Bil. | Tarikh Jawab Parlimen | No Soalan | Nama Mesyuarat | Soalan | Kumpulan Sasar | Tindakan |
---|---|---|---|---|---|---|
121 | 06-12-2016(Tuesday) | 10 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | DATO’ JASPAL SINGH minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan orang gelandangan di tempat awam seperti tepi jalan raya. Apakah statistik penempatan orang yang kehilangan tempat tinggal (“homeless”) di pusat jagaan atau tempat tinggal dari 2015 hingga kini.bin | ORANG PAPA | |
122 | 05-12-2016(Monday) | 81 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat terdapat beberapa kes penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku sehinggakan ada yang menyebabkan kematian dan malangnya apabila yang mendera adalah ahli keluarga mangsa sendiri. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu permasalahan ini. | KANAK-KANAK | |
123 | 05-12-2016(Monday) | 84 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | Datuk Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengenai kriteria pemilihan pengasuh atau pembantu taska berikutan kes dera kanak-kanak di taska semakin menjadi isu di kalangan ibu bapa yang bekerja dan sejauh mana Kementerian membantu dalam menangani isu ini. | KANAK-KANAK | |
124 | 05-12-2016(Monday) | 67 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | Datuk Seri Boon Som A/L Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan rumah penempatan orang tua di negara ini, jumlah penghuninya serta punca mereka ditempatkan di rumah berkenaan. | PAWE / PUSAT JAGAAN WARGA EMAS | |
125 | 05-12-2016(Monday) | 63 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dari sudut Kementerian, faktor-faktor yang mendorong seseorang itu bertindak ganas hingga sanggup menyebabkan kecederaan dan menyakiti orang lain. Sebagai contoh keganasan rumah tangga dan penderaan. | KEGANASAAN/PENDERAAN | |
126 | 05-12-2016(Monday) | 19 (BUKAN LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN NEGARA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 5 Disember 2016 - 21 Disember 2016 | Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan kes kahwin bawah umur ("child marriages") di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut pecahan negeri dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kes kahwin bawah umur. | - | |
127 | 24-11-2016(Thursday) | 41 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan Kerajaan dalam menangani fenomena "The Ageing Society" yang dijangkakan akan berlaku kepada Malaysia akibat kadar kesuburan yang menurun serta wang simpanan rakyat yang sedikit. | WARGA EMAS | |
128 | 21-11-2016(Monday) | 36 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kementerian terlibat dalam pengkajian semula terhadap undang-undang khususnya perlindungan kanak-kanak di Malaysia sebagai kerjasama semua pihak yang berkepentingan dalam mewujudkan undang-undang perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh dan berkesan. | BANTUAN/KEBAJIKAN | |
129 | 17-11-2016(Thursday) | 26 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sasaran bagi setiap strategi dalam Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas dalam menangani kes pengabaian dan penderaan warga emas. | WARGA EMAS | |
130 | 17-11-2016(Thursday) | 49 (LISAN) | MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) 17 Oktober 2016 - 24 November 2016 | GABUNG SOALAN : SOALAN NO. 8 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ] TARIKH : 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS) SOALAN : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik penderaan kanak-kanak dari tahun 2008 hingga 2016 dan langkah-langkah yang bakal diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu penderaan ini. SOALAN NO. 47 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ] TARIKH : 24 NOVEMBER 2016 (KHAMIS) SOALAN : Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan badan bukan kerajaan (NGOs) dalam meningkatkan kesedaran ibubapa mengenai tanda-tanda penderaan seksual kanak-kanak. | KANAK-KANAK |