanak-kanak akan dipastikan mendapat perlindungan dari segi makanan, minuman, pakaian serta tempat berteduh/ tempat tinggal.
Dari segi perubatan, polisi Kementerian Kesihatan adalah untuk memberi rawatan kepada semua kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan promotif mahupun preventif tanpa mengira kewarganegaraan ataupun kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen yang sah bagi memastikan tahap kesihatan penduduk sentiasa terpelihara. Rawatan pesakit luar dan rawatan penyakit tertentu turut disediakan kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan, umur, bangsa, agama dan status-status lain.
Dalam konteks pendidikan, kanak-kanak ini boleh memasuki sekolah-sekolah bantuan Kerajaan bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah tersebut. Sekiranya tiada kekosongan di sekolah berkenaan, kanak-kanak ini boleh juga mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah swasta yang terdapat dalam sistem pendidikan di seluruh negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyalurkan RM250,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak di Rumah Perlindungan Ehsan di Pusat Tahanan Sementara Menggatal, Sabah. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan alat permainan.
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik guru-guru bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Rumah Perlindungan Ehsan. Perkhidmatan guru-guru ini turut dipanjangkan kepada blok yang menempatkan wanita dengan anak-anak kecil mereka supaya masa lapang kanak-kanak berkenaan dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.
Kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO). Terdapat 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah yang telah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak warganegara asing termasuk kanak-kanak jalanan. NGO tersebut ialah HUMANA, All Saints Academy (Church) dan Korea Food for the Hungry International (yang telah menubuhkan pusat pendidikan yang dikenali dengan nama Numbak Centre).
Y.B. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan rumah anak-anak yatim, kurang upaya dan uzur di Puchong dan jumlah wang yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan mereka.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
244
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan rumah anak-anak yatim, kurang upaya dan uzur di Puchong dan jumlah wang yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan mereka.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah rumah anak-anak yatim iaitu Persatuan Pure Life dan sebuah rumah warga emas iaitu Rumah Orang Tua Charis di kawasan Parlimen Puchong. Bantuan geran yang diluluskan bagi tahun 2008 ialah sebanyak Satu Ratus Sembilan Puluh Dua Ribu Satu Ratus Tiga Puluh Enam Ringgit (RM192,136.00) untuk Persatuan Pure Life dan Tiga Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Lapan Ringgit (RM34,748.00) untuk Rumah Orang Tua Charis. Bantuan ini adalah untuk menjamin keperluan makanan bagi penghuni Persatuan berkenaan.
Y.B. Tuan Salleh bin Kalbi (Silam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan pejabat Kementerian yang telah wujud di negeri Sabah.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
226
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Salleh bin Kalbi (Silam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan pejabat Kementerian yang telah wujud di negeri Sabah.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Setakat ini, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diwujudkan di negeri Sabah iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di LPPKN Sabah adalah seperti berikut:
b) Perkhidmatan Kaunseling Kekeluargaan;
c) Kursus Kekeluargaan seperti Parenting@Work, Pakej Modul KASIH dan Ilmu Keluarga@LPPKN; dan
d) Kursus Kekeluargaan melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga di semua kawasan Parlimen iaitu NUR Sejahtera dan Selingkar KASIH.
Selain itu, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah menubuhkan sebuah Rumah Kanak-kanak, Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri dan Rumah Perlindungan Kanak-kanak Jalanan yang kesemuanya terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Rumah Kanak-Kanak diwartakan sebagai tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan objektif Rumah Kanak-Kanak ini adalah untuk menjamin jagaan gantian kanak-kanak yang menggalakkan pertumbuhan jasmani, mental dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat.
Sekolah Tunas Bakti pula merupakan sekolah pemulihan akhlak yang diluluskan untuk jagaan dan pemulihan bagi kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah dan tidak terkawal. Sekolah ini ditubuhkan untuk mendidik kanak-kanak tersebut membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.
Taman Seri Puteri merupakan institusi pemulihan khusus untuk kanak-kanak perempuan yang berumur kurang 18 tahun yang terdedah kepada bahaya moral dan yang melibatkan diri / terlibat dalam pelacuran manakala Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Jalanan Warganegara Asing yang dikenali dengan nama Rumah Perlindungan Ehsan sebagai tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Rumah ini diwujudkan bagi menempatkan kanak-kanak jalanan warganegara asing yang diselamatkan dan diasingkan daripada kanak-kanak tempatan di rumah kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sedia ada.
KPWKM melalui JKMM juga menyalurkan peruntukan kewangan tahunan kepada Pejabat Kebajikan Am Negeri Sabah bagi membiayai beberapa program bantuan kebajikan kepada rakyat Sabah. Selain itu, KPWKM juga menyalurkan peruntukan kewangan melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah bagi menjalankan program-program berkaitan pembangunan dan pemerkasaan wanita.
