PARLIMEN KESEBELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
SOALAN
TARIKH JAWAB PARLIMEN
JAWAPAN
YB Tuan Raime bin Unggi (Tenom) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menangani masalah penganiayaan terhadap golongan wanita agar perkara ini tidak berterusan.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
159
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan

- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat memandang berat mengenai masalah jenayah terhadap kaum wanita yang banyak berlaku di waktu kebelakangan ini. Pelbagai langkah melibatkan penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan program kesedaran dan pengukuhan institusi kekeluargaan telah dan sedang dilaksanakan sebagai usaha mencegah dan mengatasi masalah keganasan tanpa mengira keturunan mereka.
Pada bulan Januari 2001, Kementerian telah mengadakan Kempen Wanita Membanteras Keganasan (OMBAK). Kempen OMBAK telah dilancarkan serentak di semua negeri pada 3 November 2001 dengan tujuan untuk menggerakkan masyarakat supaya bersama-sama berusaha membanteras pelbagai bentuk keganasan khususnya keganasan terhadap wanita. Kempen ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu keganasan yang berlaku dalam masyarakat, terutama keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dan menggariskan tindakan yang boleh diambil oleh mangsa dan juga anggota masyarakat untuk membantu membanteras keganasan. Pada masa yang sama, kempen turut dilaksanakan melalui radio, televisyen dan media cetak. Ini adalah untuk mendorong rakyat Malaysia agar turut melibatkan diri dalam membanteras masalah jenayah khususnya terhadap wanita.
Kementerian juga mengadakan jaringan erat dengan agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan serta hospital-hospital yang terlibat secara terus dalam menguruskan kes keganasan dan memberi khidmat sokongan kepada mangsa keganasan ini. Kerjasama yang erat juga dijalin dengan NGO wanita yang giat dalam melindungi dan memperjuangkan nasib mangsa keganasan. Pelbagai program juga dikendalikan oleh Kementerian dengan kerjasama NGO wanita sebagai usaha mengatasi masalah jenayah terhadap wanita. Program Literasi Undang-undang bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada wanita mengenai asas-asas perundangan sivil, syariah dan jenayah seksual, undang-undang berkaitan wanita dan kekeluargaan, hak wanita dalam Akta Keganasan Rumah Tangga, hubung kait Akta dengan prosedur jenayah, proses dan prosedur untuk mendapatkan perintah perlindungan dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam penguatkuasaan Akta.
Selain itu, Kementerian turut menyumbang dengan memberi bimbingan dan kaunseling kepada mangsa-mangsa jenayah. Melalui program pemantapan institusi keluarga, diharapkan dapat mengurangkan gejala-gejala negatif termasuk keganasan seksual, sumbang mahram, keganasan rumah tangga, rogol dan sebagainya. Kementerian juga sedang dalam proses untuk mewujudkan Rumah Perlindungan Khas untuk menempatkan kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penganiayaan dan keganasan.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Lakshimi a/p Muniandy
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Kapasiti, JPW
4) No. Tel : 03-26165741
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Adnan bin Haji Mohd. Ikhsan
2) Jawatan : Pengarah Bah. Khidmat Bantuan
Wanita, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I.
YB Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha efisyen dan pendekatan yang dijalankan bagi menghapus atau mengurangkan gejala sumbang mahram yang masih berleluasa.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
236

GANGGUAN SEKSUAL
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Tuan Haji Ismail bin Abd Mutalib (Maran) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam membantu usaha-usaha mengatasi masalah jenayah terhadap kaum wanita yang sering menjadi-jadi di akhir-akhir ini.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
134

YB Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal yang mempunyai anak masih bersekolah di setiap negeri mengikut kaum serta program jangka pendek dan jangka panjang yang dijalankan bagi membantu golongan ini berdikari.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
57

IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mengambil berat terhadap golongan ibu tunggal. Berdasarkan Bancian yang dilaksanakan pada tahun 2000 oleh Jabatan Perangkaan Negara, data yang diperolehi bagi ketua isi rumah wanita yang berstatus balu/janda atau berpisah tetap dengan suami serta mempunyai anak-anak di bawah tanggungan yang tinggal serumah bagi seluruh Malaysia ialah seramai 126,810 orang. Sementara itu, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal telah mengumpul data-data mengenai ibu tunggal. Seramai 56,931 orang ibu tunggal telah berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Wanita. Berdasarkan data-data yang telah dianalisis, seramai 16,607 orang daripada 30,126 orang ibu tunggal mempunyai anak yang berumur antara 1-11 tahun.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan program-program pembangunan wanita dan keluarga untuk membantu golongan ini, dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan swasta. Antara program-program tersebut ialah Kursus Bimbingan dan Kaunseling Ibu Tunggal, Seminar Kefahaman Perundangan Keluarga Islam, Program Motivasi dan Peningkatan Jati Diri Wanita, Celik IT, Kursus Peningkatan dan Kesejahteraan Diri Ibu Tunggal, Kursus Kraf tangan, Program Ibu Tunggal Waja, program Kelompok Sokongan Ibu Tunggal, Program Literasi Undang-undang Sivil dan Syariah, Program Celik IT untuk Anak-anak Ibu Tunggal serta Kursus Jahitan untuk Ibu Tunggal.
Sehingga akhir tahun 2003, seramai 91,083 wanita termasuk ibu tunggal telah menyertai program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian bersama-sama dengan NGO. Selain itu, Kementerian juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) atau Rumah Nur di seluruh negara untuk membantu wanita bermasalah termasuk ibu tunggal. Untuk program jangka panjang, JPW sedang menggubal Pelan Strategik Ibu Tunggal yang menggunakan pendekatan bersepadu dengan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Semenjak Skim Rumah Harapan dilancarkan pada tahun 2003, sebanyak 316 borang permohonan ibu tunggal di seluruh negara telah dikemukakan ke Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Daripada jumlah itu, 11 orang ibu tunggal telah berjaya dan menduduki rumah yang ditawarkan di Sepang, Selangor. Sementara itu, 159 orang pemohon yang layak masih dalam senarai simpanan SPNB, selebihnya 146 permohonan masih sedang diproses oleh SPNB.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Lim Mei Ying
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Kapasiti, JPW
4) No. Tel : 03-26165739
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Adnan bin Haji Mohd. Ikhsan
2) Jawatan : Pengarah Bah. Khidmat Bantuan
Wanita, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
Y.B. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) sama ada kanak-kanak autistik telah didaftarkan sebagai kumpulan orang kurang upaya , Jika tidak, apakah sebabnya; dan
(b) berapa anggaran golongan autistik di negara ini. Apakah bantuan Kerajaan untuk golongan ini.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
248
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) sama ada kanak-kanak autistik telah didaftarkan sebagai kumpulan orang kurang upaya , Jika tidak, apakah sebabnya; dan
(b) berapa anggaran golongan autistik di negara ini. Apakah bantuan Kerajaan untuk golongan ini.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendaftarkan kanak-kanak autistik sebagai orang kurang upaya di bawah kategori “masalah pembelajaran”. Sehingga Disember 2004, terdapat seramai 49,340 orang kurang upaya dari kategori “masalah pembelajaran” telah didaftarkan. Ini termasuk mereka yang Down’s Syndrome, Attention Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal, masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia dan lewat perkembangan.
Sebagai seorang kurang upaya, golongan ini layak menikmati segala bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk golongan kurang upaya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara bantuan yang disediakan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah :
(i) Geran pelancaran bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
(ii) Elaun pekerja cacat bagi yang bekerja dan berpendapatan di bawah RM750.00 sebulan.
(iii) Elaun bulanan khas sebanyak RM25/ sebulan bagi yang mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti, pelajar di sekolah khas / program pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran /Jabatan Pendidikan Khas dan sekolah khas di bawah kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.
