Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
41 | 17-04-2017(Monday) | 85 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kadar penceraian dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding negara-negara lain di rantau ASEAN dan apakah langkah yang diambil bagi mengurangkannya. | PERKAHWINAN / PERCERAIAN | |
42 | 17-04-2017(Monday) | 71 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | DATO’ SHAHANIM BINTI MOHAMAD YUSOFF minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah rumah anak yatim yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara dan berapakah jumlah rumah anak yatim yang dikendlikan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri atau pertubuhan bukan Kerajaan serta bagaimanakah cara terbaik Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua kebajikan dan kos selenggaraan rumah-rumah anak yatim ini lebih praktikal dan anak-anak yatim mendapat kesejahteraan hidup yang lebih sempurna. | KANAK-KANAK | |
43 | 17-04-2017(Monday) | 58 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian menyukat penglibatan OKU dalam ekonomi negara kita seperti di sektor swasta, penjawat awam dan syarikat berkaitan Kerajaan ataupun GLC dan apakah mekanisme sedia ada bagi memastikan usaha penyerapan OKU dalam pekerjaan tetap. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
44 | 17-04-2017(Monday) | 29 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di TASKA dan pusat jagaan kanak-kanak bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 (sehingga 31 Mac 2017) dengan pecahan mengikut jenis penderaan, tindakan yang telah diambil terhadap pengendali pusat-pusat tersebut dan langkah untuk mengawal kejadian sedemikian. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
45 | 17-04-2017(Monday) | 49 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) bagaimanakah Kementerian merancang untuk menggalakkan pembukaan lebih banyak taska berdaftar di seluruh Malaysia; dan; (b) adakah Kementerian merancang untuk mewajibkan pemasangan CCTV di setiap taska untuk mengelakkan kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat-pusat tersebut. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
46 | 17-04-2017(Monday) | 53 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah prosedur Kementerian untuk memastikan bahawa setiap tempat perlindungan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menepati ‘standard’ yang ditetapkan dalam Garis Panduan dan Piawaian Tempat Perlindungan bagi Mangsa Keganasan Rumah Tangga dalam memastikan setiap tempat perlindungan dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada mangsa keganasan rumah tangga. | PUSAT JAGAAN KESELURUHAN | |
47 | 04-04-2017(Tuesday) | 29 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini tentang isu keselamatan kanak-kanak yang membimbangkan di negara ini serta usaha bagi mengatasinya. | KANAK-KANAK | |
48 | 03-04-2017(Monday) | 18 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) berapakah kadar pertumbuhan kependudukan Malaysia dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini; dan (b) adakah Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta penduduk masih diteruskan oleh Kerajaan Malaysia. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
49 | 03-04-2017(Monday) | 1 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Dato' Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini jumlah kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari tahun 2016 sehingga kini dan bagaimana pihak Kementerian melihat ancaman Pedophilia ini sebagai suatu ancaman yang serius di negara kita. | PEDOFILIA | |
50 | 30-03-2017(Thursday) | 2 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Saya baru dihubungi oleh seorang wanita bernama Mala yang memegang kad pengenalan sementara bernombor 821231-01-6332 yang berwarna hijau. Beliau sekarang berumur 34 tahun. Ikut surat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13/01/1998, Mala telah ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras pada tahun 1985, dan selepas itu, pada tahun 1993 diserahkan pada seorang wanita di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur untuk dibela. Masalah yang dihadapi oleh Mala adalah beliau masih belum diiktiraf sebagai warga Malaysia. Ini menimbulkan pelbagai masalah padanya termasuk akses pada pendidikan, peluang kerja, caj rawatan di hospital kerajaan, penafian bantuan kebajikan, penerimaan BRIM dan seterusnya. Dalam jawapan bukan lisan bernombor 527 pada 17/10/2016 terhadap soalan YB Permatang Pauh, adalah dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa "berdasarkan statistik JKM, jumlah anak luar nikah yang berjaya diselamatkan serta diberi perlindungan JKM dari tahun 2010 hingga 2015 adalah seramai 302 orang". Saya ingin tanya pihak JKM, apakah caranya penyelesaian kewarganegaraan 302 kanak-kanak ini ditangani oleh JKM. Adakah JKM sedang berusaha untuk mengenal pasti ibu mereka supaya menyelesaikan isu kerakyatan kanak-kanak ini. Apakah langkah-langkah lain yang sedang diambil oleh JKM untuk memastikan kebajikan kanak-kanak ini dilindungi. Pada takat ini pendidikan mereka akan terjejas kerana pihak Kementerian Pendidikan tidak akan membenarkan mereka ke sekolah Kerajaan kerana isu kerakyatan. Oleh itu proses peminggiran yang bermula bila mereka ditinggalkan terdampar oleh ibu-ibu mereka akan diintensifikasikan dengan penafian pendidikan asas pada mereka. Mereka terus dihukum dan disusahkan oleh kerana ketidakbertanggungjawapan ibu-bapa mereka. Menteri Dalam Negeri diberi kuasa di bawah Fasal 15(A) untuk meluluskan kerakyatan untuk kanak-kanak seperti ini. Berapakah kanak-kanak jagaan JKM yang telah diluluskan permohonan kerakyatan melalui Fasal 15(A). Berapakah jumlah kanak-kanak dan remaja di bawah umur 21 tahun yang belum dapat kewarganegaraan Malaysia yang sedang dijaga oleh JKM ataupun telah pun ditempatkan oleh JKM dengan keluarga-keluarga "foster". Tolong menyatakan polisi JKM terhadap isu kerakyatan kanak-kanak dalam situasi ini. Sekian, terima kasih. | KANAK-KANAK |