Y.B. Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membaiki kualiti hidup Orang Kurang Upaya.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
222
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membaiki kualiti hidup Orang Kurang Upaya.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui penggubalan dasar dan undang-undang, penyediaan peluang pekerjaan, latihan, kemudahan-kemudahan tertentu dan bantuan sokongan. Antara tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ialah:
(i) menggubal Dasar dan Pelan Tindakan OKU yang bertujuan untuk memberi kesaksamaan hak dan peluang, di samping menghapuskan diskriminasi terhadap OKU bagi membolehkan penyertaan penuh mereka dalam masyarakat;
(ii) menggubal Akta Orang Kurang Upaya yang bertujuan memastikan hak-hak OKU terpelihara supaya mereka dapat hidup berdikari, bermaruah dan mempunyai harga diri serta dapat menjalani kehidupan sama seperti anggota masyarakat yang lain. Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Disember 2007;
(iii) menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak OKU pada 8 April 2008 dengan hasrat untuk meratifikasikannya dalam tempoh setahun daripada tarikh tandatangan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan OKU;
(iv) bagi membolehkan OKU menyuarakan aspirasi dan inspirasi mereka di peringkat tertinggi, KPWKM telah mengusulkan supaya seorang wakil OKU dilantik sebagai Senator. Atas cadangan itu, Kerajaan telah melantik Dato’ Prof. Dr. Ismail Salleh sebagai Senator OKU yang pertama pada 18 Disember 2007;
(v) bagi memberi peluang pekerjaan kepada OKU, Kerajaan telah melaksanakan Dasar 1% Pengambilan OKU dalam Perkhidmatan Awam semenjak tahun 1988. Dasar ini diperkukuh lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2008 iaitu bagi membantu OKU yang memiliki kelayakan dan kemahiran mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Dalam hal ini, pihak swasta juga disarankan mengambil langkah yang sama;
(vi) bagi membantu OKU berdikari dan menggalakkan mereka bekerja, KPWKM memberi bantuan dalam bentuk Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM300 sebulan;
(vii) bagi menggalakkan OKU menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan atau perusahaan kecil-kecilan, KPWKM menyediakan geran pelancaran berjumlah RM2,700 seorang sekali gus (one-off);
(viii) bagi meringankan beban kewangan keluarga yang menjaga OKU terlantar, KPWKM menyalurkan bantuan RM300 sebulan mulai tahun 2008;
(ix) KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah melaksanakan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang merupakan program pemulihan dan pembangunan yang berasaskan komuniti untuk OKU. Seorang peserta PDK diberi elaun RM150 sebulan mulai tahun 2008;
(x) KPWKM juga menyediakan latihan kemahiran khusus untuk OKU melalui Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor;
(xi) KPWKM melalui JKM memberi Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (kerusi roda, kaki palsu, cermin mata dan lain-lain) secara percuma kepada golongan OKU yang tidak berkemampuan;
(xii) KPWKM juga memberi geran per kapita kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menampung kos pengendalian institusi NGO yang terlibat dengan OKU; dan
(xiii) OKU yang berdaftar dengan JKM diberi pelbagai kemudahan seperti tambang separuh harga bagi pengangkutan awam tertentu, sewaan percuma bagi talian telefon tetap dan pengecualian duti eksais bagi pembelian kenderaan buatan Malaysia.
Jelasnya pelbagai program dan peluang yang telah disediakan kepada golongan OKU membuktikan bahawa Kerajaan prihatin dan komited dalam membantu OKU supaya mereka dapat sama-sama menikmati limpahan pembangunan ekonomi serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Y.B. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program dan bantuan yang sedia ada bagi mengatasi masalah warga emas yang tinggal bersendirian tanpa keluarga tetapi tidak tergolong dalam golongan miskin, seperti yang wujud di banyak kawasan seperti Rembau.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
200
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program dan bantuan yang sedia ada bagi mengatasi masalah warga emas yang tinggal bersendirian tanpa keluarga tetapi tidak tergolong dalam golongan miskin, seperti yang wujud di banyak kawasan seperti Rembau.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan dua program khusus kepada warga emas yang tinggal bersendirian atau semasa ahli keluarga / penjaga keluar bekerja, iaitu Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
PJHWE adalah program yang membolehkan warga emas menerima jagaan, mengisi masa lapang mereka secara produktif, berinteraksi dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat serta dapat terus menyumbang kepada komuniti. Antara program dan aktiviti yang disediakan adalah kelas komputer, kelas keagamaan, riadah, senaman dan lain-lain. Program ini dilaksanakan secara perkongsian bijak antara JKM dengan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM).
Sehingga kini terdapat sebanyak 19 buah PJHWE di seluruh negara dan sehingga Mac 2008 seramai 13,714 warga emas telah menyertai program yang diadakan.
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) pula bertujuan untuk membolehkan warga emas berinteraksi bersama dengan masyarakat setempat dan mengikuti aktiviti yang disediakan untuk terus aktif bersama keluarga dan komuniti tempatan. Program ini tertumpu kepada kawasan perumahan, rumah pangsa dan kawasan penduduk berkepadatan tinggi. Ianya dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Persatuan Penduduk setempat. Aktiviti yang disediakan adalah sama seperti di PJHWE.