(iv) Elaun Khas sebanyak RM300 sebulan bagi mereka yang belajar di Institut Pengajian Tinggi
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Yeoh Joo Ai
2) Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
3) Bahagian : Pemulihan, JKM
4) No. Tel : 03-26165879
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA
Bagi maksud pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengklasifikasikan OKU kepada 6 kategori utama kecacatan / ketidakupayaan seperti berikut:-
i) Kurang Upaya Pendengaran
ii) Kurang Upaya Penglihatan
iii) Kurang Upaya Fizikal
iv) Ceberal Palsy (Spastik)
v) Masalah Pembelajaran
(Terencat akal, Down’s Syndrome, Masalah Pembelajaran spesifik seperti dyslexia, lewat perkembangan)
vi) Lain-lain
STATISTIKS PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
Sehingga Bulan Disember 2003 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah mendaftarkan seramai 132,655 orang kurang upaya seperti berikut:
Penglihatan 14,154
Pendengaran 22,728
Anggota 45,356
Masalah pembelajaran 49,340
Lain-lain 1,077
---------
Jumlah: 132,655
---------
BANTUAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA
Geran Pelancaran
Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jaya diri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini sebab ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jaya diri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had Maksimum geran ini ialah RM 2,700.00.
Kelayakan :
(i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(ii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian.
(iii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.
(iv) Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan.
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
(i) Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas.
(ii) Sebagai elaun insentif / perangsang bagi menggalakkan seseorang yang kurang upaya berminat bekerja dan berdikari.
(iii) Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.
Kelayakan:
Pekerja orang kurang upaya termasuk yang bekerja secara sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak menerima elaun sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya syarat berikut dipenuhi:-
i) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya;
ii) Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 750 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
iii) Berumur 16 tahun ke atas;
Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.
Y.B. Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah remaja melarikan diri dari rumah. Ini adalah kerana statistik PDRM telah menunjukkan kes ini bagi remaja berumur 17 tahun ke bawah adalah sebanyak 11,000 kes antara tahun 2000 hingga 2004 dan punca utamanya adalah perselisihan keluarga.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
104
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah remaja melarikan diri dari rumah. Ini adalah kerana statistik PDRM telah menunjukkan kes ini bagi remaja berumur 17 tahun ke bawah adalah sebanyak 11,000 kes antara tahun 2000 hingga 2004 dan punca utamanya adalah perselisihan keluarga.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Isu remaja lari dari rumah disebabkan berbagai faktor seperti kepincangan institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media, kurang pendidikan agama, keruntuhan nilai moral dan akhlak, penagih dadah dan lain-lain lagi. Oleh itu tanggungjawab membendung salah laku remaja yang melarikan diri dari rumah bukanlah terletak di bahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja malah ianya merupakan tanggungjawab bersama semua pihak sama ada agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, orang ramai, keluarga dan khususnya ibu bapa.
Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menjalankan beberapa usaha untuk menangani masalah ini seperti menyediakan perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah, program pencegahan melalui penglibatan ahli masyarakat setempat dalam organisasi akar umbi seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD). Di samping itu Akta Kanak-kanak 2001 telah digubal dan dilaksanakan yang memberi penekanan kepada peranan ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab mengenai salah laku anak-anak mereka.
Kanak-kanak yang lari dari rumah dan melanggar undang-undang atau terlibat dengan salah laku akan menjalani program pemulihan sama ada melalui seliaan dan pengawasan Pegawai Akhlak atau menjalani program pemulihan di institusi pemulihan di antara tempoh 1 - 3 tahun atas perintah mahkamah sepertimana di peruntukan dalam Akta Kanak-kanak 2001.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Puan Salimah binti Abdul Hamid
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pemulihan, JKM
4) No. Tel : 03-26971090
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut subseksyen 128 (2) (b) Akta Kanak-kanak 2001. Setakat ini sebanyak 110 buah JKKD telah diwujudkan dengan keanggotaan seramai 1,340 orang.
2. Setiap JKKD diberi bantuan peruntukan sebanyak RM2,000 setahun untuk urusan pentadbiran. Setiap JKKD akan membuat rancangan kerja yang hendak dijalankan dan peruntukan akan diberi mengikut keperluan.
3. Pada tahun 2003 setiap JKKD diberi sebanyak RM30,000 – RM35,000 (one off) bagi menjalankan aktiviti mereka. Pada penghujung tahun 2003 peruntukan ditambah lagi RM15,000 kepada semua JKKD.
4. Peruntukan tahunan secara tetap tidak sesuai berikan kepada setiap JKKD kerana ada JKKD yang tidak aktif, dan mereka hanya menyimpan sahaja wang tersebut di dalam bank.
5. Ahli-ahli JKKD dipilih dari kalangan masyarakat setempat dari pelbagai latar belakang seperti pekerja sosial, pendidik, ahli akademik, ahli perniagaan, ahli agama, tokoh belia, ahli politik dan sebagainya. Yang penting mereka boleh memberi sumbangan tenaga dan masa secara ikhlas dan sukarela.
6. Tempoh perlantikan ahli JKKD ialah selama 3 (tiga) tahun. Ahli-ahli yang aktif boleh dilantik semula bagi tempoh tiga tahun lagi. Tempoh JKKD yang ada sekarang akan tamat pada 31 Julai 2005. Pemilihan ahli JKKD yang baru akan dibuat sebelum JKKD yang ada tamat tempohnya.
YB Tuan Razali bin Haji Ibrahim (Muar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan garis panduan Kementerian bagi agensi-agensi yang mengaturkan jodoh muda dari luar negara terutamanya dari Indochina untuk berkahwin dengan warga tua tempatan dan senarai jumlah pasangan tersebut.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
200
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Razali bin Haji Ibrahim (Muar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan garis panduan Kementerian bagi agensi-agensi yang mengaturkan jodoh muda dari luar negara terutamanya dari Indochina untuk berkahwin dengan warga tua tempatan dan senarai jumlah pasangan tersebut.
- Klasifikasi Isu
PROGRAM
JAWAPAN
Kerajaan tidak terlibat dalam mengaturkan jodoh dari luar negara untuk berkahwin dengan warga tempatan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tiada data mengenai jumlah warga emas tempatan yang dijodohkan dengan gadis-gadis muda daripada luar negara.
Kementerian ini melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menjalankan kursus-kursus Pembangunan Keluarga yang menggalakkan penyertaan kaum lelaki supaya memahami tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga, penjagaan kesihatan di usia tua dan juga amalan cara gaya hidup sihat. Kursus-kursus seumpama ini dijalankan berterusan di seluruh negara.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Tuan Haji Sorparno bin Haji Sarlan
2) Jawatan : Pegawai Tadbir
3) Bahagian : Unit Pendidikan, Bahagian
Pembangunan Keluarga, LPPKN
4) No. Tel : 03-26937555
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Puan Aminah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Pengarah Perancangan Korporat/
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
LPPKN
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I.
Y.B. Puan Fong Po Kuan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) akan dibentangkan di Parlimen serta sejauh mana usaha bersama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan Orang Kurang Upaya diberi prasarana atau kemudahan yang lebih mesra OKU.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
145
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Puan Fong Po Kuan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) akan dibentangkan di Parlimen serta sejauh mana usaha bersama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan Orang Kurang Upaya diberi prasarana atau kemudahan yang lebih mesra OKU.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
Draf Akta Orang Kurang Upaya (OKU) telah pun siap di rangka oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) Perundangan yang dilantik oleh Majlis Penasihat dan Perundingan Bagi Orang Kurang Upaya. Draf tersebut telah diteliti dan Kementerian akan mengangkat perkara ini untuk perundingan lebih lanjut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Pertubuhan Sukarela Orang Kurang Upaya dan orang kurang upaya sendiri sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.
