Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
131 | 16-11-2016(Wednesday) | 2 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | USUL PM(17) KAMAR KHAS : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] bertanyakan Taska Autisme Sibu merupakan pusat penjagaan kanak-kanak autisme pertama yang ditubuhkan di negeri Sarawak di bawah inisiatif kerajaan dan mula beroperasi semenjak Januari 2014. Menurut Presiden Persatuan Autistik Sibu, kira-kira 300,000 orang mempunyai autisme di kalangan 30 juta penduduk di Malaysia. Ini bersamaan dengan 1% daripada populasi negara ini. Penubuhan Taska Autisme dilihat sebagai satu alternatif baharu memandangkan keperluannya kini semakin mendesak. Ini merupakan pendekatan terbaik untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang menghidapi autisme. Saya dimaklumkan oleh pengusaha Taska Autisme, kini terdapat 13 pengasuh/guru bagi 21 kanak-kanak di taska tersebut. Sebelum ini, seramai 30 kanak-kanak dihantar ke Taska Autisme walaupun bilangan pengasuh/guru tetap kekal. Ini bererti, pengasuh/guru tidak boleh diberhentikan apabila bilangan kanak-kanak berkurangan dan diupahkembali apabila bilangan kanak-kanak bertambah. Mengikut syarat yang ditetapkan oleh kementerian, pengasuh/guru hanya boleh diberi upah RM800-1000 tanpa KWSP. Adalah tidak munasabah bila Kementerian sendiri mengalakkan pengusaha taska untuk tidak membayar KWSP bagi pengasuh/guru yang bekerja di Taska Autisme. Semua pengasuh tidak dapat dianggap sebagai sukarelawan (volunteer) kerana mereka telah diberi latihan khusus untuk membekalkan perkhidmatan pengasuhan yang sempurna dan berkualiti. Nisbah pengasuh kepada kanak-kanak yang ditetapkan oleh kementerian adalah 1:10. Ini tidak mungkin dapat dicapai kerana kanak-kanak di Taska Autisme adalah kanak-kanak istimewa. Nisbah yang dapat dicapai adalah 1:3. Saya juga dimaklumkan bahawa perbelanjaan yang diperlukan untuk mengurus taska adalah sebanyak RM25,000 – 30,000 setiap bulan. Akan tetapi, peruntukan yang disalurkan adalah tidak mencukupi. Jadi, saya dimaklumkan bahawa Taska Autisme mungkin berhadapan dengan penutupan kerana pengusaha tidak dapat lagi menampung kos pengurusan yang tidak mencukupi dan kesukaran memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian. Walaupun niat mereka murni, tetapi ketetapan perjanjian serta syarat-syarat yang ditetapkan menyukarkan Taska Autisme ini beroperasi memberi perkhidmatan tanpa melanggari perjanjian atau menyalahi undang-undang. Saya ingin mencadangkan di sini agar kementerian meneliti atau review permohonan pengurusan Taska secara “case to case basis”. Persatuan Autistik Sibu kini menguruskan 2 buah pusat penjagaan kanak-kanak autisme iaitu Taska Autisme Sibu serta pusat di Pusat Agape. Taska Austime Sibu disokong oleh kerajaan manakala pusat penjagaan di Pusat Agape dibiayai daripada kutipan dana awam hasil penganjuran pesta makanan dan sumbangan orang ramai. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian sama ada kementerian akan terus memberikan peruntukan kepada Taska Autisme dan juga Persatuan Autistik Sibu yang sering menghadapi masalah kewangan. Saya amat berharap agar kerajaan dapat terus memberi sokongan serta agihan peruntukan supaya Taska Autisme dapat terus beroperasi untuk kepentingan kanak-kanak autisme dan juga keluarga mereka. Sekian, terima kasih. | PUSATJAGAAN/TASKA | |
132 | 16-11-2016(Wednesday) | 35 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramaikah kelahiran luar nikah sejak 2010. Apakah usaha-usaha daripada Kementerian untuk menangani masalah ini. | KANAK-KANAK | |
133 | 16-11-2016(Wednesday) | 43 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah mekanisme komunikasi yang ditetapkan antara Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjamin pelaksanaan dan penyelarasan efektif sistem daftar pesalah seks kanak-kanak. | GANGGUAN SEKSUAL | |
134 | 15-11-2016(Tuesday) | 1 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | WAKTU PERTANYAAN MENTERI (MQT) : Tuan Anuar Bin Abd. Manap (Sekijang) meminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan institusi keluarga dan komuniti mempunyai kaitan yang rapat bagi membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera. Apakah program pemerkasaan komuniti dan keluarga yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menangai isu dalam masyarakat pada masa ini. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
135 | 15-11-2016(Tuesday) | 43 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | DATUK WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK [ LUBOK ANTU ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kempen anti mengemis yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mampu untuk mengurangkan jumlah pengemis dikawasan tumpuan seperti pasar malam, pusat beli belah serta stesen minyak. | ORANG PAPA | |
136 | 14-11-2016(Monday) | 7 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah terdapat usaha untuk mengurangkan bilangan gelandangan dengan memberikan pekerjaan di sektor pertanian khususnya dengan menggunakan tanah-tanah terbiar di kawasan luar bandar. | ORANG PAPA | |
137 | 14-11-2016(Monday) | 31 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini kadar penceraian di Malaysia untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 mengikut negeri dan bangsa serta cadangan mengatasinya. | PERKAHWINAN / PERCERAIAN | |
138 | 10-11-2016(Thursday) | 10 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | PERTANYAAN JAWAB LISAN DIBAWAH PM22(5) : Dato’ Johari Bin Abdul [ Sg Petani ] minta MenteriPembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapakah jumlah bayi luar nikah dilahirkan dalam masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015. Berikan pecahan mengikut negeri. Apakah tindakan jangka pendek dan panjang Kerajaan bagi menyelesaikan masalah kelahiran luar nikah ini dan apakah status ini di sisi undang-undang sivil. | KANAK-KANAK | |
139 | 09-11-2016(Wednesday) | 53 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [ TASEK GELUGOR ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bekas penghuni institusi kanak-kanak yang berumur lebih 18 tahun yang belum boleh berdikari. Apakah usaha Kerajaan dalam memantau kehidupan mereka yang masih belum mampu berdikari serta adakah disediakan kemudahan bagi mereka mengadu nasib jika mereka mempunyai masalah. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
140 | 09-11-2016(Wednesday) | 27 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Dato’ Abd. Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir [Kulim Bandar Baharu] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengarahkan setiap Kementerian, agensi Kerajaan, GLC mahupun badan swasta menyediakan perkhidmatan TASKA bagi memudahkan pekerja yang mempunyai anak-anak kecil serta bagi memastikan anak mereka mendapat asuhan yang berkualiti. | PUSATJAGAAN/TASKA |