Y.B. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a) Berapa ramaikah penyeludup manusia yang telah diambil tindakan mahkamah sejak Akta Antipemerdagangan Orang diluluskan pada 2007; dan
b) Mengapakah Malaysia masih belum menandatangani Protokol Bangsa-bangsa Bersatu ke atas Penyeludupan Manusia ini.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
2
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a) Berapa ramaikah penyeludup manusia yang telah diambil tindakan mahkamah sejak Akta Antipemerdagangan Orang diluluskan pada 2007; dan
b) Mengapakah Malaysia masih belum menandatangani Protokol Bangsa-bangsa Bersatu ke atas Penyeludupan Manusia ini.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008. Semenjak tarikh kuat kuasa, pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen telah berjaya menyelamatkan seramai 33 orang wanita yang dipercayai mangsa pemerdagangan orang. Mereka telah ditempatkan di Tempat Perlindungan mengikut peruntukan undang-undang Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
Berdasarkan siasatan lanjut yang dijalankan, hanya 2 orang mangsa wanita yang didapati benar-benar menjadi mangsa pemerdagangan orang. Kini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi membolehkan pertuduhan terhadap suspek (traffickers) yang terbabit. Manakala mangsa yang selebihnya telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan penghantaran pulang ke negara asal.
b) Malaysia belum lagi menandatangani “Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, Supplementing the United Nations Convention Against Transnational Organised Crime” kerana sebelum ini Malaysia tidak mempunyai akta yang khusus mengenai pemerdagangan orang. Kini, setelah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008, Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk menandatangani Protokol tersebut setelah mengambil kira pandangan dan pendapat Kementerian dan Agensi yang berkaitan.
Y.B. Puan Nurul Izzah Binti Anwar (Lembah Pantai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(c) Apakah perancangan dan projek-projek yang telah diatur oleh Kementerian dalam Skim Bantuan dan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat peruntukan berjumlah RM219 juta pada pembentangan Bajet 2008 yang lalu; dan
(d) Sejauh manakah projek tersebut mengenai kumpulan sasaran dan keberkesanannya.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
177
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Puan Nurul Izzah Binti Anwar (Lembah Pantai) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(c) Apakah perancangan dan projek-projek yang telah diatur oleh Kementerian dalam Skim Bantuan dan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat peruntukan berjumlah RM219 juta pada pembentangan Bajet 2008 yang lalu; dan
(d) Sejauh manakah projek tersebut mengenai kumpulan sasaran dan keberkesanannya.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menerima peruntukan sebanyak RM229 juta melalui Bajet 2008. Dari peruntukan ini sejumlah RM207 juta digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai skim bantuan dengan agihan seperti berikut:-
Jenis Bantuan Peruntukan Bajet 2008
Bantuan Kanak-Kanak - RM38 Juta
Bantuan Orang Tua - RM28 Juta
Elaun Pekerja Cacat - RM26 Juta
Bantuan Geran Pelancaran - RM0.5 Juta
Bantuan Am - RM105 Juta
Pemberian bantuan lain - RM9.5 Juta
Jumlah - RM207 Juta
Baki peruntukan sebanyak RM22 juta adalah Bantuan Geran untuk Pertubuhan Sukarela Kebajikan sebagai bantuan sokongan dan galakan bagi Pertubuhan yang telah membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menyediakan perkhidmatan dan program bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat.
b) Bantuan yang disediakan oleh Kementerian kepada penerima-penerima bantuan telah dapat memenuhi matlamatnya.
Perkhidmatan bantuan yang disediakan oleh Kementerian kepada penerima-penerima bantuan JKM seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Am adalah bertujuan meringankan masalah yang mereka hadapi dari segi aspek kewangan. Bantuan bulanan yang diberikan ini telah dapat membantu penerima-penerima bantuan hidup dalam keadaan yang lebih selesa.
Sebahagian daripada bantuan-bantuan ini seperti Elaun Pekerja Cacat dan Bantuan Am adalah bantuan yang bersifat sementara. Bantuan Geran Pelancaran yang diperkenalkan oleh JKM adalah bertujuan mendorong penerima bantuan untuk hidup berdikari dalam jangka panjang dan dengan itu tidak lagi bergantung kepada bantuan JKM sepenuhnya. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita Kementerian untuk mereka tidak terus kekal sebagai penerima bantuan.
Pertubuhan Sukarela Kebajikan merupakan satu sektor yang penting kepada Kementerian kerana aktiviti mereka merupakan penggenap dan pelengkap kepada aktiviti yang dijalankan oleh JKM. Bantuan Geran untuk Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang disediakan oleh Kementerian telah membolehkan badan-badan ini bergerak secara cekap dan profesional walaupun mereka bukan merupakan badan-badan yang tidak bermotifkan keuntungan.