Dalam usaha menyediakan prasarana yang mesra OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah dilantik menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) Kemudahan Akses Bangunan dan Kemudahan Awam. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelaras dan memantau usaha-usaha bagi menyediakan kemudahan akses dan kemudahan awam bagi orang kurang upaya di persekitaran, tempat awam, bangunan-bangunan dan sistem pengangkutan awam.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Yeoh Joo Ai
2) Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
3) Bahagian : Pemulihan, JKM
4) No. Tel : 03-26165879
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kemudahan Akses dan Komunikasi
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil langkah bagi mempastikan golongan kurang upaya dapat menggunakan kemudahan-kemudahan akses yang disediakan di bangunan-bangunan awam, sistem pengangkutan awam dan sebagainya dengan merangka Kod Amalan Akses yang melibatkan pindaan terhadap Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, iaitu:-
(i) MS 1184: 1991 - Code of Practice for Access for Disabled Persons To Public Buildings.
(ii) MS 1183: 1990 - Code of Practice for Means of Escape for Disabled Persons.
(iii) MS 1331: 1993 - Code of Practice for Access for Disabled Persons Outside Buildings.
Jawatankuasa Kerja Teknikal Kemudahan Akses dan Komunikasi telah dan sedang menyemak Kod-kod Amalan yang sedia ada dan membuat pindaan di mana perlu. Peraturan-peraturan dan garis panduan ini terpakai untuk bangunan-bangunan awam yang baru dibina termasuk juga bangunan-bangunan lama yang perlu pengubahsuaian dan pembesaran.
YB Dato’ Haji Che Min Bin Che Ahmad (Pasir Putih) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan untuk pengagihan bantuan kebajikan di Kelantan yang berat sebelah dan tidak menepati sasaran yang sebenar..
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
74
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Dato’ Haji Che Min Bin Che Ahmad (Pasir Putih) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan untuk pengagihan bantuan kebajikan di Kelantan yang berat sebelah dan tidak menepati sasaran yang sebenar..
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
Y.B. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai pusat-pusat latihan tertentu bagi melatih Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam bidang-bidang latihan vokasional khusus seperti elektronik dan sebagainya dan sehingga kini berapakah jumlah OKU terlatih yang dikeluarkan oleh pusat-pusat latihan ini.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
88
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai pusat-pusat latihan tertentu bagi melatih Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam bidang-bidang latihan vokasional khusus seperti elektronik dan sebagainya dan sehingga kini berapakah jumlah OKU terlatih yang dikeluarkan oleh pusat-pusat latihan ini.
- Klasifikasi Isu
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk mewajibkan semua bakal pengantin baru bukan Islam menghadiri suatu kursus kekeluargaan sebelum dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
22 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
22 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
180
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk mewajibkan semua bakal pengantin baru bukan Islam menghadiri suatu kursus kekeluargaan sebelum dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
- Klasifikasi Isu
PROGRAM
JAWAPAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil daya usaha mengadakan satu sesi percambahan fikiran bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan Agama pada 4 November 2004 yang lalu. Keputusan daripada sesi percambahan fikiran tersebut ialah buat permulaan pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan ini akan diadakan secara galakan dan tidak diwajibkan.
Ini adalah untuk mempastikan mekanisma yang perlu telah dilengkapkan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan kursus seumpama ini dibuat di seluruh negara. Antara perkara yang perlu disediakan adalah bahan kursus yang selaras tenaga pengajar yang perlu dilatih, lokasi kursus, rakan pelaksana dan sebagainya.
Sementara itu buat permulaan, satu Kursus Pra Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin di kalangan pasangan yang berdaftar di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 akan diadakan di seluruh negara mulai bulan April ini. Untuk tujuan ini, Kementerian dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Badan-badan Bukan Kerajaan telah membangunkan Modul SMARTSTART bagi bakal pengantin sebagai panduan dan rujukan Jurulatih Utama serta fasilitator. Satu Kursus Jurulatih Utama (TOT Master Trainers) juga telah diadakan pada 28-29 Mac 2005 di Kuala Lumpur.
Kursus ini akan diadakan selama satu tahun dan dijangka seramai 15,000 orang yang akan berkahwin akan mendapat faedah dari kursus pra-perkahwinan ini.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Tuan Haji Sorparno bin Haji Sarlan
2) Jawatan : Pegawai Tadbir
3) Bahagian : Unit Pendidikan, Bahagian
Pembangunan Keluarga, LPPKN
4) No. Tel : 03-26937555
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Puan Aminah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Pengarah Perancangan Korporat/
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
LPPKN
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I.
YB Tuan Ahmad Shabery bin Cheek (Kemaman) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa banyakkah pusat-pusat pembangunan dan perlindungan wanita diwujudkan di negara ini dan sejauh manakah keberkesanannya.
23 MAC 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MAC 2005 (Rabu)
- No.Soalan
18
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Ahmad Shabery bin Cheek (Kemaman) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa banyakkah pusat-pusat pembangunan dan perlindungan wanita diwujudkan di negara ini dan sejauh manakah keberkesanannya.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sampai hari ini apakah pencapaian “Gender Focus Point Committee” dan seterusnya apakah matlamat yang ingin dicapai. Nyatakan ahli-ahli jawatankuasanya.
23 MAC 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MAC 2005 (Rabu)
- No.Soalan
49
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sampai hari ini apakah pencapaian “Gender Focus Point Committee” dan seterusnya apakah matlamat yang ingin dicapai. Nyatakan ahli-ahli jawatankuasanya.
- Klasifikasi Isu
WANITA
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender atau (dengan izin) Cabinet Committee on Gender Equality bukannya “Gender Focus Point Committee” sebagaimana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam. Matlamat penubuhan Jawatankuasa Kabinet ini ialah untuk mengarusperdanakan wanita dalam pembangunan negara dan mencapai kesaksamaan gender di negara ini.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dan dianggotai oleh YB Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara. Menteri-menteri yang menganggotai jawatankuasa ini ialah:
1. YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2. YB Menteri Penerangan
3. YB Menteri Sumber Manusia
4. YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
5. YB Menteri Pelajaran
6. YB Menteri Pengajian Tinggi
7. YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
8. YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
9. YB Menteri Kesihatan
10. YB Menteri Belia dan Sukan
11. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama Islam)
12. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang)
Jawatankuasa ini juga dihadiri sama oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan.
Terma rujukan Jawatankuasa Kabinet ini ialah:-
1. Menggubal dasar, strategi dan program bagi mencapai kesaksamaan gender dalam negara;
2. Mengadvokasi kesaksamaan gender dalam sektor Kerajaan dan swasta;
3. Mengenal pasti, mengkaji serta memperakukan pindaan kepada undang-undang dan peraturan Kerajaan yang peka gender;
4. Memantau dan menyelaras langkah-langkah bagi kesaksamaan gender dalam semua sektor;
5. Menyediakan hala tuju bagi membolehkan negara mematuhi dan melaksanakan obligasi di bawah konvensyen antarabangsa mengenai kesaksamaan gender, misalnya Beijing Platform for Action, The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) dan Commonwealth Plan of Action.
Dalam mesyuarat pertamanya pada 6 Disember 2004, Jawatankuasa Kabinet ini telah memutuskan tiga perkara utama iaitu:
(i) pewujudan Gender Focal Point (GFP) di setiap Kementerian dan agensi Kerajaan yang berkenaan;
(ii) pewujudan lima buah rumah perlindungan wanita dan gadis bagi memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan terhadap wanita/gadis termasuk mangsa penyeludupan manusia (trafficking in persons) untuk tujuan perdagangan seks; dan
(iii) membuat gesaan supaya negeri-negeri mempercepatkan proses menyeragamkan perlaksanaan undang-undang syariah di seluruh negara.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Kua Abun
2) Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Perancangan dan Dasar (Wanita dan
Keluarga)
4) No. Tel : 03-26930095 ext. 4023
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Puan Margaret Ho Yeok
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian (Dasar Wanita
dan Keluarga)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
Gender Focal Point
“Gender Focal Point” atau GFP (dengan izin) ialah pegawai-pegawai Kerajaan di setiap Kementerian dan agensi Kerajaan yang dilantik sebagai pegawai GFP. Pegawai-pegawai yang dilantik ini adalah terdiri daripada pegawai gred 54 dan ke atas yang sedia ada di sesebuah Kementerian/agensi.
