Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
31 | 03-12-2001(Monday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Puan Nosimah Binti Hashim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan dengan jumlah peratusan 40-60% wanita menghidapi penyakit kecelaruan mental disebabkan bebanan kehidupan kekeluargaan. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap kaum lelaki (suami/ayah) yang tidak bertanggungjawab tentang nafkah dalam sesebuah rumah tangga terutamanya kepada ibu-ibu yang ditinggalkan | WANITA | |
32 | 06-12-2001(Thursday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Dato’ Haji Ahmad Bin Ismail minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah Kementerian bercadang mengkaji semula program dan dasar mengenai keluarga yang sedia ada seperti kaunseling perkahwinan dan keibubapaan bagi memastikan kaedah dan teknik yang diamalkan sesuai dengan keadaan semasa dan mengikut keperluan sesebuah keluarga. | PROGRAM | |
33 | 06-12-2001(Thursday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Dato’ Haji Ahmad Bin Ismail minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengambil langkah segera termasuk program bantuan kepada hampir 900,000 wanita yang kini terpaksa menjadi ketua isi keluarga. | IBU TUNGGAL | |
34 | 10-12-2001(Monday) | 9 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Puan Jaya Partiban minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan:- a) Sama ada Kementerian akan merancang program khas untuk membantu wanita India yang ketinggalan di pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi; dan b) Sama ada Kementeriannya menjalankan kajian untuk mengenal pasti akan beberapa ramai wanita yang memegang jawatan tinggi (peringkat membuat keputusan) dalam Perkhidmatan Awam menurut pecahan kaum. | WANITA | |
35 | 10-12-2001(Monday) | 30 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Dato’ Ghazi Bin Haji Ramli minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah perancangan dan pendekatan pihak Kerajaan dalam menggunakan kemahiran aplikasi ICT untuk mencapai hasrat “Mengutamakan Keluarga, Membawa Pulang Kasih Sayang” seperti tema Persidangan Antarabangsa mengenai keluarga yang telah berjaya dianjurkan oleh Kementerian baru-baru ini. | PROGRAM | |
36 | 11-12-2001(Tuesday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Puan Hajah Che Jam Binti Harun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan adakah Kementerian bercadang mewujudkan “Tabung Khas Untuk Ibu Tunggal” bertujuan memberikan pinjaman kepada ibu-ibu tunggal mendapatkan pinjaman bagi menjalankan perniagaan atau pembiayaan persekolahan anak-anak dan lain-lain urusan. | IBU TUNGGAL | |
37 | 11-12-2001(Tuesday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Dato’ Ghazi Bin Haji Ramli minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan secara terperinci apakah pendekatan dan strategi pihak Kerajaan untuk melibatkan semua masyarakat terutama kaum muda dan lelaki dalam isu ‘gender sensitising’ yang begitu amat mustahak sekarang ini dan bagaimana ianya boleh mencapai hasrat “Mengutamakan Keluarga, Membawa Pulang Kasih Sayang”. | GENDER | |
38 | 12-12-2001(Wednesday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB DATO’ PADUKA LEE PIT CHERN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah bentuk pelaksanaan Pelan Tindakan Wanita serta bagaimanakah perkembangan pelaksanaan pelan tersebut pada masa sekarang. | WANITA | |
39 | 13-12-2001(Thursday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Datuk Christine Tibok- Vanhouten minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan :- (a) tentang perancangan tenaga pekerja Kementeriannya dan pengisian jawatan-jawatan yang penting dalam peringkat Kementerian dan juga jabatan-jabatan; dan (b) adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan unit-unit Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di semua Bandar raya dan Daerah-daerah di Malaysia. | LAIN-LAIN ISU | |
40 | 13-12-2001(Thursday) | 0 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH (2001) 26 November 2001 - 13 Disember 2001 | YB Tuan Haji Abdillah Bin Haji Abdul Rahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk membantu wanita-wanita yang telah diberhentikan kerja berikutan keadaan ekonomi sekarang supaya mereka tidak terjerumus dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat untuk menampung keperluan hidup. | WANITA |