Y.B. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud (Kota Raja) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik wanita dan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa rogol serta rogol dan bunuh sejak tahun 2003 hingga 2007. Apakah usaha dan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi melindungi keselamatan wanita dan kanak-kanak yang semakin hari semakin terancam.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
146
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud (Kota Raja) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik wanita dan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa rogol serta rogol dan bunuh sejak tahun 2003 hingga 2007. Apakah usaha dan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi melindungi keselamatan wanita dan kanak-kanak yang semakin hari semakin terancam.
- Klasifikasi Isu
GANGGUAN SEKSUAL
JAWAPAN
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah golongan yang berhak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara mengikut negeri dan berapa peratuskah pertambahan atau pengurangan setiap negeri mengikut kaum.
30 APRIL 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 APRIL 2008 (Rabu)
- No.Soalan
9
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah golongan yang berhak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara mengikut negeri dan berapa peratuskah pertambahan atau pengurangan setiap negeri mengikut kaum.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan pernah melobi untuk meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Konvensyen terhadap hak golongan Orang Kurang Upaya.
07 MEI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
07 MEI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
4
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan pernah melobi untuk meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Konvensyen terhadap hak golongan Orang Kurang Upaya.
- Klasifikasi Isu
AKTA & DASAR
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, mana-mana kerajaan tidak perlu melobi untuk meratifikasi mana-mana Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Semua Konvensyen PBB adalah terbuka untuk ditandatangani dan diratifikasi oleh mana-mana negara ahli. Ini termasuklah Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Malaysia amat prihatin akan isu-isu Orang Kurang Upaya di negara ini. Oleh yang demikian, Malaysia telah pun menandatangani Konvensyen ini pada 8 April 2008 di Ibu Pejabat PBB, New York sebagai niat atau hasrat untuk meratifikasi Konvensyen tersebut. Kini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji implikasi undang-undang dan mendapatkan pandangan daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sebelum memperakukan kepada Kerajaan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen ini.
Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan bagi golongan kurang upaya supaya mereka benar-benar dapat hidup berdikari.
08 MEI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 MEI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
40
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan jangka panjang Kerajaan bagi golongan kurang upaya supaya mereka benar-benar dapat hidup berdikari.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seramai 220,250 orang. Perancangan jangka panjang bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mereka hidup berdikari telahpun digariskan dalam Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Nasional bagi Orang Kurang Upaya. Strategi dan program yang terkandung di dalam dokumen tersebut mengambil kira pelbagai aspek kehidupan OKU seperti advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, keselamatan diri dan perlindungan sosial, perkhidmatan sokongan, penglibatan masyarakat, dan perumahan.
Di samping itu, Akta Orang Kurang Upaya 2007 telah diwartakan pada 24 Januari 2008 yang menekankan kepada kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan sama seperti anggota masyarakat yang lain. Ketiga-tiga dokumen ini adalah berasaskan hak atau rights-based, dengan izin, bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak OKU yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada 8 April 2008. Selaras dengan peruntukan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2007, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya akan diwujudkan. Jabatan ini akan menjadi paksi utama ke arah kesejahteraan OKU.
Pelaksanaan program yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) merupakan perancangan jangka masa panjang Kerajaan bagi kesejahteraan golongan OKU yang merupakan tanggungjawab bersama pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, sektor swasta, sektor pertubuhan sukarela dan masyarakat.
Y.B. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah terkini remaja yang dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan dalam tempoh 2006-2008. Apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengenalpasti sebab-sebab kejadian ini berlaku dan cara bagi mengatasinya.
08 MEI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
08 MEI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
63
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah terkini remaja yang dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan dalam tempoh 2006-2008. Apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengenalpasti sebab-sebab kejadian ini berlaku dan cara bagi mengatasinya.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi tempoh Januari hingga Mac 2008, terdapat 242 kes kanak-kanak yang telah dilaporkan hilang dan daripada jumlah ini sebanyak 114 kes telah dijumpai semula. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat sebanyak 128 kes kanak-kanak yang masih hilang.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat memandang serius kes-kes kehilangan kanak-kanak ini. KPWKM melalui JKM dan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kementerian Pelajaran, agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta anggota masyarakat telah melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini.
Langkah-langkah yang telah diambil ialah:-
1. mengadakan program-program kesedaran kepada ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing dalam menentukan keselamatan kanak-kanak;
2. mengadakan program Latihan Kemahiran Keibubapaan kepada ibu bapa bagi memastikan agar mereka sentiasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak;
3. mengadakan program pencegahan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak melalui Penubuhan TASKA Komuniti dan Talian NUR;
4. meningkatkan kerjasama antara agensi dalam memastikan keselamatan kanak-kanak; dan
5. merangka Dasar Perlindungan Kanak-Kanak berserta Pelan Tindakan. Dasar dan Pelan Tindakan ini antara lain adalah bertujuan untuk meningkatkan kepekaan masyarakat tentang tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.
Y.B. Datuk Ismail Kasim (Arau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha pihak Kementerian untuk meningkatkan lagi kemajuan wanita dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 terutamanya melalui penyertaan wanita-wanita dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan misalnya melalui penggabungan dan penyepaduan, bantuan kewangan dan penyediaan program yang lebih baik.