Terma rujukan atau bidang tugas pegawai GFP ialah seperti yang berikut:
(i) membantu Kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita dan dasar-dasar Kerajaan yang lain;
(ii) membantu melicinkan pelaksanaan gender budgeting di Kementerian/agensi yang terlibat;
(iii) membantu mengumpul sex-disaggregated data dan statistik;
(iv) membantu melicinkan pelaksanaan gender mainstreaming di Kementerian/agensi masing-masing;
(v) memberi input bagi ucapan/nota intervensi/laporan bagi delegasi menghadiri persidangan/mesyuarat peringkat antarabangsa, dan jika perlu turut menganggotai delegasi negara ke persidangan dan mesyuarat-mesyuarat tersebut;
(vi) memberi input dan membantu menyediakan laporan negara mengenai isu-isu wanita di bawah bidang kuasa Kementerian/agensi masing-masing;
(vii) memberi maklum balas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sebagai agensi penyelaras utama, mengenai kemajuan, halangan serta masalah yang dihadapi oleh Kementerian berkaitan, dan agensi-agensi di bawahnya dalam melaksanakan Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita, serta pelaksanaan konvensi/resolusi yang dipersetujui oleh Malaysia di peringkat antarabangsa;
(viii) menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh KPWKM berkaitan dengan pembangunan wanita di bawah bidang kuasa Kementerian/agensi masing-masing; dan
(ix) menghadiri kursus/latihan bagi meningkatkan kapasiti, pengetahuan dan pengalaman GFP mengenai isu-isu pembangunan wanita dan gender.
Pewujudan Rumah Perlindungan Wanita dan Gadis
Lima buah Rumah Nur di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu di negeri Selangor, Melaka, Kelantan, Pahang dan Sabah akan diwartakan sebagai rumah perlindungan khas wanita dan gadis mangsa keganasan.
Rumah Nur Selangor akan dikhaskan untuk melindungi mangsa penyeludupan manusia untuk tujuan perdagangan seks.
Penyeragaman Undang-undang Syariah
Undang-undang Syariah (Islam) terletak di bawah Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang mana negeri-negeri berkuasa penuh untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang sendiri. Implikasinya terdapat undang-undang syariah yang berbeza antara negeri-negeri. Ke arah menyeragamkan undang-undang Syariah, lima undang-undang Islam “contoh” telah digubal untuk diterima pakai oleh negeri-negeri iaitu:
(i) Rang Undang-undang (RUU) Keluarga Islam;
(ii) RUU Keterangan Mahkamah Syariah;
(iii) RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah;
(iv) RUU Tatacara Jenayah Syariah; dan
(v) RUU Pentadbiran Agama Islam.
Sehingga kini, lapan negeri telah meluluskan kelima-lima RUU, dua negeri empat RUU dan dua negeri dua RUU. Negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih di peringkat semakan akhir Jabatan Peguam Negara.
YB Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah serta dasar Kementerian di dalam memperkasakan institut kekeluargaan yang semakin terhakis.
23 MAC 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MAC 2005 (Rabu)
- No.Soalan
12
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah serta dasar Kementerian di dalam memperkasakan institut kekeluargaan yang semakin terhakis.
- Klasifikasi Isu
PROGRAM
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk memperkasakan institut kekeluargaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melancar dan melaksanakan “Program Utamakan Keluarga – Semakin Hari Semakin Sayang” pada tahun 2002. Program ini menggunakan strategi holistik dengan memberi perhatian kepada aspek psiko-sosial, kerohanian dan kesihatan. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu, berdaya tahan, beriman dan harmoni. Dengan menerapkan nilai-nilai murni tersebut adalah diharapkan dapat memulihkan nilai-nilai kekeluargaan dan meningkatkan kemahiran keibubapaan.
Sebagai kesinambungan Program Utamakan Keluarga yang telah dilaksanakan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meneruskan pelaksanaan program tersebut sehingga sekarang dengan tema baru bertajuk “Kasih Sayang Membawa Bahagia”.
Kementerian juga telah menjalin kerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk memperluaskan Program Utamakan Keluarga ke peringkat akar umbi. Dari tahun 2002 hingga 2004 sebanyak 324 program telah dijalankan oleh NGO yang dihadiri oleh 135,313 peserta. Di samping itu, LPPKN juga meneruskan aktiviti latihan dan pendidikannya bagi menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ibu bapa mengenai peranan dan tanggungjawab mereka. Pelaksanaan program ini menggunakan Modul Latihan dan Pendidikan (Pakej KASIH dan Pakej Modul Komunikasi Keluarga Berkualiti) serta Pakej SMARTSTART yang memberi fokus kepada pelbagai kumpulan sasar iaitu pasangan yang bakal dan baru berkahwin, ibu bapa, ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan remaja serta golongan remaja.
Promosi mengenai hubungan kekeluargaan termasuk peranan dan tanggungjawab ibu bapa juga giat diteruskan melalui sambutan Hari Keluarga di peringkat Kebangsaan dan negeri serta oleh agensi-agensi Kerajaan dan syarikat swasta.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Tuan Haji Sorparno bin Haji Sarlan
2) Jawatan : Pegawai Tadbir
3) Bahagian : Unit Pendidikan
Bahagian Pembangunan Keluarga,
LPPKN
4) No. Tel : 03-26937555
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Cik Khoo Swee Kheng
2) Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah
(Pengurusan), LPPKN
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I.
YB Tuan Kula Segaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) sama ada beliau sedar ramai warga tua tidak menerima sokongan kewangan dari anak-anak mereka yang mampu berbuat demikian; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan warga tua disokong dari segi kewangan oleh anak-anak mereka yang mampu berbuat demikian.
23 MAC 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
23 MAC 2005 (Rabu)
- No.Soalan
33
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Kula Segaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-
(a) sama ada beliau sedar ramai warga tua tidak menerima sokongan kewangan dari anak-anak mereka yang mampu berbuat demikian; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan warga tua disokong dari segi kewangan oleh anak-anak mereka yang mampu berbuat demikian.
- Klasifikasi Isu
WARGA EMAS
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah bagi mengatasi kesukaran mendapatkan tapak bangunan satu Pusat Komuniti satu Parlimen untuk negeri Kelantan.
28 MAC 2005 (Isnin)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
28 MAC 2005 (Isnin)
- No.Soalan
22
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah bagi mengatasi kesukaran mendapatkan tapak bangunan satu Pusat Komuniti satu Parlimen untuk negeri Kelantan.
- Klasifikasi Isu
KOMUNITI
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengelolakan Pusat Komuniti. Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) mengelolakan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Sehingga kini Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mengelolakan 105 buah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di seluruh Malaysia. Di negeri Kelantan terdapat 10 buah pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK). Jabatan ini juga mengelola Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi kanak-kanak kurang upaya. Pada masa ini terdapat 274 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di mana 22 buah terletak di negeri Kelantan. Kedua-dua program ini tidak menghadapi masalah mendapatkan tapak bangunan kerana program ini menggunakan pendekatan penyewaan bangunan.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Azmi bin Mokhtar
2) Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
3) Bahagian : Perancangan dan Penyelidikan
Perancangan dan Sistem Maklumat,
JKM
4) No. Tel : 03-26165809
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
Y.B. Tan Sri Dato’ Dr. K. S. Nijhar (Subang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program yang dijalankan oleh Kementerian dalam menangani masalah gejala sosial terutamanya di kalangan para remaja daripada kawasan-kawasan penempatan semula setinggan.
29 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
29 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
3
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Tan Sri Dato’ Dr. K. S. Nijhar (Subang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program yang dijalankan oleh Kementerian dalam menangani masalah gejala sosial terutamanya di kalangan para remaja daripada kawasan-kawasan penempatan semula setinggan.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah di kalangan remaja termasuk remaja di kawasan penempatan semula setinggan melalui program-program dan aktiviti yang dijalankan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk membendung gejala sosial khususnya di kalangan remaja merupakan tanggungjawab bersama semua pihak terutamanya ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat dan tidaklah hanya terletak di bahu Kerajaan atau sesuatu Kementerian semata-mata. Ianya memerlukan tindakan yang kolektif, bersepadu dan menyeluruh dikalangan semua pihak yang terlibat.
