Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
51 | 30-06-2003(Monday) | 8 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KESEPULUH (2003) 30 Jun 2003 - 8 Julai 2003 | YB Puan Safinah Binti Jusoh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan sikap dan pendirian Kementerian berhubung dengan isu Monogami-Poligami khususnya yang berkaitan dengan Kempen Monogami Pilihanku yang telah dilancarkan oleh beberapa NGO’s baru-baru ini. | LAIN-LAIN ISU | |
52 | 07-07-2003(Monday) | 5 (LISAN) | MESYUARAT KEDUA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KESEPULUH (2003) 30 Jun 2003 - 8 Julai 2003 | YB Puan Safinah binti Jusoh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan sebarang kajian tentang kesan serius yang dihadapi oleh sesebuah institusi kekeluargaan akibat pengedaran VCD lucah dalam masyarakat secara berleluasa. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
53 | 19-05-2004(Wednesday) | 78 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB TUAN LOH SENG KOK (KELANA JAYA) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan punca-punca kehilangan remaja dan wanita yang semakin berleluasa. Apakah tindakan Kerajaan untuk menangani masalah ini. | - | |
54 | 20-05-2004(Thursday) | 41 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- Peruntukan yang diberi oleh Kementerian untuk kaum ibu tunggal pada tahun 2004. Sila senaraikan peruntukan yang telah dan akan diberi kepada setiap persatuan ataupun program ibu tunggal daripada tempoh Disember 2003 hingga November 2004. | IBU TUNGGAL | |
55 | 24-05-2004(Monday) | 10 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB TUAN WONG WAI CHEE (KOTA MELAKA) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan selain dari kemudahan yang sedia ada, apakah ikhtiar dan rancangan lain yang akan diambil oleh Kementerian untuk membantu kehidupan 600,000 ibu tunggal dalam negara ini yang mana 80% daripadanya mempunyai pendapatan bulanan yang kurang daripada RM 1,000.00. | IBU TUNGGAL | |
56 | 24-05-2004(Monday) | 48 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB TAN SRI DR. TING CHEW PEH (GOPENG) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Program-program pembangunan masyarakat yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian di kawasan luar bandar. | KOMUNITI | |
57 | 24-05-2004(Monday) | 54 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB DATUK HAJI MAT YASIR BIN IKHSAN (SABAK BERNAM) Minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian akan menyediakan peruntukan khas untuk program dan aktiviti dalam memerangi gejala sosial yang semakin meningkat baik di luar bandar dan bandar sejak akhir-akhir ini. | - | |
58 | 25-05-2004(Tuesday) | 13 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB PUAN ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (PAPAR) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah sebarang usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk mewujudkan satu “support group” di kalangan ahli keluarga tertuduh atau pesalah jenayah yang terlibat dalam jenayah sumbang mahram. | GANGGUAN SEKSUAL | |
59 | 25-05-2004(Tuesday) | 19 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB PUAN KALTHOM BINTI OTHMAN (PASIR PUTEH) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang pendekatan yang diambil bagi membantu mengatasi masalah wanita yang bekerja sebagai GRO atau Pegawai Perhubungan Pelanggan yang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral. | WANITA | |
60 | 26-05-2004(Wednesday) | 21 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KESEBELAS (2004) 17 Mei 2004 - 14 Jun 2004 | YB PUAN KALTHOM BINTI OTHMAN (PASIR PUTEH) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan ibu tunggal yang dikategorikan sebagai golongan miskin untuk memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan terbela. | IBU TUNGGAL |