13 MEI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
13 MEI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
67
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Ismail Kasim (Arau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha pihak Kementerian untuk meningkatkan lagi kemajuan wanita dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 terutamanya melalui penyertaan wanita-wanita dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan misalnya melalui penggabungan dan penyepaduan, bantuan kewangan dan penyediaan program yang lebih baik.
- Klasifikasi Isu
RANCANGAN MALAYSIA KE
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Kerajaan sedang mengambil usaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan penyertaan wanita yang lebih berkesan dalam pembangunan negara. Menurut perangkaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan guna tenaga wanita (women labour force) dalam pasaran kerja pada tahun 2006 adalah 45.8 peratus. Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan lagi kemajuan wanita bagi membolehkan wanita menggunakan potensi mereka sepenuhnya dan melibatkan diri dengan lebih berkesan dalam pembangunan ekonomi negara kita.
Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dalam RMKe-9, beberapa tumpuan akan diberikan oleh KPWKM seperti peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan termasuklah bidang perniagaan dan keusahawanan. Bagi tujuan tersebut, KPWKM telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha membangunkan keupayaan dan kapasiti kaum wanita di Malaysia. Sepanjang tahun 2007, sebanyak Satu Ratus Lima Puluh Tiga (153) program pembangunan wanita dalam bidang seperti kemahiran, keusahawanan dan pengurusan perniagaan telah dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Seramai Tiga Belas Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Satu (13,431) orang wanita telah mengikuti program-program tersebut dengan peruntukan berjumlah RM2.04 juta.
Selain itu, KPWKM juga melaksanakan program Jejari Bestari di mana ia merupakan program kemahiran dalam tiga bidang iaitu jahitan pakaian dan sulaman manik, pembuatan aksesori wanita dan Pembuatan kasut dan beg tangan. Program ini secara tidak langsung dapat membantu membekalkan golongan wanita dengan kemahiran jahitan, seterusnya membuka peluang untuk mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, ataupun bekerja dengan mengambil upah. Sehingga bulan Disember 2007, program ini telah dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan seramai 6,570 orang peserta.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menggalakan lebih ramai wanita menceburi dalam bidang keusahawanan, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan program penjagaan kanak-kanak di rumah atau home childcare, dengan izin, dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO). Selain itu, Kementerian juga telah memperkenalkan program Pejabat@Rumah di mana ia merupakan program yang berkonsepkan bekerja dari rumah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama di kalangan wanita kerana ia bukan sahaja dapat menambahkan sumber pendapatan, malah mereka dapat meluangkan lebih masa untuk bersama dengan keluarga. Kementerian juga telah mengeluarkan satu garis panduan bagi tujuan ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian juga memainkan peranan dalam memberi khidmat nasihat kepada wanita-wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan dan usahawan dengan bantuan dan kerjasama daripada agensi-agensi yang berlaitan. Ini merupakan langkah-langkah atau usaha-usaha penggabungan dan penyepaduan bantuan kewangan dan penyediaan latihan antara Kementerian dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Ini termasuklah dalam memberi peluang untuk wanita mendapat pinjaman mikro (micro credit) dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan TEKUN Nasional (TEKUN), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Berdasarkan statistik SMIDEC, bagi tempoh Ogos 1999 hingga Ogos 2007, jumlah kelulusan bantuan kewangan yang dikeluarkan kepada wanita di bawah Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita adalah sebanyak 849 kelulusan yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM85.39 juta. TEKUN pula sehingga 30 September 2007, telah meluluskan sebanyak 68,383 permohonan yang berjumlah RM354.68 juta kepada usahawan wanita.
Puan Nurul Izzah Binti Anwar ( Lembah Pantai ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) Adakah Kementerian akan meneruskan program pemberian RM300 sebulan kepada kanak-kanak cacat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai mana yang disarankan Menteri terdahulu; dan
(b) Apakah program-program yang disediakan serta langkah-langkah pemantauan bagi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
14 MEI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
14 MEI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
51
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Puan Nurul Izzah Binti Anwar ( Lembah Pantai ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) Adakah Kementerian akan meneruskan program pemberian RM300 sebulan kepada kanak-kanak cacat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai mana yang disarankan Menteri terdahulu; dan
(b) Apakah program-program yang disediakan serta langkah-langkah pemantauan bagi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menyediakan pemberian bantuan RM300 sebulan kepada kanak-kanak cacat tetapi JKM ada menyediakan elaun sebanyak RM150 sebulan kepada kanak-kanak cacat yang menghadiri Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Di samping itu, skim bantuan sebanyak RM300 sebulan disediakan untuk penjaga pesakit kronik terlantar/orang kurang upaya (OKU) terlantar dan OKU yang bekerja dengan pendapatan tidak melebihi RM750 sebulan di bawah skim Elaun Pekerja Cacat (EPC). Pemberian ketiga-tiga skim bantuan ini akan diteruskan oleh JKM.