Secara amnya, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah melalui tiga pendekatan iaitu pencegahan, intervensi dan pemulihan bagi menangani masalah sosial di kalangan remaja.
Bagi pendekatan pencegahan, usaha yang dilakukan adalah di peringkat awal bagi mencegah seseorang itu daripada terjebak dalam masalah sosial. Antara langkah-langkah yang diambil ialah :
i. Menggalakkan amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani. Ini dapat dilihat melalui kempen-kempen gaya hidup sihat, anti-rokok, anti-dadah dan lain-lain.
ii. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
iii. Menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik serta semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara, Rakan Muda dan Kursus Bina Insan.
iv. Menggalakkan program-program komuniti di kawasan komuniti setempat seperti Jiran Muda Rukun Tetangga di mana pelbagai program dirancang dan dilaksanakan oleh remaja untuk bergiat aktif di dalam komuniti.
Melalui pendekatan intervensi pula, ia merupakan tindakan yang diambil semasa seseorang itu sudah pun terlibat dengan masalah sosial. Di peringkat ini, kaunseling dan mediasi merupakan dua kaedah utama yang diambil bagi meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh individu atau kumpulan yang terlibat.
Manakala, pendekatan pemulihan merupakan langkah yang diambil untuk memulihkan seseorang yang telah terjebak dalam masalah sosial supaya individu tersebut dapat dipulihkan dan seterusnya dapat diintegrasikan semula dalam masyarakat. Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia turut juga menyediakan perkhidmatan pemulihan di institusi-institusi pemulihan seperti Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri dan Asrama Akhlak bagi juvana yang terjebak dalam masalah sosial atau jenayah ringan. Institusi-institusi pemulihan tersebut telah menyediakan program-program pemulihan seperti kaunseling, pendidikan agama, moral, penerapan nilai-nilai murni, pendidikan akademik, latihan vokasional dan rekreasi.
Tuan Yang Di Pertua,
Usaha-usaha membangunkan sahsiah remaja juga turut dilaksanakan melalui penyuburan semangat kesukarelawan di kalangan mereka. Aktiviti kesukarelawan ini bukan sahaja dapat memupuk rasa tanggungjawab membangunkan masyarakat dan negara serta membina sahsiah murni di kalangan remaja tetapi dapat menghindari diri mereka dari terlibat dalam aktiviti-aktiviti anti sosial.
Dalam hubungan ini, pihak Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Briged Kebajikan Perdana yang bergiat dalam kerja-kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan. Briged ini dianggotai oleh 6,699 sukarelawan dari pelbagai lapisan umur dan ini memberi ruang yang luas bagi remaja berinteraksi dengan golongan sukarelawan yang lebih tua dari mereka. Interaksi ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang antara generasi tetapi juga memberi peluang golongan sukarelawan yang lebih tua membimbing sukarelawan remaja.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Helmy Zai bin Ibrahim
2) Jawatan : Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar (Pembangunan Masyarakat)
4) No. Tel : 03-26930095 ext. 4147
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Harjeet Singh a/l Hardev Singh
2) Jawatan : Setiausaha Bahagian
(Dasar Pembangunan Masyarakat)
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
Selain Kementerian ini, usaha mengatasi masalah remaja juga dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Program-program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Rakan Muda, kem-kem bina semangat yang dijalankan oleh pelbagai pihak, subjek pendidikan agama dan moral di sekolah serta kempen-kempen kesedaran seperti pencegahan penyalahgunaan dadah, anti-merokok dan kempen gaya hidup sihat merupakan antara program yang membantu ke arah pembinaan sahsiah remaja.
Dengan lain perkataan, menangani masalah remaja merupakan tanggungjawab semua pihak termasuklah ibu bapa dan masyarakat sendiri. Pembinaan sahsiah juga merupakan satu proses yang dinamik dan dengan itu program-program pembinaan sahsiah ini perlu dijalankan secara berterusan.
Ke arah ini juga Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional bagi membentuk masyarakat yang berintegriti, khususnya dalam merealisasikan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan di dokong oleh nilai etika paling tinggi. Dengan terbentuknya Pelan Integriti Nasional ini, usaha-usaha menangani masalah remaja akan dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih bersepadu.
Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh LPPKN ialah menjalankan program-program untuk pembangunan sahsiah remaja melalui Modul Permata KASIH dan menerusi aktiviti-aktiviti seperti seminar, kursus, “Summer Camp”, ceramah bulanan, bengkel dan lain-lain. Sejak modul ini diterbitkan pada 1997 sehingga Jun 2004, seramai 3,700 jurulatih utama dari agensi-agensi berkaitan telah dilatih manakala 60,130 pelajar sekolah telah mengikuti bengkel Permata KASIH.
Bagi menentukan adanya kesinambungan antara remaja dan persekitaran keluarga, ibu bapa diberi kemahiran keibubapaan, melalui Modul Keibubapaan Anak Kecil (Belaian KASIH), Modul Keibubapaan Anak Remaja (Mutiara KASIH) dan Modul Kebapaan (Pancaran KASIH). Dari tahun 1998 hingga kini, seramai 7,800 jurulatih telah dilatih oleh LPPKN dan 55,440 orang para ibu dan bapa telah menyertai kursus, bengkel, seminar dan ceramah berkaitan keibubapaan.
Sebagai usaha melibatkan pelbagai pihak lain dalam menangani masalah remaja di peringkat akar umbi, LPPKN turut bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Di bawah peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan, sebanyak RM350,000 telah diluluskan kepada 33 NGO untuk menjalankan 19 program pembangunan remaja dari tahun 2002 ke 2003. Seramai 2,580 para remaja telah dapat mengikuti program ini.
Selaras dengan usaha untuk membentuk remaja yang sihat dari segi rohani dan jasmani, LPPKN juga telah jalankan Program “MY PEER” di 4 negeri supaya dapat menggunakan para remaja sebagai rakan sebaya untuk menasihati remaja mengenai hal-hal kesihatan reproduktif. Susulan daripada ini, LPPKN akan menubuhkan satu Pusat Remaja secara perintis yang akan menjadi pusat sehenti kepada remaja untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari segi kesihatan reproduktif, pemeriksaan kesihatan, melayari internet serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Kementerian melalui agensi dibawahnya iaitu LPPKN, JKM dan JPW akan terus berusaha untuk mengatasi masalah salah laku remaja melalui langkah-langkah pencegahan, pencelahan dan pemulihan seperti berikut:-
• Melatih lebih ramai kumpulan jurulatih daripada agensi-agensi Kerajaan dan NGO untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan melalui Latihan Kejurulatihan (Training of Trainers) dalam bidang pembangunan keluarga dengan menggunakan Pakej KASIH yang telah dibangunkan oleh LPPKN.
• Mempertingkatkan penyebaran pendidikan keibubapaan dan pembangunan remaja melalui aktiviti di peringkat akar umbi melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga yang telah diwujudkan oleh Kementerian di setiap kawasan Parlimen dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).
• Mempertingkatkan kesedaran masyarakat kearah menghayati dan menerapkan nilai-nilai murni yang sedia ada dalam agama dan budaya melalui kempen di media elektronik dan cetak.
• Mempertingkatkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan berkaitan serta NGO bagi menjalankan program dan aktiviti sama ada dari segi pencegahan, pencelahan, pemulihan dan juga penguatkuasaan kepada kumpulan sasar remaja.
• Meningkatkan lagi keupayaan institusi-institusi pemulihan untuk mendidik pesalah-pesalah juvana melalui program dan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.
• Memantapkan lagi perkhidmatan kaunseling LPPKN dengan pelantikan sekurang-kurangnya seorang Kaunselor bagi setiap negeri pada tahun ini.
Y.B. Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan sumbang mahram yang mana terdapat penambahan ketara sebanyak 31% kes sumbang mahram dalam tahun 2004 (334 kes) berbanding dengan 2003 (254 kes).
