Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan sasaran | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
31 | 19-04-2017(Wednesday) | 15 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bentuk evolusi dan nilai kekeluargaan itu sekarang memang sudah jauh berbeza dari dahulu yang memerlukan perhatian dan pendekatan yang baru untuk membina masyarakat yang kita harapkan apabila kita mencapai 2050. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
32 | 19-04-2017(Wednesday) | 48 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah nilai skor Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) Malaysia 2016 dan perbandingannya dengan IKK 2011 serta nyatakan dari segi implikasi gambaran kesejahteraan keluarga Malaysia secara keseluruhannya. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
33 | 19-04-2017(Wednesday) | 4 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada komponen golongan OKU diberi perhatian yang sewajarnya dalam pengwujudan masyarakat inklusif di bawah progam MOST (Management of Social Transformation) dan apakah komitmen yang dijanjikan oleh Kerajaan dan Kementerian pada Asia Pacific Ministerial Forum of MOST yang telah diadakan pada bulan Mac 2017. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) | |
34 | 19-04-2017(Wednesday) | 91 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | PUAN HAJAH AZIZAH BINTI HAJI HARUN minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana sasaran dan perancangan Kerajaan dengan kerjasama PDRM, Imigresen dan RELA dalam memastikan tiada lagi aktiviti pengemisan oleh pendatang asing, Orang Kurang Upaya dan kanak-kanak di tempat-tempat awam di seluruh negara. | ORANG PAPA | |
35 | 18-04-2017(Tuesday) | 7 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Puan Hajah Rahemah binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam membendung kes-kes penderaan di taman asuhan kanak-kanak (TASKA), dan adakah Kementerian menetapkan syarat tertentu bagi pengusaha TASKA dalam pengambilan pekerja. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
36 | 18-04-2017(Tuesday) | 73 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Puan Hajah Azizah binti Haji Harun minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah perancangan dan hala tuju Kerajaan dalam memastikan penguatkuasaan yang lebih cekap dan bersepadu dalam kalangan masyarakat dalam memastikan jenayah seksual kanak-kanak dapat dibendung sepenuhnya. | KANAK-KANAK | |
37 | 18-04-2017(Tuesday) | 61 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | DATO' DR. JOHARI BIN MAT minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan penduduk miskin tegar di negara ini apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi fenomena pengemis yang semakin ketara khasnya di bandar-bandar besar. | ORANG PAPA | |
38 | 18-04-2017(Tuesday) | 60 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Datuk Rabiyah binti Ali minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan komitmen Kerajaan pada PRU 14 untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri, Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri seiring dengan hasrat untuk menjadikan wanita sebagai tunggak pembangunan negara. | WANITA | |
39 | 18-04-2017(Tuesday) | 11 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan dalam menghadapi senario ‘ageing society’ yang turut melanda kebanyakan negara ketika ini. | WARGA EMAS | |
40 | 18-04-2017(Tuesday) | 16 (LISAN) | MESYUARAT PERTAMA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS (2017) 17 April 2017 - 27 April 2017 | Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada pihak Kementerian ada membuat kajian tentang pelbagai aspek berkenaan OKU bertujuan mengumpul data dan membuat analisa yang terperinci supaya ia dapat membantu melaksanakan program dan aktiviti bawah Pelan Tindakan OKU 2016-2022. | ORANG KURANG UPAYA (OKU) |