b) Dalam memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara, pelbagai program telah digariskan dalam Pelan Tindakan Nasional OKU. Pelan ini mengandungi strategi yang mengutamakan kepentingan terbaik untuk kanak-kanak OKU dari segi perkembangan yang menyeluruh. Salah satu program untuk kanak-kanak OKU adalah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Program ini mengandungi aktiviti pencegahan, pemulihan dan pembangunan yang bertujuan memberi peluang sama rata bagi membolehkan mereka diintegrasikan dalam masyarakat. Antara latihan yang disediakan di PDK adalah aktiviti kehidupan harian atau activities of daily living, dengan izin, pembelajaran khas, kaunseling, fisioterapi, kaedah pemulihan, kemahiran berinteraksi dan latihan vokasional untuk melatih OKU ke arah hidup berdikari. Sehingga April 2008, terdapat 379 buah PDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 12,712 OKU.
Pemantauan ke atas perlaksanaan program PDK ini dibuat melalui penubuhan tiga Jawatankuasa seperti berikut:-
(i) Jawatankuasa PDK (peringkat perlaksana) bagi setiap Pusat PDK
(ii) Jawatankuasa Penyelaras PDK Daerah (peringkat daerah)
(iii) Jawatankuasa Penyelaras PDK Negeri (peringkat negeri)
Peranan utama Jawatankuasa ini adalah untuk menentukan keperluan kanak-kanak dipenuhi, program dan aktiviti dilaksanakan serta melibatkan ibu bapa di dalam akvititi yang dijalankan di PDK.
Y.B. Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
a) berapakah peruntukan wang yang diperuntukkan untuk membantu golongan miskin dan ibu-ibu tunggal untuk setiap bangsa mengikut negeri; dan
b) apakah inisiatif-inisiatif lain selain bantuan kewangan yang diadakan bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan-golongan miskin atau ibu-ibu tunggal yang kurang berpendidikan terutamanya.
20 MEI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
20 MEI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
59
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
a) berapakah peruntukan wang yang diperuntukkan untuk membantu golongan miskin dan ibu-ibu tunggal untuk setiap bangsa mengikut negeri; dan
b) apakah inisiatif-inisiatif lain selain bantuan kewangan yang diadakan bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan-golongan miskin atau ibu-ibu tunggal yang kurang berpendidikan terutamanya.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Y.B. Puan Chong Eng ( Bukit Mertajam ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tempoh masa untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 30% pembuat keputusan di sektor awam terdiri daripada kaum wanita. Nyatakan usaha-usaha Kementerian yang bertujuan mengarusperdanakan pandangan wanita.
21 MEI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 MEI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
67
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Puan Chong Eng ( Bukit Mertajam ) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tempoh masa untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 30% pembuat keputusan di sektor awam terdiri daripada kaum wanita. Nyatakan usaha-usaha Kementerian yang bertujuan mengarusperdanakan pandangan wanita.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan tidak menetapkan tempoh masa untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan bagi sektor awam berdasarkan pertimbangan berikut:
(i) kenaikan pangkat para penjawat awam dipertimbangkan mengikut kriteria yang ditetapkan tanpa mengira gender. Oleh itu, wanita dan lelaki yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat;
(ii) sasaran sekurang-kurangnya 30% bukanlah kuota, oleh itu meletakkan tempoh masa yang tertentu bagi mencapai sasaran 30% akan membuat kerajaan terikat untuk memenuhi sasaran tersebut, tanpa mengambil kira kriteria yang ditetapkan; dan
(iii) sekiranya ramai wanita yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, jawatan di peringkat pembuat keputusan yang disandang oleh wanita boleh melepasi sasaran 30%.
Walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan, dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Bilangan wanita yang menyandang jawatan utama sektor awam ( JUSA ) meningkat daripada 18.8% pada tahun 2004 kepada 26.0% pada tahun 2007; Duta Besar daripada 10% pada tahun 2006 kepada 15.6% pada tahun 2007; dan Pesuruhjaya Tinggi daripada 4.3% pada tahun 2006 kepada 40.0% pada tahun 2007.
Jawatan Naib Canselor yang dahulunya di dominasi oleh lelaki kini telah disandang oleh wanita, di mana tiga orang wanita telah dilantik sebagai Naib Canselor universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelantikan mereka ini merupakan peningkatan daripada peratus sifar pada tahun 2004 kepada 15.0% pada tahun 2007.
Kementerian yakin sasaran sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam boleh dicapai dalam masa terdekat memandangkan bilangan pegawai wanita yang berada di peringkat pengurusan pertengahan ( Gred 48 hingga 54 ) pada tahun 2007 telah melebihi 30.0%.
Bagi mempercepatkan pencapaian sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan bagi sektor awam, Kementerian ini sedang mengambil tindakan berikut:
(i) penilaian dan analisis status wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam;
(ii) membuat perbandingan “comparative”, dengan izin, amalan terbaik dengan negara-negara yang telah mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30%; dan
(iii) memastikan semua pihak, khususnya pengurusan atasan dalam sektor awam sendiri memahami dasar sekurang-kurangnya 30% ini dan diaplikasikan dalam dasar pengambilan, latihan dan perancangan strategik pengurusan sumber manusia termasuk pelan penggantian ( succession plan ).