29 MAC 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
29 MAC 2005 (Selasa)
- No.Soalan
22
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan sumbang mahram yang mana terdapat penambahan ketara sebanyak 31% kes sumbang mahram dalam tahun 2004 (334 kes) berbanding dengan 2003 (254 kes).
- Klasifikasi Isu
GANGGUAN SEKSUAL
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Puan Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kementerian dalam membantu ibu-ibu tunggal dari segi pembangunan ekonomi. Apakah perancangan dan program kemahiran yang sedang dan akan dijalankan serta jumlah peruntukan mengikut bidang kemahiran untuk ibu tunggal agar mereka dapat berdikari dalam pencarian nafkah harian.
30 MAC 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
30 MAC 2005 (Rabu)
- No.Soalan
1
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Puan Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kementerian dalam membantu ibu-ibu tunggal dari segi pembangunan ekonomi. Apakah perancangan dan program kemahiran yang sedang dan akan dijalankan serta jumlah peruntukan mengikut bidang kemahiran untuk ibu tunggal agar mereka dapat berdikari dalam pencarian nafkah harian.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
Y.B. Dr. James Dawos Mamit (Mambong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak yang didera (physical abuse) dan dirogol sepanjang tahun 2004 hingga kini, adakah langkah-langkah dan program pencegahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan berkesan untuk menangani masalah terkutuk ini.
31 MAC 2005 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
31 MAC 2005 (Khamis)
- No.Soalan
13
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Dr. James Dawos Mamit (Mambong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak yang didera (physical abuse) dan dirogol sepanjang tahun 2004 hingga kini, adakah langkah-langkah dan program pencegahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan berkesan untuk menangani masalah terkutuk ini.
- Klasifikasi Isu
KANAK-KANAK
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
1. Perangkaan bagi kes kanak-kanak yang didera (physical abuse) dan dirogol sepanjang tahun 2004 adalah seperti berikut :
Penderaan fizikal : 200 Lelaki 210 Perempuan = 410
Penderaan seksual : 28 Lelaki 402 Perempuan = 430
2. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjalankan pelbagai langkah dan program pencegahan untuk menangani masalah ini. Walau bagaimanapun usaha pencegahan ini melibatkan juga agensi-agensi kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), pihak swasta dan korporat, masyarakat dan individu. Oleh itu, keberkesanan usaha pencegahan sangat bergantung kepada komitmen dan penglibatan aktif semua pihak yang terlibat.
Di antara program dan langkah-langkah pencegahan yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah:-
1. Menyediakan institusi perlindungan seperti Rumah Kanak-kanak atau mendapatkan orang yang layak untuk menempatkan kanak-kanak yang didapati tidak lagi sesuai dan selamat untuk tinggal bersama ahli keluarga / penjaganya.
2. Menyediakan khidmat kaunseling terutama kepada kanak-kanak dan keluarganya yang mengalami masalah seperti ini supaya perhubungan mereka ini dipulihkan semula demi untuk kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak.
3. Menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan dan khidmat nasihat atau bantuan-bantuan lain kepada keluarga kanak-kanak sekiranya si pendera yang menjadi ketua keluarga di dapati bersalah dan menjalani hukuman.
4. Mengadakan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah penderaan terutama kes penderaan seksual. Selain tindakan undang-undang, pihak Jabatan juga telah mengadakan kempen kesedaran melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Penerangan dan sebagainya; media massa; pertubuhan bukan kerajaan; badan-badan sukarela, masyarakat, keluarga dan individu.
5. Mengadakan seminar, bengkel, kursus seperti kursus keibubapaan yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak juga telah di adakan malah para pegawai juga telah dihantar keluar negara untuk menghadiri seminar/kursus/symposium dan sebagainya bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan subjek ini.
6. Mengadakan perkhidmatan sokongan dengan menubuhkan pasukan sukarela seperti Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (131 buah PPKK) dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak di setiap negeri, daerah dan kawasan (110 buah JKKD) dengan mengadakan pelbagai program / aktiviti yang bersifat pencegahan, pembangunan dan advokasi.
7. Mengwujudkan serta memantau perjalanan Pusat Aktiviti Kanak-kanak di daerah / kawasan (132 buah PAKK) yang dikenal pasti sebagai ‘high risk area’. Pusat ini berorentasikan perkhidmatan setempat bagi keluarga dan kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kes penderaan.
8. Menyediakan perkhidmatan talian telefon Teledera yang berfungsi 24 jam talian bebas TOL No. 1 800 88 3040 yang telah diperkenalkan sejak tahun 1993 bagi membolehkan orang ramai menyampaikan maklumat tentang sebarang masalah yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak.
9. Menerusi Akta Kanak-kanak 2001 mengadakan peruntukan
penalti yang lebih berat terhadap pendera kanak-kanak iaitu denda wang tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Puan Siti Darmawan binti Amarrudin
2) Jawatan : Pegawai Pembangunan Masyarakat
3) Bahagian : Perlindungan, JKM
4) No. Tel : 03-26165861
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Ketua Pengarah, JKM
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
YB Tuan Mohamed Yusop bin Majid (Setiu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan statistik peningkatan ibu tunggal dalam negara secara terperinci dan masalah-masalah mereka serta langkah positif yang berkesan telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu serta meringankan beban mereka.
12 APRIL 2005 (Selasa)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
12 APRIL 2005 (Selasa)
- No.Soalan
2
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Tuan Mohamed Yusop bin Majid (Setiu) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan statistik peningkatan ibu tunggal dalam negara secara terperinci dan masalah-masalah mereka serta langkah positif yang berkesan telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu serta meringankan beban mereka.
- Klasifikasi Isu
IBU TUNGGAL
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi oleh semua golongan wanita termasuklah ibu tunggal. Sebagai langkah awal, Kementerian telah menggunakan data jumlah bilangan ibu tunggal yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan untuk tujuan perancangan program-program khidmat bantuan dan peningkatan pembangunan kapasiti yang komprehensif dan berkesan. Jumlah ibu tunggal berdasarkan Bancian tahun 2000 ialah seramai 126,810 orang. Di samping itu, Kementerian telah pun memulakan langkah untuk mendaftarkan ibu tunggal secara bersama dengan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negara (MPWKN) dan juga Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM). Jumlah ibu tunggal yang telah mendaftar ketika ini ialah seramai 56,931 orang.
Pihak Kementerian juga telah mengambil pelbagai langkah bagi membantu ibu tunggal mengatasi masalah emosi, sosial dan ekonomi. Antara langkah-langkah tersebut ialah:-
i. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Unit Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kuala Lumpur dan di 15 buah Rumah Nur di seluruh negara, khusus bagi wanita bermasalah termasuk ibu tunggal;
ii. Menggubal Pelan Strategik Ibu Tunggal yang mengandungi perancangan menyeluruh dalam usaha memberikan sokongan terhadap mereka dalam menghadapi masalah emosi dan ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan kewangan mereka;
iii. Mewujudkan rangkaian atau networking dengan agensi Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan swasta bagi membantu ibu tunggal menyelesaikan masalah kewangan yang mendesak melalui bantuan segera oleh agensi-agensi seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
iv. Melaksanakan program-program pembangunan kapasiti wanita termasuk ibu tunggal dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, literasi teknologi maklumat, komunikasi dan kemahiran dalam pengeluaran produk tertentu seperti makanan dan kraf tangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
v. Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan lain bagi mengendalikan program untuk wanita khususnya ibu tunggal seperti kursus keusahawanan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, program Kumpulan Pengembangan Wanita yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Skim Pembiayaan Ikhtiar Ibu Tunggal (SKIT) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
vi. Menggalakkan penyertaan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan melalui perkongsian bijak dengan syarikat swasta untuk memberi peluang mereka berniaga dalam bidang tertentu seperti program pengeluaran makanan sejuk beku dan jualan makanan;
vii. Bekerjasama dengan agensi pelaksana seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri dan Syarikat Perumahan Negara (SPN) untuk membolehkan ibu tunggal yang berpendapatan rendah memiliki rumah kos rendah melalui skim-skim perumahan rakyat seperti Skim Rumah Mesra Rakyat, Skim Sewa Beli dan Projek Rumah HARAPAN (Harapan Rakyat Memiliki Rumah Berpatutan); dan
viii. Mengumpulkan profil ibu tunggal di seluruh negara bagi tujuan perancangan program pada masa hadapan.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Cik Lim Mei Ying
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Kapasiti, JPW
4) No. Tel : 03-26165739
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Adnan bin Haji Mohd. Ikhsan
2) Jawatan : Pengarah, Bhg. Khidmat Bantuan
Wanita, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubung) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kejadian jenayah seperti rogol, ragut, sumbang mahram dan masalah sosial seperti lumba haram, pembuli jalan raya, ketagihan dadah dan lain-lain dipandang dari kelemahan sistem pendidikan dan kekeluargaan, kalau ia, apakah rancangan Kerajaan mengenai perkara tersebut.
