Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
71 | 08-03-2017(Wednesday) | 46 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Rubiah Awang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) adakah peruntukan perundangan gangguan seksual berkesan pada masa ini; dan (b) adakah Kementerian akan mengkaji semula perundangan sedia ada bagi memperluas perlindungan kepada golongan wanita daripada gangguan seksual di luar tempat kerja atau di tempat awam. | GANGGUAN SEKSUAL | |
72 | 08-03-2017(Wednesday) | 28 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kakitangan wanita dalam jabatan perkhidmatan awam dan syarikat GLC serta swasta mengikut setiap negeri pada tahun 2015 dan 2016. | WANITA | |
73 | 07-03-2017(Tuesday) | 315 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kemaskini 2015 dan 2016 peruntukan yang telah disalurkan ke Parlimen Sibuti bagi program di bawah Jabatan Kebajikan seperti Perkhidmatan Bantuan Kewangan Kebajikan, Skim Bantuan Bagi Golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Skim Bantuan Bagi Golongan Ibu Tunggal dan Skim Bantuan Kebajikan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
74 | 07-03-2017(Tuesday) | 11 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Rubiah Binti Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan usaha Kerajaan bagi menggalakkan wanita menyertai dan kembali dalam bidang pekerjaan dan kerjaya bagi mengelakkan pembaziran guna tenaga mahir di kalangan wanita dan seterusnya membantu keluarga menghadapi tekanan kos sara hidup yang terus meningkat terutama ketika negara menuju ke arah menjadi negara maju. | WANITA | |
75 | 07-03-2017(Tuesday) | 542 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian untuk membantu Chang Xiang Qian selepas dia diperintahkan untuk kembali ke pangkuan nenek kandung yang sebelum ini didakwa menderanya. Nyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan adik tersebut tidak didera lagi. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
76 | 07-03-2017(Tuesday) | 527 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan G Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) apakah tindakan JKM dan/atau Kementerian untuk ibu bapa yang mencuri barang keperluan asas untuk memberi makanan kepada bayi/anak mereka. Adakah Kerajaan Pusat berhasrat untuk membantu golongan miskin ini daripada menghukum mereka; dan (b) secara terperinci kes pembuangan bayi dari tempoh masa 1 Januari sehingga 31 Disember untuk tahun 2013, 2014, 2015, dan 2016 mengikut kategori negeri, kaum dan golongan usia ibu dan bapa. Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi. | PEMBUANGAN BAYI | |
77 | 07-03-2017(Tuesday) | 452 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status TASKA Autisme Sibu terkini dan apakah usaha Kerajaan dalam mengekalkan TASKA Autisme Sibu yang menghadapi masalah kewangan. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
78 | 07-03-2017(Tuesday) | 456 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan laporan keganasan rumahtangga dan jenayah penderaan terhadap kanak-kanak dan penderaan seksual yang dibuat di Pejabat Jabatan Kebajikan Daerah di negeri Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2017 mengikut pecahan daerah dan pecahan kaum. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
79 | 07-03-2017(Tuesday) | 443 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan alasan kelewatan pembayaran bantuan bulanan masih dilaporkan banyak berlaku di Kelantan. Adakah siasatan telah dilakukan sekiranya wujud elemen penyelewengan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
80 | 07-03-2017(Tuesday) | 419 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 6 Mac 2017 - 6 April 2017 | Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) jumlah penerima bantuan kebajikan masyarakat di seluruh negara berdasarkan negeri dan kaum sejak tahun 2008 sehingga tahun 2016 ; dan (b) mengapakah Kerajaan tidak bercadang untuk memberi bantuan kebajikan kepada golongan dimana jumlah pendapatan seisi keluarga mereka di bawah RM1500. | BANTUAN/KEBAJIKAN |