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi mengarusperdanakan perspektif wanita dalam penggubalan dasar dan perundangan serta perancangan program dan projek, beberapa mekanisme telah diwujudkan bagi membolehkan isu berkaitan wanita diketengahkan dan diambil tindakan sewajarnya. Antara mekanisme yang telah diwujudkan ialah Majlis Penasihat Wanita Negara, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (sehingga ke peringkat akar umbi) serta Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet ini merupakan satu pencapaian yang signifikan kerana ianya merupakan satu platform di peringkat tertinggi untuk mengetengahkan dan menangani isu-isu kesaksamaan gender. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini telah menghasilkan, antara lain ialah:
(i) pelantikan Gender Focal Point di setiap kementerian dan agensi utama untuk meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada semua kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam usaha mengarusperdanakan gender; dan
(ii) mewujudkan undang-undang khusus bagi menangani masalah pemerdagangan manusia (Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan oleh Parlimen pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008).
Selain itu, wanita juga diberi peluang untuk mengetengahkan pandangan mereka melalui sesi konsultatif secara berkala seperti majlis dialog, forum dan seminar yang dianjurkan oleh Kementerian. Di samping itu, Kementerian juga mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada individu dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam isu-isu pembangunan wanita dari masa ke semasa.
Y.B. Datuk Bung Moktar Bin Radin (Kinabatangan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kesan dan kejayaan dalam melaksanakan program-program yang sedia ada terutamanya di daerah Kinabatangan.
21 MEI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 MEI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
19
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Datuk Bung Moktar Bin Radin (Kinabatangan) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah kesan dan kejayaan dalam melaksanakan program-program yang sedia ada terutamanya di daerah Kinabatangan.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui ketiga-tiga agensinya iaitu Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) melaksanakan beberapa program di daerah Kinabatangan untuk kumpulan sasar Kementerian terutamanya wanita, keluarga dan orang kurang upaya.
Mulai tahun 2004 sehingga 2007, Kementerian melalui jentera di peringkat akar umbi iaitu Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Kinabatangan telah melaksanakan sebanyak enam (6) program keluarga yang melibatkan seramai 1660 orang peserta iaitu:
Nama Program
Bil. Program Bil. Peserta
Selingkar Kasih 1 500
Nur Sejahtera 1 150
SMARTSTART 3 280
Smart solat 3 230
Nur Hidayah 3 300
Hari Keluarga 1 200
Jumlah 12 1660
Bagi tahun 2008, sebanyak tiga (3) lagi program dilaksanakan oleh MPWK termasuk di kawasan Parlimen Kinabatangan iaitu Program Nur Sejahtera, Selingkar Kasih dan Pengurusan Emosi.
JKM pula telah menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah Kinabatangan. Pusat ini berperanan sebagai tempat pemulihan dan rawatan kanak-kanak kurang upaya yang berteraskan konsep pelaksanaan oleh komuniti dan di dalam komuniti di mana ibu bapa kanak-kanak kurang upaya turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PDK. Pada masa ini seramai tiga puluh tiga (33) orang kanak-kanak kurang upaya sedang mengikuti latihan di PDK ini.
Program-program yang dilaksanakan oleh LPPKN, JPW dan JKM memberi faedah secara langsung kepada kumpulan sasar Kementerian. Saya yakin Ahli Yang Berhormat dari Kinabatangan juga telah melihat faedah yang dinikmati oleh masyarakat Kinabatangan dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha Kementerian mempergiatkan pelaksanaan program-program ini.
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.
21 MEI 2008 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
21 MEI 2008 (Rabu)
- No.Soalan
8
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Puan Hajah Nancy binti Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kehilangan kanak-kanak merupakan satu isu kompleks yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk ibubapa sendiri. Berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pada tahun 2007 bilangan kanak-kanak hilang adalah seramai 1,649 kes. Bagi bulan Januari hingga Mac 2008, 242 kes telah dilaporkan dan hanya 114 kes dijumpai semula. Ini menjadikan bilangan kanak-kanak yang masih hilang adalah sebanyak 128 kes.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi perhatian serius kepada peningkatan kes kehilangan kanak-kanak di masa ini. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kementerian Pelajaran, agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta anggota masyarakat.
Langkah-langkah yang telah diambil oleh KPWKM ke arah ini adalah seperti berikut:
1. Mengadakan program-program kesedaran kepada ibubapa, kanak-kanak dan masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak;
2. Mengadakan program Latihan Kemahiran kepada ibubapa bagi memastikan agar mereka sentiasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak;
3. Mengadakan program pencegahan melalui Penubuhan TASKA Komuniti, Talian Teledera dan Talian NUR bagi memastikan keselamatan kanak-kanak;
4. Meningkatkan kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua,
Selain itu, Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan program Pakej Modul KASIH untuk memberikan pendidikan kepada ibu bapa mengenai keibubapaan termasuk aspek ekonomi keluarga, emosi dan tanggungjawab. Program keibubapaan ini dilaksanakan melalui LPPKN peringkat negeri serta kerjasama pintar dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Daripada tahun 2003 hingga 2007, sebanyak 1,791 program pendidikan keibubapaan telah diadakan yang melibatkan penyertaan seramai 201,172 peserta.