13 APRIL 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
13 APRIL 2005 (Rabu)
- No.Soalan
34
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubung) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kejadian jenayah seperti rogol, ragut, sumbang mahram dan masalah sosial seperti lumba haram, pembuli jalan raya, ketagihan dadah dan lain-lain dipandang dari kelemahan sistem pendidikan dan kekeluargaan, kalau ia, apakah rancangan Kerajaan mengenai perkara tersebut.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian berpendapat bahawa kejadian jenayah dan masalah sosial tidaklah berpunca dari kelemahan sistem pendidikan dan kekeluargaan semata-mata. Punca kejadian jenayah dan masalah sosial perlu dilihat dari pelbagai aspek. Usaha-usaha untuk membendung jenayah dan gejala sosial merupakan tanggungjawab bersama semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat dan bukannya terletak di bahu Kerajaan atau sesuatu Kementerian sahaja. Ia memerlukan satu tindakan yang kolektif, bersepadu dan menyeluruh daripada semua pihak.
Secara amnya, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membanteras masalah sosial yang berlaku di negara ini. Program-program membanteras masalah-masalah sosial yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah berdasarkan empat pendekatan utama iaitu penggalakan, pencegahan, intervensi dan pemulihan.
Dari aspek penggalakan, usaha-usaha ini dibuat bagi memupuk nilai murni dan budi pekerti serta akhlak mulia di kalangan masyarakat. Dalam hal ini, KPWKM mengambil pendekatan yang holistik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pemantapan keluarga. Ke arah ini, Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Pakej Modul Kasih mulai tahun 1997. Pakej tersebut yang kini dikenali sebagai Smart Family menyediakan satu kaedah pembelajaran yang sistematik dan bersepadu dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada orang ramai ke arah kesejahteraan dan pemantapan institusi keluarga. Ia bertujuan melahirkan institusi keluarga yang kukuh dan masyarakat berperibadi mulia. Terdapat lima modul yang dibangunkan iaitu:
i. Pancaran Kasih (Smart Father) untuk bapa;
ii. Belaian Kasih (Smart Kiddy) untuk anak kecil;
iii. Permata Kasih (Smart Remaja) untuk remaja berumur 13 hingga 25 tahun;
iv. Mutiara Kasih (Smart Junior) untuk ibubapa/penjaga anak remaja; dan
v. Bahtera Kasih (Smart Start) untuk pasangan yang bakal memasuki alam perkahwinan.
Kesemua modul tersebut bertujuan memantapkan institusi kekeluargaan dengan melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan ke arah membentuk keluarga cemerlang yang mengamalkan nilai-nilai murni. Usaha ini disokong oleh kempen-kempen yang diadakan dari masa ke semasa seperti kempen ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ dan ‘Utamakan Keluarga’. Usaha-usaha membangunkan sahsiah khasnya di kalangan remaja turut dilaksanakan melalui penyuburan semangat kesukarelawan di kalangan mereka.
Dari aspek pencegahan dan intervensi, Kementerian ini, menerusi mekanisma di peringkat akar umbi iaitu Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak melaksanakan program-program pencegahan yang meliputi antara lainnya seminar pencegahan jenayah, kursus-kursus bimbingan keibubapaan, kempen anti-dadah, ceramah agama, program bina semangat dan kaunseling. Program-program yang dijalankan ini melibatkan penyertaan masyarakat bagi bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan dalam usaha menangani masalah-masalah sosial.
Dari aspek pemulihan pula, program-program yang dilaksanakan adalah menjurus kepada program pemulihan akhlak dan usaha mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan yang terlibat dalam jenayah. Mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral termasuklah aktiviti pelacuran dan kegiatan jenayah akan ditempatkan di institusi perlindungan dan pemulihan. Di institusi-institusi berkenaan, mereka akan diberi bimbingan kerohanian melalui program pendidikan agama dan moral serta pendidikan akademik dan vokasional. Dengan kursus-kursus yang disediakan di institusi-institusi pemulihan berkenaan, kanak-kanak dan remaja terlibat akan mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang membolehkan mereka berdikari apabila keluar dari institusi pemulihan kelak.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Helmy Zai bin Ibrahim
2) Jawatan : Penolong Setiausaha
3) Bahagian : Dasar Pembangunan Masyarakat
4) No. Tel : 03-26930095 ext. 4147
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Cik Norhayati binti Sulaiman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha II
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
Aktiviti kesukarelawan ini bukan sahaja dapat memupuk rasa tanggungjawab membangunkan masyarakat dan negara serta membina sahsiah murni di kalangan remaja tetapi dapat menghindari diri mereka dari terlibat dalam aktiviti-aktiviti anti sosial. Dalam hubungan ini, KPWKM, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan Briged Kebajikan Perdana (BKP) yang bergiat dalam kerja-kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan. Briged ini dianggotai oleh 6,699 sukarelawan dari pelbagai lapisan umur dan ini memberi ruang yang luas bagi remaja berinteraksi dengan golongan sukarelawan yang lebih tua dari mereka. Interaksi ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang antara generasi tetapi juga memberi peluang golongan sukarelawan yang lebih tua membimbing sukarelawan remaja.
Mengenai keberkesanan program-program yang dilaksanakan itu, berdasarkan maklum balas yang diterima, program-program berkenaan memberi kesan positif kepada kumpulan sasar. Malah terdapat cadangan supaya program keibubapaan diperluaskan kepada golongan bukan Islam. Kempen ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ dan ‘Utamakan Keluarga’ juga telah dapat menimbulkan kesedaran masyarakat akan pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera. Melalui usaha yang berterusan dan komitmen daripada semua pihak iaitu Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat, adalah dipercayai bahawa masalah-masalah sosial yang berlaku pada masa ini akan dapat dikurangkan.
Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah program pembangunan sahsiah remaja khususnya bagi menghindari ketagihan arak dijalankan dan bagaimana sambutan masyarakat terhadapnya.
14 APRIL 2005 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
14 APRIL 2005 (Khamis)
- No.Soalan
27
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin (Parit Buntar) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah program pembangunan sahsiah remaja khususnya bagi menghindari ketagihan arak dijalankan dan bagaimana sambutan masyarakat terhadapnya.
- Klasifikasi Isu
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Golongan remaja merupakan kumpulan sasar yang diberi perhatian khusus di dalam program dan aktiviti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dari tahun 2000 hingga 2004, seramai 83,133 remaja telah mengikuti pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara ke arah memperkasa jati diri remaja.
Melalui Program Pembangunan Remaja yang dikenali sebagai program PERMATA KASIH, LPPKN telah memperkenalkan modul bertajuk ‘Katakan Tidak’ yang bertujuan memandu remaja mengenai cara-cara untuk mengelak gejala-gejala negatif seperti minum arak, merokok, melepak, sumbang mahram dan sebagainya. Para remaja juga diberi pemahaman dan kesedaran tentang perlunya meningkatkan harga diri, yakin diri, berketerampilan dan berwawasan. Sehingga kini 20 Badan bukan Kerajaan (NGO) telah menggunakan modul LPPKN ini untuk program-program mereka di peringkat akar umbi sementara 3700 orang Jurulatih Utama Modul PERMATA KASIH telah dilatih sejak tahun 1997.