Selain itu program keibubapaan di tempat kerja iaitu Keluarga@Kerja yang telah dilancarkan pada tahun lalu juga telah mula dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan. Sepanjang tahun 2007 sebanyak 15 program telah dilaksanakan yang melibatkan penyertaan seramai 901 ibubapa. Pada masa hadapan, kursus ini akan dipanjangkan kepada pihak swasta agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai ibu bapa.
Pada tahun ini juga Kementerian melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) akan melaksanakan program Selingkar Kasih yang disasarkan kepada ibubapa di semua 222 kawasan Parlimen. Salah satu pengisian dalam program ini adalah ceramah mengenai keselamatan kanak-kanak.
Y.B. Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan punca utama kekurangan Pegawai Jabatan Kebajikan dan Masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
22 MEI 2008 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MEI 2008 (Khamis)
- No.Soalan
19
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B. Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan punca utama kekurangan Pegawai Jabatan Kebajikan dan Masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
- Klasifikasi Isu
LAIN-LAIN ISU
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Perkhidmatan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah:
i. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada 7 kumpulan sasar Jabatan iaitu kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya, orang papa, pertubuhan sukarela kebajikan, mangsa bencana dan keluarga;
ii. Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari;
iii. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang; dan
iv. Mewujudkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Di samping itu, beberapa program dan inisiatif baru Kerajaan seperti pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat, program Khidmat Sokongan Saksi Kanak-kanak, penubuhan Taska Komuniti, Pusat Jagaan Harian Warga Emas(PJHWE), Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE), Unit Khidmat Penyayang (unit bergerak) dan tempat perlindungan mangsa pemerdagangan orang telah dipertanggungjawabkan kepada JKM.
JKM juga bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Orang Papa 1977, Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Kanak-kanak 2001, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, Akta Antipemerdagangan Orang 2007dan pemantauan terhadapTalian Nur.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang begitu luas dan mencabar ini, JKM mempunyai kekuatan anggota seramai 6,369 orang yang berkhidmat di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah di seluruh negara serta di 60 buah institusi kebajikan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,153 jawatan telah diisi (81.00%) dan sejumlah 1,216 masih belum diisi (19.00%). Usaha-usaha giat sedang dilaksanakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut dan saya penuh yakin pengisian jawatan yang kosong ini akan dapat menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan JKM.
Bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, JKM melaksanakan usaha-usaha seperti berikut:
(i) Menstruktur semula organisasi;
(ii) Meningkatkan aplikasi sistem komunikasi dan teknologi maklumat dalam sistem penyampaian perkhidmatan; dan
(iii) Menambahbaik proses kerja secara berterusan supaya lebih cepat, cekap dan berkesan.
Y.B Tuan Ngeh Koo Ham (Beruas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori-kategori orang yang berkelayakan menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah yang diberikan kepada orang-orang berkenaan.
27 MEI 2008 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 MEI 2008 (Selasa)
- No.Soalan
8
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008) 28 April 2008 - 29 Mei 2008
- Soalan
Y.B Tuan Ngeh Koo Ham (Beruas) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kategori-kategori orang yang berkelayakan menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah yang diberikan kepada orang-orang berkenaan.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memberi perhatian khas kepada lapan kumpulan sasarnya termasuk golongan miskin, remaja yang bermasalah, ibu-ibu tunggal, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya bagi mempastikan kepentingan dan kesejahteraan mereka terpelihara.
Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan beberapa skim bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan iaitu:
a) Bantuan Kanak-Kanak (BKK) kepada keluarga miskin termasuk ibu tunggal yang menyara anak-anak iaitu antara RM100 sebulan seorang dan maksimum RM450 sebulan sekeluarga bagi yang mempunyai anak-anak melebihi 4 orang;
b) Bantuan Orang Tua (BOT) kepada warga emas yang miskin, sebatang kara dan berumur 60 tahun ke atas iaitu RM300 sebulan;
c) Skim Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu RM300 sebulan kepada orang kurang upaya (OKU) yang bekerja dan berpendapatan di bawah RM 750 sebulan sebagai satu insentif untuk mereka bekerja; dan
d) Bantuan Alat Tiruan / Sokongan kepada OKU yang memerlukan alat tiruan dan tidak mampu membiayainya sendiri bagi memudahkan pergerakan mereka. Bantuan ini diberikan berdasarkan kepada harga sebenar alat tiruan/sokongan dan diberikan sekaligus.
Pada tahun 2007, Kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM322,427,595 juta bagi menyalurkan bantuan kebajikan di bawah kategori Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan dan Bantuan Bencana bagi membantu 207,828 orang yang layak menerima.