Kementerian ini dari semasa ke semasa, akan terus berusaha supaya penglibatan remaja dalam aktiviti kekeluargaan dapat dipertimbangkan bagi membolehkan mereka menikmati hidup berkeluarga dengan berkesan. Dalam hal ini LPPKN akan mewujudkan tiga Pusat Remaja iaitu di Ibu Pejabat, Komplek Beli Belah Lembah Kelang dan di Butterworth pada tahun ini agar remaja dapat memperolehi nasihat mengenai sahsiah, serta kesihatan reproduktif mereka dan juga menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat.
Mengenai sambutan masyarakat terhadap program-program yang telah dilaksanakan, adalah didapati berdasarkan maklum balas yang diterima, program-program berkenaan memberi kesan kepada kumpulan sasar khususnya remaja dan ibu bapa. Kempen “Utamakan Keluarga – Kasih Sayang Membawa Bahagia” secara tidak langsung turut menyokong program pembangunan remaja melalui penerapan nilai-nilai murni dan kekeluargaan yang positif. Melalui usaha yang berterusan dan komitmen daripada semua pihak iaitu Kerajaan, NGO, swasta dan anggota masyarakat, adalah dipercayai bahawa masalah sosial dikalangan remaja dapat dikurangkan.
Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Tuan Haji Sorparno bin Haji Sarlan
2) Jawatan : Pegawai Tadbir
3) Bahagian : Unit Pendidikan
Bahagian Pembangunan Keluarga,
LPPKN
4) No. Tel : 03-26937555
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Cik Khoo Swee Kheng
2) Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah
(Pengurusan), LPPKN
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
Y.B. Tuan Nasarudin bin Hashim (Parit) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula jenis bantuan yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima-penerima yang layak kerana kadar bantuan yang diberikan sekarang didapati tidak sesuai lagi kerana kos hidup yang meningkat.
27 APRIL 2005 (Rabu)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
27 APRIL 2005 (Rabu)
- No.Soalan
30
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
Y.B. Tuan Nasarudin bin Hashim (Parit) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula jenis bantuan yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima-penerima yang layak kerana kadar bantuan yang diberikan sekarang didapati tidak sesuai lagi kerana kos hidup yang meningkat.
- Klasifikasi Isu
BANTUAN/KEBAJIKAN
JAWAPAN
SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keseriusan wanita, khasnya ibu mengandung serta gadis yang dijangkiti HIV dan apakah bentuk usaha yang diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah ini.
28 APRIL 2005 (Khamis)
INFO
- Tarikh Jawab Parlimen
28 APRIL 2005 (Khamis)
- No.Soalan
36
- Nama Mesyuarat
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KESEBELAS (2005) 22 Mac 2005 - 28 April 2005
- Soalan
YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keseriusan wanita, khasnya ibu mengandung serta gadis yang dijangkiti HIV dan apakah bentuk usaha yang diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah ini.
- Klasifikasi Isu
PROGRAM
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sememangnya prihatin dan serius dalam menangani gejala penularan penyakit HIV/AIDS ini dikalangan wanita. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia kadar jangkitan penyakit HIV/AIDS wanita dengan lelaki pada tahun 1996 ialah 1:90 iaitu dikalangan 90 orang lelaki seorang wanita akan dijangkiti manakala pada tahun 2003 kadar tersebut telah meningkat kepada 1:7 iaitu dikalangan 7 orang lelaki yang dijangkiti, seorang wanita turut dijangkiti. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di antara tahun 1998 hingga tahun 2003, lebih 1.8 juta ibu mengandung telah mengikuti program pemeriksaan rutin untuk mengesan jangkitan HIV dan 0.03% iaitu 627 orang didapati positif.
Penularan penyakit HIV/AIDS ini bukan hanya melibatkan isu kesihatan tetapi juga melibatkan isu gender kerana walau pun penyakit ini melibatkan lelaki dan wanita namun wanita lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti. Tumpuan khusus juga diberikan kepada wanita kerana mereka juga terdedah kepada jangkitan akibat pelakuan keganasan seksual seperti rogol dan sumbang mahram. Selain itu, penyalahgunaan dadah adalah menjadi punca penyumbang utama peningkatan jangkitan. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pemimpin Masyarakat dan juga orang ramai amat diperlukan untuk bersama-sama memainkan peranan bagi membanteras gejala penagihan dadah dan perlakuan ganas terhadap wanita yang turut menyumbang kepada jangkitan penyakit merbahaya ini kepada wanita.
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menggerakkan usaha bersama dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Wanita Cemerlang, Persekutuan Persatuan-persatuan Perancang Keluarga Malaysia (FFPAM) dan Majlis AIDS Malaysia untuk menyekat penularan penyakit ini terutama di kalangan wanita. Sejumlah RM 1.7 juta telah diberi kepada NGO pada tahun 2003 hingga 2004 untuk menjalankan program-program pendidikan kesihatan reproduktif, termasuk program kesedaran mengenai HIV/AIDS.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan FFPAM telah bekerjasama dalam usaha untuk menjalankan berbagai program pencegahan terutama dikalangan golongan remaja. Pada tahun 2004 sebanyak 225 aktiviti kesihatan reproduktif meliputi ceramah, bengkel dan saringan kesihatan telah dilaksanakan meliputi 62,503 peserta.
Tuan Yang Di Pertua,
KPWKM juga telah menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Majlis AIDS Malaysia untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pengendalian pesakit-pesakit HIV/AIDS kepada anggota-anggota Kementerian yang terlibat secara khusus dengan pengendalian pesakit-pesakit berkenaan di semua peringkat.
Pada tahun 2004 Kementerian telah membelanjakan sejumlah RM1.9 juta untuk melaksanakan 55 program dan aktiviti peningkatan kapasiti kepada lebih 12,090 wanita dengan kerjasama 44 NGO, bertujuan untuk mengelakkan golongan wanita daripada gejala pelacuran dan penagihan dadah yang menjadi punca utama merebaknya jangkitan HIV/AIDS.
I. Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Puan Kamarul Faridah binti
Kamarul Zaman
2) Jawatan : Pegawai Sains
3) Bahagian : Reproduksi Manusia, LPPKN
4) No. Tel : 03-26937555
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Puan Aminah binti Abdul Rahman
2) Jawatan : Pengarah Perancangan Korporat/
Timbalan Ketua Pengarah
(Dasar), LPPKN
II. Jawapan Disediakan Oleh:-
1) Nama : Encik Fadzli bin Said
2) Jawatan : Penolong Pengarah
3) Bahagian : Pembangunan Perkhidmatan
Wanita, JPW
4) No. Tel : 03-26165724
Jawapan Diluluskan Oleh:-
1) Nama : Encik Adnan bin Hj. Md. Ikhsan
2) Jawatan : Pengarah Bahagian Khidmat
Bantuan Wanita, JPW
Jawapan Diluluskan Oleh Kementerian:-
1) Nama : Encik Abas bin Abdul Rahman
2) Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha I
MAKLUMAT TAMBAHAN
Secara amnya, 19 rakyat Malaysia dijangkiti HIV/AIDS setiap hari. Kajian yang dijalankan mendapati wanita lebih terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS disebabkan faktor fizikal, sosial dan ekonomi. Mereka yang dijangkiti HIV/AIDS sering mengalami stigma dan diskriminasi dari masyarakat sekeliling. Ini adalah kerana kurangnya pengetahuan, kesedaran dan keperihatinan masyarakat kepada golongan penghidap HIV/AIDS.
Berdasarkan situasi ini, KPWKM telah mengambil langkah tegas untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat umum terutamanya wanita tentang bahaya penyakit ini, bagaimana ia merebak dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung gejala penularan penyakit berbahaya ini.